Perbezaan Antara MILO Palsu dan Benar

Masihkah anda ingati perkara yang berlaku di mana Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) dari Negeri Sembilan yang lalu mendedahkan satu jenayah tentang pengeluaran dan pembungkusan MILO yang palsu di rumah?

milo pack

Selepas berita ini dikeluarkan, ia seperti bom yang meletup di masyarakat di rantau bagi semua rakyat. Semua pengguna telah terkejut terutamanya bagi mereka yang selalu minum minuman coklat hampir setiap hari. Maka adalah baik semua orang perlu berhati-hati supaya tidak membeli produk minuman palsu yang boleh memburukkan kesihatan kita!

Perkara ini berlaku selepas KPDNKK mendapat intel yang dipercayai dan memecah masuk ke sebuah rumah yang terletak di Taman Mulia, Martin, Seremban. Selepas tu baru terdedah penjenayah jadikan rumah itu sebagai sebuah kilang kecil yang menghasilkan dan pembungkusan MILO palsu.

Aliran Kerja Pengeluaran Yang Tidak Bersih

Mereka mendapati aliran kerja pengeluaran MILO di rumah tu amat mudah dan dalam keadaan yang tidak bersih. Maka keselamatan dan keadaan kesihatan amat membimbangkan.

Melalui operasi itu, pihak berkuasa merampas semua barangan bernilai sejumlah kira-kira RM250,000, termasuk 1,100 karton yang kosong, 50,000 beg plastik kosong, bahan-bahan mentah, jentera pembungkusan, penimbang dan sebagainya.

Pegawai-pegawai penguatkuasa undang-undang turut merampas 225 paket MILO yang sudah siap lengkap bungkus, dan yang masih belu bungku pun ada 105 paket.

Menurut pegawai-pegawai penguatkuasa undang-undang mencerminkan, beg pembungkusan coklat palsu itu adalah hampir 100% sama dengan MILO yang dijual di pasaran, ia adalah amat sukar bagi pengguna untuk membezakan antara mana satu adalah benar dan palsu. Dalam pengalaman pegawai, mereka tidak pernah mendengar apa-apa berita tentang MILO palsu sebelum ini.

Oleh itu, tindakan mereka kali ini memang dikatakan sebagai pembuka mata bagi pegawai-pegawai tu. “Kami mengesyaki bahawa ini adalah penggunaan serbuk coklat yang berkualiti rendah dan diisi dalam beg plastik MILO kosong, lepas siap bungkus, ia dikeluarkan ke pasaran dan dijual sebagai MILO yang benar dan mengaut keuntungan yang tinggi.”

Wakil pengilang MILO juga mengikuti pihak berkuasa yang terlibat dalam serangan Martin pada sebelah petang itu. Wakil pengeluar produk itu berkata, produk mereka cuma akan dikeluar dan dibungkus dalam kilang, mereka tidak pernah outsource ke rumah untuk pembungkusan dan pengeluaran langsung.

Oleh itu, “MILO” yang ditahan oleh pihak berkuasa adalah bahan yang tidak diketahui dan memang bukan MILO yang benar.

Selepas KPDNKK mendedahkan MILO palsu, pengeluar produk kegemaran itu, iaitu syarikat Nestle juga mula untuk mengajar pengguna bagaimana untuk mengenal pasti MILO yang benar dan palsu di laman web dan Facebook mereka.

Cara 1: Tengok Pembungkusannya

milo bezaan

Sekarang, jika anda pergi ke dapur untuk memeriksa sama ada anda beli MILO yang benar atau palsu, berikut adalah satu cara yang boleh membantu anda untuk mengetahui perbezaannya.

Boleh anda semak atas pembungkusan MILO yang anda beli itu. Pembungkusan MILO asal adalah dibungkus dan dipotong dengan mesin. Oleh itu, di bahagian atas pek asal tidak akan mempunyai penembusan yang sempurna. Ia tidak akan mempunyai bentuk riak ketara seperti ditunjukkan di gambar atas.

Manakala pembungkusan palsu akan muncul dengan bentuk beralun yang jelas. Jika anda terserempak dengan pak Milo yang mempunyai bentuk beralun yang jelas seperti yang ditunjukkan dalam gambar, maka anda sudah boleh tahu pak Milo itu adalah pak yang palsu. Boleh anda membuat laporan kepada pihak berkenaan untuk mengambil tindakan.

Cara 2: Rasa dan Warna

Bagi serbuk MILO palsu, selepas ia dicampur dengan air, kelihatan warnanya akan jadi pekat. Yang benar punya adalah kaya dengan krim, coklat dan malt; manakala yang palsu pulak mempunyai rasa koko yang kuat, manis dan juga boleh rasa sedikit hangus.

Selepas penjelasan Nestle, ramai kawan-kawan saya masih ragu-ragu, sebab bila mereka pergi membeli di pasar raya, terdapat juga beberapa pembungkusan yang mempunyai bentuk riak yang jelas! Adakah ini bermakna masih ada MILO palsu mengalir ke dalam pasaran?

Kenyataan Rasmi dari Nestle tentang MILO Palsu

Nestle berkata jika pengguna mengesyaki bahawa mereka telah membeli MILO yang palsu, mereka boleh menghubungi Nestle melalui talian hotline pusat khidmat pelanggan: 1800-88-3433.

Berhati-hati Dengan Pembelian Produk Makanan

Nestlé Malaysia menggesa semua pengguna di rantau ini perlu berhati-hati dan hanya membeli produk Milo daripada peruncit dan pedagang yang terkemuka dan boleh dipercayai di negara ini.

Dengan peningkatan jumlah kes yang berkaitan dengan produk makanan palsu, pelanggan digalakkan untuk tetap berjaga-jaga dalam membeli barangan yang mungkin memberi kesan kepada kesihatan dan keselamatan mereka.

Begitu juga, pengguna dinasihatkan untuk melaporkan sebarang salah laku yang mereka menemui kepada pihak berkuasa supaya tindakan yang diperlukan dapat diambil dengan serta-merta.

Artikel berkaitan:
Media di Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *