Jelaskan Syarat Anda Dalam Iklan Sewa Rumah

Hari ini saya ingin nak kongsi tentang tips untuk sewakan rumah anda. Jika anda mempunyai rumah kosong yang anda ingin sewa keluar, jalan yang paling pantas yang boleh anda lakukan adalah melalui Mudah.my.

Pengiklanan di Mudah.my membolehkan keseluruhan proses jadi mudah dan tak memenatkan. Lagipun kalau ada orang yang nak cari rumah sewa memang ramai daripada mereka yang cari di Mudah.my.

rumah untuk sewa

Maka tak payah untuk anda nak penat-penat letak iklan dekat kawasan perumahan. Ada sahaja tangan yang gatal yang akan pergi tanggalkan iklan yang anda tampal tak sampai setengah hari pun.

Senaraikan Kemahuan Anda Dengan Jelas Dalam Iklan

Dalam iklan di mana kita ingin sewakan rumah, kita boleh nyatakan dengan teliti apa yang kita mahu. Tujuan Ini adalah untuk mengelakkan potensi penyewa(potential tenant) yang tidak diingini oleh kita.

Antara contoh syarat-syarat yang boleh anda letakkan dalam iklan adalah seperti berikut:

  1. Kalau kita tak mahu ajen kacau boleh anda tuliskan : Strictly No Agent
  2. Kalau mahu tenant melayu sahaja dan tak mahu foreigner : Melayu lebih diutamakan. No foreigner please.
  3. Kalau mahu yang berkeluarga : Melayu yang berkeluarga akan lebih diberi keutamaan.
  4. Kalau tak mahu bakal tenant berunding atas harga sewaan : Sewa bulanan RM850 (Kadar sewa ini sudah rendah dan sudah ditetapkan. Harga ini tidak boleh dirunding lagi)
  5. Kalau nak sewa, perlu anda bayar Deposit 2 bulan + Deposit utiliti 1/2 bulan. Semuanya berjumlah RM2,025 (Deposit ini tidak boleh runding)
  6. Kalau nak customer bawa duit untuk buat booking semasa tengok rumah: Sila contact Encik Karim at 0123456789 untuk tengok rumah. Perlu anda bawa sekali sebulan sewa untuk booking terus kalau nak sewakan rumah itu.

Atas merupakan syarat-syarat biasa yang boleh anda tulis dalam iklan sewa rumah anda. Nampak macam poyo tapi anda akan dapat calon penyewa yang akan ikut dengan kehendak anda.

Secara psikologi, siapa yang tak sediakan 2+1 deposit tak akan berniat nak call anda untuk tanya dengan lebih lanjut pasal rumah yang anda nak sewakan tu. Ikan seperti ini sangat applicable untuk rumah yang mempunyai permintaan yang tinggi untuk sewa.

Rundingan Yang Boleh Anda Buat

Jika anda rasa orang yang ingin sewa rumah itu adalah benar-benar minat untuk sewa rumah anda selepas tengok rumah tapi minta sikit diskaun, anda boleh bagi sikit diskaun bagi dia juga walaupun iklan anda ada nyata harga tidak boleh dirunding. Ini semua adalah terpulang kepada anda.

Berhati-hati Dengan Orang Yang Contact Anda

Agak-agak macam mana boleh anda tahu orang yang telefon anda itu adalah betul-betul berminat nak sewa rumah anda atau dia cuma nak buat market survey sahaja?

Landlord Lain Yang Contact

Memang ada juga orang yang membuat demikian yang telefon untuk tanya tapi bukan nak sewa rumah. Orang yang buat market survey selalunya berlakon macam desperado tapi sebenarnya dia merupakan landlord di apartment yang sama.

Niat mereka telefon cuma ingin nak survey harga apa orang lain yang offer dan mereka boleh offer kepada tenant yang minat sewa unit mereka dengan harga yang sama.

Jika lepas bincang sudah anda tahu dia adalah landlord, boleh anda berpura-pura dengan nyatakan harga ini tidak masuk lagi kos maintenance dan kos-kos lain. Dengan meningkatkan harga sewa bersama kos lain, dia akan tutup telefon dengan cepat.

Ejen-ejen Yang Contact

Pernah dulu saya buat iklan di Mudah.my dan saya adalah nyatakan dalam iklan bahawa saya tak nak pakai ejen. Tapi asik saya terima telefon call dari ejen pula. Rasanya amat kacau sekali.

Jadi saya dah faham biasa ejen akan call juga walaupun kita sudah tulis strictly no agent bila dia tengok iklan kita itu di Mudah.my. Jadi apa yang perlu anda buat ialah kalau rumah anda sudah berjaya sewa, anda boleh terus padam iklan tu dan ejen tidak akan dapat telefon anda lagi.

Saya galakkan anda buat pengiklanan di Mudah.my  sebab proses untuk beriklan adalah mudah dan boleh anda dapat penyewa dengan cepat. Lepas iklan anda go live panggilan pun cepat masuk.

Anda akan ingin tahu sama ada anda perlu elak untuk sewa rumah kepada orang asing.

Apa Perlu Buat Bila Potensi Penyewa Sudah Nak Sewa Rumah Anda?

Bila penyewa yang berpotensi itu sudah tengok rumah dan rasa puas hati, dia sudah nak sewa rumah anda, maka anda perlu minta Deposit 2 bulan + Deposit utiliti 1/2 bulan.

Jika penyewa itu tidak menyediakan duit yang mencukupi, boleh juga anda minta deposit satu bulan untuk buat booking dan lepas tu kena minta penyewa bayar yang balance tu. Bila dia sudah bayar maka anda boleh terus bagi kunci kepadanya.

Bagaimana pula dengan dokumen-dokumen untuk perjanjian sewa tu? Perlu atau tidak? Sebab bila penyewa dengar perkataan ‘surat perjanjian’, mereka mungkin rasa gerun nak sewa.

Dokumen perjanjian sewa memang diperlukan dan ia adalah sangat penting. Semua penyewa pun sudah faham mereka kena sign agreement jika nak sewa rumah. Sample perjanjian tu pun sudah ada, boleh anda muat turun di sini jika perlukan. Dah kedua-dua pihak kena sign. Boleh juga anda buat stamping matikan stem dekat cawang LHDN.

Bagaimana untuk elakkan penyewa membebankan tuan rumah dengan bil-bil eletrik, air dan sebagainya? Wajar tak jika tuan rumah menetapkn syarat yang penyewa perlu menguruskan kemasukan eletrik dan air dengan membayar sendiri deposit ke pusat pembayaran seperti Tenaga Nasional dan pejabat bekalan air agar bil-bil yang tertunggak tidak ditanggung oleh tuan rumah?

Saya rasa anda tidak perulu buat sampai macam tu. Kalau anda risau penyewa guna air atau eletrik dengan lebih, boleh anda minta dia tunjuk bil yang sudah settle setiap 3 bulan.

Baca juga: Cara Paksa Semua Penduduk Bayar Maintenance

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *