Persoalan adalah seperti tajuk di atas, Derhaka kah jika kita hantar ibu bapa kita ke rumah orang tua? Apa jawapan anda, derhaka atau tidak? Jawapannya ialah ya atau tidak.
Ya memang derhaka bila anak nak lelas tangan bagi orang lain jaga. Lepas tu biar saja mak bapa mereka mereput, tak bagi duit langsung dan tak datang balik untuk tengok mereka.
Kalau boleh, kebanyakan orang nak jaga ibu bapa bila mereka tua. Sebab mereka rasa duduk di rumah sendiri dengan bayar penjaga adalah lebih baik daripada duduk di rumah orang tua. Keselesaan di rumah anak sendiri bersama cucu-cucu, takkan sama dengan keselesaan di rumah org tua. Tak ada istilah mak bapa menyusahkn anak-anak bila mereka sudah tua.
Dan Tidak derhaka malah anak yang SOLEH bila penghantaran itu disetujui oleh ibu bapa dan mereka faham konsep dan kelebihan rumah orang tua diwujudkan.
Saya dulu selalu ditanamkan dengan teori, hantar ke rumah orang tua sama dengan anak derhaka. Sebab ini semua kisah yang teladan dari drama dekat TV.
Apapun bila dewasa, bila saya baca blog Kennysia barulah saya tahu yang tujuan utama rumah orang-orang tua diwujudkan adalah untuk orang tua tinggal. Rumah itu diuruskan oleh penjaga yang dibayar dan juga tidak mengganggu/ menyusahkan kehidupan anak.
Sejujurnya saya setuju dengan tujuan pusat penjagaan orang tua-tua itu. Apabila saya sudah jadi tua nanti, kalau saya masih boleh selia diri saya dan menjaga diri saya, saya akan selesa untuk duduk di rumah sendiri.
Sebaliknya kalau saya sudah tak mampu untuk jaga diri, dan memerlukan bantuan dari orang lain, maka saya lebih suka untuk bayar yuran dan masuk ke rumah orang tua. Dengan ini saya boleh dapat jagaan yang baik oleh penjaga di sana. Dengan membuat demikian, saya tidak perlu menyusahkan anak sendiri. Meletakkan anak-anak dalam situasi bergaduh tentang siapa yang akan jaga ayah itu?
Dengan ini tidaklah pula perlu anak-anak yang nak bermasam muka, menuding jari untuk menentukan siapa yang perlu menjaga dan saya tak nak jadi penghalang untuk anak-anak nak meraih impian mereka kerana mereka kena jaga saya. Cuma apa yang saya harap adalah mereka akan kerap datang untuk melawat saya.
Konsep Betul
konsep tu adalah betull. Tapi mentaliti kita yang kena lagi diperbetulkan. Cuma bagi saya, selagi anak ada, dan selagi mak ayah masih hidup, saya akan jagalah mereka sama ada mereka masih sihat ataupun sakit.
Betul kata orang di mana mak seorang boleh jaga 10 anak. Tapi 10 orang anak tidak mampu untuk jaga seorang mak pula. Apapun, tujuan rumah orang tua ini sememangnya amat baik dan murni. Yang penting, jangan sakitkan hati orang tua saja.
Segi Kewangan Punca Yang Utama
Kita kena bersedia bila tua nanti dari segi kewangan. Selalunya kewangan yang menjadi punca perbalahan antara anak-anak untuk menjaga orang tua mereka. Kalau hantar ke rumah org tua pun perlukan duit. Nak duduk rumah anak-anak pun perlukan duit. Takut nanti anak menantu asik berbalah dan lama-lama kita pun tak terbela.
Saya nampak satu peluang dari ni. Samada peluang buat duit atau peluang berbuat baik sesama insan selagi ada hayat, terpulang pada pandangan masing-masing.
Pertimbang Untuk Buka Satu Rumah Orang Tua
Saya ingat saya nak buka dan urus satu rumah penjagaan warga-warga pencen dan tua. Rumah ini adalah khas untuk orang tua yang tidak mampu untuk jaga diri. Rumah ini bukan percuma sebab saya akan kenakan yuran bulanan. Tapi yuran itu adalah pada kadar yang berpatutan.
Di situ nanti akan ada 2 bahagian: 1 untuk warga pencen yang masih boleh mengurus diri sendiri dan 1 lagi untuk warga-warga tua yang sudah tak boleh urus diri sendiri.
Di rumah tu nanti aku akan isikan masa-masa terluang dengan aktiviti-aktiviti:-
- Keagamaan seperti belajar mengaji, sembahyang berjemaah, kuliah agama, dan lain-lain. Akan ada ustaz tetap datang ke situ.
- Riadah dan senaman untuk orang tua seperti tai chi, poco-poco, senamrobik, dan sebagainya.
- Cara-cara pengurusan kewangan. Yang ni untuk memastikan duit yang anda ada pada masa tu boleh “rolling” sendiri untuk membayar yuran rumah orang tua ini sampai akhir hayat. Dan sesudah meninggal dunia nanti boleh la anda mewasiatkan duit-duit itu nanti untuk waris-waris anda atau pun untuk penjaga-penjaga/pengurus-pengurus anda di rumah itu.
- Lain aktiviti-aktiviti yang sesuai seperti kenduri kahwin (yang ni untuk warga penghuni rumah saja), lawatan ke tempat-tempat menarik dan sebagainya.
Apapun kalau boleh saya berdoa untuk berada dalam keadaan yang sihat sampai saya mati. Saya nak duduk rumah sendiri bila saya jadi tua nanti. Harap-haraplah dapat sihat dan tidak perlulah sampai kena hantar masuk ke rumah orang tua-tua.
Macam mak long saya yang selalu cakap bahawa dia selalu berdoa supaya dia mati sebelum dia nyanyuk supaya dia tidak akan menyusahkan anak-anak.