Nasi Ayam Penyet Serambi Rasa Terbaik!

Siapa tak suka makan? Bagi aku memang aku serius suka sangat bab-bab makan ni. Hahaha. Aku memang seorang yang kuat makan. Kalau makan kat kedai makanan, aku selalu order Nasi Goreng Kampung (bang, nasik bagi lebih ye, tapi harga sama). Biasalah, sebab bagi seorang student, perlulah jimat untuk semua pembelanjaan. Apa guna student card kan? Hohohoho. Jadi, buat pertama kalinya bagi aku ingin nak bercerita mengenai tempat-tempat makan dan makanan yang best yang aku pernah makan.

Nasi Ayam Penyet Serambi

Nasi Ayam Penyet Serambi

Nasi ayam penyet memang sedap

Jika anda ingin makan nasi ayam penyet yang sedap, tak perlu nak pergi Warong Penyet untuk makan hidangan ni. Terdapat banyak kedai-kedai makanan yang terletak dekat dengan area Johor dah adal kedai yang menyediakan Nasi Ayam Penyet yang sungguh sedap. Bagi aku, aku rasa ia adalah lagi sedap dan murah berbanding dengan Warong Penyet tu. Kebetulan pulak tak jauh daripada rumah aku ni ade kedai makan Serambi Rasa. Dan kat sinilah aku kebiasaannya makan Nasi Ayam Penyet ni.

Harga Berpatutuan

Harga untuk sepinggang nasi ayam penyet itu murah saja pun. Harga cuma RM5.00. Mintak jelah nasi lebih ke ape, harga dia sama saja. Tiada caj tambahan yang perlu. Jadi, servis adalah baik, makanan sedap dan terbaiklah bagi aku. Kalau kamu ada datang dekat-dekat dengan Parit Raja Batu Pahat ni, silalah datang kedai ini dan cuba makan sendiri Nasi Ayam Penyet ni. Memamng berbaloi-baloi!

Nasi Ayam Penyet memang sedap walau ape pun nama dan cara hidangan. Kawan cuba nak kongsikan lokasi baru di Johor Bahru. Baru-baru ni kawan aku ada satu event yang diadakan di Johor Bahru, member aku ajak makan di satu lokasi di mana kawan aku jarang singgah iaitu di Larkin Perdana.

ayam penyet

ayam penyet

Memang hidup kawasan ni terutamanya pada waktu malam, lampu-lampu semua terang dan ia cuma terletak bersebelahan dengan jalan. Kawan duduk makan di sebuah kedai Jamm & Jus, betul-betul sebelah traffic light dalam Larkin Perdana tu sendiri.

Depan kedai tu pun ada gerai jual ayam penyet, ada gerai lain juga yang jual chicken chop dengan harga RM5.00. Tetapi di sebabkan gemar makan ayam penyet, kawan aku oder satu dari gerai tu. Bila ia di serve atas meja kami, rasanya memang sedap sekali!

Ayam dan sambal dalam tu sendiri memang kaw! Dalam masa yang singkat saja kami sudah habiskan keseluruhan nasi tu. Jadi, bagi penggemar ayam penyet mereka mesti datang cuba masakan kat sini. Kami tengok pun terdapat ramai orang Cina dan India yang datang makan kat sini. Nasi lemak pulak digemari orang india di sekitar kawasan ni. Nampak gaya tempat ni boleh dijadikan hotspot utama bagi sesiapa yang kelaparan kat area Johor Bahru. Jadi mestilah cuba dan jangan terlepas peluang apapbila berkunjung ke sana, gerenti anda mesti nak makan lagi.

Leave a Reply

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh