5 Peraturan Untuk Lepaskan Kemiskinan dan Jadi Kaya

Ini adalah sebuah buku tentang kota purba Babylon. Nama bukut itu adalah “The Richest Man in Babylon”. Dan saya akan memberitahu anda satu cerita tentang orang terkaya di Babylon yang dibincangkan dalam buku itu.

Di samping itu, saya akan berkongsi dengan anda 5 peraturan yang paling menarik dalam cerita ini.

the richest man in babylon

Cerita ini akan mengajar anda untuk meletakkan asas pengurusan kewangan anda daripada undang-undang kekayaan tertua dan paling berkesan.

Kisahnya bermula dengan seorang tukang kereta kuda nama Bansir and seorang pemuzik nama Kobbi. Mereka berdua mempunyai kemahiran tetapi mereka masih hidup dalam keadaan yang miskin.

Jadi mereka memutuskan untuk mencari teman masa kecil mereka, Akkad. Mereka ingin mendapatkan tujuk ajar dari Akkad supaya dapat mencari jalan untuk menjadi kaya.

Akkad sangat kaya dan dia dapat mengumpul kekayaan yang sangat besar. Pada masa tu, dia sudah jadi orang terkaya di Babylon. Walaupun dia berbelanja banyak, dan sentiasa bersedekah kepada mereka yang memerlukan bantuan, tetapi dia nampaknya mempunyai bekalan kewangan yang tidak berkesudahan dan kekayaan yang semakin meningkat.

Akkad memberitahu dua orang rakannya bahawa dia juga pernah menjadi seorang pengukir tanah liat yang sangat miskin. Dia pernah membuat perjanjian dengan seorang yang kaya untuk mengukir tanah liat untuknya sebagai syarat pertukaran rahsia kekayaan.

Orang kaya itu bersetuju. Lepas Akkad siapkan kerjanya, orang kaya itu menepati janjinya dengan memberinya maklumat yang sangat berharga kepada Akkad.

Orang kaya itu memberitahunya bahawa jalan yang dia menuju ke kekayaan bermula dari keputusannya untuk simpan sebahagian daripada pendapatannya setiap bulan.

1. Simpan 1/10 Daripada Pendapatan Anda Setiap Bulan

Jadi, sama juga untuk anda, ini adalah peraturan pertama untuk anda lakukan. Simpan 1/10 daripada pendapatan anda sebagai dana pelaburan.

Buku itu menyatakan asalkan seorang berdisplin untuk simpankan pendapatannya sekurang-kurangnya 1/10, dan gunakannya bagi mencipta kekayaan untuk masa depannya dan keluarganya. Dengan ini, kewangannya akan masuk dengan berterusan. Semakin lama semakin banyak kekayaan yang dia dapat kumpulkan.

Ramai orang sering mengeluh bahawa mereka tidak cukup duit untuk belanja tidak kira betapa rajin mereka berusaha. Setiap akhir bulan wang mereka akan habis langsung.

Mereka selalu rasa bahawa bos beri gaji terlalu sikit, kerajaan sering buli mereka dan sebagainya.

Walaupun kata-kata ini terdengar munasabah, tetapi jika seseorang benar-benar menghadapi tabiat perbelanjaan mereka, mereka akan menyedari bahawa kebanyakan kos seperti makan malam di restoran mewah setiap hujung minggu, beli telefon bimbit terkini, beli barangan mewah dan sebagainya.

Sebenarnya perbelanjaan semua ni memang tidak diperlukan.

Akkad yang merupakan orang terkaya di Babylon awalnya sudah fahami kepentingan mengawal perbelanjaannya. Dia juga tahu perbezaan antara keperluan dan kemewahan.

Ia memang mudah saja untuk berhenti membeli barangan mewah. Caranya ialah jangan sekali-kali membeli apa yang anda tidak perlukan. Anda tidak akan mati walaupun tidak beli barang ni.

Apabila anda mendapat gaji setiap bulan, ingat untuk bayar diri dulu. Sebelum anda membayar bil, sewa, pembiayaan, loan kereta dan sebagainya, perlu anda simpan sekurang-kurangnya 10% daripada pendapatan anda terlebih dahulu.

Dana simpanan dan pelaburan anda akan berkumpul dengan lebih banyak dari semasa ke semasa. Jadi lebih cepat anda mula menyimpan wang, lebih baik untuk masa depan anda.

Anda bukan sahaja boleh menggunakan simpanan anda untuk faedah kompaun, melabur untuk membina kekayaan, ia juga boleh mengelakkan beberapa kecemasan seperti perbelanjaan perubatan yang besar, kemalangan, baiki kereta atau dibuang kerja secara mengejut.

2. Biar Wang Kerja Untuk Anda

Selepas anda mempunyai simpanan, anda boleh memasukkan peraturan kedua untuk kekayaan. Iaitu, biar wang anda bekerja untuk anda.

Apa yang dikatakan di sini ialah cari sumber di mana orang yang ikhlas dan tahu menggunakan wang untuk menjana wang yang lebih banyak.

Seperti pekerja di ladang yang dapat membawa lebih banyak kekayaan kepada pemiliknya. Wang sememangnya hamba yang sanggup bekerja untuk anda. Dia tidak sabar apabila mempunyai peluang baginya untuk janakan beberapa kali lebih banyak dari wang asal anda.

Apabila simpanan anda sendiri semakin meningkat, anda boleh mula mencari beberapa projek berisiko rendah untuk melabur.

Terdapat banyak bidang pelaburan yang boleh anda dapati seperti hartanah, sukuk, saham, dana, perniagaan, dll.

Jadi orang boleh bekerja, wang juga boleh bekerja. Jangan biarkan wang anda tidur dalam rumah tanpa buat kerja. Tetapi sebelum membuat sebarang pelaburan, anda perlu pastikan anda kenali dan fahami dengan jelas projek pelaburan itu.

3. Dapatkan Nasihat Daripada Orang Berpengalaman

Ini membawa kepada peraturan ketiga. Iaitu sebelum melabur, dapatkan nasihat daripada orang pintar dan orang yang berpengalaman terlebih dahulu. Anda mesti hanya buat pelaburan yang mempunyai risiko rendah dan menguntungkan.

Buku itu berkata bahawa mereka yang berhati-hati semasa melabur, dan tahu bagaimana untuk meminta bantuan pakar baru dapat melindungi harta mereka.

Anda tidak mahu kehilangan satu sen juga sebab ini merupakan kewangan yang anda kumpul dari kerja keras anda.

Untuk mengelakkan buat pelaburan yang salah, jangan percaya intuisi pelaburan anda yang tidak boleh dipercayai. Ini merupakan apa yang dilakukan oleh kebanyakan orang. Mereka suka bergantung pada intuisi mereka atau mendengar nasihat pelaburan dari kawan saja, mereka sudah pergi buat pelaburan secara membabi buta.

Ia biasanya akan diakhir dengan kehilangan wang ataupun kena tipu.

Tetapi orang kaya berfikiran berbeza. Mereka bukan sahaja mendengar kata-kata orang lain. Tetapi mereka akan pergi mendapatkan nasihat dari profesional. Ini seolah-olah anda tidak akan mempercayai seorang penyembelih ayam untuk melakukan pembedahan untuk anda, kan?

Anda juga tidak boleh mempercayai orang yang tidak membuat wang untuk memberi cadangan kepada anda. Ini juga membuka kepada peraturan keempat.

ringgit tilam

4. Wang Anda Akan Hilang Cepat Jika Tidak Tahu Melabur

Mereka yang tidak tahu pelaburan atau tidak mengikut nasihat pakar akan kehilangan wang mereka dengan cepat.

Sebagai contoh, Azmin sudah mengikut peraturan kekayaan yang pertama selama dua tahun. Sedikit kekayaan telah terkumpul setakat ini, iaitu kira-kira RM30,000.

Dia telah membaca banyak buku dan menonton banyak Youtube mengenai kewangan dan pelaburan.

Tetapi Azmin mempunyai satu kelemahan, iaitu dia sangat senang untuk percaya tentan satu idea pelaburan yang dia terdengar.

Sebaik saja dia terlihat satu idea pelaburan dalam Facebook atau terlihat satu Youtube video yang mengiklankan satu projek pelaburan yang tidak boleh dilepaskan, dia akan percaya dengan segera dan masukkan semua hartanya ke dalam pelaburan itu

Anda pasti pernah melihat iklan seperti ini:

“Ini adalah peluang pelaburan hartanah yang anda tidak boleh lepaskan!”

Atau

“Hanya melabur RM1,000 dalam projek ini, anda akan dapat 25% bayaran balik bulanan!”

Apakah yang akan berlaku selepas dua atau tiga bulan? Kemungkinan besar anda akan diberitahu bahawa projek ini telah menemui masalah atau projek itu kehilangan wang.

Secara ringkasnya, anda telah ditipu.

Peraturan pelaburan pintar adalah sangat mudah. Iaitu kalau anda tidak faham bagaimana projek pelaburan ini menjana wang, jangan labur!

Anda boleh merujuk kepada peraturan ketiga untuk dapatkan nasihat daripada pakar pelaburan yang dapat menjana wang. Inilah yang merupakan apa yang harus dilakukan oleh Azmin.

Ambil nasihat daripada orang yang berpengalaman berbanding dengan melabur secara membabi buta akan dapat pastikan anda tidak kehilangan wang anda.

Jika anda ingin melabur dalam hartanah, tanya sahaja kepada orang yang sudah menjana pendapatan dalam hartanah. Jika anda ingin melabur dalam saham, rujuk kepada pakar saham yang sudah berjaya kumpul kekayaan.

Tetapi disebabkan dengar nasihat daripada orang yang salah, sekarang Azmin sudah jadi miskin. Dari RM30,000 yang dia kumpul itu, sekarang hanya tinggal beberapa ratus ringgit sahaja di bank.

Kemudian, dia mengeluarkan satu rancangan yang dapat mengubah keadaan kewangannya. Rancangannya mudah sahaja, iaitu pergi ke kasino untuk judi.

Dia fikir dia cuba perlu menang buat beberapa kali, dia akan dapat kembali wang yang dia rugi itu.

Dengan ini, peraturan kelima akan menjadi kenyataan untuknya tidak lama lagi.

5. Pelaburan Yang Tidak Realistik Akan Habiskan Wang Anda

Orang yang percaya kepada angan-angan jahil mereka sendiri akan kehilangan wang mereka dalam pelaburan. Azmin cuba mencari wang yang hilang dengan berjudi. Dia ingat ini adalah cara terpantas dan termudah. Tetapi sebenarnya sangat sedikit orang yang menjadi kaya dari judi.

Apatah lagi ia bukan hari bertuah bagi Azmin, Azmin rugi sampai habis semua wang yang dia ada.

Jadi, apa yang penting di sini ialah jangan kehilangan diri anda apabila anda kehilangan wang. Di dunia ini, memang tiada kaedah cepat kaya wujud.

Apa yang dipesan oleh Akkad kepada kawan-kawannya merupakan fokus utama buku tersebut. Apa yang dinyatakan dalam buku ini merupakan peraturan yang penting bagi setipa orang yang ingin mencipta dan mengumpul kekayaan.

Buku ini telah membantu berjuta-juta orang mencapai kestabilan ekonomi dan kebebasan kewangan.

Saya juga berfikir lima peraturan kekayaan yang dibincang dalam buku ini dapat bina asas yang kukuh untuk semua orang dalam perjalanan untuk membina kekayaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *