Nak Buat Bisnes Online, Tapi Macam Mana Nak Pos Barang?

Saya terdetik untuk tulis post  yang khas tentang cara-cara nak pos barang guna poslaju ni sebab ramai kawan-kawan saya semakin berminat untuk membuat bisnes online.

Dulu kawan karib saya pernah bertanya saya bagaimana cara untuk pos barang kepada customer dengan memakai sampul poslaju, sebab dia ingin nak mula buat bisnes dengan jual apam polkadot yang comel tuu.

Beliau buat secara online saja dengan menggunakan strategy marketing Facebook dan sekarang alhamdulillah mampu menjual lebih 1300 kilo tepung apam polkadot dalam masa sebulan. Keuntungan memang menarik dan amat cemburu sekali bagi saya. Hehehe….

barangan kiriman

barangan kiriman2

TADAAA! Ini lah hasilnya Ummi polkadot selepas menggunakan tepung ‘ajaib’ ini.

kuih-muih

kuih-muih2

kuih-muih3

kuih-muih4

Maaflah kalau ada yang tertanya-tanya resepi apam polkadot sebab saya memang tak tahu macam mana caranya untuk buatnya. Boleh saja anda pergi add Facebook mok teh kot kalau yang berkenan dengan resepi mudah polkadot ini

Sebab tujuan sebenar saya tulis post ini adalah untuk menceritakan cara macam mana untuk mengeposkan barang kepada customer dengan cara mudah, cepat dan pantas.

Saya sudah mempunyai pengalaman berniaga online selama 2 tahun. Jadi insyaAllah saya boleh kongsi sikit-sikit tips untuk anda tentang cara untuk pos barangan anda dengan berkesan.

Pakai Kourier Servis dari Pos Laju

Daripada semua syarikat penghantaran membekalkan kourier servis, apa yang saya amat galakkan anda adalah dengan guna perkhidmatan POSLAJU. Ini adalah sebab perkhidmatan dari Pos Malaysia adalah sangat baik dan cekap.

Jika anda pakai Pos Laju, jika anda pos barang anda pada hari ini, insyaAllah kemungkinan yang besar pada keesokan hari customer anda sudah dapat terima barang yang dipesan oleh mereka. Dengan ini customer akan rasa amat happy dan kita sebagai peniaga online juga akan rasa happy kann.

Walaupun kadang-kala Pos Laju juga boleh berlaku delay sehari dua dan customer akan hubungi anda sebab barang ynag mereka order tidak samapi. Tapi anda tidak perlu risau sangat sebab kita boleh track dan trace di mana lokasi barang itu berada dengan membuat semakan di website poslaju di sini

Tracking Number Adalah Penting

Jadi, selepas anda kirim sesuatu barang melalui Pos Laju, anda perlu simpan tracking number dengan baik dan berikan tracking number itu kepada customer juga. Sebab tracking number itu sangat penting kepada penjual dan pelanggan di mana jika barangan tidak sampai, boleh dua-dua pihak semak dengan Pos Laju dengan memberikan tracking number.

Katakan barang ‘hilang dan lesap’ entah ke mana, selagi kita ada salinan tracking number kita boleh claim dengan Pos Laju. Pos Laju akan bertanggungjawab dan membuat ganti rugi kepada anda jika betul-betul barangan yang anda kirim itu tidak dapat ditemui lagi. Rasanya maximum RM300 kot yang akan Pos Laju ganti rugi kepada anda untuk setiap bungkusan.

Saiz Bungkusan

Lepas tu pemilihan saiz bungkusan pula. Saya cadangkan untuk anda guna bungkusan prepaid prabayar. Saiz S untuk berat maximum 500g dan saiz L untuk berat maximum 1kg.

Saiz S untuk Semenanjung Malaysia adalah RM7 manakala untuk Sabah/Sarawak RM10.

Saiz L untuk semenanjung RM10 manakala untuk Sabah/Sarawak RM16.

Mengapa Prabayar?

Kenapa saya cakap bungkusan prepaid prabayar ini senang? Sebab anda hanya perlu isi kan barang ke dalam bungkusan tu saja. Lepas tu boleh anda terus hantarkan ke pusat Pos Laju atau pejabat pos yang berdekatan untuk hantarkan bungkusan itu.

Contohnya, sampul RM7 tu muat untuk 1 paket apam polkadot. Kalau sampul RM10 tu muat untuk 1-3 paket apam polkadot rasanya. Jadi begitulah saiznya yang boleh anda muat barangan anda ke dalam.

Tapi AWAS! jika barang anda terlebih berat.

Ada sesetengah poslaju/pejabat pos masih terima jika berat barang anda terlebih, contoh katakan anda letak barang X yang seberat 700 gram dalam parcel prepaid prabayar RM6 yang mana berat maximum yang dibenarkan adalah 500g sahaja.

Tapi ada sesetengah poslaju/pejabat pos tak terima. die minta kita bukak balik sampul tuuu dan sampul tu di kira ‘burn’ gitu jee.

Jadi, untuk selamat anda tanya dulu staff di situ. Tanya ok tak kalau barang saya terlebih berat sikit. Kalau dia kata ok, maka ‘untung’ lah anda. Hihihi. Sebab semuanya bergantung budi bicara pekerja kat situ jee.

Ada staff yang ‘gertak’ kata kalau barang rosak/pecah, poslaju tak ganti rugi tau kalau terlebih berat. Tapi jangan khuatir, tanggung jee risiko tuu. Anda tengok lah, kalau anda pos botol plastic atau barang2 fabrik kee, insyaAllah tak ada apa pun yang perlu di takutkan hehehe

poslaju prepaid bubble envelope
poslaju prepaid bubble envelope

Beginilah rupanya. nanti boleh terus isi kan barang dah terus hantar ke poslaju. Bungkusan ni bagus sebab ada bubblewrap kat dalam untuk menghalang barang daripada pecah.

Baca juga: Pelbagai Tapes Untuk Kegunaan Harian

16 Comments on “Nak Buat Bisnes Online, Tapi Macam Mana Nak Pos Barang?”

  1. Saya nak tanya la. Contohnya, kalau saya jual barang online, harga barang tu rm10 tak termasuk postage. Pstu saiz bungkusan saya guna yg rm9 tu. Maknanya pembeli barang saya kena bayar rm19 ke? Saya jual novel lama saya, tapi saya tak tau macam mana nak kira harga barang dengan postage tu.

  2. Dari mana kita nak dapat borang pos yg nk kena tulis alamat penerima tuh .
    Boleh ke kita minta dekat dorng dan bawa balik rumah .
    Masih konfius dkt situw

  3. Hye saya nak tanya, contohnya kita tinggal dkt semenanjung, tp brg yg kita nk pos tu ke sabah, kita kena pakai sampul merah ke biru?

  4. Barang sy berat 30 kg ,bolehkah bg cadangan ,sistem apa yg saya perlu gunakan utk pos parcel seberat 30kg ,postage brg sampai bru cust byr dgn kurier..berapa anggaran postage dari sabah ke semenanjung.

      1. POS Malaysia adalah salah satu penyedia perkhidmatan pos terbesar di Malaysia. Hari ini, saya akan menunjukkan kepada anda bagaimana untuk melakukan penjejakan Poslaju dengan menggunakan nombor penjejakan anda di laman web kami. Ini cara rasmi untuk mengesan Poslaju dan ia hanya beberapa saat untuk melakukannya!Prosedur keseluruhan trek dan jejak poslaju tracking number di laman web kami agak mudah. Selain itu, saya akan menyenaraikan beberapa fakta menarik, kadar kurier, dan perkhidmatan yang luar biasa yang disediakan oleh Pos Malaysia.

  5. Saya nak tanya.. Kita beli sampul tu dekat poslaju kan? Kita beli 1 sampul tu ikut harga kg dia ya? Then bila kita pos barang guna sampul tu, kita still bayar postage ke macam mana? Saya masih confius sedikit…

    1. Jika prabayar maka bila beli sampul sudah termasuk caj penghantaran sekali ikut keberatan yg cik beli. Maka tidak perlu bayar postage lagi bila pos barang.

  6. Jika anda berminat untuk memulakan perniagaan dalam talian, salah satu cabaran yang mungkin dihadapi adalah cara untuk menghantar barangan ke pelanggan anda. Terdapat beberapa cara untuk menguruskan penghantaran barangan anda dalam perniagaan dalam talian.

    Menggunakan Khidmat Penghantaran Pos atau Kurier
    Anda boleh menggunakan perkhidmatan penghantaran pos atau kurier untuk menghantar barangan anda kepada pelanggan. Perkhidmatan seperti Poslaju, J&T Express, GDEX dan banyak lagi, menawarkan perkhidmatan penghantaran yang pantas dan cekap. Anda hanya perlu membungkus barang anda dengan rapi dan menyerahkan kepada penghantar pos atau kurier untuk dihantar kepada pelanggan.
    https://packstrack.com/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *