Web
Analytics

Tips Bagaimana Untuk Mengelak dari Dirogol


Bagaimana untuk mengelak diri dari dirogol? Entri ringkas, saja nak dikongsikan sikit tips dan harap sikit sebanyak dapat membantu sesiapa sahaja. Kan sekarang ni banyak kes culik dan rogol. Naik risau aku dibuatnyaa..adoiiyaii

1. Mengelakkan Situasi Berbahaya

Serangan seksual boleh berlaku dalam apa jua keadaan dan tidak pernah menjadi kesalahan anda tanpa mengira keadaannya. Namun, dengan mengambil langkah-langkah seperti mengiringi perjalanan dan menghindari dadah, anda dapat mengurangkan risiko untuk menjadi mangsa dirogol oleh orang.

elak rogol

2. Jangan Jalan di Tempat yang Sunyi

Sentiasa berjalan di kawasan yang dipenuhi dengan orang ramai. Pertahanan terbaik adalah terdapat orang di sekeliling. Juga sentiasa berwaspada dan alert dengan orang sekeliling. Jika anda berjalan di tempat yang sunyi dan anda suspek anda sudah diikuti oleh seseorang, perlu anda jalan cepat ke tempat yang ada orang.

Boleh juga untuk anda ambil telefon pintar dan buat panggilan kepada ahli keluarga atau kawan-kawan dan beritahu di mana anda berada sekarang supaya mereka dapat tahu tempat yang anda berada jika ada apa-apa berlaku.

Elakkan diri dari pergi kekawasan tempat letak kenderaan seorang diri terutama mereka yang bekerja lewat. Sekiranya perlu mintak bantuan seseorang yang dikenali mahupun pihak sekuriti menjadi teman.

Sekiranya anda seorang yang aktif terutama yang suka berjogging. Cuba berjogging di kawasan yang terang atau pun berjogging bersama rakan-rakan.

Jangan sesekali mengikut orang yang baru dikenali ke tempat yang dia cadangkan.

3. Bersedia Untuk Melarikan Diri

Perlu anda elakkan untuk pergi ke satu tempat bersendirian dengan orang yang membuat anda merasa tidak selesa atau yang anda tidak kenal.

Sentiasa beritahu kawan-kawan mana tempat anda pergi supaya mereka boleh bantu bila ada apa-apa yang tidak kena berlaku. Lebih baik untuk elakkan pergi ke tempat yang anda tidak dapat tarik diri bila berada di sana.

Jika ada orang yang sentuh anda dengan sengaja , beritahu dia dengan segera bahawa sentuhannya membuat anda tidak selesa. Sekiranya dia masih berkelakuan sedemikian, anda harus menjauhinya secepat mungkin.

4. Elak Masuk Lift Seorang

Elak dari menaiki Lift seorang diri terutama bersama dengan orang yang tidak dikenali. Jika cuma satu orang lelaki saja yang ada dalam lift, biarkan dia naik dulu, boleh anda tunggu lift yang lain. Jangan biarkan peluang untuk dirogol diperolehi oleh sesiapapun.

5. Elak Minuman Yang Diberikan Oleh Orang Yang Tidak Kenal

Jangan sesekali menerima minuman dari seseorang yang menawarkan air untuk diminum jika anda berada di luar. Mungkin minuman tersebut telah dicemari oleh dadah dan boleh membuat mangsa khayal.

Sekiranya anda diserang, jangan panik. Perlu anda tenangkan minda dan fikirkan bagaimana untuk melepaskan diri dengan apa cara sekali pun seperti mencakar ataupun memgigit sipenyerang tu.

Sekiranya diserang cuba menjerit sekuat hati, mungkin ia boleh melepaskan diri anda dari si penyerang.

6. Bawa Senjata Yang Dapat Melindungi Anda

Jika keluar sendiri, pertimbangkan untuk bawa senjata tersembunyi seperti serbuk lada atau Electric Shock Self Defense Device. Kalau anda selalu perlu untuk berjalan seorang diri, boleh usung bersama sekaki payung.

how to avoid rape

Di Rumah

  • Pastikan semua tingkap dan pintu di rumah anda dapat dikunci dengan selamat, terutamanya pintu kaca gelongsor. Gunakan kunci. Pastikan pintu masuk sentiasa terang.
  • Jika ada orang yang ketuk pintu rumah dan cakap dia adalah pegawai kerajaan, dia perlu semak apa-apa barang dalam rumah anda. Jangan terus buka pintu danbiar dia masuk. Perlu anda periksa pengenalan mereka dulu dan pastikan mereka adalah pegawai yang sah. Sama juga dengan mana-mana orang penjualan atau perkhidmatan, perlu semak pengenalan mereka dengan teliit sebelum membiarkannya masuk.
  • Sekiranya anda tinggal di sebuah apartmen, elakkan diri anda berada di bilik dobi, basement, atau tempat letak kereta dengan perseorangan, terutamanya pada waktu malam.
  • Sekiranya anda pulang sendiri dan mendapati pintu atau tingkap terbuka atau ada tanda-tanda orang masuk, jangan anda terus masuk ke dalam rumah. Boleh anda panggil jiran untuk masuk bersama anda.

Bantu Kanak-Kanak Mengelakkan Penderaan Seksual

  • Ajar anak-anak tentang kemungkinan mereka disentuh secara seksual, dan bagaimana membezakan antara sentuhan yang penuh kasih sayang dan sentuhan yang bersifat seksual.
  • Jika boleh, minta anak perempuan dan lelaki tidur secara berasingan, terutamanya setelah berumur 10 atau 11 tahun.
  • Pastikan kanak-kanak tahu dengan siapa mereka boleh bercakap sekiranya sesuatu berlaku kepada mereka.

Percayalah anak yang mengatakan bahawa dia merasa tidak selesa di sekitar orang dewasa atau anak yang lebih tua — tidak kira siapa orang itu.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil sebelum perkara yang tidak diingin terjadi baik kepada diri mahupun kepada mereka yang kita kenali. Semoga kita sentiasa dilindungi olehNYA. Apa yang penting kita perlu bersedia dari awal lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Content