Keluhan Yang Tidak Akan Membawa Kita Ke Mana

Beberapa hari lepas, aku ada pergi bersarapan di Kampung Melayu. Kalau dah ke sana, lain makanan takde… aku akan pekena Soto Nasrah, fevret aku sejak dari kecil lagi.

Sampai je aku terus order.

“Mak, mihun soto… campur bergedel ngan paru. Kalau ada kaki ayam ngan leher dalam kuah soto yang tengah menggelegak tu pun saya nak”.

mee ayam sup
mee ayam sup

Memang itulah dialog dan ayat cliche yang aku lontarkan kalau ke gerai Soto Nasrah. Stereotype.

Pasal panggilan emak tu pulak, dah jadi perkara biasa. Aku akan panggil sesiapa saja ibu tua dengan panggilan camtu.

Sambil pekena soto tu, emak (owner Soto Nasrah) datang berbual dengan aku. Tak lama kemudian, datang seorang brader supplier ikan bilis. Dia hantar ikan bilis pada emak dan semua kedai makan yang ada kat medan selera tu.

Tengah sedap menyodok soto (tengah feel habih), tetiba je brader supplier tu datang duduk depan aku. Orangnya nampak warak, berkopiah, gempal, sebijik macam Herman Tino… cuma dia pakai cermin mata.

Terus dia tanya aku macam-macam soalan… macam polis:

  • duduk kat mana?
  • kerja apa?
  • income macam mana?

Aku cakap aku memang orang Kampung Melayu. Kerja aku buat website (kalau cakap kerja sebagai full time blogger panjang plak ceritanya nanti). Income pulak ikut tahap kerajinan dan seberapa tebal muka untuk jumpa orang.

Lepas tu dia banyak pulak tanya pasal potensi online selling. Aku cakap, kalau bersungguh nak penetrate market… ikan bilis pun boleh dijual online bang.

Dia excited gila.
Tapi sekejap je excited dia. 2 minit lepas tu, dia dah jadi “lain”. Aku terkejut.

Dia kata susahlah hidup di JB ni. Income RM5000 sebulan pun belum tentu dapat survive. Dia kata kawasan tempat tinggal dia tu kalau ada 10 famili Melayu, tak sampai setahun yang stay cuma dalam 3-4 famili je. Yang lain semua pindah, rumah kena lelong.

Dia juga cakap yang isteri dia juga bekerja (lecturer). Combine gaji dua-dua sebulan dekat RM10 ribu… tapi still macam tak cukup katanya.

Aku senyum.
Then dia sambung lagi. Dia kata tekanan hidup di JB ni tak macam KL. Kat JB ni semuanya mahal, semuanya kena ikut kehendak orang yang berprofile tinggi.

Tiba part ni, aku setuju. Tapi aku tak setuju membabi buta.
Aku cakap ngan dia hidup kat JB memang tak sama macam kat tempat lain. Faktor kenaikan sara hidup bukan disebabkan title “JB” atau gaya kehidupan yang ada.

Aku sengaja cakap camtu sebab aku tau brader ni bukan asal JB. Cara cakap je dah tau. Cuma bila tiba part dia mula menyalahkan kehidupan dan takdir, aku pun mula pasang statement kat dalam kepala. Sebab aku nak dia tau akan satu perkara.

Nak hidup kat JB ni kenalah lihat ekonomi yang terlibat dalam urusniaga harian. Dalam menentu ukur kos sara hidup di JB, kita dipengaruhi oleh kuasa membeli dari Singapura.

Untuk golongan peniaga di Johor Bahru ni, memanglah mereka beruntung sebab kalau orang tempatan sendiri tak mampu nak beli barang yang kita jual , orang Singapura boleh beli.

Tapi untuk golongan pembeli/pengguna pula, mereka tiada pilihan. Mereka terpaksa “ikut” harga semasa yang ditawarkan. Dan inilah peluang yang dikejar oleh semua peniaga sayur kat Cameron Highlands. Dari menjual 100 kilo sawi dengan harga RM2,500 di Johor Bahru, baik jual sekilo sawi dengan harga SD2.50 = RM5,000 di Singapura. Untung 100%.

Jangan cakap penjual sayur di Cameron Highlands tu jahat pulak sebab kalau kita yang meniaga sayur dan diberi 2 pilihan, yang mana satu kita nak pilih? Jual ke luar negeri dengan harga yang tinggi atau jual dengan harga yang rendah?

Inilah realiti antara peniaga dan pembeli di JB. Kalau ada pembeli yang bising dengan harga sayur di JB, cubalah beri peluang kepada dia untuk menjadi peniaga sayur. Confirm dia akan “sing the same song”. Dia akan ikut harga yang sama seperti apa yang dia marahkan sebelum ini.

Sebab apa?
Sebab dia tau kalau orang JB tak beli, orang Singapura BOLEH beli. Tapi janganlah salahkan orang Singapura pulak sebab dah nilai duit dia macam tu. Bodohlah kita kalau kita salahkan orang Singapura.

Samalah juga dengan orang Perlis dan Kelantan yang shopping sakan di Thailand sana. Tak lupa juga dengan orang JB yang suka pergi ke Batam, Indonesia. Beli belah tak hingat dunia.

Tiba-tiba senyap je abang tu. Then dia terus cakap yang aku ni lain. Dia kata aku lihat dari luar kotak pemikiran yang dia ada. Tak macam orang lain yang dia jumpa. Dan lagi dia masih lagi asyik point finger pada nasib.

Aku cakap aku dah pernah meniaga sebelum ni. Sekitar tahun 2002 sampai 2006 kalau orang kata Asam Pedas Kg Melayu, akulah taukehnya. Dan sekarang aku pula jadi pembeli. Dua-dua situasi dah aku alami.

Aku cakap lagi yang kita ni mesti mudahkan fikiran dan kehidupan. Dari berfikir mengapa harga barang dan kos sara hidup yang semakin meningkat, baik fikirkan cara nak naikkan sales ikan bilis dia tu.

Dunia perniagaan sekarang amat luas. Tanpa sempadan. Mungkin dia boleh lantik dealer setiap daerah untuk menjual ikan bilis, dari dia bergerak seharian menghantar ikan bilis ke kedai-kedai. Kos minyak akan terlibat, kos masa akan terlibat, kos tenaga pun akan terlibat.

Itu belum campur dengan pembeli ikan bilis yang suka kumpul hutang.

Kos sara hidup adalah satu PEMALAR, bukan PEMBOLEHUBAH. Kita tak boleh nak kawal semua tu, tapi kita boleh tambahkan nilai dan profit dengan peluang yang ada di sekeliling.

Kalau asyik salahkan situasi yang berlaku, sampai bila-bila pun kita takkan ke hadapan. Sebab kita sendiri tak bergerak. Terlalu melihat pada “fault” atau problem, sampai lupa pada “settlement” atau penyelesaian.

Akhir sekali aku buat kesimpulan yang brader ni mesti dah tersalah environment. Dia dikelilingi oleh rakan niaga yang tidak berapa terbuka mindanya.

Oh ya, berbalik pada area rumah dia… aku ada gak tanya mana dia tinggal. Dia kata dia duduk kat Taman Bukit Dahlia, Pasir Gudang.

Ooooo… okay.
Memang rumah situ mahal-mahal. Selalunya kalau dah duduk rumah mahal-mahal, seharusnya dia tak boleh berfikir ortodoks macam tu.

Dan aku masih konfius bila dia kata gaji RM10 ribu pun tak cukup…. apa dia buat dengan duit sebanyak tu setiap bulan?

p/s: berhentilah menyalahkan orang lain sebab kalau esok harga sawi turun sekilo RM0.50 pun, kita tetap takkan maju. kerana bangsa lain tetap meniaga walau dalam apa keadaan sekalipun…

*kalau kalian dah sampai ke ayat terakhir ni, memang kalian hebat… sebab percaya atau tidak, entri ini mempunyai 1022 patah perkataan !!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *