Membina Sistem Kepercayaan Diri

Sistem Kepercayaan

Sistem kepercayaan adalah sesuatu yang amat penting dalam menentukan kejayaan seseorang individu. Jika individu itu mempunyai sistem kepercayaan yang positif, maka kebarangkalian untuk dia menjadi seorang yang berjaya adalah sangat tinggi.

bina kepercayaan

Kita pada hari ini adalah berdasarkan sistem kepercayaan kita yang telah diterapkan seketika dahulu. Jadi, jika kita kurang atau tidak berpuas hati dengan diri kita yang ada pada masa sekarang, maka perkara utama yang perlu dilakukan adalah dengan mengubah sistem kepercayaan ini. Kita mestilah mempunyai sistem kepercayaan yang positif.

Bagaimanakah Sistem Ini Terbentuk?

Pada asalnya ia merupakan sebuah penyataan yang mungkin benar ataupun tidak. Tetapi apabila masa berlalu, otak kita mula mengumpul beberapa peristiwa atau bukti supaya dapat mengukuhkan lagi penyataan tersebut.

Contohnya seperti seorang pelajar yang tidak pandai dalam subjek Matematik. Pada awalnya ‘penyataan bahawa dia tidak pandai matematik’ mungkin tidak benar. Tetapi, apabila beberapa peristiwa berlalu, maka semakin yakinlah pelajar itu bahawa dirinya memang tidak pandai dalam subjek Matematik.

Contohnya, mungkin dia tergelincir mendapat B dalam subjek Matematik secara tidak sengaja, ataupun cikgu di sekolahnya pada suatu hari tanpa sengaja telah mengatakan bahawa dirinya seorang yang tidak berbakat dalam subjek Matematik.

Lantas beberapa peristiwa negatif ini dikumpul oleh otak sebagai ‘bukti’ untuk membuktikan penyataan itu adalah benar. Padahal ia sebenarnya tidak benar pada awalnya!

Pada hakikat, mungkin sebaliknya. Individu tersebut mungkin dahulu asalnya memang seorang pelajar yang pandai matematik. Tetapi secara tidak sengaja mendapat markah B dalam peperiksaan.

Mungkin gurunya juga tersilap memberitahu tentang bakatnya. Mungkin guru tersebut terlepas pandang kepada beberapa aspek. Tetapi oleh kerana pengalaman negatif, sebuah kepercayaan negatif telah terhasil.

Jadi, berhati-hatilah apabila mengumpul bukti untuk sistem kepercayaan anda!

Membina Sistem Kepercayaan

Berdasarkan apa yang dihuraikan di atas, kita sekarang sudah tahu bagaimana sistem kepercayaan ini terhasil. Ianya adalah hasilan dari pengumpulan bukti oleh otak berdasarkan beberapa peristiwa.

Tidak kira sama ada peristiwa itu adalah peristiwa yang negatif atau pun positif, otak kita akan menggunakan kejadian itu untuk membentuk sistem kepercayaan diri kita ini.

Walaupun semua ni nampak seakan tidak adil, tetapi ianya tersembunyi satu maksud tersirat. Ini bermakna, sistem kepercayaan diri juga boleh diubah.

Dengan menggunakan prinsip yang sama, ini bermakna kita dapat mengubah sistem kepercayaan diri untuk perkara yang lebih positif.

Perkara ini merupakan suatu berita yang baik yang kita boleh lakukan. Dan masa yang sesuai untuk mengubahnya adalah sekarang jika anda tidak berpuas hati dengan sistem kepercayaan anda atau anda berhasrat tinggi untuk memperbaikinya.

Membina Sistem Kepercayaan Diri

Terlebih dahulu tips ini adalah hasilan daripada buku-buku mengenai teknik NLP. Anda boleh sahaja mendapatkan buku Tony Robbins, Adam Khoo, atau tokoh lain yang pakar mengenai dunia NLP ini untuk maklumat lebih lanjut.

Tips mudah untuk membina sistem kepercayaan diri.

1. Anda memerlukan kertas dan pen.

2. Kemudiannya lukis bulatan besar dan di dalamnya tertulis kepercayaan yang ingin anda bina. Contohnya, “Aku seorang yang bijak dan petah berbicara di hadapan orang.”

3. Kemudiannya, daripada tengah bulatan itu, bina beberapa cabang. Untuk setiap cabang, cuba kaitkan peristiwa positif mengenai penyataan tersebut. Contohnya dalam kes ini antara peristiwa positif yang anda dapat kaitkan adalah:

Hari ini aku memberi pembentangan di hadapan kelas, nampak macam semua suka sangat. Sebab apa dulu aku macam takut untuk membentang di hadapan dan cemas? Ow, rasanya sebab dulu aku tidak membuat persediaan yang secukupnya.

Hari ini aku diminta untuk member ucapan penghargaan untuk seorang guru yang akan bersara, sedikit cemas, namun berjaya dikawal dan hasilnya positif.

4. Terus menyenaraikan sebanyak mungkin bukti positif yang mungkin. Semakin banyak bukti yang diberikan, semakin sukar untuk otak berdebat dengan anda!

5. Kemudiannya cuba bayangkan/berimaginasi bahawa anda mempunyai sistem kepercayaan yang diinginkan. Bagaimanakah perasaan, cara anda bertindak, berkata-kata ketika itu? Serta bayangkan juga bukti-bukti positif tersebut.

