Lonely Boleh Menyebabkan Seorang Jadi Loser?

Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Mengapa adakalanya kita selalu rasa tidak gembira dengan keadaan yang berlaku kepada kita sampaikan kita merasa lonely tidak berteman dan akan merasa payahnya kita untuk mencari sahabat dalam mencurahkan segala masaalah namun sahabat kita tidak mempedulikan kita dan meninggalkan kita ketika kita memerlukan mereka sebagai orang yang boleh memberi jalan penyelesaian untuk kita mengharungi pelbagai pancaroba kehidupan yang kita tempuhi.

lonely

Lonely adalah satu penyakit yang amat berbahaya sekali kenapa aku menyatakan yang lonely ini adalah satu penyakit? Sebab ianya boleh membawa penyakit dan menyusahkan kehidupan orang lain dan diri sendiri.

Lonely bermaksud kesepian dan ia boleh menyebabkan kita menjadi:

  • Loser
  • Perasaan hasad dengki (phd)
  • Berpikiran tidak seimbang (bukan gila tetapi negatif)
  • Suka buruk sangka/fitnah
  • Pembunuh/perogol/sakit jiwa
  • Gila glamer/publisiti murahan

Kenapa lonely boleh menyebabkan terjadinya perkara di atas?

Ok perkara yang pertama sekali adalah loser,kenapa lonely boleh menjadikan kita seorang yang loser ? pertama orang yang lonely ni perlu sangat perhatian kerana tiada kawan tiada teman tiada tempat mengadu,biasanya mereka ini adalah dari golongan yang terpelajar juga.

Akibat desakan untuk mendapatkan perhatian seorang yang lonely sanggup berbuat apa sahaja demi untuk menarik perhatian termasuk menggunakan perangai buat-buat pandai nya itu sedangkan tak ada pandai sangat pun.

Dia kadangkala ingin memberitahu dunia bahawa dia seorang yang hebat dalam mengkaji perangai manusia tapi apa yang dia ada?

Padahal dia tak pernah mengkaji perangai manusia,dia menyatakan dia hebat hanya untuk mendapat perhatian sahaja tetapi hampeh, dan dia juga menyatakan dia hebat membongkar identity orang lain yang sangat privacy tetapi dari segi penggunaan alatan untuk membongkar tersebut alatan itu sudahpun diguna pakai oleh orang lain.

Bak kata contoh: budak kecik pun boleh guna peralatan tersebut dan menjadikan mereka loser adalah kerana mereka selalu kalah dalam sesetengah perkara yang tidak patut mereka buat untuk dapatkan perhatian dan mereka boleh dicop sebagai loser sejati.

Tetapi orang yang terlampau loser ni kalau diberi peluang mereka akan menunjukan taring dan menyusahkan orang dengan perangai mereka yang membuatkan orang meluat (loser ni bahaya)

Ok perkara yang kedua perasaan hasad dengki dan fitnah, kenapa orang lonely ini boleh ada perasaan hasad dengki dan fitnah?

Mereka boleh mempunyai perasan hasad dengki apabila mereka inginkan perhatian tetapi tidak dipedulikan,dia ingin berkawan dengan seseorang itu tetapi tidak dilayan.

Mereka ini kadangkala dari kalangan orang yang baik sebenarnya tetapi bila tiada sesiapa yang ingin berkawan dengan mereka, maka akan adalah perasaan hasad dengki dihati mereka dan terjadilah fitnah dan perkara yang sama waktu denganya.

Ok perkara yang ketiga orang yang lonely ini berpikiran tidak seimbang(tidak dapat berpikir secara positif) ada sahaja yang menggangu pikiran mereka kerana akibat kesepian yang melampau.

Mereka ini tidak dapat bertindak dengan matang sedangkan umur dah melanjut usia, orang lonely ini kadangkala menerima sahaja sesuatu perkara atau khabar angin tanpa menyiasat terlebih dahulu dan mereka ini amat lemah dalam menentu nilai hidup mereka…

Ok yang perkara yang keempat orang yang lonely suka buruk sangka,korang nak tahu tak syaitan dan iblis kadangkala suka dengan orang yang lonely ni.

Sebabnya ia mudah dihasut dan bila syaitan dan iblis mula menghasut maka terjadilah sikap buruk sangka terhadap orang lain,mereka ini seolah olah merasa diri mereka dapat mengagak atau meneka apa yang berlaku tapi sebenarnya perkara itu tidak berlaku pun.

Contoh: dia mengagak yang kawannya sudah benci dengan dia sebab kawan nya itu buat tidak peduli akan kewujudannya, sedangkan kawannya itu sibuk dengan kerja dia dan tidak sesekali terdetik dihati untuk membenci dia

Ok yang perkara yang kelima tekanan jiwa ,pembunuh dan perogol kenapa orang yang lonely boleh menjadi tekanan jiwa ,pembunuh dan perogol ? ok contoh andaikata korang kesunyian tak ada apa korang nak buat tak ada teman nak meluahkan masaalah dan jiwa dah tentu tertekan bukan ? dan boleh berlakunya jiwa tertekan..ok dah tentu korang akan mencari apa itu hiburan kan ?

Aha korang akan menonton vcd/dvd lucah untuk menghilangkan kesunyian tapi bila dah selalu sangat tentu ketagih bukan ? maka dari situ pantang nampak perempuan sedikit maka ayam dalam seluar rasa ingin berkokok,maka boleh berlakunya kes rogol bila tak mahu hal merogol dia diketahui orang maka dia akan membunuh mangsa yang dirogolnya itu itulah maksud tekanan jiwa pembunuh dan perogol

Ok yang perkara yang keenam gila glamer/publisiti murahan mengapa mereka yang lonely ini boleh menjadi gila glamer pulak ? Dan buat publisiti murahan ?

Sudah tentu ianya berpunca kerana inginkan perhatian..mereka akan buat apa sahaja untuk menjadikan mereka dikenali tanpa berpikir panjang dan buat publisiti murahan yang amat murah dan mudah sekali dan akan wujudlah alasan perkataan strategi pemasaranlah, buat blog untuk anti orang inilah macam-macam…

Ok korang dah baca habis bukan? Ok ada satu lagi aku nak buat tambahan kalau kita perhatikan betul-betul loser adalah pengakhiran kepada perkara kedua, perkara ketiga, perkara keempat dan perkara keenam seperti yang aku sebut di atas.

Ok dan ok lagi heheh.. Sebenarnya mencegah lebih elok ,kalau korang mempunyai kawan yang nampak agak lonely sila beri perhatian kepada mereka sebelum mereka berbuat sesuatu untuk mencari perhatian sebab bila mereka mula inginkan perhatian maka mereka akan berbuat apa sahaja nanti kepala korang jugak yang pening bukan ?

Jadi kalau korang ada kawan yang lonely sila bagi teguran..nasihat dan apa sahaja dan jangan biarkan mereka lonely sebab lonely ini amat berbahaya sekali dan boleh menjadikan seseorang itu loser sejati dan harus diingat syaitan dan iblis suka pada orang yang lonely ni sebab mereka ni mudah diperdaya sebenarnya ..itu dari pandangan akulah…

Ok apa pandangan korang ? sila beri pandangan..tentang entri ini kalau ianya bercanggah dengan pendapat korang sebab entri ini aku tulis atas apa yang aku perhatikan dan aku huraikan ikut pendapat dan pandangan aku sendiri ok korang jangan lupa sila beri pandangan korang….dekat ruangan komen dan jangan risau setiap komen korang akan mendpat kredit backlink percuma ke laman blog korang oleh comentluv..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *