Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Domain Pengetahuan dalam Program Pendidikan Guru

Tidak dinafikan, masyarakat berharap seseorang yang bergelar guru sebolehnya perlu mengajar semua pelajar untuk menjadi seorang warganegara bertaraf dunia, menjadi pekerja yang berkelayakan tinggi, pemimpin politik, inovator ataupun peneraju ekonomi global. Persoalannya, bagaimanakah guru perlu dilatih dan diberi persediaan untuk menjadi seorang guru dengan piawaian bertaraf dunia? Apakah pengetahuan yang diperlukan untuk anda untuk menjadi seorang guru yang berkesan?

Paradigma yang beralih pada awal 80-an dalam bidang penyelidikan pendidikan menyatakan penyelidikan menekankan lebih kepada kandungan perkara subjek dan pengetahuan guru (Shulman, 1986). Penyelidikan pendidikan masa itu menyelongkar domain pengetahuan dalam pengajaran sehingga mengiktiraf bidang pengajaran sebagai pekerjaan profesional.

guru sekolah

guru sekolah

Guru sebagai Kerjaya Professional?

Seseorang itu boleh dianggap professional setelah profess/mencapai kelainan dan kehebatan dalam bidang tersebut. Mereka ini telah melalui kursus-kursus profesional dan dilatih untuk menjadi seorang yang hebat di dalam bidangnya.

Shulman (1986) menyatakan kerjaya guru memerlukan pengetahuan khas iaitu pengetahuan pedagogi, pengetahuan kandungan, dan pengetahuan pedagogi kandungan (PCK).

Menurut Bel dan Gilbert (1996), menjadikan kerjaya guru sebagai kerjaya professional memerlukan sebuah program khusus untuk guru pelatih. Pengetahuan tentang bahan-matapelajaran (subject-matter knowledge) tidak mencukupi untuk memastikan pengajaran yang berkesan (Magnusson, Krajcik & Borko, 1999)

Seorang guru yang berkesan menguasai isi kandungan pelajaran, melibatkan pelajar dalam pengajaran di samping memberikan inspirasi kepada mereka, dan mempunyai pengetahuan psikologi.

domains of teacher knowledge

domains of teacher knowledge

Menurut Carlsen (1999), seseorang guru mesti menguasai 5 jenis pengetahuan:

  • Pengetahuan pedagogi Am
  • Pengetahuan bahan-mata pelajaran
  • Pengetahuan pedagogi kandungan
  • Pengetahuan tentang konteks pendidikan yang khusus
  • Pengetahuan tentang konteks pendidikan am

Seorang guru yang mahir tahu…

(a) menggunakan pengetahuan tentang pelajarnya (latar belakang, kelebihan, dan kelemahan) di dalam kelasnya.

(b) menggunakan pengetahuan tentang pelajarnya untuk menyesuaikan pelajar mengikut gaya pembelajaran mereka (visual, auditori, kinestatik/tactile)

(c) mengesan kesukaran yang dihadapi pelajar

(d) mendiagnosis sumber masalah dalam pembelajaran dan mengatasinya

(e) mengenal pasti kekuatan pengetahuan yang akan dibina

Faktor yang mempengaruhi Kualiti seseorang Guru:

  1. Program Pendidikan Guru yang dilalui – pemilihan insititusi berprestij memberi pengaruh kepada pencapaian pelajar.
  2. Pengalaman – belajar dari apa yang dibuat (pengalaman) adalah pengajaran paling berkesan.
  3. Sijil kelayakan – mengajar mengikut bidang/subjek yang dinyatakan dalam sijil kelayakan.
  4. Kursus (Coursework) – bidang matapelajaran dan pedagogi, kandungan kursus signifikan mengikut peringkat yang diajar, kursus pedagogi signifikan mengikut peringkat.

Artikel berkaitan:
SAPS Ibu Bapa semak keputusan peperiksaan

Leave a Reply