Sebut sahaja buah kurma Ajwa rasanya hampir keseluruhan masyarakat Muslim mengetahuinya dan juga pernah merasai buah kurma yang turut juga popular dengan gelaran kurma nabi ni. Secara umumnya juga harga sekilo buah kurma ajwa ni adalah lebih kurang SR80 untuk yang ‘low grade’ punya kualiti.
Yang ‘high grade’ pulak tak tahu berapa harganya. Pastinya lagi mahal dan menjadikannya antara produk barangan yang agak ekslusif bagi mereka yang kurang berkemampuan, bagi golongan berkemampuan, harga tersebut mungkin itu dikira sebagai biasa-biasa aje.
Semalam semasa membeli keperluan harian di satu-satunya pasaraya di kawasan estet saya ni, sambil-sambil menunggu mrs tomyam selesai urusannya saya terlihat sebuah gerai kecil yang menjual buah kurma. Buah kurma Ajwa kat dalam estet ni dijual dengan harga RM15.00 bagi 100 gram.
Maksudnya kalau beli sekilo sudah pasti harganya RM150.00. Memang ekslusif sungguh. Tidak pasti pulak bila menjelang ramadan nanti harganya makin meningkat atau tidak.
Artikel ni bukan nak ceritakan pasal pengalaman memakan atau membeli buah kurma tu, pasal sudah banyak blog dan forum yang sudah bercerita mengenainya. Tetapi untuk berkongsi kisah asal-usul adanya buah kurma Ajwa ni yang dikatakan bermula selepas Nabi Muhammad S.A.W menanamnya sendiri.
Kisah asal buah kurma ajwa ni telah diceritakan kepada saya dan juga ahli rombongan yang lain oleh seorang mutawwif semasa kami melawat ladang kurma di Madinah pada tahun 2008.
Mutawwif tersebut bernama Ustaz Ridwan merupakan pelajar agama dari Indonesia menceritakan pada satu hari Rasulullah S.A.W sedang berpuasa dan apabila tiba waktu untuk berbuka puasa satu makanan pun tidak ada untuk di makan oleh baginda.
Malaikat Jibril yang melihat keadaan Rasulullah S.A.W sedemikian merasa sedih lalu ia memohon kepada Allah S.W.T supaya mengurniakan sesuatu makanan untuk rasul kesayangan-Nya berbuka puasa, lalu Allah S.W.T yang sememangnya Maha Mengetahui segalanya memperkenankan permintaan malaikat Jibril tersebut dan diberikanlah buah kurma yang ‘special’ ini untuk Rasulullah S.A.W berbuka puasa.
Setelah selesai iftar, biji buah kurma tersebut kemudian ditanam oleh Rasulullah S.A.W. Bermula dari peristiwa itulah seterusnya pokok kurma Ajwa ni membesar di kawasan Madinah. Dan di maklumkan juga kurma Ajwa tidak akan hidup dan berbuah di mana-mana tempat selain Madinah.
Begitulah lebih kurang cerita asal-usul adanya buah kurma Ajwa ni sebagaimana yang diceritakan oleh Ustaz Ridwan tadi. Wallahua’lam.
Sweet Kurma Pahit Madu
SWEET KURMA

Dalam bilik sebuah rumah di Kuala Lumpur…(lagu dari Kenny G bertajuk MOMENT dimainkan)
Suami: Sayang, abang nak mintak izin bernikah lagi..
Isteri: Kenapa? Saya tak cukup bagus untuk abang?
Suami: Abang hanya nak menolong wanita tersebut. Abang kesian kan dia..dia agak berumur tapi belum sampai jodoh lagi. Jadi abang nak ambil dia sebagai isteri.
Isteri : (Sambil menangis) Entahlah nanti saya fikirkan. Abang tahu kan saya sangat sayang pada abang, saya sangat mencintai abang, saya…. saya……(menangis lagi)
Suami: Abang tahu semua tu, tapi abang nak kahwin bukan sebab nafsu semata-semata sebab abg nak tolong dia, dia juga berhak untuk ada suami disisi macam perempuan lain. Cuma kali ini jodoh dia dengan abang. Allah dah tentukan. Abang tak dapat menolak lagi.
Isteri: Kalau abang betul-betul nak membela kaum wanita yang belum dapat jodoh, saya izinkan, tapi abang mesti janji tidak akan sia-siakan saya dan anak-anak .Saya tiada tempat lagi untuk bermanja jika bukan dengan abang. Tapi abang…(menangis lagi). Hati saya terasa hancur, luluh… saya sedih cuma saya tak dapat menolak takdir tuhan..saya pasrah…
Suami: Insyallah..abang akan jaga sayang dan anak-anak dengan baik. Jangan anggap abang terus melupakan jasa baik sayang. Semoga tuhan memberi kekuatan pada abang untuk berlaku adil.
PAHIT MADU

Di lokasi berlainan dalam kawasan parlimen Permatang Pauh (lagu Master Of Puppet sedang dimainkan)
Suami: Sayang, abang nak mintak izin bernikah lagi..
Isteri: Apa!!! Nikah lagi, dengan pompuan gatal mana tu?????.Saya jaga abang dengan baik selama nih, abang nak kawin lagi, jenis lelaki tak sedar diri!!!
Suami: Abang hanya nak menolong wanita tersebut, Abang kesian kan dia. Dia agak berumur tapi belum sampai jodoh lagi .Jadi abang nak ambil dia sebagai isteri.
Isteri : Cehh!!!! Nak tolong konon, kenapa tak ada orang lain ker yang boleh tolong dia????, kenapa abang pulak kena tolong???. Banyak lagi lelaki bujang yang ada. Saya tak bersetuju sama sekali!!!!. Kalau abg nak kawin jugak ceraikan saya. Saya memang tak boleh hidup bermadu. Abang untuk saya, abang memang jodoh saya. Saya geli lah abang celop sana celop sini.. Apa celop macam tu!!!!!!!
Suami : (Mendengar dalam keadaan blurr)
Isteri : Kalau abang gatal juga nak kawin, saya akan pastikan hasrat abang tu tak akan tercapai. Saya akan pastikan, tengoklah nanti!!!, saya ajar perempuan tu cukup-cukup. Dasar betina gatal!!!!!. Suami orang pun nak ganggu!!!!!
Suami: Ya Allah! terkeluar segala keburukan isteri aku selama nih. Mohon Allah ampunkan dosa dia…
xxxxxx
Lokasi disebuah rumah Jalan Kuchai Lama(macam rumah aku jer). (ketika azan suboh berkumandang)
Isteri : Abggg….abgggg……..bangun bang dah suboh ni, kita sholat sama-sama ehh…(satu kucupan singgah ke pipi)
Suami : Owh.. dah suboh yer…adeh!!! ngeri pulak mimpi abg yang terakhir tadi.(pahit madu)
Isteri : Abg mimpi apa?
Suami : Sambil tersengih mengenangkan mimpi mula-mula tadi.(sweet kurma)
Isteri : Tulah banyak sangat baca blog sweet kurma!. Abg ada sebut pasal madu lebah tadi…dan lepas tu pulak, abg sebut hempedu ayam…eii abg nih macam-macam lah!
Suami : Tersengih macam ketam nipah nak kena rebus. Dalam hati, aku bermimpi rupanya!!!! adesss……..
Artikel berkaitan: