Adakah anda tahu apa peralatan di rumah anda yang guna paling banyak elektrik?
Setiap kali bila saya melihat bil elektrik yang semakin meningkat, saya rasa amat sakit gigi.
Sekarang biar saya memberitahu anda mana peralatan yang guna elektrik yang paling banyak, supaya anda tahu untuk tutup karen nya bila tidak pakai. Dengan ini anda dapat turunkan bil elektrik.
Bila cakap tentang penggunaan elektrik yang paling banyak dalam rumah, adakah peralatan pertama yang difikirkan oleh anda ialah penghawa dingin?
Terutama bila cuaca sangat panas, anda mesti akan buka penghawa dingin. Tetapi adakah penghawa dingin merupakan peralatan yang guna elektrik yang banyak?
Lihatlah seterusnya dan anda akan tahu jawapannya.
6. Router
Hairan? Saya pun terkejut bila tahu router berada dalam senarai ini. Sebenarnya, sama seperti TV box, router juga merupakan “pencuri elektrik” di rumah.
Sebab mengapa router dikatakan sebagai “pencuri elektrik” adalah kerana dalam keadaan siap sedia, router masih menggunakan 2 watt elektrik. Dengan penggunaan elektrik yang sikit tu, dalam satu bulan ia akan jadi satu penghabisan yang ketara.
5. Periuk Nasi
Bila buat pembandingan penggunaan peralatan elektrik di rumah, memang periuk nasi tidak boleh diketepikan.
Walaupun kuasa elektrik yang dipakai oleh periuk nasi bukan besar sangat, tetapi ia masih boleh menghabiskan elektrik dalam masa yang panjang.
Jika nak jimat elektrik, apa yang anda boleh amalkan adalah setiap kali setelah pakai periuk nasi, jangan biarkan ia berada dalam keadaan pemeliharaan panas.
Korang boleh terus tarik keluar palam elektrik untuk mengurangkan penggunaannya. Lebih-lebih lagi, casis periuk nasi juga perlu kerap digosok. Jika ada karat, ia akan meningkatkan penggunaan elektrik.
4. Peti Sejuk
Peti sejuk memang merupakan antara satu peralatan yang menggunakan elektrik yang banyak. Penggunaan kuasa peti sejuk umumnya ada di sekitar 200 watt, dan biasanya ia akan dibuka sepanjang tahun.
Tetapi walaupun ia merupakan peralatan rumah yang sangat diperlukan, tetapi masih boleh kita menjimatkan elektrik atas peti sejuk.
Bila peti sejuk berada dalam keadaan penyebaran haba yang tinggi, sekiranya anda meletakkan peralatan penyebaran haba yang lain dengannya, seperti ketuhar gelombang mikro, ketuhar, dan lain-lain. Ini akan mempengaruhi kesan penyejukan peti sejuk dan meningkatkan penggunaan tenaga elektrik.
3. Kotak TV (TV Box)
Sekarang memang umum bagi setiap keluarga mempunyai TV. Walaupun penggunaan elektrik untuk TV bukan banyak sangat, tetapi terdapat banyak orang mengabaikan aksesori yang dipakai di samping TV, iaitu kotak TV.
Kuasa operasi kotak TV umumnya di sekitar 16 watt. Walaupun kuasa elektrik ini sangat kecil jika dibandingkan dengan penghawa dingin. Namun, kerana kotak TV harus beroperasi selama 24 jam, ia juga merupakan penghabisan elektrik yang banyak dalam sebulan.
Jadi, apabila anda tidak menggunakan kotak TV, anda mesti mencabut bekalan kuasa. Sama juga dengan TV.
Jangan anda pandang ringan dengan penggunaan elektrik yang kecil ini. Pengumpulan tenaga elektrik yang kecil selepas sebulan akan jadi satu perbelanjaan yang besar juga.
Kotak TV boleh digalarkan sebagai “pencuri elektrik” adalah kerana eksperimen telah menunjukkan bahawa kadar penggunaan elektrik bagi kotak TV adalah kekal di sekitar 6-7 watt dalam keadaan siap sedia.
Ini merupakan penggunaan elektrik yang paling tinggi berbanding dengna peralatan elektrik lain bila berada dalam keadaan siap sedia.
2. Penghawa Dingin
Ia merupakan peralatan elektrik yang kedua yang paling banyak menggunakan elektrik dalam rumah.
Sebenarnya, penggunaan elektrik untuk penghawa dingin adalah sangat besar. Tetapi ada penyelesaian yang sesuai untuk masalah ini.
Pada masa kini, kebanyakan penghawa dingin adalah jenis penyongsang, yang dapat menyesuaikan suhunya mengikut suhu luar.
Lebih-lebih lagi, membersihkan penghawa dingin dari semasa ke semasa juga dapat mengurangkan penggunaan elektrik.
Dan mengubah penghawa dingin menjadi mod tidur ketika tidur pada waktu malam juga dapat menjimatkan banyak elektrik.
Sampai sini, adakah anda tahu berapa banyak kuasa elektrik yang digunakan oleh penghawa dingin?
Kuasa operasi umumnya di sekitar 2000-3000, dan menghabiskan sekurang-kurangnya 2 kilowatt dalam 1 jam.
Berdasarkan anggaran ini, bil penghawa dingin akan menelan bil elektrik anda lebih dari sepuluh ringgit sehari, memang banyak, kan?
Ramai orang tahu bahawa suhu penghawa dingin ditetapkan pada 26 darjah Celsius, yang merupakan mod penjimatan yang paling baik. Tetapi jangan lupa bahawa masih perlu anda melaraskan arah angin.
Umumnya, udara tiup ke bawah. Oleh itu, semasa menyejukkan, perlu anda putar pendingin hawa ke arah atas dan biarkan udara sejuk beredar dari atas ke bawah, sehingga suhu bilik dapat turun secepat mungkin, dan ia juga dapat kurangkan penghabisan elektrik.
Selain itu, sebelum menggunakan penghawa dingin, pastikan untuk membersihkan bahagian luar dan juga penapis penghawa dingin.
Sebab jika terlalu banyak debu melekat padanya, ia akan sangat mempengaruhi kesan penyejukan dan penggunaan kuasa akan meningkat lebih dari separuh.
1. Pemanas Air
Ya, ini adalah peralatan elektrik yang guna paling banyak elektrik di rumah.
Kuasa pemanas air elektrik boleh mencapai hingga 3000 watt.
Kita memang akan gunakan pemanas air untuk mandi setiap hari.
Sekiranya pemanas air elektrik dibuka selama sehari, penggunaan kuasanya dapat mencapai sekitar 20 darjah.
Oleh itu, perlu anda ingat untuk menutup suis semasa tidak menggunakannya, dan hidupkan semula sejam sebelum mandi. Sama juga dengan pemanas air yang kita pakai untuk minum. Selepas air dipanaskan, perlu anda tutup suisnya.
Apa yang diberitahu adalah kuasa elektrik yang digunakan oleh pemanas air pada dasarnya adalah di sekitar 3 kilowatt, dan penggunaan elektrik dalam satu jam boleh mencapai sekitar dua darjah.
Selepas sebulan, pemanas air sahaja akan menggunakan 60 darjah elektrik. Sekiranya pemanas air sentiasa dibuka, penggunaan elektrik akan jadi lebih tinggi lagi.
Untuk jimat elektrik, setelah menggunakan pemanas air, tutupkannya dengan segera, dan jangan biarkan ia berada dalam keadaan pemeliharaan panas untuk waktu yang lama.
Sekarang sudah anda jelas mana satu peralatan elektrik di rumah yang habiskan elektrik yang banyak.
Tidak kira sama ada anda sanggup membayar penggunaan elektrik atau tidak. Korang harus menanam tabiat yang baik untuk menjimatkan elektrik demi kebaikan semua orang.