Halau Semut – Pelbagai Cara Yang Boleh Lakukan

Cuaca yang panas dan tempat yang terbuka boleh menyebabkan beberapa serangga datang ke rumah anda.

Nyamuk, lalat, labah-labah merupakan antara serangga kecil yang suka masuk ke rumah pada musim panas.

Lagi satu serangga yang agresif ialah semut. Mereka boleh jadi masalah besar kerana mereka boleh masuk melalui retakan di dinding dan bukannya hanya pintu atau tingkap yang terbuka.

Mereka sering masuk ke dalam rumah untuk mencari makanan dan air. Sekiranya anda ada letak makanan di atas meja, biasanya semut akan datang sebaik sahaja mereka menghidu bau makanan.

semut

Bagaimana Halang Semut Masuk Ke Dalam Rumah

Terdapat beberapa langkah pencegahan yang boleh anda ambil untuk menghalang semut memasuki rumah anda, dan ia melibatkan pemotongan pencarian makanan.

  • Bersihkan tumpahan makanan sebelum semut dapat menghidu bau makanan.
  • Simpan buah masak di dalam peti sejuk, dan semua makanan lain dalam bekas kedap udara.
  • Pastikan mangkuk haiwan peliharaan dan kawasan di sekelilingnya bersih dan bebas daripada tumpahan makanan.
  • Baiki dengan segera jika terdapat sebarang retakan pada dinding dan celah pada tingkap dan pintu.
  • Kerap membersihkan tong sampah, terutamanya tong makanan.

Macam Mana Halau Semut Dalam Kereta?

Semut bergerak ke dalam kereta anda untuk mencari satu barang saja, iaitu makanan. Sekiranya anda menemui jejak semut di dalam kereta, anda perlu ambil tindakan dengan segera untuk hapuskannya.

  1. Buang semua sampah di dalam kereta anda. Buangkan semua pembungkus makanan.
  2. Pakai vakum untuk vakum kereta anda dengan teliti. Perlu anda perhatikan semut adalah serangga yang sangat kecil. Jadi anda perlu fokus pada rekahan dan celah kecil di sekeliling kereta anda.
  3. Alihkan kereta anda ke tempat lain. Tempat letak kereta di bawah pokok atau di sebelah bukit semut mungkin menyebabkan semut senang saja untuk masuk ke dalam kereta anda.
  4. Bersihkan tayar dan roda kereta. Tayar biasanya menyambungkan kereta anda ke lantai, ini adalah tempat hubungan untuk semut memasuki kereta anda. Boleh anda spray cecair kimia untuk menghalang semut daripada memanjat melalui roda dan tayar, lepas tu memasuki kereta anda.
  5. Letakkan perangkap semut di dalam kereta. Jika cara-cara di atas tidak berjaya halau semut, boleh anda letakkan perangkap semut di bawah tempat duduk untuk menghalang dan menangkap mereka.

Cara Halau Semut Dalam Laptop

Halau semut dalam laptop memang bukan susah sangat. Tetapi anda perlu tahu dengan terlebih dahulu mengapa semut boleh masuk ke dalam laptop. Perkara yang paling biasa ialah terdapat sisa makanan yang sangkut dalamnya.

semut dalam laptop

Di samping itu, semut suka membuat sarang di tempat yang kering dan hangat. Laptop biasanya dipanaskan apabila anda gunakannya. Dan apabila anda menutupnya, sisa haba kekal untuk seketika. Kepanasan ini merupakan suhu yang semut suka.

1. Bersihkan bahagian luar laptop anda untuk mengeluarkan serbuk makanan dan kotoran. Anda perlukan lap elektronik dan pembersih keyboard atau papan kekunci. Pembersih keyboard berfungsi seperti pembersih vakum. Ia akan mengeluarkan semua serbuk makanan, kotoran dan semut daripada komputer riba.

2. Gunakan tisu elektronik pada permukaan laptop untuk bersihkan kotoran makanan. Tisu elektronik berfungsi dengan baik untuk membersihkan kotoran makanan dari komputer riba dan peralatan elektronik lain.

3. Bersihkan bahagian dalam laptop untuk menghapuskan semut yang bersembunyi di dalamnya. Anda perlu menanggalkan bateri dari laptop dan buka skru pada panel bawah laptop anda. Gunakan pembersih vakum satu atau dua inci dari permukaan laptop. Vakum laptop selama 10 minit sehingga anda dapat pastikan semua semut sudah dihapuskan.

4. Gunakan umpan semut untuk menarik semut keluar dari laptop anda. Jangan pasang semula laptop dulu dan pastikan ia terbuka. Ambil beberapa umpan semut dan letak umpan itu di sekeliling laptop 2 atau 3 inci jauhnya. Biarkan mayat semut dan umpan semut selama satu malam dekat laptop anda. Semut adalah aktif pada waktu malam, dan aktiviti mereka memuncak pada waktu malam.

Feromon dari semut yang mati, ditambah dengan umpan semut, akan menarik semut keluar dari persembunyian dari laptop anda.

Keesokan paginya, anda akan melihat banyak semut di perangkap semut.

Halau Semut Atas Katil Dalam Bilik

Jika anda mendapati ada banyak semut muncur di atas katil dalam bilik tidur anda, boleh anda guna cuka untuk hapuskannya.

Buat larutan cuka dengan mencampurkan cuka dan air dalam nisbah 1:1. Spray atau semburkan larutan pada tempat yang anda lihat semut bergerak di sekitar bilik tidur dan katil anda.

Semut benci bau cuka dan mereka akan menjauhinya. Pastikan anda sentiasa menggunakan semburan, kerana ia akan kehilangan sifatnya dengan lepas satu masa.

Halau Semut Dari Pokok dan Tanaman

Jika terdapat semut di pokok buah-buahan seperti pokok rambutan, pokok cili atau atas tanaman, boleh anda ambil cara-cara seperti di bawah untuk halaukan mereka.

  • Jika anda terjumpa banyak semut di dalam tanah, mesti ada sarang berhampiran. Boleh anda camkan sarang semut tu, sediakan air mendidih dan tuang ke atas sarang semut tu. Perlu anda tahu bahawa semut membina rumah mereka untuk menahan hujan dan banjir. Jadi anda mungkin perlu buat beberapa percubaan sebelum anda membunuh ratu semut dan dapat menghapuskan koloni semut.
  • Taburkan kayu manis atau lada cayenne di sekeliling tanaman anda. Ini boleh membantu menghalau semut tanpa bunuh mereka.
  • Letakkan tanah diatom gred makanan atas laluan dan sarang semut. Tanah diatom diperbuat daripada fosil alga bercangkang keras. Serbuk halus ini boleh mengeringkan semut. Tetapi ia adalah selamat untuk digunakan oleh manusia.
  • Boleh anda sediakan boraks atau asid borik dan perangkap racun gula. Boleh anda cari di internet untuk dapatkan resipi DIY bagi boraks dan asid borik. Anda perlu gunakannya dengan berhati-hati. Sebab walaupun boraks dan asid borik adalah sebatian semula jadi, tetapi ia adalah toksik kepada manusia dan haiwan.

Pakai Ubat atau Racun

Terdapat ubat atau racun yang boleh anda dapat di pasaran untuk hapuskan semut yang benci itu juga.

Young Living

Ada orang yang pakai minyak Young Living untuk halau semut dan mereka cakap akibatnya sangat berkesan. Minyak Young Living mengandungi pudina lada yang semut sangat benci.

Jika anda ada minyak Young Living, boleh anda tambah 15 titis minyak pudina dengan 1/2 cawan air. Goncang sebati kemudian semburkan di tempat laluan semut.

Pakai Kapur Semut

Ada sejenis kapur semut yang sangat berkesan untuk hapuskan semut. Harganya pun murah saja, cuma beberapa ringgit. Boleh anda dapat di Shopee.

kapur semut

Apa yang anda perlu buat cuma pakai kapur dan lukis di kawasan yang ada semut. Lepas tu biarkan saja. Semut yang melalui lintasan kapur itu akan makan kapur tersebut dan beberapa minit mereka akan mati.

Lain-lain Cara Tradisional Yang Boleh Pakai

Terdapat lagi banyak cara-cara tradisional atau cara yang boleh dipakai semula jadi untuk menghalau semut.

Antaranya termasuk:

Cengkih

Cengkih mengeluarkan bau yang istimewa yang diperhatikan oleh semut. Letakkan bunga cengkih yang dihancurkan di kawasan di mana semut muncul, seperti di sekeliling teres, pintu masuk ke rumah atau di atas kaunter dapur. Bau itu akan menghalau semut ke tempat lain.

Garam

Taburkan garam di sudut tempat semut masuk ke dalam rumah. Garam adalah salah satu cara terbaik dan paling murah untuk menghalau semut secara semula jadi. Apa yang perlu anda lakukan ialah mendidihkan air dan tambah garam ke dalamnya, kacau sehingga larut. Tuangkan ke dalam botol semburan dan sembur di tempat yang ada semut.

Semut Dalam Bekas Gula atau Beras

Ia adalah satu perkara yang amat menjengkelkan bila nampak banyak semut masuk ke dalam bekas gula atau bekas beras anda. Ramai orang yang rasa pening kepala dan tidak tahu macam mana buat untuk hapuskan semua semut ni.

Cara yang paling senang dan mudah ialah boleh anda keluarkan semua gula atau beras dalam satu dulang, letak dulang itu di bawah matahari atau di bawah lampu mentol. Goncang dulang itu satu kali lepas beberapa minit. Semut akan lari diri.

Sekiranya semut terjumpa dalam makanan atau nasi, maka ia telah tercemar dan sudah ditakluki oleh semut. Lebih baik anda cuma buangkan makanan itu saja.

Doa Halau Semut Dalam Islam

Jika anda seorang yang bermurah hati, anda cuma nak halau semut tanpa bunuh mereka, boleh juga anda buat doa halau semut dengan cara Islam Nabi Sulaiman.

Boleh anda rujuk ke video di bawah untuk buat doa tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *