Di laman ini saya tahu kebanyakan dari kamu amat suka untuk jimat perbelanjaan atas kereta. Jadi sekarang saya ingin berkongsi bersama anda semua tentang sikit tips untuk jimatkan wang atas bayaran insurans kereta.
Memang bukan ramai orang yang buat bayaran insurans dengan sukarela. Jika bukan dipaksa, memang ada ramai pemilik kereta akan abaikan untuk beli insurans kereta.
Oleh kerana terpaksa untuk beli, maka kenalah kita fikirkan untuk membuat bayaran yang paling sikit atas insurans kereta. Macam mana boleh kita buat untuk jimat insurans kereta kita, mari kita semak bersama-sama.
1. Elakkan berlaku kemalangan atas kereta anda
Bila pandu kereta, anda perlu pandu dengan berhati-hati supaya tidak berlaku sebarang kemalangan. Dengan ini anda boleh dapat manfaat dengan non claim discount (NCD). Walaubagaimanapun, diskaun ini akan semakin berkurang mengikut tahun yang anda tidak membuat claim.
Contohnya jika kereta yang anda pandu itu sudah berumur 5 tahun dan dalam 5 tahun ini tidak pernah ada kemalangan berlaku atas kereta anda, maka kemalangan claim diskaun untuk kereta anda adalah 55%.
Jadi katakan kos insurans adalah RM1,000, bila ada NCD, anda boleh menikmati diskaun sampai ke 55%. Ini bermakna NCD yang dapat anda claim adalah RM550 dan jumlah yang perlu anda bayar ialah RM450.
2. Buat pemindahan NCD ke kereta baru
Kalau beli kereta baru, boleh anda pindah NCD ke kereta baru. Ini adalah kerana jumlah amaun yang anda insured akan jadi lebih banyak dengan kereta baru.
3. Boleh beli insurans windscreen dengan selang tahun
Boleh kita insured cermin depan kereta. Insurans untuk cermin depan kereta memang agak mahal. Tapi jika tidak beli insurans dan cermin depan kereta pecah, lagi mahal kena bayar sendiri. Jadi jika anda nak jimat wang atas insurans tapi tidak ingin sendiri keluarkan duit jika cermin pecah, maka boleh anda pertimbangkan untuk insured cermin itu selang tahun dengan berdoakan cermin selamat pada tahun anda tidak beli insurans.
4. Kurangkan sum insured
Harga insuran kereta adalah bergantung kepada sum insured. Sebagai pemandu kereta, anda mesti tahu bahawa harga kereta akan turun dari tahun ke tahun.
Jadi tak perlulah gunakan sums insured yang sama dengan semasa kali pertama anda beli kereta tu. Boleh anda letak nilai sum insured berdasarkan hutang kereta yang tertinggal.
5. Beli di kaunter syarikat insurans atau beli secara online
Jika anda beli insurans kereta dengan Etiqa takaful, boleh anda beli secara online. Dengan beli online, anda boleh dapat diskaun sebanyak 10% dari harga insurans.
Transfer NCD Insurans Kereta Untuk Jimat Lebih Banyak Wang
Boleh anda jimat wang atas insurans di mana anda boleh membuat transfer bila beli kereta dengan transfer NCD insuran dari kereta lama ke kereta baru.
Mari baca contoh yang berlaku semasa Seik beli kereta Perodua Myvi bulan lepas.
Seik ada sebuah kereta kat kampung yang dibeli dengan second hand. Sudah ada 4 tahun insuran kereta tidak dituntut. Dengan kata lain kereta tu entitle untuk non claim discount untuk 4 tahun yang berjumlah 45%.
Bila nak beli kereta kali ni, aku nampak peluang untuk transfer NCD ke kereta baru dari kereta lama. Apa yang perlu dibuat ialah Transfer NCD yang mana kita beritahu syarikat insurans kereta lama dengan membayar sejumlah premium.
Dalam kes ni premium yang dikenakan adalah sekitar RM60. Dalam hal ni, kita selaku pembeli kena bagi tahu salesman kereta dan minta dia uruskan (biasanya semua salesman tahu buat benda ni).
Di sini kita kena sediakan cover insuran letter yang original untuk urusan transfer NCD. Seik tak sempat nak buat sendiri sebaliknya Seik minta salesman upah runner untuk uruskan. Untuk itu Seik bayar RM30 untuk bayar upah runner.
Jadi di sini aku nak ceritakan penjimatannya yang Seik dapat buat:
- Tanpa transfer NCD untuk sum insured berjumlah RM37,000, premium yang perlu dibayar ialah RM1,100.
- Dengan transfer NCD, untuk sum insure berjumlah RM37,000, dengan ada NCD 45% (bergantung kepada berapa tahun tak claim insuran, lagi lama lagi tinggi diskaun), Seik dapat jimat RM495 dan insuran yang dia perlu bayar cuma RM605.
Apa yang jadi lebih bagus adalah pada tahun depan, kalau Seik tidak buat sebarang claim insurans atas kereta Mvyi dia itu, NCD akan jadi 55%. Katakan sepatutnya RM1,000 untuk insuran, dengan discount 55%, insurans yang perlu dibayar cuma RM450 sahaja.
Untuk kereta lama di kampung, bila sudah buat transfer NCD, kereta tu dah tak ada perlindungan insurans dan kereta itu kena ambil insurans lain. Tapi ini bukan masalah yang besar sebab kereta tu sum insured adalah sekitar RM7,000 yang mana insuran yang perlu dibayar cuma sekitar RM200+ saja.
Sekadar ingatan, anda perlu pastikan bahawa kereta asal dan kereta baru tu adalah atas nama yang sama. Kalau kereta lama tu Seik yang beli, barulah boleh transfer NCD ke kereta baru yang Seik beli itu. Kalau nama owner tak sama, tak dapatlah buat transfer untuk NCD kereta lama tu.
Soalan dan Jawapan
1. Kalau sebelum itu saya guna insuran Allianz dan nak tukar ke Etiqa sekarang, adakah NCD kembali ke asalnya?
Kalau tukar syarikat insurans, NCD memang boleh disambungkan. Walaubagaimanapun, adalah lagi senang kalau anda boleh pegi ke kaunter Etiqa untuk buat pertanyaan dan dapatkan penjelasan.
2. Kalau sistem tak update, nanti macam mana boleh saya dapatkan 10% diskaun tu kalau ke kaunter. Atau kita boleh pergi sana dan buat secara online?
Jika pergi ke syarikat insurans, kaunter di sana boleh adjust balik diskaun itu dalam sistem.
3. Kalau buat di Etiqa boleh dapat diskaun 20% kah untuk takaful kereta? Misalnya 10%(online) + 10%(kaunter)
Boleh anda pilih salah satu, kedua-dua ini boleh anda dapat diskaun 10%. Tapi tak mungkin dapat sampai 20%. Adalah lebih senang bagi anda buat di kaunter sebab kalau kita renew awal, latest NCD tak update lagi, bila di kaunter, senang officer boleh adjust terus.
Baca juga: