Seorang kawan karib saya nama Noor yang sangat suka ambil ubat Panadol. Sebaik saja dia mengalami sedikit derita sakit kepala, sakit kaki, demam, kemarahan, dan mood buruk, dia akan mengambil Panadol. Walaupun Panadol memang satu ubat yang berkesan untuk meringankan sakit badan, tetapi ia bukan ubat mujarab.
Di sini boleh kita bincangkan mengenai ubat Panadol dengan lebih dalam.
Nama kimia atau nama saintifik untuk Panadol adalah Paracetamol (PCM), yang merupakan jenama yang sangat popular dan dimiliki oleh Syarikat Farmasi GSK. Farmasi GSK juga merupakan pemilik asal yang mencipta ubat Paracetamol itu. Oleh itu, Panadol telah menjadi sinonim dengan Paracetamol.
Bolehkah saya makan Panadol jika saya demam?
Ramai orang akan mengambil dua tablet Panadol ketika mereka demam. Fungsi utama Panadol adalah kurangkan kesakitan dan menenangkan demam. Ubat ini boleh bertindak pada bahagian otak yang mengawal kesakitan dan suhu.
Maka adakah ubat ini sesuai untuk memulih selesema?
Sekiranya selesema anda disertai dengan panas badan dan sakit kepala pada masa yang sama, maka Panadol dapat membantu untuk mengawal gejala ini. Panadol tidak dapat membantu anda menghentikan air hidung atau mengurangkan bersin, sebab ia tidak mempunyai fungsi sedemikian.
Apa yang menarik dan berbaloi untuk ambil perhatian adalah anda akan melihat pada bungkusan untuk Panadol Soluble ada tulis ia dapat mengatasi selesema(cold & flu). Sekiranya anda lihat dengan teliti, apa yang dikatakan dalam bungkusan ini sebenarnya adalah demam & sakit badan yang berkaitan dengan Selsema(fever & bodyache related to Cold & Flu).
Jadi anda perlu berhati-hati dengan ni. Ia merupakan muslihat dari pengeluar ubat yang mahu anda memikirkannya ketika anda demam, tetapi secara harfiah memang tiada kesalahan untuk pengeluar tulis seperti demikian atas bungkusan ubat ini.
Sekarang di pasaran terdapat beberapa syarikat yang mencampurkan Panadol dengan ubat selesema yang jadikannya sebagai ubat 2 in 1. Dengan ini, anda hanya perlu ambil satu ubat yang mempunyai dua fungsi sekali.
Panadol akan kekal dalam badan selama 5 tahun selepas memakannya?
Sebelumnya, terdapat beberapa khabar angin bahawa Panadol akan kekal di dalam badan kita selepas makan selama 5 tahun dan tidak akan dapat dikeluarkan. Pada masa itu, rakan saya ada bergurau dengan saya, dia cakap macam ini bukankah betapa baiknya, sebab dia tidak akan demam buat 5 tahun dengan telan sebiji Panadol ke dalam badan. Tetapi adakah memang macam ni? Jawapannya adalah tidak.
Sikit Pelajaran Tentang Farmakologi
Di sini saya ingin berkongsi dengan anda semua sikit ilmu tentang farmakologi. Ada sesuatu benda dalam farmakologi yang disebut T (1/2), yang boleh difahami sebagai tempoh rosok separuh hayat. Ia bermaksud bahawa keberkesanan ubat dalam tubuh anda akan hilang 50% sepanjang masa.
Sebagai contoh, adakah anda ingin tahu mengapa sebilangan ubat harus diambil sekali, dan ada yang harus diambil tiga kali. Prinsipnya adalah berdasarkan T(1/2) itu.
Sekiranya tempoh rosok separuh hayat anda adalah 18 hingga 24 jam, ini bermakna ubat tersebut akan berkesan hampir sehari selepas anda mengambilnya. Sekiranya tempoh rosok separuh hayat untuk ubat yang satu lagi cuma 6 jam, maka seseorang perlu mengambilnya tiga kali sehari.
Tempoh rosok separuh hayat untuk Panadol adalah 1.5 jam sampai 2.5 jam. Ini bermaksud bahawa setelah hampir 2 jam, keberkesanan ubat Panadol yang anda ambil tu akan menurun sebanyak 50%. Inilah sebabnya mengapa Panadol perlu diambil setiap 4-6 jam.
Dalam kajian farmasi, selepas pengambilan sesuatu ubat, dan selepas ia mengalami 5 kali tempoh rosok separuh hayat, ubat tersebut telah hancur dan habis pakai dalam badan. Dengan kata lain, Panadol akan hilang dari badan anda dalam masa kurang dari satu hari, jadi bagi orang yang cakap Panadol akan kekal dalam badan buat selama 5 tahun tidak terjadi langsung.
Adakah Panadol akan menyebabkan kerosakan buah pinggang jika saya ambil terlalu banyak?
Apa yang lebih tepat untuk pertanyaan ini adalah boleh Panadol menyebabkan kerosakan hati. Sebab metabolisme Panadol adalah terurai di hati sebelum dikeluarkan dari ginjal. Jadi jika anda mengambil Panadol dalam kuatiti yang banyak, ia akan menyebabkan keradangan dan keracunan hati.
Ada kawan saya yang jadi doktor di sebuah hospital swasta, dia beritahu saya bahawa terdapat sesetengah perempuan remaja yang berpisah dengan teman lelaki mereka akan pilih untuk mengambil banyak Panadol dan cuba membunuh diri. Bila mereka dihantar masuk ke hospital, mereka akan disuntik dengan suntikan detoksifikasi dan buat pencucian dalam perut.
Oleh itu, saya menasihati semua orang untuk mengelakkan bunuh diri dengan menelan Panadol. Jika tidak, bila dihantar masuk hospital dan perlu mengalami suntikan dan pencucian perut, ia adalah proses yang sangat menyakitkan.
Dos maksimum unutk pengambilan Panadol adalah 4g, bersamaan dengan 8 tablet untuk pack 500mg. Perlu anda tahu bahawa bukan semua jenis Panadol mempunyai 8 tablet, sebilangan panadol adalah 650mg dan maksimum pengambilan untuk anda hanya 6 tablet sahaja.
Akhirnya, mari kita lihat pelbagai jenis Panadol yang ada di pasaran:
Panadol 500mg
Panadol asas yang dibekalkan.
Panadol Actifast
Jenis ini bertindak pantas terhadap kesakitan. Ia menambahkan Natrium (sodium) untuk mempercepatkan kesannya. Tetapi sebiji Panadol jenis ini mengandungi 173mg Natrium. Jadi pesakit yang mempunyai hipertensi harus mempertimbangkan dosnya dengan tidak ambil natrium yang terlalu tinggi.
Panadol Extra
Panadol + kafein(caffeine). Kafein dapat mengurangkan sakit kepala. Jadi ia amat sesuai untuk mereka yang mengalami migrain.
Panadol Extend
Jenis ini mempunyai dos yang tinggi(665mg). Ia disediakan untuk mereka yang menghidapi kesakitan teruk. Tetapi perlu ambil perhatian apabila gunakannya. Seseorang tidak boleh ambil lebih dari 6 tablet sehari.
Panadol Soluble
Jenis ini boleh larut dalam air. Ia diperbuat daripada effervescent yang boleh diserap oleh badan dengan cepat.
Panadol Children
Satu biji adalah 120mg, sama dengan 5ml sirap Panadol(Panadol syrup), dos adalah rendah dan sesuai untuk diambil oleh kanak-kanak.
Penafian: Artikel ini adalah semata-mata untuk pendidikan perubatan bagi semua orang. Ia tidak bertujuan untuk mengiklankan atau menjual sebarang ubat. Situasi setiap orang adalah berbeza. Sekiranya anda ingin mengetahui mengenai ubat peribadi, sila pergi berjumpa dengan doktor atau ahli farmasi anda.