Petua Utama dan Cara Untuk Cepat Hamil

Orang selalu tanya saya, “akak.. Saya dah kahwin berbulan-bulan kak, tapi saya masih tidak mengandung lagi kak… macam mana tu?

Ada juga yang minta nasihat untuk Set Kesuburan Shaklee, tapi untuk kes kesuburan ini, ia bukan semudah makan sahaja suplemen, bulan depan confirm mengandung… dia bukan macam tu sebenarnya yaa… 🙂

Apakah paling penting dalam proses kehamilan??

Waktu subur atau juga dipanggil masa ovulasi berlaku.

Kenapa dia sangat penting?

Kerana bayi hanya akan terjadi apabila telur bercantum dengan sperma.. dan telur hanya akan keluar sekali antara tempoh haid. Jadi, pasangan suami isteri, perlu memastikan hubungan suami isteri berjalan sesama waktu subur ini jika merancang untuk mengandung. Jika hubungan tidak berlaku di waktu subur ini, maka proses persenyawaan janin tidak berlaku. Bermaksud telur dikeluarkan, tetapi tiada sperma untuk disenyawakan.

Sebelum mendetect masalah kepada belum hamil lagi… yang utama anda tahu bilakah proses ovulasi berlaku.

istikhara utk husband wife

 

Apakah yang dimaksudkan proses ovulasi?

Ovulasi berlaku apabila satu telur atau lebih telur dilepaskan daripada ovari kita dan ia dikatakan waktu subur seseorang itu. Biasanya ia berlaku pada 12 hingga 16 hari sebelum bermula haid seterusnya. Untuk wanita yang mempunyai kitaran haid 28 hari, ovulasi berlaku di antara 13-15 hari.

Apakah tanda menunjukkan badan kita sedang berlakunya ovulasi?

  • Biasanya semasa proses ovulasi ini, terdapat perubahan kepada mukus dari servis. Jika berlaku ovulasi, mukus berubah dari lekit sehingga menjadi cair seumpama putih telur.
  • Sesetengah wanita, dia sakit di bahagian bawah obdomen. Hampir 20% wanita rasa sakit apabila mereka berovulasi. Kesakitan itu berbeza-beza, daripada rasa ringan sehingga ke rasa yang menusuk-nusuk.
  • Rasa menggoda. Rasa bertambah ghairah untuk bersama dengan pasangan.
  • Kelihatan ingin menarik. Ada kajian yang telah dibuat,menunjukkan wanita yang hampir berovulasi akan kelihatan cantik di mata orang melihatnya.
  • Bau harum. Ada pendapat yang mengatakan bau wanita lebih harum di lelaki apabila proses ovulasi berlaku.

jangkaan waktu subur

Jika dilihat tanda-tanda di atas adalah semulajadi untuk menjadikan pasangan suami isteri dapat melakukan hubungan pada waktu yang tepat.

Jadi pesanan saya, untuk mana-mana pasangan yang berusaha untuk mendapat bayi, paling utama yang perlu anda pastikan adalah waktu subur anda. Jika setelah beberapa bulan masih tidak mengandung, baru pergi untuk rawatan yang lain. Mungkin ada masalah di mana-mana.

Jika saya dahulu saya biasa akan menggunakan satu website http://www.ovulation-calendar.net/ untuk mengira hari keberapa saya subur untuk pusingan bulan tersebut. Website ini memudahkan anda untuk mengira.

7 Tips Hamil untuk Pasangan Jarak Jauh

Zaman sekarang sudah semakin ramai pasangan yang duduk asing dengan pasangan mereka. Terdapat pasangan di mana suami yang ada di Kedah, tapi isteri di KL; ada juga isteri yang duduk di Johor tapi Suami di Perak. Ini sudah semakin menjadi trend juga, di mana suami perlu pergi outstation atau bekerja di oversea.

isteri hamil

Bagi pasangan yang baru kahwin tetapi masih belum mendapat anak, kadang-kadang ini menjadi satu tekanan sebab sudah berbulan-bulan berkahwin tetapi isteri masih tidak hamil. Di samping itu, pasangan juga perlu fahami, kehamilan satu janin adalah apabila hubungan suami isteri berlaku pada waktu yang sepatutnya dan keadaan yang mencukup syarat untuk hamil.

Di sini saya ingin berkongsi 7 tips untuk hamil kepada semua pasangan yang cuma dapat duduk bersama buat masa yang singkat disebabkan oleh pekerjaan yang perlu memisahkan mereka buat masa yang panjang.

Tips 1 – Tahu Kitaran Haid Anda

Ketahui kitaran haid anda dengan betul. Ia dapat membantu untuk anda merancang untuk mengetahui waktu subur anda. Jadi rancang untuk berjumpa untuk membuat hubungan suami isteri pada waktu subur anda. Jika waktu tersebut anda terlepas, jadi kena tunggu bulan seterusnya. Ini adalah kerana, telur wanita hanya dilepaskan semasa waktu subur sahaja.

Tetapi sekiranya kitar haid anda tidak stabil, stabilkan kitaran haid anda terlebih dahulu.

Tips 2 – Baca Tanda-Tanda Badan

Wanita perlu belajar untuk membaca tanda-tanda daripada badan-badan mereka, sebagai contoh lendir serviks yang tebal dan berwarna putih, suhu meningkat dan serviks lembut menunjukkan masa yang paling subur bulan tersebut.

Tips 3 – Beri Tumpuan Kepada Situasi

Memberi tumpuan kepada situasi semasa berhubung; apabila kepuasan intim pasangan wanita, sperma lebih mampu perjalanan sehingga melalui faraj kerana serviks membesar semasa orgasm.

Tips 4 – Rehat Bebaring

Selepas melakukan hubungan intim, wanita jangan bangun, rehat berbaring selama 10 minit untuk sperma menuju ke serviks wanita.

Tips 5 – Jaga Berat Badan

Jaga berat badan anda, kerana berat badan mempengaruhi kesuburan wanita dan lelaki dan menurunkan peluang untuk hamil.

Tips 6 – Pastikan Pasangan Tidak Merokok

Pastikan pasangan anda tidak merokok. Merokok boleh juga merendahkan kesuburan. Elakkan merokok semasa mendapat peluang berjumpa dengan si suami.

Tips 7 – Dapat Nasihat Daripada Doktor

Dapatkan nasihat daripada doktor sejak daripada anda inginkan hamil. Pastikan bilangan sperma suami anda mencukupi dan keadaan rahim anda bersedia untuk hamil. Bebas daripada pcos, cyst dan sebagainya. Ini untuk mengelakan kesedihan setelah lama berusaha untuk hamil.

Dan juga memandangkan anda berdua duduk jauh sesama suami dan isteri.

Baca juga: Cara Nak Main Sampai Dapat Anak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *