Salam kepada semua pengunjung. Di dalam entry ini saya rumuskan beberapa tempat menarik di Penang yang sering pengunjung dari dalam dan luar negeri lawat ketika bercuti ke sana.
Saya tidak pernah menjejakkan kaki ke Pulau Pinang sebelum ini, manakala untuk isteri saya ianya buat kali kedua, namun sebelum ini isteri saya pergi ke Pulau Pinang atas urusan rasmi dan tidak sempat untuk berjalan-jalan di sana.

Percutian ke Pulau Pinang nih atas jemputan Kak Long saya. Kedua ibu bapa dan Kak Lang saya serta keluarganya insya-Allah akan turut serta juga.
Melawat Fort Cornwallis
Ketika saya bercuti di Pulau Pinang tempoh hari, saya sempat untuk membuat lawatan ke Fort Cornwallis yang terletak berhampiran dengan Taman Kota Lama.
Fort Cornwallis merupakan kota benteng terbesar dan masih utuh yang boleh dijumpai di Malaysia.
Antara bangunan merangkap tembok yang ada di sekitar Fort Cornwallis.
Itu ialah bangunan menyimpan serbuk senjata api. Ketika berada di dalam bangunan simpanan serbuk senjata api tersebut.
Bergambar kenangan bersama tugu Sir Captain Francis Light. Beliau pertama kali mendarat di Pulau Pinang bersama krewnya pada tahun 1786.
Sebuah meriam yang menghala ke laut dalam usaha meletupkan pihak musuh pada zaman dahulu. Cuaca panas bukan penghalang untuk bergambar kenangan.
Selesai sudah lawatan singkat kami ke Fort Cornwallis, sebuah kota benteng yang penuh dengan sejarah yang tersendiri. Ini merupakan antara tempat menarik di Pulau Pinang yang wajib dilawati semasa berada di pulau ini.
Rumah P.Ramlee di Penang
Selepas kunjungi Fort Cornwallis, kami sekeluarga singgah di satu lagi tempat menarik di Pulau Pinang iaitu Rumah P.Ramlee.
Rumah ini asalnya dibina pada tahun 1926 oleh bapa P.Ramlee bersama bapa saudaranya, Rejab Hussain.
Memandangkan rumah tersebut tempat tumpah darah Allahyarham P.Ramlee , maka Jabatan Arkib Negara Malaysia telah mengambil alih dan membaikinya…walau bagaimanapun bentuk asal rumah tersebut masih dipertahankan.
Rumah tempat kelahiran Allahyarham P.Ramlee ini mempunyai sebuah bilik, ruang tamu, serambi, serta dapur.
Bahagian luar rumah mempamerkan basikal yang digemari Allahyarham, pokok-pokok asal dan pohon-pohon bunga yang indah.
Berhampiran Rumah P.Ramlee terletaknya Galeri P.Ramlee. Di sana kami memperoleh beberapa info berkenaan Allahyarham yang mungkin sebelum ini kami tidak tahu langsung. Di dalam galeri tersebut juga dipamerkan beberapa gambar dan barang peribadi milik Allahyarham.
Al-Fatihah buat Allahyarham P.Ramlee…
Pengalaman Pertama di Bukit Bendera
Pada hari kedua di Pulau Pinang, sekeluarga saya melawat Bukit Bendera @ Penang Hill. Ianya merupakan pengalaman pertama buat saya, bagi isteri saya adalah kali kedua. Ibu bapa dan Kak Long serta suaminya sudah pernah menjejakkan kaki di sana juga.
Perjalanan menuju puncak Bukit Bendera dipermudahkan dengan menaiki train yang disediakan, harga tiket train adalah seperti di bawah :-
Sesampai di puncak, cuaca ketika itu agak mendung, kelihatan seperti hendak hujan, tapi nasib baik tidak hujan.
Itulah pemandangan dari puncak Bukit Bendera, sebuah pemandangan yang indah, rasanya jika pada waktu malam pasti lebih cantik pemandangannya.
Selepas menikmati pemandangan yang indah, masing-masing perut sudah lapar, maka kami menuju ke Cliff Cafe. Ianya sebuah tempat makan ala-ala food court, selesa juga tempatnya, pada waktu itu tidak ramai orang maka dapatlah makan dengan suasana yang tenang.
Antara makanan yang dijual di sini ialah Char Kuey Teow, Western Food dan beberapa makanan lain lagi. Saya dan isteri order Char Kuey Teow, boleh tahan sedap juga rasanya. Selain dari makanan, disini juga terdapat beberapa kedai menjual cenderamata.
Selepas kenyang, kami berminat untuk membawa anak kami merasai pengalaman menaiki buggy car bersiar-siar di sekitar puncak Bukit Bendera. Sepanjang perjalanan anak kami sangat behave dan matanya tekun melihat pemandangan yang nyaman di sekelilingnya.
Tambang naik buggy car tu ialah RM 30, perjalanan pergi dan balik lebih kurang sepanjang 4km. Tempoh hari seorang uncle Cina menjadi pemandu kami, sepanjang perjalanan dia akan ceritakan serba sedikit tentang sejarah Bukit Bendera.
Bergambar kenangan dengan peti surat zaman Ratu Victoria, dikhabarkan peti surat macam ni di Malaysia cuma tinggal 2 bijik saja, satu lagi di Melaka.
Keseluruhannya kami sekeluarga sangat berpuas hati dapat menjejakkan kaki ke Bukit Bendera, teruja setiap kali mendengar uncle Cina tu punya cerita berkenaan Bukit Bendera, bukit yang penuh dengan sejarah yang menarik untuk didengar malah bertambah menarik jika dapat melihat dengan mata sendiri.
Restoran Kapitan Penang
Jiran sebelah rumah saya orang Penang, dia cakap jika hendak makan nasi kandar, nasi beriyani ataupun ayam tandoori pergilah ke Restoran Kapitan, terbaik katanya. Dia juga cakap orang tempatan dah jarang pergi makan kat Nasi Kandar Beratur ataupun Nasi Kandar Line Clear, banyak orang luar saja yang pergi. Orang tempatan lebih suka makan di Restoran Kapitan.
Saya yakin dengan cadangan jiran ti, maka tempoh hari kami pun mencuba makan di Restoran Kapitan.
Restoran Kapitan terletak di Lebuh Chulia, Georgetown. Jika Masjid Kapitan Keling berada di sebelah kiri kawan-kawan di sepanjang Jalan Masjid Kapitan Keling, sesampai di lampu isyarat sila belok kanan dan perlahankan kenderaan, Restoran Kapitan terletak di bahagian kanan kawan-kawan, kedai yang paling hujung.
Seberang jalan dan kawan-kawan sudah berada di Little India.
Nagore Dargha Sheriff, terletak berhadapan dengan Restoran Kapitan.
Suasana ketika di dalam Restoran Kapitan, ketika ini tak berapa ramai pelanggan.
Yup siap ada delivery lagi, hebatkan. Mungkin mereka delivery ke pejabat-pejabat mahupun hotel-hotel berdekatan.
Kami order makanan yang sama, iaitu Nasi Beriyani Claypot Ayam Tandoori. Memang sedap dan terbaik. Nasi sedap, kuah sedap, dan yang paling sedap ialah ayam tandoorinya. Ayam tandoori paling sedap yang saya pernah makan setakat ini, isteri saya pun setuju.
Selain dari nasi beriyani dan ayam tandoori, terdapat pelbagai makanan lain di Restoran Kapitan antaranya nasi kandar, kebab, pizza, dan banyak lagi.
Nilai makan untuk 2 orang termasuk segelas air Laici untuk anak adalah RM28, pada saya berbaloi dengan apa yang kami order, lagipun memang sedap.
Saya berterima kasih pada jiran sebelah rumah, cadangan dia memang tidak menghampakan, memang sedap dan berbaloi makan di Restoran Kapitan. Teringin nak order set Cheese Nan Ayam Tandoori pulak, tapi ketika tu memang dah full house perut kami, mana tidak saya siap bertambah nasi. Tak apalah, next time jika bercuti ke Penang lagi akan kami order Cheese Naan Ayam Tandoori yang dikatakan terbaik di Penang.
Pasembur Techno Gurney Drive
Pasembur, rojak, cucur udang…yup banyak sungguh pilihan, rambang mata dibuatnya…gerai pasembur nih bertempat di Gurney Drive…
Terkenal rupanya si penjual rojak, dia akan menyanyi “rojak rojak rojak” sambil memotong isi rojak mahupun ketika menuang kuah rojak…oh ya dia akan menyanyi sambil mengikut rentak muzik hindustan yang dimainkannya…
Dikhabarkan juga dia akan menari sekali sekala, namun waktu saya beli semalam dia tak menari pula, bukan rezeki saya untuk melihat dia menari…hehe
Kuah rojaknya merah, namun tidaklah pedas sangat, tapi boleh tahan sedap, tak cukup makan di sana, saya dan wife siap bungkus bawa balik ke bilik hotel…yummy…
Jeruk Madu Pak Ali Penang
Penang terkenal dengan keunikan bangunan-bangunan bersejarahnya, Penang juga terkenal dengan nasi kandar dan pasemburnya….selain itu Penang juga dikenali sebagai syurga jeruk…yup syurga, dan jeruk yang paling terkenal di sana ialah Jeruk Madu Pak Ali…
Pada masa berada di Penang, saya sanggup menempuh kesesakkan jalan raya semata-mata hendak pergi beli Jeruk Madu Pak Ali di cawangan berhampiran Pasar Chowrasta, Georgetown…
Selain kesesakkan lalu lintas, nak cari parking pun satu masalah juga, berpusing jugalah 2-3 kali semata-mata hendak mencari parking, last-last nun jauh sana parking…namun tetap juga gigihkan diri juga berjalan semata-mata hendak beli Jeruk Madu Pak Ali yang terkenal…
Keletihan akibat berjalan terubat sedikit semasuknya ke dalam kedai, yup rambang mata dibuatnya…jeruk mangga kuning di atas ialah jeruk kegemaran saya, yummy…
Sebelum ni saya bukanlah peminat jeruk, namun apabila dah pekena sekali pemberian jiran…terus jatuh cinta, lagipun Alhamdulillah saya tak batuk pula selepas memakan Jeruk Madu Pak Ali nih…
Namun kami beli tempoh hari bukan untuk diri sendiri sahaja, beli juga untuk adik beradik dan jiran-jiran berdekatan tanda ingatan kami pada mereka…
Antara kelebihan Jeruk Madu Pak Ali ialah seratus peratus pengusaha Islam, tidak menggunakan gula sakarin sebaliknya hanya gula biasa, tidak mengakibatkan batuk, air jeruk jernih, menggunakan pengawet yang sedikit dan diyakini Halal…
Tidak cukup di cawangan Pasar Chowrasta, pada keesokannya kami pergi ke cawangan Tanjung Tokong pula, dekat sedikit dengan tempat penginapan kami…
Yup di sini juga banyak pilihan…nak setengah kilo boleh, nak satu kilo boleh dan nak campur-campur pun boleh, yang penting bayar sahaja selepas dah pilih tuh…
Selain daripada jeruk, Jeruk Madu Pak Ali cawangan Tanjung Tokong juga menjual produk-produk Pak Ali yang lain antaranya kuah rojak, asam, pati char kuey teow dan beberapa produk lagi…suasana membeli di cawangan ini lebih selesa sedikit jika hendak dibandingkan dengan cawangan berhampiran Pasar Chowrasta tuh , dan di sini juga tiada masalah mencari parking…
Laksa Janggus Penang
Dalam perjalanan balik menuju ke hotel, kami singgah lagi di Balik Pulau dan saya ada peluang untuk merasai laksa janggus yang amat sedap ni.
Ketika di Penang tempoh hari gigih saya sekeluarga mencari Laksa Janggus, ramai yang cakap laksa di sana antara yang terbaik di Penang…betul ke..??
Laksa Janggus terletak di Kampung Perlis, Balik Pulau. Dengan bantuan aplikasi Waze alhamdulillah pencarian lokasi ke sana dipermudahkan…waktu niaga ialah pada 3.30 petang sehingga pukul 8.00 malam, dibuka setiap hari kecuali pada hari Rabu…
Kami order yang special pada harga RM3.50…sedap, isinya banyak…yummy, alhamdulillah…bahan-bahan dalam laksa ini sama sahaja dengan laksa-laksa lain di luar sana, keistimewaan Laksa Janggus ialah pada kuahnya yang pekat dan sedap…saya perlu akui ini laksa terbaik yang pernah dimakan setakat ini…
Selain daripada laksa, di sini terdapat pelbagai makanan lain antaranya Kuey Teow Sup, Bee Hun Sup, Rojak, Pisang Goreng dan beberapa lagi…konsep makan di sini ialah self-service…saya sekeluarga antara yang terawal sampai, tak ramai lagi pelanggan ketika itu, namun sebaik menjamu selera, semakin ramai pelanggan datang…memang sah terkenal Laksa Janggus nih…
Laksa Janggus diberi nama sempena pokok janggus yang terletak berhampiran dengan kedai tersebut, pokok janggus ialah pokok gajus…mungkin itu pokoknya , maaf saya kurang pasti jenis-jenis pokok nih…huhu
Kepada kawan-kawan yang akan bercuti ke Penang, harus singgah ke Laksa Janggus dan menikmati laksanya…yup perjalanan ke sana agak jauh lebih kurang setengah jam dari bandar, namun pada saya ianya berbaloi walaupun hanya untuk semangkuk laksa…
Ikan Bakar Kampung Telok Tempoyak Penang
Lagi satu tempat makan best yang kawan-kawan harus pergi jika bercuti ke Penang ialah medan Ikan Bakar Kampung Telok Tempoyak, sebuah perkampungan nelayan…dikhabarkan ikan-ikan dan makanan laut yang lain di sana adalah yang paling segar di seluruh Pulau Pinang…
Kampung Telok Tempoyak terletak di Bayan Lepas, agak jauh sebenarnya dari tempat penginapan kami di Tanjung Tokong, perjalanan memakan masa lebih kurang 30-40 minit, nak mencari lagi kan…
Pada mulanya ahli keluarga saya yang lain keberatan untuk pergi dengan alasan jauh, mereka ingin makan malam di kedai-kedai berhampiran hotel jer…namun saya tetap meyakinkan mereka bahawa makan di sana sedap walaupun saya sendiri belum mencuba dan setakat membaca review dari blog-blog tertentu sahaja….antaranya blog INI.
Waktu niaga medan Ikan Bakar Kampung Telok Tempoyak ialah dari jam 6.00 petang sehingga jam 11.30 malam dan beroperasi dari hari Selasa hingga Ahad, Isnin tutup…
Terdapat 2-3 kedai di sana, namun kesemua kedai menawarkan cara masakan yang berbeza…jika anda penggemar ikan mahupun udang bakar maka sila pergi ke kedai Adnan bin Hassan…terdapat pelbagai jenis pilihan makanan laut, pilih sahaja mana yang berkenan di hati…sambal ikan bakar di sana memang terbaik dan tiada tandingannya…
Saya tidak dapat bagi komen sangat pada harga makanan di sana kerana abang ipar saya yang belanja, namun apa yang saya dapat tahu harganya agak berpatutan…yang pasti sangat berbaloi dengan rasa hidangan yang disediakan…
Ketika kami sampai lebih kurang jam 9.30 malam, yup penuh dengan pelanggan…ternyata tempat makan nih memang terkenal dikalangan penduduk tempatan mahupun pelancong luar…
Suasana makan di sana betul-betul menghadap laut, memang suasana yang sangat sesuai untuk pekena ikan bakar…namun keadaan di medan makan tersebut agak panas sedikit, berpeluh jugalah kami ketika di sana…kipas yang disediakan pada saya tidak mencukupi , mungkin perlu ditambah jumlah kipas pada masa hadapan…
Keseluruhannya kami sangat berpuas hati dapat makan di medan Ikan Bakar Kampung Telok Tempoyak, malah ahli keluarga lain yang pada mulanya keberatan untuk datang akhirnya akui bahawa memang berbaloi makan di sana, memang sedap dan terbaik…
Oleh kerana saya rekemenkan tempat makan yang sedap, tuh yang abang ipar saya belanja tuh…lagilah berbaloi sebab dapat makan free, sedap pulak tuh…hehe
Artikel berkaitan:
- Tempat Makan Best di Padang
- Tentang Ayam Goreng McD Yang Anda Minat
Leave a Reply