Cara Untuk Memilih Mummy Bag Yang Sesuai

Mummy bag ataupun Nursery Bag merupakan satu item mesti untuk ibu bapa yang mempunyai bayi kecil di rumah. Anda mungkin tertanya-tanya apakah itu mummy bag? Untuk pengetahuan anda, mummy bag merupakan satu bag yang direka khas untuk kesenangan ibu bapa agar semua barang-barang keperluan bayi kecil dapat dimuatkan dalam beg tersebut.

Kebaikan Penggunaan Mummy Bag

Ketika ingin membawa bayi kecil keluar dari rumah, banyak item keperluan bayi harus disediakan. Antaranya ialah lampin bayi, botol susu, baju bayi, puting bayi dan lain-lain lagi. Alangkah baiknya jika kesemua item-item ini dapat disusun dengan elok di dalam satu beg yang direka khas untuk tujuan tersebut. Dengan menyusun ke semua item ke dalam mummy beg ini, anda tidak akan mengalami masalah terlupa membawa segelintir item keperluan bayi. Di samping itu, ia juga dapat menjimatkan masa ibu bapa kerana semua item boleh disusun terlebih dahulu dan dibiarkan untuk kegunaan pada bila-bila masa sahaja.

Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Pemilihan Mummy Bag

a. Fungsi
Fungsi yang dimaksudkan di sini ialah keupayaan beg tersebut untuk mengisi barang-barang bayi anda. Beg yang dipilih harus mempunyai fungsi untuk mengisi botol susu, lampin bayi, diaper pad, tuala kecil, baju dan seluar bayi dan lain-lain lagi.

mummy bag

b. Senang Untuk Dicuci
Ini juga penting kerana kebersihan merupakan elemen paling penting khususnya untuk menjaga kesihatan bayi kita. Kita harus sering mencuci beg yang digunakan untuk mengisi item bayi agar bayi tidak dijangkiti kuman ataupun virus.

c. Material
Kita harus memilih beg yang diperbuat daripada material yang lebih keras agar barang-barang yang diisi tidak rosak. Beg yang tahan lama juga lebih menjimatkan kos kerana tidak perlu selalu tukar beg bayi baru.

d. Boleh Digantung Di Atas Baby Stroller
Ibu perlu membawa beg sendiri dan pada masa yang sama jika perlu mengambil beg bayi, ia sangat sukar. Oleh itu, beg bayi yang boleh digantung pada stroller juga merupakan satu faktor yang tidak boleh dipandang ringan.

Artikel berkaitan:
Apa Yang Perlu Diperhatikan Bila Nak Beli Baby Walker?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *