Siapa tak pernah bercinta sila angkat tangan? Kalau yang pernah bercinta, memang mereka tahulah yang bercinta ini bukan sahaja memerlukan pengorbanan perasaan sayang, masa, malahan wang ringgit juga. Jadi kali ni saya ingin nak berkongsi tentang beberapa tips untuk berjimat wang semasa bercinta.
1. Bermula lewat
Cinta ini kadang-kadang hadir tanpa di cari, kadang kadang hadir setelah kita berusaha. Tapi kalau saya perhatikan, orang-orang yang bercinta ini kadang-kadang bukan bercinta dengan bersungguh-sungguh nak sama-sama menuju ke gerbang perkahwinan sebaliknya mereka cuma nak main-main dan habiskan masa bersama saja.
Jadi pada saya, kalau sudah betul-betul serious nak bercinta baru bercintalah. Jika kita bermula cinta dengan lewat, maka duit yang kita habiskan untuk bercinta akan dapat dikurangkan.
2. Pilih cinta yang serious
Satu perkara yang macam yang dibincangkan di atas, kalau tak serious akan buang masa tenaga dan duit. hati pecah benci pun ada. Jika ada pernah beli hadiah jenama yang mempunyai harga yang tinggi lebih kantoi. Macam beli handbag jenama LV yang anda belanja berapa ribu untuk membuat dia gembira, tapi lepas beberapa bulan berpisah pula. Adakah anda berani untuk minta balik hadiah yang anda beri kepada dia itu?
3. Kurangkan pertemuan
Biar kurangkan kuantiti pertemuan, kalau selalu bertemu memanglah habis duit nak keluar untuk aktiviti-aktiviti yang bermacam-macam seperti shopping, makan, main bowling, karaoke dan tengok wayang. Pada saya biar jarang bertemu tapi bila sudah bertemu mesti menghargai pertemuan itu dan sama-sama menghabiskan masa dengan berkualiti. Quality is better than quantity.
4. Kurangkan perbualan telefon
Kalau bercinta ni, memang perbualan itu perlu. Zaman di universiti dulu, saya kena langgan fix line, pakat bergayut siapa yang ada awek tu, siapa bergayut paling lama, ada yang sampai 12 jam pun ada.
Masalah bila terima bil telefon, nama orang yang register talian telefon itu yang perlu menghadapi masalah bayaran. Di sini kalau boleh kurangkan perbualan telefon memang boleh berjimat, Kalau berjumpa tu berbual la dengan puas-puas. Kalau sibuk nak main bowling atau tengok wayang setiap kali bertemu, mana ada masa untuk berbual-bual satu sama lain. Pakai Whatsapp atau WeChat dengan kerap, ni pun adalah alternative yang baik dan kosnya sangat murah saja.
Saya teringat masa bercinta dulu di mana bekas kekasih berada di tempat yang agak jauh. Tiap-tiap malam dia akan call saya. Bila sampai hujung bulan dan dia semak bil telefonnya mencecah ribu. Dia ingat kami tak berjodoh dan kemudian kami berpisah sebab ini.
5. Hadiah yang sederhana
Bila seorang sudah mula bagi hadiah mahal, takkanlah nak bagi hadiah murah, takkanlah Estee Louder dibalas dengan jenama dashing saja. Jadi bila bagi hadiah kepada kekasih tu, biarlah beri hadiah yang sederhana sudah cukup, tak payah beli jenama dengan harga yang amat mahal. Kelak mungkin pasangan anda terbeban untuk membalas dengan hadiah yang sama nilai. Kalau boleh cuma bertukar hadiah semasa hari jadi masing-masing sudahlah.
6. Makan
Kalau bab makan ni agak praktikal untuk berjimat. Contohnya kalau beli ikan bakar seekor tu boleh kongsi antara dua orang. Nasi dengan sayur juga boleh berkongsi bersama. Best part kalau pasangan balik dari kampung, mesti ada bekalan untuk dimakan bersama.
Sometime saya wonder ada yang bercinta bukan saja menghabiskan semua duit yang dia ada, tapi ada yang tidak cukup juga sampai kena pinjam duit dari kawan-kawan.
Ada juga orang yang sampai kena pinjam baju dan minyak wangi sebab tidak mampu untuk beli sendiri, Ada dari kawan-kawan saya yang sampai pinjam kereta, dan kereta dipandu sampai kena accident di mana dia pandu kereta berkepit ke hulu ke hilir, alih-alih clash. Ini memang membuangkan masa dalam aktiviti yang tidak memberi sebarang manfaat malah menyusahkan orang juga.
7. Cari Kekasih Sekampung
Kalau boleh carilah kekasih yang duduk sama tempat dengan anda. Dengan itu, anda akan dapat tambah lagi penjimatan masa tidak perlu pergi jauh-jauh untuk jumpanya setiap kali bertemu.
Bila sampai masa nak kahwin, boleh adakan kenduri kahwin dengan berkongsi bersama untuk buat sekali sama ada di dewan, rumah tok penghulu, sekolah, atau pun di tengah-tengah simpang antara rumah pengantin lelaki dan perempuan. Dengan ini boleh juga jimat dengan wang yang banyak.
Untuk balik raya, ni bila anda sudah kahwin nanti dan setiap tahun anda akan dapat jimat wang. Selain tu tak jadi masalah nak balik rumah ibu bapa siapa dulu sebab balik ke kampung yang sama. Macam ini memang aman rumah tangga.
Apapun selagi boleh berjimat kita berjimatlah, saya sendiri menjaga budget semasa bercinta, saya beritahu pasangan saya yang saya berjimat untuk melamar dia.
Bagaimana anda berjimat semasa bercinta?