Cara Nak Buka Akaun Semasa(Current Account) Bank Syarikat

Tahun lepas saya pergi ke Maybank ambil borang untuk buka akaun bank syarikat. Tapi Maybank ni macam susahkan customer sangat sebab saya perlukan introducer untuk proceed buka akaun tu.

bank akaun semasa

Nak dijadikan cerita sebab susah sangat nak cari introducer, saya lupakan sebentar urusan buka akaun syarikat tu.

Sekiranya kalau customer nak bank in duit, saya bagi number account Maybank saving personal saya punya saja, instead of nama syarikat saya.

Boleh saja buat macam tu tapi saya kalau boleh nak asingkan duit sendiri dengan duit syarikat. Macam ini barulah bagus sebab boleh tengok duit dalam akaun syarikat hasil titik peluh sendiri kan?

Sambung cerita tadi. Saya kan belajar kat Pahang. Alamat perniagaan dalam sijil SSM saya beralamat di Kelantan. Jadi saya kena buka akaun Maybank hanya terdekat dengan alamat syarikat sahaja. Tak boleh buka di Pahang.

Saya balik ke Kelantan bukan tiap-tiap bulan. Sekarang cuti raya jadi saya ada masa sikit untuk selesaikan urusan yang tertangguh setahun ni. Lagipun saya baru jumpa introducer saya.

Namun kegembiraan saya hanya seketika sebab bila pergi bank tadi orang bank cakap introducer saya terlupa nak cop guna cop syarikat dia kat borang tu.

Aduhaiii. Introducer saya tu berada jauh. Takkan nak tunggu setahun lagi kan? Ataupun tunggu berbulan lagi sebab saya kena pos kembali kepada introducer untuk dia copkan balik. Lepas tu saya kena kembali ke Kelantan pulak untuk setelkan padahal lusa saya dah kena balik ke Pahang. Hoho.

Nasib baik orang bank tu bijak. Dia offer saya solution kepada masalah saya. Terdapat 3 cara semuanya.

1. Saya kena beli produk Maybank seperti insurans, loan ASB atau etc supaya Maybank boleh automatically jadi introducer saya.

2. Saya kena tunggu current account (saham) saya matang selama 1 tahun supaya Maybank boleh jadi introducer kepada saya. Dalam kes saya, saya dah ada akaun saham yang saya buka bulan 9 tahun lepas. Jadi saya kena tunggu lagi 2 bulan untuk cukup 1 tahun.

3. Saya kena minta introducer tu copkan jugak by hook or by crook kalau nak urusan itu diproses.

Bila saya teliti. Mula-mula nak ambil saja loan ASB yang dia offer RM 50,000 tu dan bayar ansuran RM300 tiap-tiap bulan.

Tapi sekarang kan dunia internet hujung kuku je. Saya google je pasal loan ASB. Barulah saya tahu yang loan ASB ni banyak buruk daripada baiknya.

Otai hartanah pun kata kalau kita ada loan ASB, susah nak buat loan rumah nanti. Otai tu kata, kalau kita belum ada rumah/kereta, better tak payah buat asb loan. saya dengar je otai kata sebab die lagi tahu kan.

Jadi sekarang ni saya ingat nak tunggu saja 2 bulan lagi sebab macam susah saja nak minta introducer saya tu copkan balik. Macam susahkan dia pulak sebab dia kena kerja.

Baca juga: 8 Jenis Penipuan Guna Kad ATM

Apa Yang Diperlukan Untuk Buka Bank Akaun Semasa

Selain nak cari introducer, semua benda senang saja sebenarnya cuma perlukan:

1) Salinan IC atau MyKad kita. IC yang sebenar pun kena bawa untuk mengesahkan nama pemegang.

2) Salinan sijil SSM syarikat kita (nak ketiga-tiga page tau. Bukan 1 page yang ada alamat perniagaan kita je sebab bank nak sekali dengan page yang ada butiran perniagaan dan butiran pemilik perniagaan tu)

3) Cop syarikat yang tertulis nama syarikat, nombor pendaftaran dan alamat syarikat. Kalau tak ada, pergi buat kat kedai double stamp tu. Rm15 saja satu. First of all, pergi lah dulu kat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk daftar nama perniagaan. Yang ni pun murah je bayar dalam RM60 setahun.

4) Bawa deposit wang tunai RM2,000 untuk dimasukkan ke dalam akaun semasa anda selepas akaun ini dibuka. Jang risau sebab lepas tu wang ini boleh dikeluarkan balik selepas akaun semasa telah berjaya dibuka.

5) Introducer. Yang ni kena cari mereka yang sudah ada syarikat sendiri dan yang sudah ada akaun syarikat dengan Maybank.

Dalam kes saya ni ya allah susahnya nak cari introducer sebab daging darah saya semua suka makan gaji kan. Tak ramai daripada mereka yang berniaga. Kalau berniaga pun, tak ada yang bersungguh-sungguh.

Susah bebenor nak cari introducer. Kalau orang cina, introducer tu rasanya anak beranak dia saja. Not a big deal pun sebenarnya. tapi.. tapi.. one day bila saya dah setel buka akaun Maybank syarikat ni, saya boleh jadi introducer kalian semua. Tak perlu lah tunggu setahun.

Sebab bukan ada apa pun. Tulis nama dan cop saja. Bukan macam penjamin loan pun.

Itu sahaja kisah saya hari ini. Ulang alik ke bank tu perkara biasa bagi saya. Biasalah, baru nak start up bisnes kan. Kena lah struggle sikit.

Buka Akaun Semasa Dengan CIMB Bank

Sekira anda nak buka akaun semasa di CIMB Bank, anda boleh buat pemohonan secara online. Bolehlah rujuk ke video di bawah ini.

Baca juga: Permohonan dan Semakan Bantuan Sara Hidup Rakyat

11 Comments on “Cara Nak Buka Akaun Semasa(Current Account) Bank Syarikat”

  1. Alhamdulillah…setuju sangat tu payahnya nak cari introducer tu…bolehkah jadi introducer saya…sambil tengah mencari ni,,,

  2. akaun semasa (saham) maksudnya akaun CDS ke? and kalau dah lebih setahun, kita tak perlukan introducer lain lagi and maybank akan jadi introducer utk kita ? begitu ke sis?

    1. Akaun CDS tu untuk Bursa Saham. Akaun semasa untuk saham adalah lain. Ia dibuka di Maybank utk tujuan beli dan jual saham. Ya, lebih setahun, Maybank akan jadi introducer utk kita.

    1. Assalammualaikum warahmatullahhiwabarakatuh… Sye pon mohon bantu sye utk jadi introducer sye… Sbb sye meniaga online jer…tp tulah sampai skrg masih xde introducer…. Sye tinggal seksyen 20 Shah alam… Klau spe spe sudi jadi introducer sye boleh msg sye yer… 0193644935

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *