Orang Sabah Sarawak Tiada Baldi

Negeri Sabah dan Sarawak memang tiada baldi. Jadi kalau datang p Sabah atau Sarawak, jangan lupa bawak baldi ye. Nak bawak sabun sekali pun boleh, derma kat saya ni. saya ni kesian tau, mandi tak pakai sabun. Hehe, intro saje je buat panas. Minta maaf. Saya tak letak gambar yang kena printscreen tu, tak nak tersebar lagi jauh. Biarlah yang baik sahaja yang tersebar.

Orang Sarawak

Orang Sarawak

** Hehe, lucu pula bila baca komen-komen di fb ni. Orang yang komen pula bukan nampak serabai macam mat rempit, tapi smart woo macam usahawan veteran.

Pasal tu lah orang kata, jangan tengok luaran je. Tapi kena tengok jugak hatinye, ye dok?
(eh, mat rempit pun hensem tau, UAI kata ‘jadi mat rempit pun kena yang beriman’) hehe.

Alhamdulillah individu tersebut dah pun mintak maaf, menunjukkan yang fb diorang bukan di hack. And menunjukkan juga yang diorang ada sense mengenai tanggungjawab dan menyesal dengan perbuatan diorang. Tapi, terlajak perahu boleh reverse. terlajak komen dah di printscreen, camne nak delete?. Yang boleh ialah, go on. Dan cuba kembalikan balik persefahaman yang ada dulu. Tapi, saya wonder jugak. Korang betulkah fikir kami ni duk atas pokok? Hehe, ya lah. Ada sekali, masa tu hari first saya dalam kelas untuk subjek ***, lecturer saya tanya “Awak duk atas pokok ke?” saya cuma mengerutkan dahi sebab tak faham. Kesian sungguh saya ni, macam dibuli kan.. Sudahlah hari first takde kawan, masih happy dan semangat nak study. Tiba-tiba, dush dush dush tepat di hati.. hehe, tapi saya rasa lecturer tu gurau.. jadi.. no hurt feeling.

Orang Sabah

Orang Sabah

*** Perkara pasal komen-komen ni sangat femes di laman-laman sosial sekarang. Bukan satu, bukan dua. Sekarang ni dah ada beberapa. And saya rasa, seseorang patut buat wake up call. Macam ni, lapor polis. Semoga ada tindakan sewajarnya yang akan diambil. Takkanlah nak tunggu benda dah melarat dari luka ke kudis. Dari hati ke seluruh badan. Nanti menyesal tak sudah.

So selepas ni, bolehlah perkara ni disiasat hingga ke akar umbinya oleh pihak yang lebih professional. Manalah tau, benda ni saja-saja dibuat untuk mengacau bilaukan kembali perpaduan yang ada. Atau pemilik facebook tu tak sengaja tertaip semasa dia masih mengigau. btw, jangan rosakkan nama diri sendiri, lain kali jaga percakapan tu. Jaga lidah, jaga akhlak atau lebih baik diam. Bukan saya yang cakap tapi Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud: “Siapa yang beriman pada Allah dan hari akhir, maka hendaklah dia berkata baik atau diam” (Hadis riwayat Bukhari &Muslim). Dan saya setuju. Kamu bagaimana pula?

Pesanan ni khas untuk orang tu dan saya sendiri. Dan orang-orang yang bakal-bakal.. hehe

Mengenai hal ni, bila orang yang dihina dah naik hangin, jangan fikir diorang ni teruk. Sebab orang yang tak marah bila ada perkara yang patut dipertahankannya dipijak-pijak, adalah orang yang tiada harga diri. Jadi, fikir dulu jika anda berada di tempat mereka.

**** Orang Sabah pun normal juga. hehe, ingat ni. Bersatu kita teguh. Bercerai kita roboh. Okeh. Saya percaya yang rakyat Malaysia ni semua boleh fikir. Bukan semua orang suka tengok orang gaduh-gaduh ni. Kalau tak, masakan boleh aman sampai sekarang kan.. Jadi, ambiklah yang jernih, sisihkan kejap yang keruh tu. Yang keruh tu pun boleh jadi jernih bila dibiarkan lama. Dan jomlah p melawat Sabah Sarawak. Bila lagi nak explore kan?.. Asyik tengok kat tv je. Orang utan, gunung, rumah panjang. Bila lagi nak rasa sendiri.

Oh ya, sory saya kasi panjang sikit entri ni. Sabah ni ada satu cerita rakyat berkaitan asal-usul etnik kadazandusun. Kononnya, kadazandusun ni berasal dari satu pokok yang bernama Nunuk Ragang. Huh! Pokok lagi jadik cerita ye.. hehe. Kitorang simpan cerita ni sebagai warisan turun-menurun, sebab cerita rakyat ni, makin lama disimpan, semakin berharga. Macam barang antik gak. Lagipun, cerita orang zaman dahulu, penuh dengan nilai murni. ermm, ada kaitan ke cerita ni dengan cerita orang sabah tinggal atas pokok?

saya kasi panjang lagi ye? hehe..
kalau fikir-fikir, memang rumah atas pokok tu ohsem, angin bertiup, pemandangan cantik. dan romantik gitu. kihei. tapi dalam kawasan Sabah yang bergunung-ganang ni, pokok-pokok kebanyakannnya tirus (ciri-ciri pokok bahagian tanah tinggi). Inipun yang saya nampaklah, yang saya tak nampak. saya taktau.. Pokok yang tirus ni boleh tahan dengan beban berat ke macam rumah? Kata Nabil, lu fikirlah sendiri.

Tidak payahlah banding-bandingkan budaya-budaya ni. Kalau asyik membanding saja, sampai bila-bila tiada pemenang.. Semua tempat ada keunikan masing-masing, ada kelebihan.. Malahan kepelikan pun ada.. -independent-

Sekarang ni, dah ramai yang ambik positif pasal hal ni. Jadik, dont worry be happy okeh. 🙂

One Response

  1. asranz

Leave a Reply

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh