Saya memang plan nak buat entry berkenaan insurans tapi ikhlas dari saya sebab saya rasa sendiri belum cukup ilmu untuk tulis tentang topik ini.
Saya sendiri tahu macam mana insurans itu bekerja dan apa tujuan untuk kita beli insurans. Tetapi saya fikir saya perlu membaca dan mempelajari dengan lebih lanjut supaya dapat berkongsi pengetahuan saya tentang insurans tanpa menjadikan seorang salah faham dengannya.
Aku terpanggil untuk tulis pasal siapa yang paling penting untuk miliki insurans. Sama ada suami ke, isteri ke atau anak sulung.
Kalau ikutkan nasihat yang diberikan oleh agen insurans, satu keluarga patut diinsuranskan tapi dalam hidup yang serba tidak sempurna ni, bukan semua orang mampu untuk mendapatkan insurans bagi semua ahli dalam satu keluarga. Bagi mereka yang mampu untuk beli perlindungan insurans untuk semua ahli keluarga pun kadang-kadang tak ambil berat berkenaan dengan insurans ni.
Untuk dunia yang serba tak sempurna ni, insurans memang diperlukan untuk semua orang. Bagi mereka yang tak mamp dapat perlindungan untuk semua, maka seorang atau sebahagian sahaja yang pun jadilah daripada tak ada seorang pun yang dilindungi. Jadi, soalan di sini sekarang adalah siapa yang paling penting untuk mendapatkan perlindungan dulu?
Insurans Hayat Yang Dibincang Di Sini
Sebelum tu, insurans yang diceritakan dekat sini ialah insurans hayat ya, bukan insurans kereta ataupun perniagaan. Di pasaran pada zaman ini memang terdapat banyak jenis insurans yang berlainan.
Dalam konteks insurans hayat, ia lebih kepada manfaat kalau berlaku sakit kronik atau kematian, ada juga yang combine sekali dengan tabungan dan ada juga manfaat kemasukan wad. More on that kalau one day aku bikin entry pasal insurans.
Siapa Dapat Perlindungan Dulu?
Jadi, jawapan kepada soalan ‘siapakah yang paling penting ambik insurans?’ ialah individu yang paling tinggi pendapatan dalam keluarga. Kalau suami paling tinggi pendapatan, maka suamilah merupakan orang pertama yang paling patut ambil insurans, diikuti oleh isteri dan akhirnya barulah anak. Kalau isteri yang mempunyai paling banyak gaji, maka isterilah yang kena ambil insurans dulu.
Kenapa? Katakan sesuatu yang tak diingini berlaku pada suami, mungkin suami mengalami kematian atau hilang keupayaan untuk bekerja lagi, maka hilanglah sumber pendapatan paling banyak tapi sekurang-kurangnya adalah ganti rugi yang ditanggung oleh syarikat insurans.
Sebaliknya kalau kita insuranskan anak kita dulu, anak kita bukan ada sumber pendapatan pun, dan bagaimana terjadi kalau kita yang ditimpa musibah. Kalau kita dilindungi, apa-apa terjadi pada anak sekurang-kurangnya pendapatan kita boleh cover risiko yang anak kita alami.
Jadi kesimpulannya, mereka yang punya pendapatan paling tinggilah merupakan orang yang paling penting untuk ambil insurans dulu. Dalam konteks kehidupan biasa, suami dan bapalah yang paling perlu untuk ambil insurans.
Isteri Bayar Bagi Suami
Ada isteri yang membuat bayaran insuran untuk suami mereka sebab suami tak mampu nak bayar. Ada juga isteri yang ambil insuran untuk rumah dan bayar atas nama suami. Isteri membuat demikian sebab mereka suami isteri berkongsika kos dan lain perbelanjaan adalah dikeluarkan oleh suami ni.
Kiraan Bayaran
Kalau ambil insuran untuk semua ahli dalam satu keluarga, boleh cuba anda kira kesemuaan bayaran yang perlu anda buat untuk setiap bulan. Katakan suami RM 150, isteri RM 150, anak 3 orang RM200. Dengan contoh ini, keluarga ini sudah perlu belanja RM500 sebulan untuk perlindungan insurans bagi semua ahli keluarganya.
Perbelanjaan ini agak banyak jika keluarga itu cuma mempunyai pendapatan yang sederhana. Jadi, mmang patutlah kita pilih untuk insurankan yang paling penting iaitu yang bawa balik beraslah.
Bagi saya,ada 2 benda yang paling penting bila masa nak ambil insurans:
- Jenis insurans yang kita nak ambil tu kenalah sesuai dengan tujuan perlindungan yang kita kehendaki.
- Kena pastikan kita mampu nak bayar jumlah premium pada insurans yang kita ambil itu dengan konsisten setiap bulan. Jika beli setengah tahun lepas tu tidak mahu sambung lagi, sudah rugi banyak.
Baca juga: Mengenai Prudential BSN Takaful