Web
Analytics

Cara Berhenti Merokok Bukan Secara Mendadak


Saya seorang perokok yang sudah hisap rokok buat selama 20 tahun. Saya bermula dengan 1 kotak (20 batang) sehari dan sebelum saya berhenti merokok, saya sudah perlu hisap 2 kotak sehari. Saya ada guna vape pada mulanya tetapi sudah berhenti menggunakannya selama 3 atau 4 tahun dan saya tidak pernah menyentuh sebatang rokok lagi.

berhenti merokok

Namun saya belajar banyak tentang apa yang berlaku semasa saya berhenti merokok. Jadi saya ingin berkongsi bersama anda tentang pengalaman yang saya melalui dan harap ia dapat membantu anda untuk berhenti merokok jika anda pernah cuba dan gagal.

Tetapkan Matlamat Yang Kecil Dulu

Sesetengah orang dapat berhenti merokok dengan mudah. Tetapi kebanyakan orang seperti saya mempunyai cabaran yang besar untuk lakukannya. Ia macam ada enzim di hati dan semua organ memproses nikotin yang berakhir di otak pada masa yang tidak sama.

Kekurangan enzim akan membuat saya menjadi sangat ketagihan dengannya. Jumlah enzim yang tinggi akan menjadikannya nikotin yang kurang untuk sampai ke otak anda. Jadi, mungkin anda hisap 20 batang rokok tetapi hanya 5 daripadanya yang akan sampai ke otak. Sebab itulah bagi sesetengah orang mereka rasa lebih mudah untuk berhenti merokok tetapi kebanyakan daripada mereka rasa amat menderita.

Cuba kita fikirkan, saya melihat banyak orang (rakan dan ahli keluarga) yang berhasrat untuk berhenti hisap rokok. Pada permulaan mereka telah menetapkan matlamat untuk berhenti dengan 100% serta merta.

Bagaimana seseorang dapat buat lompatan yang begitu lampau dari hisap 20-40 batang rokok sehari dan terus menjadi 0 dalam satu hari? Ini adalah apa yang saya tidak faham. Tetapi apabila saya cuba tanya mereka, mereka akan katakan: “saya tidak mahu hisap rokok lagi!”.

Ya, saya tahu anda tidak mahu nikotin dalam badan, tetapi otak anda masih tagih kepadanya. Otak anda akan menuntutnya dan anda sepatutnya perlu memilih cabaran yang lebih sesuai dengan keadaan. Boleh anda cuba untuk kurangkan hisap rokok dengan perlahan-lahan dengan jumlah rokok yang kurang.

Contohnya, saya hisap 40 batang sehari, bulan ini saya akan kurang sampai 20 batang sehari. Jika anda cakap anda boleh terus kurang sampai 0 batang dalam satu minggu, kemungkinan besar anda akan gagal dan anda akan kembali untuk hisap rokok sekali lagi.

Tukar Kepada Vape

Jangan, saya ulangi, jangan mencampurkan 2 perkara ini, sama ada anda merokok atau hisap vape, ketika anda merokok pertahanan badan anda sentiasa dibebani sepanjang masa khasnya pada paru-paru. Nikotin dalam rokok akan menutup banyak sistem di badan dan itulah sebabnya tar terkumpul bersama dengan bahan-bahan lain.

vaping

Badan anda tidak dapat bertahan dan anda berisiko untuk meningkatkan jumlah nikotin pada badan kerana kebiasaannya vaping adalah tinggi nikotin untuk mengimbangi kaedah penghantaran (ia biasanya memerlukan masa lebih lama untuk nikotin sampai ke otak semasa hisap vape). Boleh anda tukar sepenuhnya dari hisap rokok ke hisap vape untuk membiarkan badan pulih. Bergantung kepada berapa lama anda sudah menjadi perokok, ia mungkin memerlukan masa 2 atau 3 bulan untuk badan anda menyesuaikan diri.

Lepas tu, perlu juga anda perlahan-lahan menurunkan jumlah nikotin dalam cecair vape. Jangan mengurangkan dengan terlalu banyak terlalu cepat, jangan juga ambil jumlah nikotin yang sama buat bertahun-tahun. Bila sampai satu tahap boleh juga anda berhentikan hisap vape sekaligus.

Kemungkinan besar anda akan batuk, ini adalah sebab badan mula bebas dari asap, anda akan pulih rasa deria, daya tarikan bernafas, dan perlahan-lahan anda akan mengeluarkan guni kelabu/coklat yang berada di paru-paru buat selama bertahun-tahun, ini adalah perkara biasa.

Apa yang perlu anda ingat ialah jangan beli vape paip yang murah. Belilah vape paip yang berkualiti baik. Ya, ya, saya tahu ada orang yang cakap vape paip yang berkualiti harganya mahal, tetapi anda akan tahu ia memang berbaloi buat masa yang panjang.

Tukar Fokus Anda Kepada Perkara Lain

Bila saya berhasrat untuk henti merokok, saya cuba dengan cara yang lebih sederhana. Saya cuba menurunkannya dari 10 batang sehari sampai ke 2 batang sehari selama 3 bulan. Kemudian pada satu hari saya memutuskan untuk berhenti sekaligus. Saya rasa amat tidak selesa selama seminggu.

Bila ketagihan datang, saya akan minum air dengan banyak. Ia dapat membantu tetapi saya juga masuk tandas buang air dengan tidak berhenti-henti.

Selain itu, saya juga sediakan gula-gula berasaskan susu yang tidak berkaitan dengan rokok. Bila ketagihan datang saya akan makannya. Apa yang saya rasa ketagihan adalah permainan mental yang cuba untuk menipu otak anda. Untuk buangkan ketagihan itu, boleh anda buat senaman seperti berlari atau senaman tabata. Selalu buat anda sibuk dan anda akan lupakan ketagihan selepas beberapa masa.

Tukar Kebiasaan Lama Kepada Kebiasaan Baru

Dalam tingkah laku manusia, ia memerlukan masa sekitar 21 hari untuk membentuk satu kebiasaan. Di dalamnya anda boleh mengganti rokok dengan sesuatu dan ia akan berkesan. Ia adalah kombinasi meninggalkan kebiasaan lama dan menggantinya dengan kebiasaan baru. Pada masa yang sama, anda perlu selalu percaya pada anda sendiri dan membentuk pemikiran positif selalu.

Contohnya, rakan saya yang berjaya berhenti merokok, dalam 21 hari ketika dia mempunyai ketagihan untuk merokok, dia akan ambil sebuah buku dan membacanya selama 15 minit. Ini hanya satu contoh tetapi anda juga boleh makan buah, melakukan push-up dan kerja lain-lain. Ideanya adalah untuk aturkan otak anda untuk mengganti kebiasaan lama dengan sesuatu yang baru dan setelah 21 hari komitmen otak anda tidak akan ingin sangat untuk merokok seperti dulu lagi.

berhenti merokok

Akhir Kata

Sekarang saya sudah bebas merokok selama 5 tahun. Doktor yang saya selalu pergi jumpa pun rasa mengejut apabila dia tahu saya sudah tidak hisap rokok lagi. Ia memang memerlukan masa yang agak lama untuk badan menghilangkan tabiat merokok, tetapi akibatnya sangat mengagumkan dan saya rasa semakin kuat!

Saya harap apa yang dikongsikan di atas ini akan membantu anda untuk berhenti merokok. Perlu kita selalu ingat bahawa semua wang di dunia tidak dapat membeli kembali kesihatan kita!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Posts