Percaya Pada Diri

Venus Williams

Anda perlu mempercayai diri anda ketika tiada siapa mempercayainya.

Itu yang membuatkan anda menjadi pemenang.

Venus Williams
Pemain tenis professional

Professor Graham Jones merupakan professor yang telah menjalankan kajian terhadap kualiti minda yang membezakan antara atlit berprestasi tinggi dengan yang lain. Dalam penemuan tersebut beliau telah menyenaraikan kedudukan minda atlit ini.

Hasilnya didapati bahawa kepercayaan terhadap diri merupakan keperluan yang berada paling atas untuk menjadi atlit yang berjaya. Kepercayaan terhadap diri amat penting dalam bidang sukan untuk seseorang berjaya.

Tidak kira apa pun bidang sukan yang diceburi, mempunyai kepercayaan diri yang tidak dapat digugat dalam mencapai matlamat pertandingan yang membuatkan mereka berjaya.

Kepercayaan diri amat penting dalam diri individu. Tidak kira apa pun perkara yang dilakukan, percayakan kepada potensi diri anda. Selamat Tahun Baru Cina. Harap-harap tahun ini banyak terima limau.

Menggoyahkan Kepercayaan Anda

Pernah atau tidak anda ingin mencuba sesuatu tetapi anda merasakan berat untuk melakukannya? Anda percaya anda tidak mampu melakukannya. Anda merasakan bahawa anda tidak keyakinan untuk mencapai perkara tersebut. Ya, saya pasti. Semua orang pernah. Tidak kira apa pun perkara. Mesti kita pernah melaluinya.

Mungkin ketika diminta untuk melakukan pembentangan, tetapi kita tiada keyakinan untuk membuatnya. Ataupun berimpian untuk memiliki kerjaya impian tetapi anda merasakan ianya tidak mungkin.

Ataupun ketika hendak mengorat seorang awek cun, tetapi niat anda terbantut kerana anda merasakan anda tidak layak.

Pembaca sekalian, ini semua disebabkan kepercayaan yang telah tertanam dalam minda kita. Perasankah kita bahawa perkara ini hanya akan menghalang kita lagi daripada pergi jauh. Kita meletakkan batasan atau limit pada diri. Jadi apa kata pada hari ini kita ikuti tips daripada Anthony Robbins.

Menggoyahkan sistem kepercayaan ini. Caranya adalah dengan mewujudkan perasaan tidak selamat kepada kepercayaan tersebut. Goncangkannya sistem kepercayaan tersebut.

Tanyakan beberapa soalan kepada diri anda.

  1. Apakah kesan kepercayaan ini kepada saya? Apa kesannya kepada masa lepas saya?
  2. Apa yang kelakar mengenai kepercayaan ini?
  3. Apa kesannya kepada saya pada masa hadapan jika saya masih lagi mengamal kepercayaan ini?

Dengan menjawab soalan-soalan ini saya percaya kepercayaan anda mula goyah. Anda kini lebih bersemangat untuk melakukan sesuatu yang sebelum ini anda tidak percaya mampu melakukannya. Kini motivasi anda sudah meningkat, apa lagi, kejarlah kehidupan yang diingini, kerjaya impian dan awek(calon isteri) yang diinginkan.

Kepercayaan Adalah Penting

Kepercayaan adalah satu perkara yang penting dalam aspek peningkatan diri. Kita adalah apa yang kita fikirkan. Jika kita percaya kita mampu lakukannya kita adalah benar. Jika kita percaya kita tidak mampu melakukannya kita juga benar. Dalam mencapai sesuatu kita mesti mempunyai kepercayaan yang tinggi. Dengan itu ia mampu memberi momentum kepada kita untuk berjaya.

Perkara ini bukanlah perkara baru. Sebelum ini manusia percaya mereka tidak mampu berlari di bawah 4 minit untuk larian 1 batu. Tetapi kepercayaan saudara Roger Banister tidak percaya begitu. Beliau percaya perkara tersebut mampu dilakukan. Setiap hari beliau berlatih akhirnya beliau berjaya.

Selepas kejayaan beliau ramai atlit mampu melakukan perkara yang sama. Adalah ini kebetulan? Tentunya tidak. Inilah dikatakan belief yang mendalam bahawa perkara tersebut mampu dilakukan. Atlit sebelum ini tidak percaya mula percaya perkara tersebut mampu dilakukan.

Jadi ikon yang seterusnya yang akan dikongsi dalam blog ini adalah Chef Li. Beliau merupakan penulis buku bestseller untuk Jutawan Senyap. 1 idea yang menarik daripada beliau adalah tentang pendapat beliau mengenai kepercayaan.

“Kita mesti mempunyai satu kepercayaan, belief. Yang kedua kita mesti ada value ataupun nilai ke atas benda yang kita nak lakukan, maknanya jika kita percaya, misalnya bersenam boleh menyihatkan tubuh badan, itu adalah belief. Yang kedua, kita pula menghargai kesihatan iaitu dengan bersenam kita akan sihat dan kesihatan itu adalah satu nilai yang sangat berharga.

Jadi, dengan kepercayaan dan nilai yang tinggi ini, maka kita akan bersenam setiap hari supaya kita sihat. Begitu juga kalau kita dalam lakukan apa-apa usaha.”

Jadi apakah kepercayaan anda. Anda adalah apa yang anda fikirkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *