Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Tips Ringkas Menghafaz Al-Quran Bagi Surirumah Yang Terpilih

1. Bangun dari katil seawal pukul 3.30am. Sebaik saja bangun, bersihkan diri dan mula untuk buat solat tahajud, solat witir dan solat taubat. Berdoa kepada Allah dan semoga proses hafazan dipermudahkan sebab Allah pasti untuk mengabulkan permintaan hamba-Nya di sepertiga malam ini.

al-quran bagi surirumah

al-quran bagi surirumah

2. Melancarkan ayat hafazan secara melihat mashaf. Misalnya pada ayat 1-3 surah almulk. Teliti juga dengan makna ayat untuk membantu proses hafazan. Baca berulang-ulang sehingga betul-betul fasih.

3. Solat Subuh. Berdoa lagi.

4. Pastikan selesai rutin kerja rumah sebelum jam 8 pagi.

5. Mulakan menghafaz ayat 1.
*Baca dengan melihat mashaf sebanyak 5 kali
*baca tanpa melihat mashaf sebanyak 5 kali

Ulang langkah tersebut sehingga betul-betul hafaz.

Kemudian baru beralih ke ayat 2. Ulang lagi langkah tersebut tanpa gagal.
Setelah itu buat pengulangan ayat 1 dan 2 untuk menguatkan ikatan antara ayat.

6. Solat dhuha pada jam 9.30 pagi. Baca ayat yang sudah dihafaz dalam rakaat pertama dan kedua.

Jika ada terlupa kalimah dalam ayat yang dihafaz, terus rujuk al-Quran apabila selesai solat.

7. Persediaan memasak tengah hari.

8. Berehat sebentar @ qailullah.

9. Solat Zohor dan baca lagi ayat 1-2 yang dihafaz di waktu pagi dalam rakaat pertama dan kedua. Berdoa lagi.

10. Boleh tambah satu lagi ayat hafazan jika mahu selepas zohor @ waktu malam @ bila2 yang difikirkan sesuai.

Keseluruhan ayat yang dihafaz sebanyak 3 ayat untuk satu hari. Jika dihitung, kurang dari 10 tahun surirumah terpilih akan khatam 30 juzuk hafazan.

Setiap hari surirumah terpilih akan dapat melakukan rutin harian menyapu, memasak, mengemas dan sebagainya sambil mngulang-ulang ayat hafazan yang lepas. Oh indahnya!

Semua ini hanya akan berlaku dengan izin Allah. Jika tidak diizin Allah, berlapang dada. Sekurang-kurangnya ada usaha dari pihak kita sebagai hamba-Nya.

Rancang dan atur projek mega ini dengan keazaman yang tinggi walaupun secara santai.

Siapa kata surirumah tidak perlu pelan taktikal dan pelan strategik? Kalau masa diuruskan dengan baik, sesiapa sahaja pun boleh hafaz al-Quran dengan  baik. Terdapat ramai yang sangat memerlukan mujahadah nak hafal Quran di usia ini.

Artikel berkaitan:

Leave a Reply