Asal Usul Roti John

Terdapat banyak makanan yang sedap yang dibekalkan pada masa bulan puasa. Sepanjang bulan puasa ni antara makanan yang amat laris dan sentiasa dicari oleh ramai orang adalah roti john. Sebut sahaja nama roti john pastinya ada ramai orang yang sudah mengenali makanan ini dan merasainya.

Bro mijie juga pernah membuat entry khas berkaitan roti john unan di pasar ramadan putrajaya yang bukan main panjang beraturnya. Bukan setakat di bulan puasa saja, tapi pada hari biasa pun kalau di jenguk di pasar malam sememangnya roti john mempunyai peminatnya yang tersendiri yang boleh anda dapati.

roti john
roti john

Kenapa Ia Dipanggil Roti John?

Sedap makan roti john dengan anek rasanay. Tetapi ada berapa ramai orang yang tahu asal usul makanan ini dan bagaimana datangnya nama roti John ni?

Kenapa ia tidak dinamakan roti Paul, roti Obama atau roti panjang saja? Kandungannya semua orang tahu iaitu daging cincang, bawang, telur, sarden, sos tomato-cili dan juga roti panjang. Berdasarkan info yang ada dalam wikipedia, asal nama John ni adalah jenis roti dan sos tomato yang digunakan.

Bagaimana pula roti John ni yang berasal dari luar negeri boleh sampai ke rantau ini dan menjadi makanan yang popular di Malaysia dan juga Singapura? Itulah merupakan satu assignment yang  sayaterpaksa untuk di cari awal malam tadi, dan sudahnya lebih kurang asalnya beginilah mengikut versi etomyam:

 

Pada masa Perang Dunia Kedua dulu, bila Jepun dah kalah, tentera Mat Saleh yang ada dalam negara ini pun sedia untuk balik ke negara asal mereka.

Semasa proses menaiki kapal terbang untuk balik ke negara asal tu, ada seorang tentera Mat Saleh yang bernama John tiba-tiba rasa sakit perut dan hendak buang air besar. Airport pada masa dulu mana ada tandas macam sekarang, jadi terpaksalah dia merayau-rayau di kawasan berdekatan untuk cari tandas untuk lepaskan hajatnya.

Bila dia sudah selesai buang air, Si John tadi balik semula ke airport untuk naik kapal terbang, tapi rupanya kapal terbang itu telah terlepas dan dia ditinggalkan oleh pasukannya. Jadi kesiannya tertinggallah John dengan terkontang-kanting keseorangan kat airport tu.

Bila tiba waktu makan, Si John ni rasa lapar sangat, tetapi apa yang dia ada cuma bekalan sebuku roti panjang  dan satu paket daging cincang sahaja yang diambil dari khemah  tenteranya. John ni pun terfikir macam mana nak kasi sedap roti dia tu.

Lalu dia singgah di sebuah rumah kampung kat situ, kebetulan rumah tu ada bela ayam dan kebetulan juga ada telur ayam yang fresh. Jadinya dia minta dengan tuan rumah tu untuk memberikan dia sebiji telur ayam untuk dia gunakan.

Kemudian si John tu buka peralatan memasaknya dan goreng telur ayamnya, dia juga masukkan semua daging cincang tu ke dalam telur goreng tadi. Bila sudah siap diletakkan campuran telur dan daging cincang tadi ke dalam rotinya. Bila di makan terasa pulak sedapnya. Dan memandangkan John ni Mat Saleh yang tak suka makan nasi, dia putuskan itulah makanan utamanya sementara menunggu kapal terbang lain.

Disebabkan John tidak mempunyai duit yang mencukupi, dia terfikir untuk menjual roti yang dia cipta itu untuk mengumpul sedikit duit buat perbelanjaan hariannya. Dan sejak itulah roti john mula menjadi terkenal di rantau ini dari masa ke semasa sehinggalah hari ini dan semakin bertambah resepinya.

Agak-agaknya ada orang percaya atau tidak kalau diceritakan asal usul roti john versi etomyam ni? Percaya atau tidak tapi itulah ‘bedtime story’ yang diceritakan kepada tomyam junior dan princess tomyam tadi sebelum mereka tidur. Sebabnya soalan mereka sebelum tidur tadi merupakan ‘macam mana roti john boleh ada kat sini? Mereka rasa hairan sebab bukan ke nama John tu cuma nama yang patut ada pada orang putih?

Jadinya bapanya terpaksalah reka cerita dengan kreativit sendir mengikut apa yang terlintas dalam fikiran…huhuhu

Roti John beratur Putrajaya

Suasana orang beratur nak beli roti john di sini memang satu suasana yang mengkagumkan. Tak tahu la apa yang sedapnya tapi aku pun beratur nak beli roti john ni, nanti dah berbuka malam nanti aku update rasa dia. Samada sedap ataupun tidak, kalau bagi tahu sekarang mesti something wrong kan sebab baru pukul 6.

roti john putrajaya

Ok lah dah sampai giliran I dan beli satu roti john dan bawa balik rumah untuk makan sama keluarga saya. Aku dah cuba roti john tu, rasanya macam biasa saja, sama macam roti john kat kedai lain. Tapi buatannya memang boleh ada banyak isi yang muat di dalam roti tu. Jika anda suka, bolehlah cuba order dan makan. Rasanya memang okay je.

Artikel berkaitan:

One Comment on “Asal Usul Roti John”

  1. cerita admin reka sendiri..ko ingat nii karangan budak sekolah ker..bodo..membongak je keje
    x tau cerita jangan nk memandai buat cite.. admin bodo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *