Ini bukanlah iklan Kementerian Kesihatan Malaysia, aku cuma terfikir berapa kerat dari rakyat Malaysia yang ada menderma darah terutamanya di kalangan darah jenis AB?
Jadi, atas dasar kesedaran pertama kali aku menderma darah tanpa memikirkan keadaan kesihatan aku sendiri. Sedia maklum bagi mereka yang memang selalu lepak secara maya bersama aku, aku pitam semasa proses derma darah tersebut. Gosh..
Berat badan dan tinggi aku memang tiada masalah untuk buat pendermaan, tetapi aku memang bermasalah dengan tekanan darah yang rendah.
Semalam bila aku pergi buat renew lesen di PKNS Shah Alam, HTAR Klang open untuk derma darah di perkarangan concourse area. Dari sana aku terfikir, oh..ini merupakan peluang yang baik untuk aku membantu mereka yang memerlukan darah sebab bila aku fikir balik masa Paksue kena accident, banyak pin darah yang dia pakai dan baru dapat nyawanya diselamatkan.
Situasi Berlaku Bila Derma Darah
Jadi aku terfikir untuk menyumbang darah yang mencukupi dari aku juga. Bila buat pemeriksaan, doktor tu cakap tekanan darah aku adalah rendah tetapi ini bukan masalah besar sangat. Saya masih selamat untuk derma darah.
Jadi, bila saya buat pendermaan, buat beberapa minit pertama aku masih rasa tiada apa. Tetapi kemudian tiba-tiba aku mula berpeluh-peluh, badan aku jadi sejuk dan pucat.
Di samping itu, jantung aku juga berdegup dengan perlahan. Terima kasih buat jururawat yang membantu aku secepat mungkin. Ya, aku nyaris dibawa ke hospital Klang kerana aku nyaris pitam..Aiyak! rasa memang malu ni.
Dan hari ini juga, aku rasa bersalah kerana buat semua orang yang rapat dengan aku risau. Aku dimarah dan diberi amaran oleh mereka untuk tidak melakukannya lagi.
Ianya terlalu membahayakan nyawa aku sebab jantung aku tidak mampu mengepam darah ke seluruh badan yang disebabkan oleh tekanan darah yang rendah.
Gosh..Aku tak tahu apa nak cakap selain dari minta maaf sebab buat kalian risau. Aku nak ucapkan terima kasih kepada kakak aku kerana berjanji tidak akan memberitahu perkara ni kepada ibu bapa aku.
Keadaan aku masih tidak stabil dan sekali lagi aku nak minta maaf kerana buat kalian risau. Terutamanya ahli keluarga, kawan-kawan dan si dia.
Aku masih membaca mesej dari kawan-kawan yang mengatakan aku gila buat perkara ni “Dah cukup sihat ke sampai nak derma darah?”. “Siapa tak marah kalau membahayakan diri sendiri”. “Tak fikir ke kalau jadi apa-apa siapa yang nak jawap kat abah”..etc…etc..
Bukan Tak Nak Bantu Tapi Tak Mampu
Kadang-kala kita memang ingin membantu sebab kesedaran itu hanya wujud pada mereka yang pernah mempunyai pengalaman. Aku berharap pada mereka yang mampu menderma darah, boleh anda semua gunakan keupayaan anda untuk melakukannya.
Bantulah mereka yang memerlukan, aku tengok setiap kali derma darah berapa pin darah saja yang mereka dapat padahal permintaan tabung darah memang adalah sangat tinggi.
Hanya sekali dalam 3 bulan anda perlu menderma jika mahu. Aku sudah cuba tetapi ironiknya aku sendiri mempunyai batas dalam perkara ni. Jadi yang termampu oleh aku ialah menggalakkan pada mereka yang mampu untuk terus menderma darah.
Kepada para penderma darah, terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada sistem kemanusiaan. Kalian telah menyelamatkan banyak nyawa tanpa disedari. Aku “dengki” pada kalian kerana mampu menyumbang apa yang aku tak mampu berikan.