Adakah anda bermimpi untuk hidup di bandar yang besar dan indah seperti Kuala Lumpur tetapi gaji bulanan anda tidak mampu untuk menyokong kehidupan anda? Jangan risau sebab di sini ada beberapa cara yang boleh anda rujukkan untuk mengurangkan perbelanjaan anda dan hidup dengan kurang daripada RM1000 setiap bulan.
1. Insurance
Ia terpulang kepada anda sama ada anda mahu membayar insurans atau tidak. Tetapi ia adalah satu pelaburan yang penting untuk dibuat dalam jangka masa yang panjang. Sama ada ia adalah untuk pinjaman rumah, kereta, perubatan, kesihatan, kehidupan atau tujuan pendidikan, melabur dalam insurans akan menyediakan satu saluran yang selamat untuk anda dan keluarga anda supaya mendapatkan sesuatu kos yang besar sekiranya sebarang malapetaka berlaku. Sebagai contoh, anda boleh mendapatkan Insurans Perubatan dari Prudential dengan bayaran serendah RM100 sebulan dengan had seumur hidup boleh dituntut sehingga RM500, 000.
Kos = RM100
2. Pembayaran Bil
Ini adalah pebelanjaan yang terbesar daripada semua kos sara hidup. Utiliti seperti telefon, elektrik dan air tidak diberikan dengan percuma dalam kehidupan kita. Dengan kurangkan penggunaan daripada utiliti ini, anda boleh menjimatkan banyak kos dan perbelanjaan tambahan. Telefon bimbit bersama pelan 3GB hanya kos RM48 sebulan dan 500 kWh bil elektrik TNB menanggung kos RM 175. Sementara itu, purata bil air SYABAS dalam isi rumah adalah di antara RM50 – RM60.
Kos = RM48 + RM175 + RM100 = RM323
3. Makanan dan Barang Keperluan Harian
Ia adalah sukar untuk hidup dengan RM1000 jika anda selalu makan di luar setiap hari. Anda boleh mempertimbangkan untuk masak di rumah atau membuat bungkusan makanan sepanjang hari untuk mengurangkan perbelanjaan. Mamak dan tempat-tempat kedai kopi boleh kos sehingga RM20 untuk setiap kali makan, ini boleh menyebabkan perbelanjaan yang besar untuk makanan dan minuman. Luangkan masa untuk membeli barangan runcit dari pasar raya tempatan anda dan memilih barangan yang berpatutan dalam bajet. Dengan semata-mata RM60 setiap minggu, anda boleh dapat bekalan makanan bulanan untuk kegunaan anda sendiri. Bukan sahaja anda akan meningkatkan kemahiran masakan anda, masak sendiri juga adalah pilihan yang lebih sihat berbanding dengan selalu makan di luar.
Kos = RM60 x 5 = RM300
4. Kenderaan
Jika anda mempunyai kenderaan sendiri seperti kereta, petrol dan penyelenggaraan akan menjadi satu beban yang besar. Perhatikan kad kredit petrol dari bank tempatan anda yang boleh memberikan anda dengan manfaat yang banyak setiap kali anda mengisi minyak petrol dalam tangki anda. Ia pasti lebih murah dan lebih mudah untuk membayar dengan kad dan bukannya secara tunai. Malah, anda mendapat mata petrol besar-besaran untuk menebus ganjaran dengan kad kredit yang sesuai dengan keperluan anda. Belanja RM50 untuk memenuhkan tangki boleh bertahan sehingga seminggu bergantung kepada kekerapan penggunaan, jumlah wang dalam 5 minggu akan menjadi sebanyak RM250. Jika anda cuma menunggang motorsikal, maka perbelanjaan anda lagi boleh turunkan.
Kos = RM50 x 5 = RM250
Memotong perbelanjaan insurans, bil-bil, barang keperluan dengan menggunakan kad kredit terbaik untuk petrol, anda boleh tinggal di bandar dengan jumlah perbelanjaan cuma RM973 sahaja. Terutamanya sekarang kerajaan telah menentukan gaji minimum RM900 untuk pekerja sektor swasta yang telah dilaksanakan di Semenanjung Malaysia dan RM800 di Sabah dan Sarawak, maka hidup di bawah RM1000 memang boleh dijadikan. Sebilangan kecil rakyat Malaysia juga dikatakan hidup di bawah angka yang dinyatakan di atas. Jadi, anda juga boleh melakukannya! Hidup mengikut kemampuan anda tanpa mengorbankan keselesaan amat disyorkan untuk siswazah dan juga semua orang yang mendapat gaji minimum.
Org bujang mungkin blh ikut bajet ni, kalau x perlu byr sewa rmh atau kongsi sewa bilik.