3 Sebab Kenapa Work At Home Mum(WAHM) WAJIB Ada SOHO Sendiri

WAHM? Apakah benda tu? Ia adalah kata pendek untuk Work At Home Mum. Ini adalah istilah yang biasa digunakan untuk ibu-ibu yang duduk di rumah, tetapi masih bekerja untuk mencari pendapatan untuk keluarga.

SOHO itu apa pula? Ia merupakan kata pendek untuk Small Office, Home Office. Satu ruang untuk bekerja yang mempunyai beberapa item yang perlu ada sebagai orang bekerja di rumah. Biasanya juga SOHO dikaitkan dengan bisnes kecil-kecilan yang tidak mempunyai pekerja yang ramai.

soho wanita

Bagi saya sendiri, saya sangat suka bekerja dari rumah sahaja. Sebab saya boleh sambil menjaga anak-anak yang masih kecil dan sambil buat kerja.

Pengalaman saya sendiri, saya menjaga anak saya dari anak pertama sehingga terkini anak keempat memang saya jaga sendiri. Saya tidak mempunyai pengalaman hantar bayi saya ke Taska.

Di rumah saya memang ada SOHO sendiri. Sebagai WAHM adalah sangat penting mempunyai ruangan kerja sendiri.

Kenapa perlu ada SOHO?

1. Untuk menambahkan fokus dalam bekerja

Bekerja di rumah kita akan sangat berganggu dengan karenah anak-anak yang mempunyai pelbagai ragam. Ada yang nak menyusu, nak makan.. lepas tu kena selesaikan kerja-kerja rumah seperti membasuh baju, mengemas rumah, mencuci lantai, masak nasi dan sebagainya.

Jika kita tidak ada ruangan kerja untuk menyelesaikan kerja kita, maka kita akan hilang fokus di dalam urusan kerja kita. Jadi, SOHO sangat penting untuk memastikan fokus kita untuk mencapai kejayaan di dalam perniagaan kita dan boleh menampung perbelanjaan keluarga kita.

nice small home office
nice small home office

2. Pengurusan yang lebih baik dan teratur

Bila kita mempunyai SOHO, jadi pengurusan akan lebih baik dan teratur dalam penyelesaian tugasan-tugasan kita. Alat tulis, fail-fail akan dapat disusun dengan teratur dan tersusun dan ini memudahkan perniagaan yang walaupun hanya dijalankan di rumah, tetapi mempunyai sistem yang sangat tersusun.

Ini sebenarnya menunjukkan sejauh mana kita serius dengan bisnes yang kita sedang jalankan. Kerana ramai juga suri rumah tangga mengatakan mereka ingin berniaga dari rumah, tetapi sikap dan pengurusan kerjanya diambil secara lewa sahaja.

3. Lebih Berdisiplin dalam menuju apa yang hendak dicapai

Kenapa disiplin amat penting? Cuba kita imbau kembali semasa kita mengambil peperiksaan SPM mahupun PMR. Walaupun kita duduk di asrama ataupun duduk di rumah, kita mesti ada meja belajar sendiri.

Jika saya dahulu di SMKA, untuk kelas peperiksaan memang ada bilik khas untuk belajar dan kami juga mempunya meja khas untuk belajar.

Begitu juga di dalam berbisnes di rumah, kita dirumah penuh dengan gangguan yang datang dari pelbagai sudut. Gangguan dari anak-anak dan sebagainya. Jadi jika ada SOHO kita akan lebih berdisiplin untuk menyelesaikan tugasan bisnes kita.

Small Home Office Designs
Small Home Office Designs

Kadang-kadang ramai ibu bekerja di rumah membuat kerja di sofa, meja makan, bilik tidur dan akhirnya kerja pun tidak siap dengan baik kerana sukar untuk mendisiplin diri untuk menjadi lebih efektif semasa melakukan kerja.

Kebaikan Untuk Jadi SOHO

Bekerja untuk Diri Anda

SOHO membolehkan anda mempunyai tahap kebebasan tertentu, tanpa mengira sama ada anda memiliki perniagaan atau tidak. Anda boleh mula kerja dengan masa yang anda tetapkan dan habis kerja ikut masa yang anda suka. Anda tidak perlu kerja di syarikat yang perlu tiba tepat pada masa 9am dan balik lewat ke rumah.

Usah Risau Sesak Jalan

Anda tidak perlu bangun awal dan tergesa-gesa pergi ke tempat kerja sebab takut sesak jalan jika pergi tepat pada masa sebelum masa kerja. Anda juga boleh rasa senang hati sebab anda tidak jam dalam trafik selepas kerja seperti rakan-rakan anda.

Jimat Wang Untuk Penjagaan Anak

Anda boleh menjimatkan wang untuk penjagaan anak sebab anak-anak anda boleh dijagai oleh anda di rumah. Anda boleh uruskan masa dengan bahagikan masa untuk anak-anak dan kerja anda. Dengan itu, anda akan dapat jimat wang yang banyak sebab jika hantar mereka pergi untuk dijagai oleh orang lain, perbelanjaan bukannya murah untuk setiap bulan.

Jimat Pembelanjaan Atas Beli Pakaian

Salah satu kebaikan untuk bekerja di rumah ialah tentang pakaian. Anda boleh memakai apa saja pakaian yang anda suka semasa berada di rumah. Tiada kod pakaian atau pakaian seragam syarikat yang perlu anda pakai setiap hari. Banyak wang yang dapat dijimatkan apabila tidak perlu membeli pakaian.

Saya berharap artikel ini sangat berguna untuk wanita-wanita yang bekerja di rumah. Anda perlu sangat-sangat serius melakukan kerja-kerja anda lebih-lebih lagi jika wanita yang bekerja dari rumah dan pendapatannya itu adalah sebagai pendapatan utama, bukan sekadar pendapatan sambilan.

Jom kita bina Small Office Home Office kita sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *