Tahun 2013 sudah jejak 31 hari nampaknya sampai hari ini. Pejam celik, pejam celik. Cepat betul masa berlalu sekarang kan? Semalam, pelajar jurusan agama dah selamat dah dapat keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM). Kita? Dah dapat keputusan apa? hahahaha!
Lawak hambar.
Sambung, sebelum tu saya mulakan dengan mengucapkan Segala Puji bagi Allah. Selawat dan salam atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W (ada gaya ustazah pilihan tak?) hehehehe! Alah, bukan apa. Saja ambil keberkatan. Eloklah daripada saya dok “hello semua!!! yo yo wassup!” kan?
Dunia nak kiamat? Eh taklah. Hari ini kan hari Khamis bukan Jumaat. hahahaha!! Lawak hambar sekali lagi. Ok, serious balik. Baca sekali lagi tajuk entri ini “Beginilah cara Hidup Untuk tahun 2013″. Cara hidup siapa? Of courselah cara hidup saya. Tak ada masa saya nak ambil tahu cara hidup orang lain.
Setiap orang ada cara hidup yang berlainan. Kita ni semua berbeza tiap satunya. Wajib ya kita percaya yang kita ni semua kategori unik. hahahaha! Jadi, bila dah sebut unik, maksudnya tentulah cara kita nak kecapi nikmat bahagia tu berbeza. Saya dengan cara saya yang kini, korang mungkin ada cara lain.
Kalau sebelum-sebelum ni saya dah rasa macam saya ada banyak sangat buang masa. Jadi untuk tahun 2013 ni saya sudah membuat keputusan tidak nak ulang lagi.
Sekarang usia makin meningkat, rasa macam sia-sia saja kalau tak berubah dengan mengatur langkah untuk hidup dengan lebih baik. Untuk tahun 2013 ini, saya dah nekad (InsyaAllah) akan cuba bahagikan masa antara keperluan diri sendiri, keperluan keluarga, keperluan orang-orang tersayang, dan keperluan agama dengan lebih teratur. Beginilah cara hidup untuk tahun 2013 saya. Harap semua pelan yang disediakan dapat dilaksanakan dengan lancar.
BANGUN AWAL SEDIKIT (Sedikit je untuk permulaan)
Masa abang dan kakak ipar saya pergi menunaikan haji tahun lepas, saya diamanahkan untuk jaga hero-hero mereka. Jadi, dengan paksa rela saya dah terbiasa bangun jam 4:30 pagi untuk siapkan keperluan diorang ke sekolah. Barulah saya tahu, sebenarnya bila kita bangun seawal pagi buta tak berapa nak buta ni, ada eloknya juga. Badan jadi lebih segar dan BANYAK KERJA BOLEH SIAPKAN LEBIH AWAL! Saya teruskan juga sekarang tapi selalu juga failed. Tak apa, masih berusaha.
FIKIR TENTANG KEJADIAN ALAM PAGI-PAGI
Ahaks! Serious, seronok sangat buat aktiviti ni. Sekarang ni, setiap pagi saya akan keluar rumah dan tengok langit, puji. Cari pulak burung-burung yang terbang, saya puji lagi. Lepas tu, saya akan cari binatang-binatang lain yang melata ke apa ke untuk buat saya sedar dan bersyukur banyak banyak banyak sebab Allah jadikan saya sebagai manusia yang boleh makan Pizza Hut tak macam binatang yang cuma makan makanan sisa kita. Seronok! korang kena buat dan nanti korang tahulah perasaan yang saya rasa. hihihihi
FOKUS KERJA
Yang ini saya antara paling susah bagi saya yang dah terbiasa membuang masa. hahahaha!!! Kalau sebelum ni saya asyik melayan orang dekat Twitter, baca gosip itu ini, sekarang saya dah malas. Banyak kerja tertangguh. Biasanya antara jam 10-1 pm saya tak bukak mana-mana web social network. Kalau busy sangat, saya terus OFF wifi. FOKUS!
JAGA SILATURRAHIM
Walaupun saya jarang bukak web social network, tapi saya ada application WhatsApp dekat hp. Saya memang suka tanya khabar kawan-kawan terdekat guna WhatsApp je. Saya dah belajar tentang pentingnya jaga silaturrahim ni, jadi memang kadang-kadang even sibuk pun saya akan ambil sikit masa untuk tanya khabar. Tapi, buat ikhlaslah janganlah pulak berbaik ada sebab lain. wakakakaka!!! Buat apa-apa biar IKHLAS.
POSITIVE IMAGINATION
Yang ini saya baru belajar daripada seorang kenalan. Dialah yang ajar saya untuk cuba jadi manusia yang sepositif yang boleh. Macam mana? Cuba bayangkan perkara-perkara yang kita impikan atau kita nak perkara tu terjadi in future. Kata kan, kita nak pastikan tahun 2013 akan jadi tahun paling bahagia, tahun yang akan buat saya lebih ceria (bayang saya ketawa terbahak-bahak), atau apa sajalah yang saya suka. Serious saya cakap, korang kena buat teknik ni sebab once korang buat dengan betul-betul fokus, akan ada 1 kuasa atau energi yang sangat POSITIF masuk dalam badan kita. Best!
Ada lagi sebenarnya tapi kalau saya kongsi semua dekat sini, jenuhlah korang nak baca (itupun kalau ada yang sudi baca. hahahaha!). Apa-apapun, janganlah ada yang terasa hati lepas baca entri ini. Kalau ada, saya minta maaf. Ini hal saya, hal hidup korang Wallahualam. Buatlah apa dan bagaimana pun asalkan akhirnya kita akan dapat manfaat daripadanya ok. Bye!