Seoul Garden di KB Mall kat Kota Bharu

Baiklah, untuk kali ni saya nak buat review sikit mengenai tempat makan yang saya gemari. Dan seperti apa yang dikatakan dalam tajuk seperti di atas, tempat makan yang saya ingin berkongsi bersama para pembaca adalah SEOUL GARDEN KB MALL yang terletak di Kota Bharu, Kelantan.

Cawangan Seoul Garden ni adalah cawangan yang baru saja dibuka di Kelantan dan itulah cawangan pertama yang dibuka di Kelantan rupanya.

Sebelum ni Seoul Garden tidak pernah wujud di Kelantan langsung. Walaupun  negeri-negeri lain mungkin sudah lama ada restoran ini. Cawangan Seoul Garden ni terletak di pusat membeli belah terkenal di Kota Bharu iaitu KB Mall.

Ubahsuai KB Mall

Seperti yang sedia maklum, KB Mall sudah pun diubah suai dari 3 tingkat menjadi 5 tingkat. Dan sebab tu la jugak banyak cawangan-cawangan baru dibuka di KB Mall seperti Sushi King dan yang akan datang iaitu Manhanttan Fish Market dan Baskin Robbins.

Mungkinlah ada banyak lagi tapi saya tak tahu sangat. Mesti banyak restoran yang terkenal akan dibuka di mall ini rasanya.

Seoul Garden
Seoul Garden

Lokasi Tepat Tentang Restoran Seoul Garden

Berikut adalah Outlet location (address):

KB Mall
Lot 3.01A,
3rd Floor, Kb Mall
Jalan Hamzah,
15050 Kota Bharu,
Kelantan.

Tel: 609-7419939
Fax: 609-7419139

Baiklah, seterusnya saya ingin cerita bersama anda semua sedikit pasal Seoul Garden ni. Sebelum tu biar saya cerita sikit ha pasal saya dulu.

Saya dan kawan saya cadang nak berbuka puasa sama-sama. Jadi, kami  mula cari tempat yang menarik and best kat Kota Bharu ni. Dan saya yang mula untuk bercadang dengan kawan saya untuk makan kat Seoul Garden.

Pertama Kali Bagi Saya Makan di Restoran Seoul Garden

Sebab seumur hidup saya tak pernah jejak kaki lagi ke Seoul Garden ni. Jadi, ini merupakan kali pertama dalam hidup saya untuk pergi makan kat restoran Seoul Garden itu.

Walaupun dulu saya pernah belajar di Kuala Lumpur buat 3 tahun dan di tempat belajar saya mempunyai beberapa cawangan Seoul Garden kat sana. Tapi nasib saya macam tidak mempunyai nasib dan kesempatan untuk  cuba makan di restoran ini. Sekarang baru datang nasibnya untuk saya cuba buat pertama kali di Kelantan.

Jadi, set la nak makan kat mana? Kat Seoul Garden. Kami ada buat tempahan terlebih dahulu sebelum berbuka puasa. Kami tempah lewat sikit dengan membuat tempah untuk waktu 7.45 pm. Berbuka puasa adalah kira-kira pukul 7.30 pm.

Kami buat tempahan untuk 7.45 pm sebab kami lebih suka untuk pergi solat Maghrib dulu dan lepas tu baru la nak melantak sampai kedai tutup. Ini memang strategi yang baik yang boleh saya fikirkan, Betul? Hahaha…

Apa yang boleh saya katakan pasal Seoul Garden ni, dia sama saja macam kedai atau restaurant yang tawarkan pakej buffet ala-ala steamboat ni. Dan bagi saya harga makanan di restoran ini pun okay saja walaupun nampak kat luar macam restoran yang memang mahal untuk satu kepala makan.

Tetapi apa yang anda perlu tahu adalah anda boleh makan sebanyak mungkin yang anda ingin sebaik saja anda masuk ke dalam restoran ini. Apa yang perlu diingati adalah cuma jangan membazirkan makanan saja. Membazir makanan memang satu kebiasaan yang amat teruk sekali.

Antara makanan yang disediakan:

  1. Semua jenis makanan steamboat (ayam, daging, sotong, ketam, sosej,  bebola ikan, dan banyak lagi…).
  2. Nasi goreng sekali ngan add ons macam Nugget and so forth.
  3.  Sushi (Jadi anda berpeluang untuk cuba sushi sekali di dalam).
  4. Pelbagai jenis buah-buahan.
  5. ABC (Semua ingredient sudah disediakan, cuma anda perlu buat sendiri).
  6. Aiskrim (Terdapat beberapa flavor kegemaran orang ramai yang disediakan).
  7. Ada lagi banyak makanan lain tapi syaa sudah tak dapat ingat… Sebab cuma ingat nak makan banyak saja.
  8. Minuman. Boleh anda pilih sendiri apa minuman yang anda suka minum.
makanan seoul garden
makanan seoul garden

Saya memang suka persekitaran di dalam restoran ini. Keseluruhan nampak teratur dan bersih. Pelayan dan pekerja dalam restoran pun nampak macam mesra pelanggan. Memang baguslah bagi pengalaman saya untuk makan di sini. Kesimpulannya, kami sangat kenyang pada malam tu… Sangat-sangat kenyang…

KB environment
KB environment

Ehhh, waittt!!! Pasal harga kan… Saya sarankan kepada semua yang bergelar mahasiswa/i, bawaklah kad pelajar anda, so that you can get student price… Kat bawah ni saya tunjukkan sikit pakej yang ditawarkan di Seoul Garden Kota Bharu. I not really sure kalau harga ni akan berubah-ubah atau pun stick sampai bila-bila… Hahaha..

harga menu
harga menu

So, tu je la yang saya nak kongsikan bersama… Saya bagi 7/10 untuk rate keseluruhan… Ok la kan…Hehehe.. Belanja Selfie sikit… Bye!!!

Artikel berkaitan:

  • Giant Teluk Intan!!! Tolong Sediakan Paip

2 Comments on “Seoul Garden di KB Mall kat Kota Bharu”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *