Menstruasi Dan Cara Melegakannya

Sakit ketika datang haid atau menstruasi adalah satu masalah yang biasa dialami oleh kebanyakan wanita dan lazimnya dialami oleh gadis yang baru meningkat remaja.

Sebahagian wanita akan merasakan sakit yang serius ketika mendapat menstruasi. Ini tidak terkecuali untuk saya sendiri juga.

Selain daripada memakan ubat-ubatan seperti Paracetamol dan meminum, terdapat juga pelbagai rempah-ratus yang dicadang oleh nenek kebayan, adakah cara lain untuk mengatasi masalah sakit ketika datang haid ini?

Tentulah ada kan? Memang Rasulullah s.a.w sendiri pun pernah bersabda,

cawan menstruasi

“Tiap-tiap penyakit itu(ada) ubatnya. Apabila menepati ubat terhadap penyakit tersebut, maka sembuhlah dengan izin Allah”

(Riwayat Muslim dan Ahmad).

Jadi apa kata kita lihat cara-cara untuk melegakan sakit ketika menstruasi tanpa perlu meneguk ubat-ubatan, herba dan vitamin tertentu atau pun mengeluarkan peti pertolongan cemas dalam rak tepi dapur korang tu seperti di bawah. Orang tua-tua kata, secara alami.

1. Ketika senggugut menyerang, berbaringlah dengan rileks dan gosok secara lembut perut di bahagian bawah terutama di sekitar bawah pusat dengan mengikut arah jam selama 15 minit.

2. Gosokkan kedua belah tangan hingga terasa panas, kemudian letakkan tangan yang di perut bahagian bawah, tepat di bawah pusat. Urut secara menegak kemudian ke kiri dan ke kanan. Setelah itu gosok mengikut arah putaran jarum jam. Lakukan proses ini berulangkali dengan kedua tangan secara bergantian selama 15 minit atau sehingga kesakitan senggugut berkurangan.

3. Hindari sebarang olahraga yang berat ketika ini. Untuk kesan yang lebih baik, jauhi makanan yang tinggi kandungan garam dan berkafein.

4. Kalau dah sakit tu, bawa-bawalah beristirehat dan tidur. Jangan seharian duk menghadap blog je. Rehat yang cukup sebenarnya mempercepatkan proses penyembuhan.

Makan dengan diet yang betul untuk kurangkan kesakitan menstruasi

Anda mungkin sangat suka dengan makanan berlemak, manis, atau masin apabila anda datang haid. Tetapi perlu anda tahu bahawa makanan ini bukan makanan yang baik untuk anda.

Anda perlu elakkan untuk makan donut dan kerepek kentang. Sesetengah wanita mendapati bahawa makan jenis makanan yang betul boleh membantu meringankan kesakitan haid.

Makanan anti-keradangan seperti ceri, blueberries, squash, tomato, dan lada loceng adalah pilihan yang baik. Ikan salmon tinggi dalam asid lemak omega-3 juga merupakan pilihan makanan yang sihat.

Selain daripada itu, boleh juga anda makan dengan lebih banyak kacang kalsium, badam, dan sayur-sayuran berdaun yang lebih gelap. Makanan ini mengandungi sebatian yang boleh turunkan keradangan.

Sesetengah wanita melaporkan bahawa makan dengan cara ini dapat membantu meredakan sakit haid dan meningkatkan kesihatan. Adalah lebih baik untuk makan makanan yang sihat, seimbang sepanjang tahun dan bukan hanya makan untuk beberapa hari ketika anda datang haid saja.

Makan Kayu Manis(Cinnamon)

Terdapat satu kajian yang dijalankan atas wanita muda yang menunjukkan mereka yang mengambil kapsul yang mengandungi 420 miligram kayu manis 3 kali sehari untuk 3 hari pertama kitaran haid mereka, ia dapat membantu untuk kurangkan pendarahan haid, kurang sakit, penurunan mual dan kekerapan muntah.

kayu manis

Wanita yang mengambil kajian ini tidak melaporkan apa-apa kesan sampingan yang berkaitan dengan mengambil pil kayu manis. Jadi, boleh anda cuba untuk taburkan kayu manis pada bijirin atau cangkir koko panas. Ia tidak boleh menyakiti dan ia boleh membantu kekejangan dan gejala haid lain.

Minyak Pati (Essential Oils)

Terdapat satu kajian di mana ia membahagikan kelegaan kesakitan haid selepas urut abdomen dalam dua kumpulan pelajar wanita. Satu kumpulan diberikan urutan dengan menggunakan hanya minyak badam. Manakala kumpulan lain diurut dengan menggunakan campuran minyak pati yang terdiri daripada kayu manis, cengkih, lavender, dan rose dalam asas minyak badam.

Dalam kajian ini didapati bahawa kumpulan yang menggunakan minyak pati merasakan kelegaan yang lebih ketara daripada kekejangan haid berbanding dengan kumpulan yang hanya menggunakan minyak badam.

Maka anda boleh cuba dengan taruh beberapa titis essential oil pada perut anda dan urut sendiri untuk melegakan kesakitan menstruasi.

Minum Teh Herba

Teh herba adalah minuman yang hangat dan menenangkan. Dalam sesetengah kes, herba sendiri juga boleh memberi manfaat kepada wanita yang mengalami kesakitan menstruasi.

Sesetengah pengeluar teh ada memasarkan teh yang khusus seperti chamomile, dandelion, raspberry merah, dan teh adas. Semua teh herba ini boleh dijadikan sebagai minuman yang boleh melegakan kekejangan haid.

Selain daripada itu, saya pula kalau senggugut akan saya terbaring saja di atas katil sambil berurut dengan tungku elektrik. Lega sikit rasanya bila letak benda panas macam hot pad dekat dengan kawasan perut.

Di samping itu, saya juga akan taruh halia kering ke dalam cawan yang panas dan minum selepas 10 minit macam. Halia mempunyai sifat panas yang dapat melegakan kesakitan saya akibat daripada menstruasi juga.

Baca juga: Teman Lelaki Pisau Cukur

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *