5 Tanda Teknologi Sedang Merosakkan Cara Hidup Anda

Pada zaman sekarang ini, macam semua orang pun ada akaun Facebook. Biarpun mereka yang usia tua juga ada akaun Facebook juga. Mujur, saya tak ada datuk atau nenek.

Jika tidak, boleh juga saya ajar mereka macam mana nak guna Facebook untuk berbual-bual dengan orang lain, kan? Mungkin penceraian di kalangan warga tua juga akan meningkat lepas tu.

social media

Bukan ini saja, tidak lama lepas perkenalan media sosial Facebook, keluar lagi satu media sosial yang lain pula, iaitu Twitter.

Selepas Twitter diperkenalkan dalam internet, budak-budak hingusan pun terhegeh-hegeh nak tweet tweet sampai tidak berhenti-henti.

Cuma, dah nama budak budak kan? Tweet pun hal sakit perut, nak makan sekejap, sedih kena marah dengan cikgu, mujur belum ada yang tweet hal di mana ada orang yang ponteng sekolah.

Kalau dulu, bila kawan-kawan atau geng kita tak call maka mulalah kita tidak tahu nak merajuk tak tentu hala. Konon tak sayang katanya. Sekarang, tak ada orang akan angkat telefon dan buat panggilan lagi, semua pun saja hantar mesej dalam Whatsapp atau WeChat saja. Asalkan selang 30 minit ada pesanan ringkas dari Whatsapp masuk dalam inbox berbunyi “hai baby”.

Rasa bukan sedap hati sangat sebenarnya pada saya. Saya rasa teknologi sudah jadikan kita semua manusia hilangkan rasa kewarasan manusia yang patut ada. Walaupun teknologi yang disediakan nampak macam comel tapi kadang-kadang ia buat saya rasa kemesraan antara seorang sama lain macam sudah diputuskan.

Keadaan macam ini buat saya rasa macam dunia ini sudah jadi macam semua orang tidak perlu lagi berinteraksi dengan satu sama lain dengan bertemu dari muka ke muka. Apa yang perlu bincang semua boleh diuruskan dalam dunia maya dan ini sebaliknya macam dunia yang nyata bagi semua orang.

Sekarang walaupun kita jadi bisu pun tak apa, asalkan kita ada telefon pintar yang boleh kita taip dan sembang dengan orang lain sudah cukup.

Anda macam alien jika anda tidak mempunyai sebarang akuan media sosial

Kalau kamu tiada akaun Facebook, Twitter, atau Instagram, atau anda tidak ada apps Whatsapp atau WeChat pasang pada telefon pintar, anda akan dianggap alien oleh kawan-kawan anda dan anda akan jadi seperti manusia ketinggalan yang sepatut hidup dalam hutan bersama binatang lain.

Kalau anda belum sign up Facebook pula kamu dasar manusia purbakala. Tak ada telefon pintar? Masih pakai handphone Nokia 3210?! Ok, sila bunuh anda diri sekarang. Anda sudah banyak ketinggalan zaman moden ini.

Tapi, perlu anda awas dengan ini ya. Kalau terlampau taksub dengan teknologi pun buruk padahnya. Mungkin apa cara yang terbaik adalah kamu perlu tahulah nak kawal dan hadkan penggunaan and rasa taksub tu. Anda sendiri yang perlu ingat sebab ini adalah tanggungjawab anda sendiri.

Di bawah ni, saya akan berkongsi bersama anda semua dengan senaraikan 5 tanda-tanda yang kamu sudah kronik dan sudah sampai masanya untuk kamu yang terkena mengambil sedikit masa untuk rehat daripada terus gunakan teknologi yang membunuh ini. wakakaka!

1- Kamu tidak lagi rasa mahu keluar hang out bersama teman-teman dan kawan-kawan. Kamu merasakan lebih baik bermain video game di rumah dan menjerit sakan bila menang. Saya pernah mengalami sindrom video game ini pada suatu masa dulu. Rasa nikmat semacam bila dapat strike masa main bowling.

Tapi akibatnya sangat teruk sebab saya rasa amat kosong selepas main dan mood boleh jadi banyak buruk. Untuk ini, saya sudah berhenti main dan mula cari kawan-kawan balik untuk keluar berbual-bual.

2- Kamu tidak risaukan lagi dengan masalah bil telefon rumah yang tidak berbayar 4 bulan berbanding bil broadband kamu. Kamu lebih risaukan broadband disekat yang mungkin menyebabkan kamu tidak boleh bermuka buku atau berburung-burung.

3- Kali terakhir kamu bertanya khabar dengan ibu bapa kamu adalah melalui Facebook wall.

4- Kamu merasakan perlu untuk memiliki 4 email account dan lebih merisaukan bila mana kamu akan check ke semua account itu setiap hari. Account tabung haji pun dah tak endahkan lagi waktu itu 🙂

5- Kamu merasakan adalah lebih cool bila dapat berkomunikasi dengan adik kamu yang berada di dalam rumah yang sama hanya melalui SMS. hehehe. Yeah, saya dan adik punya penyakit ini. Dia di tingkat bawah dan saya di dalam bilik tingkat atas. 15 anak tangga sangat sukar buat kami. Jadi, cara terbaik SMS!

Anda akan rasa memang betul tu semua jika anda kebiasaan bekerja mengadap komputer. Memang banyak manfaat dan keburukan dia. Cuma terpulang la kepada kita sama ada untuk ke jalan yang baik atau buruk, kadang-kadang terfikir juga bahawa teknologi ni melalaikan kita.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *