Memohon Pinjaman Dengan Bahagian Pinjaman Perumahan

Bahagian Pinjaman Perumahan (LPPSA) ditubuhkan dengan visi untuk menjadi sebuah agensi pembiayai perumahan sektor awam yang cekap. Ini merupakan apa yang dicakap di laman mereka. Awal masa, ada khabar angin cakap LPPSA itu akan dimansuhkan tetapi Kementerian Kewangan telah menegaskan bahawa dakwaan itu tidak sah.

Bahagian Pinjaman Perumahan
Bahagian Pinjaman Perumahan

Beli Rumah Dengan Pinjaman Kewangan dari Bahagian Pinjaman Perumahan

Semua kakitangan kerajaan awam yang ingin memohon pinjaman perumahan kerajaan dengan tujuan untuk membeli rumah kediaman di Semenanjung Malaysia perlu membuat urusan dengan Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia yang sebenarnya memainkan peranan sebagai sebuah jabatan berfungsi di bawah Kementerian Kewangan Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia. Ibu pejabat tersebut boleh anda cari di Presint 2 di Putrajaya.

Alamat Dan Nombor Penghubungan

Jika anda ingin memohon, boleh anda rujuk ke alamat dan nombor telefon seperti bawah:

Bahagian Pengurusan Pinjaman Perumahan Kerajaan Perbendaharaan Malaysia
No 9, Kompleks Kementerian Kewangan
Persiaran Perdana, Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62592 Putrajaya.

Tel: 03 – 8880 1800 / 2000 / 2200 / 2400 / 2600
Laman Web: bpp.treasury.gov.my/web
Emel: [email protected]
Facebook: https://www.facebook.com/bhgnpinjamanperumahan

Kenali Seksyen Yang Berlainan

Segala peraturan, syarat-syarat dan dasar-dasar yang dikeluarkan adalah di bawah kuasa bahagian ini. Jika ada soalan tentang permohonan, anda perlu berhubung dengan Seksyen yang berkenaan dengan apa yang anda ingin tahu. Adalah baik jika anda boleh menghadiri diri ke BBP untuk bertanya secara bersemuka. Seksyen di bawah LPPSA terdapat:

  • Seksyen Proses Dan Bayaran
  • Seksyen Akaun
  • Seksyen Perundangan
  • Seksyen Cagaran
  • Seksyen Teknologi Maklumat
  • Seksyen Khidmat Pengurusan
  • Seksyen Dasar Dan Perancangan Strategik

Proses Permohonan

1. Membuat kajian dan cari rumah yang anda suka. Lepas dapat cari satu yang anda berkenan, bayar deposit kepada pemaju dan tanda tangan Perjanjian Jual Beli(Sales & Purchase Agreement).

2. Isi borang permohonan. Borong boleh diisi secara online. Anda kena mendaftar satu ID dulu sebelum boleh log masuk. Laman untuk borong online adalah: https://sppb.treasury.gov.my/v2/

3. Lampirkan dokumen-dokumen dan borang-borang berikut:

a) Borang permohonan pinjaman online – lepas isi dalam talian, simpan dan cetak keluar.

b) Surat sokongan Ketua Jabatan – anda perlu berbincang dengan Jabatan Sumber Manusia di tempat yang anda tugas.

c) Slip gaji salinan yang disahkan oleh Ketua Jabatan atau seseorang pegawai berpangkat Gred A.

d) Salinan kad pengenalan yang telah disahkan oleh Ketua Jabatan atau seseorang pegawai berpangkat Gred A.

e) Salinan surat pengesahan jawatan sekarang.

f) Salinan surat pemangkuan jawatan – tersedia untuk dipilih tetapi tidak wajib jika tiada.

g) Salinan surat perletakkan ke dalam skim berpencen yang telah disahkan oleh Ketua Jabatan seseorang pegawai berpangkat Gred A.

h) Salinan lesen dan permit iklan pemaju – boleh anda minta pemaju untuk sediakan.

i) Borang akuan pemilihan insurans – borang juga boleh diisi secara online dan dicetak keluar bersama borang permohonan.

j) Borang 2 – Surat setuju untuk menyelesaikan segala hutang kerajaan yang akan dibuat – boleh juga anda isi online dan cetak keluar.

k) Bayaran wang proses adalah RM100. Ia mesti dibayar atas nama Setiausaha Bahagian Pinjaman Perumahan. Anda boleh buat bayaran secara bank draf, kiriman wang, atau bayar secara online. Lepas bayar, anda mesti ingat untuk update maklumat bayaran online.

l) Salinan Perjanjian Jual Beli (S&P) – peguam akan sediakan.

m) Surat pengesahan akaun perbankan pemaju – pemaju atau peguam anda akan sediakan.

n) Borang 3A, 4, 5A dan lain-lain dokumen yang berkenaan – peguam sediakan.

Selepas semua borang dan dokumen yang lengkap telah siap sedia, anda perlu submitkan segalanya ke LPPSA. Jika anda seorang yang sibuk yang tidak ada masa untuk submit sendiri ke LPPSA, boleh anda cari agen atau runner untuk tolong hantar. Terdapat banyak yang menawarkan perkhidmatan hantaran dan anda cuma perlu bayar sikit wang sahaja untuk mendapatkan perkhidmatan ini.

Selain daripada itu, jika anda ada masalah untuk penyediaan borang-borang dan dokumen-dokumen, atau anda perlukan seseorang untuk membuat semakan untuk memastikan semua dokumen adalah lengkap sebelum hantar, anda boleh mendapatkan perkhidmatan dari syarikat yang ada menawarkan perkhidmatan seperti itu.

Ini boleh jimatkan masa dan tenaga anda. Dan yang penting adalah anda tidak ingin hantar dokumen yang tidak lengkap dan kena mengambil masa yang panjang untuk membuat penyelesaian.

Jadi selepas anda hantar borang dan dokumen yang lengkap, anda tentu ingin tahu ia ambil masa berapa lama untuk mengetahui sama ada permohonan ini diluluskan atau tidak. Biasanya jika semua proses dijalankan dengan lancar, maka dalam 2-3 minggu anda sudah boleh tahu keputusan. Anda boleh menyemak dalam talian dari semasa ke semasa. Jika ada apa-apa yang kurang, biasanya pegawai perbendaharaan akan hubungi anda. Maka anda perlu simpan nombor telefon perbendaharaan dan jawap secepat mungkin apabila mereka telefon anda untuk memastikan semua jalan dengan lancar.

Surat Setuju Terima

Surat ini dahulunya dikenali sebagai Surat Lulus atau Lampiran E.

Apabila permohonan pinjaman perumahan kerajaan anda telah diluluskan oleh LPPSA, anda akan terima Surat Setuju Terima dari LPPSA. Dalam Surat Setuju Terima ini ia akan melampirkan sekali dengan butir-butir pembiayaan pinjaman bersama dengan Kelulusan Pinjaman Perumahan Perbendaharaan. Surat tersebut akan dihantar ke alamat tugas pemohon dan salinan surat itu juga akan diberikan kepada:

  1. Jabatan pemohon
  2. Peguam yang dilantik
  3. Pemaju (bagi pinjaman jenis 1&3)

Jika anda dan ketua jabatan anda telah menandatangani Surat Setuju Terima ini, maka perlindungan insurans akan bermula dari tarikh tandatangan yang anda buat.

surat setuju 2

Contoh Surat Setuju Terima

Selepas tandatangan anda dan ketua jabatan anda, anda perlu hantar balik muka surat nombor 4 dari Surat Setuju Terima Pinjaman Perumahan Perbendaharaan kepada LPPSA. Ini adalah penting sebab jika tidak hantar balik, maka insurans tidak akan membayar pampasan tanpa tandatangan peminjam dan ketua jabatan.

surat setuju 3

Setelah Surat Setuju Terima yang mengandungi tandatangan peminjam dan ketua jabatan peminjam diterima oleh LPPSA, tiada apa-apa pindaan boleh dilakukan lagi. Pinjaman perumahan kerajaan masih boleh dibatalkan jika peminjam kesal kemudian tetapi terdapat syarat, terma dan implikasinya tersendiri. Penalti akan dikenakan jika anda batal selepas setuju.

surat setuju 4

Kesan Pembatalan Pinjaman

Antara implikasi kesan pembatalan pinjaman adalah:

  • Nilai kelayakan pinjaman menjadi kurang.
  • Kadar faedah (interest) sebanyak 7% akan dikenakan jika lewat membuat bayaran (Kadar biasa ialah 4%).
  • Kos perlindungan Takaful dikenakan bagi pemohon.
  • Lebih banyak proses perlu buat.

Untuk rujukan maklumat selanjut:

Complaint Ubahsuai Perumahan

LPPSA Mansuh?

Perkhidmatan SMS LPPSA

Maklumat Baru

Sila ambil perhatian bahawa mulai 1 January 2016, BPP telah ditukarkan nama kepada LPPSA. Lembaga ini telah diswastakan oleh kerajaan tetapi masih dibawah kawasi Kementerian Kewangan.

LPPSA
LPPSA

Bagi kesemuaan kakitangan kerajaan dan awam yang hendak memohon pinjaman perumahan kerajaan boleh mengunjungi laman web baru LPPSA di http://www.lppsa.gov.my

Artikel berkaitan:
BR1M 2017 – Permohonan Online dan Tarikh Pengagihan

10 Comments on “Memohon Pinjaman Dengan Bahagian Pinjaman Perumahan”

  1. Waah lengkap sekali informasinya.

    Oya, salam kenal. Terima kasih sudah berkunjung ke blog saya 🙂

    Salam hangat dari Makassar, Indonesia

  2. rumah pertama saya menggunakan pinjaman perumahan kerajaan..kini tengah plan untuk rumah kedua pula

  3. I pernah berurusan dengan bahagian pinjaman perumahan kerajaan yg skrg dah tukar jadi LPPSA. Pengalaman I agak susah. I telefon ngan nombor yg dpt di laman tapi susah sgt utk hubungi mereka dan dapatkan mereka jawab telefon I. Sehingga I terpaksa pergi sendiri ke Putrajaya utk membuat permohonan. Lepas tu mereka minta sediakan byk dokumen. Lepas tu hantar keluar dokumen permohonan ngan Gdex tapi tiada balas balik langsung. Dah 3 bulan tunggu…..

  4. Assalamualaikum…
    Saya Marjohan b. Bungkik No. K/P 660513016141 pernah membuat pinjaman perumahan dan telah selesai membuat bayaran dan telah habis membayar lebih kurang 2 tahun lepas.
    Masalah saya, saya tidak membuka sampul surat yang saya terima itu yang memerlukan saya membuat pengesahan tamat bayaran atau tuntutan dari bank tamat sehingga tamat tempoh sebulan yang diberikan itu…. Apa perlu saya buat untuk mendapatkan surat pengesahan tamat tuntutan dari bank itu…
    No. h/p saya 019-9301550 jika pihak tuan perlu menghubungi saya melalui hp…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *