Hari ini aku muncul dengan sedikit tips yang mungkin secara tidak sedar membantu kau orang apabila berada di atas jalan raya. Entri ini muncul kerana hampir dua hari aku membuat kajian di jalanan dan kini aku mengerti kenapa setiap hari akan terdapat seakan-akan satu rombangan meminang ( kesesakan ) di jalanan.
1. Pandu Melebihi Had Laju
Ya , apabila berada di jalan , jangan sesekali pandu perlahan. Pandu secara melulu dan laju kalau boleh bbiar bacaan meter sampai tidak mengeluarkan sebarang bacaan iaitu 0 km/h. Semasa dalam keadaan ini anda digalakkan berada di lorong kanan sekali dan memandu sambil menikmati pemandangan sekeliling dengan aman.
Biarkan saja kereta belakang yang bengang. Peduli apa, anda sudah membayar cukai maka anda berhak memandu sambil lewa.
2. Elak Menggunakan ‘ Signal ‘
Kalau boleh patahkan saja tempat signal tu. Jangan pakai lagi. Ini membantu anda untuk masuk ke lorong lain sesuka hati. Tidak perlu memberikan sebarang isyarat kerana itu kereta anda maka hak anda untuk memberikan signal atau tidak.
Dengan sedemikian, penunggang motor seperti aku akan merasa impak kekejutan dan efek membrek secara rapat dan padat dapat dipraktikkan. Baru terasa nikmat pakai disc brake depan belakang kan. Inilah masanya untuk merasai sedikit manfaat.
3. Depakan Tangan Seadanya
Ini khas bagi pemandu yang merokok. Kalau boleh semasa memandu, keluarkan tangan sepanjang mungkin ke luar. baru dapat menghalang laluan motor yang ada sekaligus bertindak memperlahankan kelajuan mereka.
Kalau boleh, dekat-dekat nak habis sedut tu. Puntung tu buang semasa ada kenderaan lain seperti motor di belakang anda. Hah, seronok bukan. Aku sudah merasa. Anda bila lagi.
4. Mesra Jalan Raya
Ok , tips ni sesuai untuk semua. Makna mesra jalan raya di sini bermaksud sila gunakan ruang jalan raya seadanya. Pembaziran memang tidak digalakkan . Kalau hanya satu kereta sahaja yang ada, pastikan jalan yang mempunyai dua lorong dikuasai sepenuhnya oleh anda. Lagi bermakna sekiranya kenderaan anda berbentuk besar seperti bas dan lori. Biar semua beratur panjang di belakang anda.
5. Mulakan Pemanduan di Lorong Kanan
Semasa memandu di lebuh raya untuk pertama kalinya, anda boleh terus memandu di lorong kanan. Pemandu muda memang tidak patut pandu dengan perlahan di lorong kiri, lorong kiri cuma untuk orang tua yang tidak dapat pandu dengan laju.
Pandulah di lorong kanan dengan sesuka hati akan membantu anda berinteraksi dengan lalu lintas yang menuju ke lebuh raya, dan usah anda menjaga had kelajuan jalan raya.
6. Nak Tukar Lorong, Terus Tukar Saja
Bila pandu, usah menentukan kelajuan dan jarak yang betul jika nak tukar lorong. Tidak perlu peduli orang lain yang cakap harus meninggalkan ruang antara 4 hingga 6 saat antara kereta dan kenderaan di hadapan mereka sebelum tukar lorong.
Cermin lihat belakang boleh biarkan saja. Anda tidak perlu tengok langsung dan tidak perlu memeriksa pandangan belakang, cermin sisi dan tempat buta sebelum beralih. Walaupun lebih banyak ruang bermaksud anda mempunyai lebih banyak masa untuk mengelakkan perlanggaran atau bertindak balas terhadap serpihan di lebuh raya. Tapi, siapa kisah?
7. Mengalihkan Perhatian Semasa Memandu
Menurut JPJ, pemandu yang berumur di bawah 20 tahun mempunyai kadar kemalangan maut yang berkaitan dengan gangguan yang paling tinggi bila pandu kereta. Itulah sebabnya sangat penting untuk pemandu muda untuk terus mengalihkan perhatian bila pandu kereta di lebuh raya.
Boleh saja ambil telefon pintar dan sembang-sembang atau tengok Facebook. Boleh saja menari dalam kereta jika nak lakukan. Buat apa saja yang anda ingin dalam kereta anda.
8. Jangan Ikat Tali Pinggang Keledar
Walaupun ini tip biasa, ikat tali pinggang keledar macam susah sangat untuk dilakukan. Walaupun adalah ramai pemandu yang memakai tali pinggang keledar, namun masih ada sebilangan pemandu dan penumpang yang tidak kisah dengan ni.
Tidak pakai memang seronoklah, nak gerak badan ke mana-mana pun senang tanpa haluan dan gangguan. Jadi, janganlah paksa mereka untuk memakai tali pinggang keledar semasa dalam kereta. Ini akan jadikan mereka rasa tidak selesa untuk duduk dalam kereta. Tidak perlu ingatkan ahli keluarga yang duduk bersama dengan anda dalam kereta. Nak mati, kena mati bersama-sama. Semua member satu keluarga ma, kan?
Sekian tips dari aku. Semoga kita sama-sama dapat mempraktikkan agar kesesakan jalan raya bertambah dan pertengkaran kecil di jalanraya dapat ditambah.
Baca juga:
Haha.. Kalau ini pun orang masih x faham juga, tidak tahulah..