10 Langkah Untuk Melakukan Perkara Yang Banyak Setiap Hari

“Kejayaan dalam hidup adalah diasaskan kepada perhatian kepada perkara-perkara kecil dan bukan kepada perkara-perkara besar.” – Booker T. Washington

Kehidupan kita adalah koleksi yang besar dari hari demi hari. Setiap hari matahari terbit, lepas tu matahari terbenam, dan terbit sekali lagi. Dan pada akhirnya, kehidupan kami memilih untuk hidup akan ditentukan oleh bagaimana kita memilih untuk menghabiskan setiap hari.

hari segar
hari segar

Malangnya, sebahagian besar hidup saya, saya memeluk sedikit niat sahaja untuk menghabiskan hari-hari saya. Saya terus hidup setiap hari, tetapi membuat sedikit usaha sahaja untuk melakukan apa-apa aktiviti pun. Maka, hari-hari saya cuma datang dan pergi begitu saja … dan kebanyakan hari I hidup dengan bersia-sia.

Tetapi sejak beberapa tahun kebelakangan ini, pandangan saya telah banyak berubah. Saya telah mula mementingkan setiap hari dalam kehidupan saya. Saya telah berusaha untuk memeluk setiap individu dan menemui potensi yang I jumpa. Namun, ada orang yang mungkin hidup lebih panjang daripada orang lain, tetapi setiap orang telah diberikan peluang untuk hidup di dunia ini. Dan kita patut membuat kehidupan kita dengan sempurna.

Berikut adalah 10 langkah-langkah mudah yang saya sendiri mendapati amat membantu untuk hidup dengan sempurna setiap hari:

1. Bangun awal. Ini merupakan artikel tentang menjadi seorang yang bangun awal yang mendorong saya untuk membuat perubahan dalam tabiat tidur saya. Dan saya tidak pernah kembali balik ke tabiat tidur dulu lagi. Awal pagi adalah tenang, aman, produktif, bertenaga … dan merupakan sebahagian hari kegemaran saya.

2. Makan makanan yang berkhasiat. Makanan yang kita masukkan ke dalam perut menjadi bahan api di mana ia membakar dan memberi tenaga yang diperlukan oleh badan kita. Kami kena memastikan ia adalah bahan api yang betul setiap waktu kami makan. Hanya pastikan untuk memasukkan beberapa protein dalam sarapan anda, fikiran anda akan menjadi lebih tajam dan lebih jelas.

3. Bersenam. Menurut kajian baru-baru ini, orang yang kerap bersenam dilaporkan lebih bahagia, lebih tenang, dan lebih bersedia untuk menghadapi pelbagai cabaran yang mereka hadapi pada hari itu. Lebih menarik lagi, kajian ini seolah-olah menunjukkan manfaat ini dapat dialami dari hari ke hari, di mana ia bermakna anda boleh mula mengalami kebaikan hari ini dengan memilih untuk menjalan cuma 20 minit.

4. Mencapai satu tugas yang besar. Kita semua mempunyai projek, kerja, dan keperluan untuk masa kita – perkara-perkara yang perlu kita capai. Dijangka, senarai tugasan anda lebih panjang daripada yang anda boleh capai dalam satu hari. Tetapi untuk membuat sebahagian besar hari ini, pilih salah satu perkara yang besar dalam senarai anda dan menjadikan ia perkara pertama yang anda mesti lakukan. Jika anda selesai, baru anda uruskan perkara yang kedua.

5. Lakukan satu perkara yang anda nikmati. Selain daripada keperluan harian dalam kehidupan, anda mempunyai impian, matlamat, dan harapan. Anda mempunyai hobi yang anda suka dan aktiviti-aktiviti yang memberi tenaga kepada anda. Hayati peluang-peluang yang menghidupkan. Dan melakukan satu perkara yang anda suka setiap hari.

6. Rehat yang berkesan. Rehat adalah sesuatu yang penting untuk badan bagaikan makanan, air dan udara. Badan kita perlu disegarkan semula setiap hari dan setiap minggu. Jangan mengabaikan untuk menjadualkan untuk badan kita berehat. Dan jangan rasa bersalah mengenainya apabila anda berehat.

7. Bergaul dengan orang lain. Jauhkan gangguan. Melibatkan diri dalam perbualan. Bertanya soalan. Berikan masa untuk mendapatkan jawapan. Dan melihat orang dalam mata apabila anda lakukan. Mata mereka mendedahkan jauh lebih daripada kata-kata mereka.

8. Beri kepada orang lain. kegembiraan sepenuhnya anda dalam kehidupan tidak akan ditemui jika anda cuma pentingkan sendiri. Sebaliknya, tempoh kegembiraan besar dan memenuhi terdapat dalam detik-detik dan motivasi apabila kita memilih untuk memberi kepada orang lain. Melabur hidup anda dalam orang lain setiap hari. Mengajar kanak-kanak. Membantu rakan sekerja. Membiayai sebuah badan amal tempatan. Atau membuat panggilan telefon kepada kawan yang perlu seseorang untuk mendengar kisah mereka.

9 Memupuk jiwa anda. Kehidupan kita bukan saja dalam badan dan darah. Kehidupan juga terlibat fikiran, hati dan jiwa. Cari masa setiap hari untuk memberi khasiat kepada jiwa anda dengan menerima kesyukuran, ketawa, harapan, dan iman.

10. Tetap semula. Esok adalah hari yang lain dengan potensi dan peluang yang besar. Anda akan mahu untuk memulakannya dengan minda yang jelas dan permulaan yang baru. Mengambil masa 10 minit setiap malam untuk membersihkan kekusutan dan menyegarkan rumah anda untuk hari esok. Esok hari anda sendiri akan berterima kasih anda untuk membuat demikian.

Hari ini adalah antara hadiah yang paling besar yang kita telah pernah terima. Mari kita gunakannya dengan bijak dan tidak membazirkan satu pun.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *