Adakah anda seorang pengguna pos? Memamng terdapat pelbagai servis pos yang dibekalkan oleh Pos Malaysia.
Dengan banyak servis yang dibekalkan, ramai yang rasa keliru dan tidak tahu apa jenis servis yang patut mereka ambil.
Jika ambil salah servis, mungkin anda akan kena bayar dengan bayaran yang tinggi. Jadi, untuk bantu anda tahu tentang semua jenis servis pos yang disediakan oleh Pos Malaysia, saya senaraikan semua servis ini di bawah dengan tujuan untuk bantu tahu perbezaan antara mereka.
Pos Udara Biasa Dah Tiada
Dulu pos udara biasa merupakan cara yang cepat, mudah dan jimatkan wang untuk hantar barangan ke Sabah dan Sarawak.
Dulu masih boleh pakai untuk parcel yang berat dengan hantar melalui pos udara biasa. Biasanya ambil 7-14 hari untuk sampai ke Sabah dan Sarawak. Tetapi minggu lepas bila pergi ke pejabat pos untuk hantar, diberitahu bahawa servis ini sudah ditamatkan. Alasan yang diberikan adalah servis itu sudah mengalami kerugian selama 10 tahun. Service yang tinggal ialah pos biasa lautan yang ambil masa 2-3 bulan untuk sampai. Memang gila, siapa nak tunggu 2-3 bulan untuk terima barangan mereka.
Jadi Pos Malaysia tidak mahu tawarkan servis ini lagi. Yang tinggal cuma Pos Laju udara, tapi cajnya 4 sampai 5 kali ganda lebih mahal dari pos udara biasa.
Pos Ekspres – XpresDrop
Sebelum itu dinamakan Pos Ekspres, tapi sekarang sudah tukar nama ke XpresDrop. Ia adalah cara yang menjimatkan, lebih mudah dan praktikal untuk menghantar dokumen atau barangan kecil sehingga 250g di seluruh Malaysia. Ia disediakan dalam sampul dan paket khusus sendiri untuk menghantar dokumen atau barangan ringan.
Pos Laju
Secara umum, terdapat tiga jenis servis kurier yang disediakan oleh Pos Malaysia . Iaitu Mail, Parcel dan Pos Laju. Setiap daripada mereka mempunyai kadar caj yang berbeza bergantung pada keperluan pelanggan.
Ia agak senang je untuk mengira kadar Pos Laju. Jika anda tidak tahu cajnya, boleh anda rujuk kepada jadual di bawah untuk mengetahui kadar Pos Laju yang dikenakan ikut keberatan barangan kiriman.
Jika anda tidak pasti berapa caj yang perlu anda bayar, boleh juga anda rujuk ke laman Pos Laju dengan pautan yang disediakan di bawah untuk buat kiraan.
https://ezisend.poslaju.com.my/volumetric
Prabayar
Jika anda malas untuk membungkus sendiri, anda boleh memilih Sampul Prabayar. Ia amat mudah, terdapat gelembung plastik setiap sampul surat prabayar dan dibalut dengan suatu meterai. Anda cuma perlu masukkan barangan kiriman ke dalam sampul , memeteraikannya dan kirim.
Harga Sampul Prabayar adalah seperti berikut:
Jika anda mempunyai barang-barang yang lebih besar atau lebih berat, boleh pilih Kotak Prabayar (setakat ini saya tidak pernah menggunakan Box Prepaid). Untuk maklumat yang lebih lanjut, boleh rujuk ke laman Pos Laju Prabayar.
Jadi, anda boleh membungkus sendiri, atau memilih Sampul Prabayar dan menjimatkan masa.
Bagi saya, ia bergantung kepada keberatan barangan dan juga lokasi (sama ada di Semenanjung Malaysia atau menghantar ke Sabah / Sarawak).
Jika anda bungkus sendiri dan hantar pos laju, memang kos anda akan lebih rendah berbanding dengan menggunakan sampul surat prabayar. Tetapi ingat, dengan bungkus diri, anda perlu membeli sampul atau kotak pembungkus, pembalut gelembung (air bubble wrap), gunting, sellotapes dan lain-lain. Semua ni juga perlu masuk dalam kos anda.
Berikut adalah cara saya membuat keputusan:
Kebanyakan masa, saya akan menghantar barangan ringan yang keberatannya kurang daripada 500gm ke Semenanjung Malaysia dengan menggunakan sampul surat prabayar. Ia selesaikan semua kerja rumit dengan tambahan kos yang rendah sahaja.
Walau bagaimanapun, jika item itu lebih daripada 500 gram, saya mungkin akan membungkus sendiri. Sebab saya boleh jimat dengan wang yang lebih banyak terutamanya jika hantar ke Sabah dan Sarawak!
Apabila saya memilih untuk pek sendiri, ia bergantung kepada sama ada saya mempunyai masa untuk membungkus, dan sama ada saya mempunyai sampul surat plastik dan pembalut gelembung.
Jika anda terima sampul plastik daripada syarikat courier sama ada GDex, FeDex, City Link, Skynet dan lain-lain, jangan buang sampul plastik tu. Anda boleh menggunakan semula plastik untuk membungkus barang-barang anda dan menghantar melalui PosLaju.
Flexipack
Satu pilihan yang lebih murah untuk menghantar bungkusan adalah menggunakan Flexipack. Flexipack memberikan anda fleksibiliti untuk hantar barang dalam kotak atau dalam paket. Dulu Flexipack ada membekalkan perkhidmatan untuk domestik dan antarabangsa, tetapi sekarang macam cuma tinggal antarabangsa saja.
Tidak seperti Pos Laju, Flexipack tidak memerlukan tandatangan daripada penerima, dan tempoh penghantaran adalah sedikit lambat daripada Pos Laju. Ia sepatutnya seperti kiriman surat biasa, dengan nombor pengesanan.
Oleh itu, jika anda menghantar barangan dengan menggunakan Flexipack, pastikan dia faham dengan kelemahan Flexipack, selain daripada harga yang lebih murah berbanding dengan Pos Laju.
Namun begitu, berdasarkan pengalaman saya, kadang-kadang tempoh penghantarannya boleh secepat Pos Laju, jika penerima berada dalam kawasan yang sama atau negeri yang sama.
Satu lagi Kelemahan tentang Flexipack adalah ia tidak ada perkhidmatan penghantaran kali kedua. Saya rasa ini adalah munasabah kerana Flexipack bukanlah pengganti kepada perkhidmatan kurier seperti Pos Laju.
Tetapi jangan risau, kerana Flexipack boleh dikesan. Jika parcel itu tidak jaya hantar kerana tiada orang di rumah, bungkusan itu akan disimpan di pejabat pos tempatan.
Penerima cuma perlu pergi ke pejabat pos tempatan dan memberikan nombor tracking kepada kerani pos. Anda juga boleh mengesannya di laman web Pos Malaysia untuk mengetahui dengan tepat di mana parcel itu berada.
Pada ketahuan saya, ia adalah seperti gabungan antara Pos Daftar dan Pos Ekpress.
Kelajuan penghantaran adalah seperti Pos Daftar (bukan penghantaran ekpress / penghantaran keesokan hari). Ia membekalkan nombor pengesanan (tracking number) tetapi tidak memberi sebarang rekod atau bukti penghantaran seperti Pos Ekspress (Pos Daftar memberi anda dengan bukti penghantaran).
Hantaran Bungkusan Antrabangsa
Terdapat 2 zone yang ada perkhidmatan flexipack. Zonenya adalah seperti gambah di bawah.
Flexipack antarabangsa telah tukar pucuknya seperti gambar ini pada tahun 2022. Lebih baik rasanya sebab ruang utk isi alamat banyak luas sekarang, senang untuk isi.
Pelbagai keberatan yang boleh dimuat dalam flexipack ada disediakan. Boleh anda rujuk ke jadual seperti di bawah.
Kos pos dengan udara ke luar negara adalah kebimbangan utama untuk semua orang yang menjual barang ke luar negara. Keramaian orang tidak berani untuk menjual barangan mereka ke negara-negara lain sebab apabila mereka dapat kos hantaran, mereka amat terkejut sekali.
Tetapi, dengan perkenalan Flexipack Antarabangsa dari Pos Malaysia, kebimbangan keramaian orang sekarang dapat diselesaikan. Berat maksimum untuk kiriman barang adalah 2kg dan caj penghantaran ke Amerika Syarikat adalah RM110. Harga ni adalah murah berbanding dengan hantaran FedEx atau DHL.
Jika anda pakai Flexipack International Prepaid Envelope, pastikan anda tambah bayaran untuk nombor pengesanan (RR Register Form) untuk mengesan pakej anda online. Ini merupakan satu cara yang paling murah untuk menghantar barangan ke luar negara.
Saya menggunakannya dengan masa yang agak panjang dan tidak pernah mengalami sebarangan kehilangan pakej (kerana saya ada RR nombor pengesanan).
Bayaran Untuk Nombor Pengesanan Kiriman Antarabangsa
Jumlah RM4,60, iaitu caj pendaftaran (RM1.60) dan caj perkhidmatan (RM3.00) akan dikenakan untuk penghantaran barang pos berdaftar ke destinasi asing. Nombor pengesanan (tracking number) akan diberikan untuk mengesan barangan kiriman anda.
Contoh Pembayaran:
Jika anda ingin hantar barang ke Amerika Syarikat dan keberatan barang itu tidak lebih daripada 150g. Maka:
Zone: 2
Size: XS
Weight: 150g
Package: Envelope
Dimension: 250 x 150
Harga: RM40.00
Nombor Pengesanan (Tracking Number): RM4.60
Jumlah caj: RM44.60
Kalau nak beli FlexiPack International dalam kuantiti yang besar, boleh beli di Poslaju Shop.
Artikel berkaitan:
salam puan
adakah maklumat2 tentang harga bagi setiap perkhidmtan ini adalah terkini atau ada perubahan harga?
Ini sah sampai 1 Dec 2016. Samada perubahan harga adalah baik selalu semak ngan Pos Malaysia.
barang yg mengandungi bateri seperti handphone xboleh ye?
Ya, xboleh. Syarat Pos ada nyata.
kalau saya pos handphone tnpa bateri ?? boleh atau tak
Kalau duit syiling boleh x ?
Syiling lama takda masalah
Salam, tumpang tanya kalau nak pos barang makanan basah (cth: rebung) dari Semenanjung ke Sabah/S’wak boleh ke?
Makanan boleh. Cuma cecair tidak boleh.
Terima kasih puan atas info yg sera lengkap,terbaikkk!! Ingin tahu ttg penghantaran antarabangsa. Pembelian tracking number seperti yg dinyatakan puan harus di buat selepas parcel siap atau kite boleh beli awal awal dgn kuantiti yg banyak. Lagi satu puan,slps parcel siap kena dihantar ke kaunter atau masuk ke pos box pejabat pos shj..maaf keliru..
tracking number blh beli awal dgn kuantiti yg u nak. Slps parcel siap, mesti hantar ke kaunter sbb mereka kena chop atas tracking number utk jaminan Pos M’sia dah terima tracking tu.
Salam Puan,
Terima kasih atas perkongsian info di atas. Sangat dihargai!
Soalan saya, untuk penggunaan flexipack dalam Malaysia, bagaimana nak “drop off” barang yang dah di bungkus dengan kotak flexipack tersebut ?
Perlu di bawa ke counter atau boleh di masukkan di mana2 post box ?
Terima kasih sekali lagi 🙂
Tak nampak ade post box utk flexipack. I selalu pergi hantar ke kaunter walaupun ade parcel yg tidak pakai tracking nombor demi kenalpasti parcel I dah diterima oleh pihak pos. Masuk ke post box I rasa x senang hati yg mungkin mengalami kehilangan. 🙂
Klu nk post handphone tapi tak declare barang tu as fon, tp sbg bnda lain, boleh ke? Dorg bleh detect tak?
Ada risk. Jika hilang atau rosak, pihak tidak akan bertanggungjawab.
Brp rate ke singapore
Salam puan ,sy kurang faham dgn flexipack sampul ke luar negara. Jika saya tidak mbyr kos tracking number(Rm4.60) adakah brngan trsbut lngsung tifak bileh dikesan penghntar(sender)
Ya. tanpa byar tracking number, maka ia cuma htr seperti surat biasa saja. x boleh dikesan penghantar.
Salam. Maaf nak tanya.
Kalau saya nak hantar kad ucapan biasa ke luar negara, bagaimana ya prosesnya?
Ada setem yg tertentu yg boleh sy gunakan ke?
Sy nak guna pos yg biasa punya je, yg pling murah.
Boleh terangkan secara terperinci step by step yg saya perlu lakukan?
Terima kasih ;'(
Jika cuma kad dalam sampul surat, maka blh beli setem dan tampal atas sampul dan kirim saja.
Skrg Pos office ade 2 jenis setem juga walaupun nilai setem sama. Setem yang dikirim ke luar negara dan setem yg dipakai dalam negara harga tidak sama disebabkan GST. Pos office akan tanya apabila anda beli setem di kaunter.
Ke luar negara ada beberapa zon, jadi lihat apa zon yang anda kirim.
Contohnya Europe dan US, 20g pertama adalah RM2, setiap 10g seterusnya adalah RM0.80. Jika berat adalah 60g, maka RM2 (20g pertama) + RM0.80 x 4(40g seterusnya), jadi jumlah setem kena tampal adalah RM5.20
Australia dan New Zealan pula, 20g pertama adalah RM1.40, setiap 10g seterusnya adalah RM0.60. Jika berat adalah 60g, maka RM1.40 (20g pertama) + RM0.60 x 4(40g seterusnya), jadi jumlah setem kena tampal adalah RM3.80
salam puan jika saya ingin mengepos barangan selain dari surat, sebagai contoh saya ingin mengepos produk mkanan mlysia adakah flexipack boleh digunakan..terima kasih puan
Kbykan makanan dilarang utk membuat kiriman. Jadi adalah baik anda tanya ngan Pos M’sia sama ada makanan anda blh lepas utk dikirim atau tidak.
salam. maaf mencelah. contoh makanan, spt mee segera etc. adakah boleh?
Salam…
Saya pos souvenior ke Spain menggunakan Flexipack berserta tracking number pada 3 Mac 2017, lepas barang keluar dari Malaysia, saya terus tak dapat track parcel dah.
Ni tracking number tersebut: RR137213854MY
Tiada update selepas 6 Mac 2017. Saya tanya receiver hari ni (18 Mac 2017) masih belum terima barang.
Persoalannya, berapa hari selalunya barang akan sampai ke penerima kalau pakai Flexipack ni? 14 hari bekerja?
Tolong bantu. Saya pergi pejabat pos, akak di kaunter cakap memang tak dapat track bila dah keluar Malaysia. Kalau gitu buat apa saya bayar tracking number kalau tak boleh track sehingga delivered? Aduiiiii
Terima kasih!
Kadang2 penghantaran tidak dapat dijangkakan sebab terdapat banyak keadaan boleh berlaku. Macam ada negara yang mempunyai banjir, hujan lebat, pekerja strike pun boleh melambatkan penghantaran. Jangkaan ke Spain biasanya ambil masa 15-30 hari buat purata. Tapi ini memang jangkaan saja. Negara yang boleh dijangka dengan lebih tepat adalah negara maju seperti USA, UK, Australia yang mempunyai banyak courier setiap hari. Negara lain yg kurang popular, biasa tiada banyak courier jadi hantaran pun tidak tentu.
Anda boleh pakai link ini untuk trace parcel anda: https://www.aftership.com/en/courier/malaysia-post-posdaftar
Tapi tracking ini cuma boleh trace sampai barangan sebelum keluar dari KLIA, selepas hantar ke negara lain, ia bergantung kepada Pos negara masing2. Ada negara yang mempunyai website yang boleh terus trace, tapi kebanyakan tidak dapat trace. Macam hantar ke USA, selepas keluar dari negara kita, masih boleh trace dengan laman USPS mereka.
I ada pakai u punya tracking check dengan laman aftership, ia ternyata item delivered. Maka penerima sepatut dah terima parcel yang anda hantar. Boleh anda semak dengan dia satu kali lagi.
maaf bertya..lets say i have a friend from spain..and dia nk post to me a gift from spain..boleh ke dia pakai service dri pos laju ni?..
i agree but still contact the customer care of that courier for help . you ca get contact umber from here.
https://couriertrackingfinder.com/
Berapa lama masa yang diambil untuk sampai jika penghantaran ke Indonesia menggunakan Flexipack?
Hantar ke Indonesia biasa ambil masa 7-15 days. Tapi custom mereka kadang2 kacau, boleh jadi lambat juga.
Utk pnghantaran barangan pos ke USA,kita prlu ke pejabat Poslaju ke kalau nk gna prkhidmatan flexipack?
Atau mmg ad pejabatnya sendiri?
Mungkin soalan saya offtopic tapi harap tuan/puan dapat bantu. Saya beli barang kat Jepun guna SAL reg 2 hari lepas tapi kawan saya beritahu ia akan diuruskan oleh Pos Malaysia dan tandatangan tak diperlukan. Adakah posmen hantar hand by hand atau letak depan rumah/mailbox sebab saya tinggal di rumah flat dan kecurian selalu berlaku
Jika ade register maka akan hantar ke rumah dan perlu tandatangan anda.
Assalam sy nak tnya. Brape hari utk barang smpai ke west afrika ya ? Berat brg dlm 4kg nak guna pkhidmatan pos mane yer yg cepat n murah? Mohoj bg pencerahan . Tq
Kami tak pernah hantar ngan Pos Malaysia ke Africa. Jika barang tu boleh dibahagi kepada 2 kotak jadi 2kg sekotak, maka blh jugak pakai Flexipack yg maximum weight sampai ke 2kg saja. Flexipack ambik 20-30 days to reach Africa.
Kami biasa pakai Fedex. ngan keberatan 4kg charges lbh krg RM360.
Saya ingin pos barang ke singapura..harga sudah di beri
bagi berat barang tersebut…
Contoh 500gram-rm68.00
Adakah itu harga bersih…. .
Atau ada tambahan duit lagi.
Pos pakai pos laju.
Ini harga bersih.
Salam…sy nak tnya….klu pos barang bawah 500 gram ke brunei brp harga ye….trm kasih
Klau pakai Pos Malaysia, first 1kg RM38.50 ke Brunei.
Assalamualaikum. Saya nak tanya
Kalau nak pos baju ke indonesia mengunakan flexipack, contohnya kalau sehelai,
Saya perlu beli flexipack yang warna pink tu sahaja kan?
Adakah dia sama macam sampul parcel pos malaysia yang warna merah dan biru tu? Atau pihak pos still akan timbang barang yang kita akan pos tersebut.
Dan kalau pihak tuan boleh bagi details harga perlu bayar kalau nak pos ke indonesia dan singapore, saya sangat menghargai.
Saya dah baca tapi xberapa faham jumlah yang perlu bayar untuk pos baju ke singapore dan indonesia.
Harga flexipack dah fix ikut keberatan. ade 150g, 250g sampai ke 2kg. Jadi tgk keberatan parcel anda dan blh beli flexipack yg berkenaan.
Maksudnya kalau da beli beg yg 500g, nnti kne baya tambahan lagi ke kat post office?
Blh terus beli 500g punya pak.
Kalau dari malaysia nak hantar rantai ke Indonesia mengunakan flexipack international berape harga nya mahal ?
Tgk keberatan, Flexipack ade 150g, 250g sampai ke 2kg.
Assalamualaikum, tumpang tanya . Kalau nak hantar pack food (kering) ke USA guna flexipack international boleh ke ? dan bagaimana nak check list f&b yang dilarang masuk tu?
Salam, kalau nak pos packed food (kering) bawah 500g ke usa dibenarkan ke guna flex? Macam mana nak tahu jenis makanan yg dibenarkan masuk?
Boleh semak di: https://www.facebook.com/PosMalaysiaBerhad/photos/a.334389910001694.77319.325158724258146/543517645755585/
Hi nak tanya kalau nak pos luar negara flex je ke antara pilihan dia
Ade byk. Flex sesuai utk barangan ringan yg kurang drpd 2kg. Sbb harga lbh murah.
Sy nak tnya .. sy nak post kasut brg ke west africa .. agak2 brapa ek kos nya ??
Blh terus pergi kaunter Pos Malaysia tanya.
Assalamualaikum,,,tumpg tanya…klau guna perkhidmatan flex,,ada ke dibuat penghantaran ke canada?,,
Ya ade. Ia ade Flex utk Zone 1 dan Zone 2, utk semua Western negara pakai Zone 2.
Assalam..flexipack pos msia guna servis ups ke?
Assalam nk tnya. Kalo saya nk pos barang ke usa ,biskut raya,jamu,tonik tuan haji(liquid), collagen kinohimitsu (liquid) boleh ke? Wassup saya plz 01110040962
Adalah baik utk buat pertanyaan ngan Pos M’sia.
Salam. Saya hantar barang kat Texas, US menggunakan kotak flexi pack pada 20April 2017. Sampai sekarang (12 Mei, kawan saya tak dapat lagi parcel. Saya dah cek tracking RR159678554MY yang saya beli & last update, ” item dispatched out ISC New York NY(USPS)”. Saya risau parcel saya hilang atau macam mana?
Memang tracking Malaysia cuma blh trace sebelum keluar dari Malaysia. Selepas keluar, maka perlu destinasi punya pos baru dpt trace. Blh bagi tracking ngan kawan anda dan panggil dia semak ngan USPS berdekatan tempat duduk dia. Mungkin USPS blh trace di mana parcel tu.
boleh hantar ke denmark ke ye. saya xbuat pesanan tapi hantar pada saya . lux style memang menipu. kalau x pulangkan akan ade orang ketiga ugut saya. boleh ke hantar ke sana ye. brpe kos hantaran
Sy pon kena benda yang sama .. takut
Yeke? Saya sma jugak. Sy nk return balik.
Sy pon kena. Mcmmana erk? Baik return jer
Saya pon dlm situasi yg sme…harap admin bole bagi penjelasan tentang situasi kami…
Hi sorry kalau I ada miss baca. kalau I nak hantar ke US kira macam mana?
Flexipack S = RM8
lepas tu postage RM78 ke? I cuba cari kat Pos website tapi information macam mengelirukan, Mohon pencerahan.
Flexipack S: RM8 + Register (Tracking nombor) RM4.60: Jumlah RM12.60 saja.
Tumpang tanya. Saya ingin pos barang ke Cheshire, UK. Kalau guna flexipack, saya perlu gunakan stem atau mintak saja sampul surat itu utk post? Boleh tolong terangkan dgn lebih detail stepnya? Sebab ni first time, saya nak post ke luar negara.
Flexipak itu pra-bayar. x perlu stem. Cuma pergi ke pejabat pos dan cakap nak flexipak, mereka akan tanya zon 1 atau 2. UK adalah Zon 2. Kemudian keberatan item yg anda nak kirim. Lain berat lain harga. Cth barangan yg kirim jika 150g, maka beli flexipack cuma RM8, tambah register RM4.60. Total RM12.60. Kakitangan akan chop atas kertas register tu dan bagi receipt. Tracknig number terletak dalam kertas register.
Kalau nak hantar ke Europe, sama je ke process mcm ke US?
Ya. Sama.
Assalammualaikum. Macam mana ye nak check tracking number jika pos menggunakan domestic? Boleh tak bagi link untuk check tracking number ?
Blh check di sini: https://www.aftership.com/en/courier/malaysia-post-posdaftar
Hi. Jikalau hendak hantar pakej 2kg flexipek ke singapura, maka bayarannya adalah RM50? Dalam masa berapa hari boleh sampai? Terima kasih.
Ya betul. Jika nak registered kena tambah RM4.60 utk tracking nombor. Biasa dalam masa 4-7 hari blh sampai Singapore.
Kalau sapa2 nak try alternative lain. Saya suggest pakai Viabox. Antara forwarder yg terbaik sekarang ni.
Poslaju prabayar mau penerima tandatangan? Atari macam pos express tak payar sign?
Ya perlu.
So hanya pos express tak paya sign?
salam. tumpang tanya, pos ekspress boleh digunakan untuk pos ke sabah/sarawak juga ke? kadar yang sama dikenakan ye? thanks…
Ya, kadar sama.
Salam, nak tanya..
Domestic local (semenanjung) 1 kg RM4.50 ada skli tracking number ke? ke kena beli pos daftar yg rm4.60 tu?
Kena beli daftar jugak
Jika hendak pos ke USA.
Anggaran berat 2kg-3kg
Berapa anggaran harga poslaju dan tempoh menggunakan poslaju?
Jika guna flexipack harga kurang dari RM100 tetapi berapa lama tempoh penghantarannya tu
Terima kasih
Kami x pakai Pos Laju utk htr barangan ke luar negara sbb harga amat mahal. Fedex dan Aramex lagi murah berbanding ngan Pos Laju. Flexipack ke USA biasa ambik masa 7 – 15 hari.
Assalamualaikum, tumpang Tanya. Saya nak buat pembayaran tunai melalui pos ke luar negara(UK). Dalam sampul hanya berisi cash dan sekeping nota sahaja. Anggaran berat mungkin tak melebihi 20g. Kalau boleh, boleh tak senarai kan harga jumlah keseluruhan (tak termasuk tracking).
Boleh hantar sebagai surat biasa. Hantar ke UK cuma perlu beli setem antarabangsa RM2.00.
Nak tanya, nak hantar parcel ke west africa berat x sampai 500g…..apakah courier yang termurah dan terbaik dan berapakah chargenya?
Hi…just nk tau…sy nk anta brg ke UK (1 kotak sebesar kotak air mineral kecik tu)…agk2 bape kosnya yer…dlm kotak tu ada ikn bilis,sambal kering n semua barangan kering utk sedara sy yg stay kt UK…ni 1st time sy nk anta tp sy x tau…pening pale dibuatnya..
boleh guna flexipack kalau kirim ke finland?
Sya nak antaq 3 botol jus ichantique yg berat 1 btl ialah 260gm ke Melbourne Australia. Berapakah cost nya.
Boleh kah minuman kesihatan di hantar kesana. Botol itu didlm kotak masing2.
Sya nak tanya penghantaran flexipack ke tawau sabah ambil masa berapa lama ye? Kerana kawan saya ada hantar barang kat saya menggunakan perkhidmatan flexipack bila saya check di pejabat belum diterima lagi.peghantaran tu dari kl pada rabu minggu lalu dah seminggu tapi sya blum terima lagi
Assalamualaikum, saya nak tanya berapa kos untuk menghantar sekeping poskad ke Nottingham, UK? Poskad tu perlu dimasukkan ke dalam Tong Pos Merah tu kan? Berapa lama masa yang diambil untuk sampai kepada penerima? TQ
hai, sya ingin bertanya. Apabila seseorang menghantar barangan dri luar negara, adakah penerimanya perlu membayar gst?
x payah.
berapa hari untuk sampai ke indonesia…? TQ.
Salam ,tumpang tanya ,kalau nak pos barang ke south korea guna flexipack boleh ke ,?.klu barang 1kg brp angaran caj,tq
Assalamualaikum,sy nak tanya berapa kos untuk penghantaran barang seperti baju2 kasut ke pekanbaru indonesia,dlm anggaran 10kg dan berapa hari sampainya.adakah pihak pejabat pos ada sediakan kotak sekali..sebelumnya terima kasih atas pencerahan
Salam,
Selamat pagi….Saya nk tanya perkhidmatan penghantaran apakah yang sesuai untuk mengurangkan kos penghantaran dari semenanjung malaysia ke sabah sarawak?Penghantaran dalam kuantiti yang byk.Faktor masa tidak menjadi masalah…
nak tanya.. kalau saya hantar teddy bear besar..mcm mana cara nak packing? harus pakai kotak atau plastik sahaja sudah boleh? kalau pakai kotak.. boleh guna kotak yg telah di gunakan.. mcm kotak tv ke? mmg wajib ye ada plastik bubble?
Saya rancang nak hantar sediaan herbs herbs yg sudah di botolkan ke USA dan UK. Bentuk cecair. Berat sekotak 1.16 kg. Mohon nasihat.
Saya ingin menghatar produk kecantikan sejenis cecair ke LUX INTERNATIONAL Sale APS, Denmark. Berapakah harga bayaran yang dikenakan terhadap barangan seberat 2kg dan dimanakah saya perlu hantar barangan tersebut kepada anda sekiranya saya berada di melaka
Cecair selalu kena reject punya. U kena tanya mana2 courier yg blh hantar sendiri baru blh.
saya dapat kiriman dari suami yang menggunakan khidmat courier tapi org tu suh saya bayar RM1900 betul ke ni atau scam
Mcm scam utk I. Lbh baik ambik semua maklumat berkenaan dan hubung syarikat tu.
assalamualaikum…macam mana klau sy nk pos basikal ke luar negara spt ke U.S.? ada cara yg cepat x?
Blh pakai Fedex atau EMS. Tapi kena kira volume metric. Harga x akan murah.
Nak tanya. Kalau pos laju ada ke yang tak melalui kaunter. Maksudnya bungkus sendiri, timbang semua then drop dekat peti pos laju ke?
Harga sampul prabayar tersebut dah termasuk caj pengeposan atau ada kos tambahan lain yg perlu dibayar?
Dan kalau nak beli sampul prabayar secara bnyk ada apa2 syarat ke?
Sy nak tanya ttg pos domestik melalui udara untuk 13kg dari selangor ke pahang, berapa ka kos pos dia?
Flexipack kota kinabalu ada dekat mana ?? Boleh bagi alamat flexipack kk ? Tq
Terima kasih untuk info berguna ni, nanti boleh lah saya pun update share dalam blog. Penting juga info ni sebab kadang orang awam tak tahu pun nak pos barang macam mana.
salam… saya nak tanya. Klu sya isi sendiri poslaju tu. nanti kita pos bayar lgi tak di kaunter?
Terima Kasih atas perkosingan maklumat anda.
Boleh saya tahu dari Sabah ke Singapore jika hantar 4 kgs barang guna registered mail, mahu bayar berapa ??
Berapa hari boleh sampai ?
Kalau guna Flexipack untuk 4 kgs, saya perlu 2 x 2kgs Flexipack dan bayaran ialah 54.60 x 2 = 109.20
Salam.. Flexipack yg international kalau ke Bosnia ada x? Tq 🙂
Ada. Blh tanya di kaunter pos malaysia.
berapa harga pos kalau nak pos barang ke arab saudia ?
Kena tau berat dan servis pos apa yg u pakai
Em.. kalau nak hantar barang tak lebih 200g ke usa berapa ye agak2 ? Nak guna khidmat flexipack ni mmg kena pegi ke any branch pos malaysia ke?
May i know the pos domestic rate from peninsular malaysia to sarawak?
Please let me know 1kg, 2kg and 6kg. Thanks.
as salam..nak tya dikit..betul ke harga pengantaran barang postage ke brunei melambung naik harga dia..kwn kata sarawak ke brunei RM 170,..johor baru ke brunei sampai RM 70…dulu johor baru ke brunei hanya RM 20 sj mgunakan khimat flexpack…tolong beri penjelasan
sambungan *barang hya dlm 500gram iaitu barang cincin atau rantai*
Perkhidmatan flexipack tu kat mana?kat pejabat poslaju ke atau ia mmg dh ad pejabat sdiri?
Mana2 pejabat pos pun ada.
Assalamualaikum..saya tidak pernah mengepos barang yang besar dan berat.sebelum ni pkai sampul sahaja..kalau nak hantar barang panjang.dan agak besar..harga poslaju tersebut adakah termasuk dengan harga kotak sekali??tolong tuan.tak tahu ni..boleh ke pakai kotak sendiri??
Nak tanya… Kirim kosmetic ke indonesia melalui faxipack boleh ke…??? Atau ada penambahan kalau tak boleh kat mana sya boleh buat pengiriman…?? Maksodnya melalui perkhidmatan apa yg boleh..??
Kalau barangan luar negara berapa lama diambil until sampai kepada Kita?
Boleh jejak tak item CD337415914my puan Shirley Shim..
Saya nak tahu kenapa sya cek dekat tracking brg sya still kat indonesia ye x de pergerakan langsung bermula 17/11 sehingga sekarang. kiriman dipos pada 16/11
No barcode : EE178788455ID
Boleh call Customer service Poslaju di 03-7626 1900
Salam. Saya nak tanya, kalau nak pos pakaian dalam berat 1-2kg ke US, yang mana lebih murah dan selamat? Flexipack atau Poslaju International?
Tq
Flexipack lebih murah.
Salam nak tanya, rate harga kalau pos dari malaysia ke jakarta, indonesia berapa costing/harga?
Item keychain dan sticker
Terima kasih
Dengan pakai Flexipack Zone 1, harga utk 150g cuma RM6. Jika nak register tambah RM4.60.
Nak tanya, kalau guna International air mail untuk hantar kad (Trading card game pokemon) ke luar negara, international air mail ni ada sediakan khidmat tracking number yang RM4.60 tu?
International Air mail perlu timbang dan letak setem kan?
Air mail letak setem dan kirim saja. Jika barang bukan mahal sangat, tak payah beli tracking number, cuma letak dalam peti pos malaysia dah ok.
Haii saya hendak tanya..jika saya hendak pos barang yang agak besar ke. Australia berat atau dimansen 25kg keatas berapa kos dan penghantaran ape yang sya perlu guna
Jika tak rush, boleh pakai Pos M’sia saja. Jika nak cepat sampai, Yang I tahu Aramex mempunyai rate yg lebih murah berbanding ngan lain syarikat courier.
Salam nak tanya baru2 ni saya ada beli barang dari Bali seller dari sana pos guna EMS dan saya sudan pun bayar harga postage. Harga postage sahaja RM1.5k dan sy dah pun byr. Menurut seller tu harga itu dah termasuk tax bila smpi Malaysia +door to door service. Tp smlm dpt call dari Pos Malaysia Berhad diorg suruh sy collect di KLIA dan settlekn dgn kastam. Boleh bagi pandangan tak macamana nak settlekan mmg kena collect sndri ke.
Kami courier ke negara lain akan taruh remark bahawa barangan kami tidak termasuk kastam duty dan sebarangan tax. Sbb semua negara mempunyai kastam duty dan macam2 tax yang berlainan. Ini perlu penduduk tempatan baru boleh tau. Jadi Bali seller anda tak jelas ngan tax negara kita. Anda perlu bayar apa yg dikenakan oleh kastam.
pn nora bleh ke share brapa koss smua..sbb sy pon bru nk order barg dr seller bali
Salam..info yg sgt brmanfaat utk sy yg tengah survey kadar pos utk jual brg niaga sy dr melaka ke spore.. terima kasih byk2 kongsi ilmu, moga Allah pmudahkn urusan tuan sptmana tuan pmudahkn urusan survey sy.. Aamiin..
Salam puan , klau nak kirim laptop ke united states , berat dia mungkin lebih 2kg . Agak” berapa kos nya ?
Salam. saya dah guna flexipack ni beberapa kali dan barang selamat sampai ke destinasi.. tetapi tidak semua pejabat pos ade stok flexipack. di mana boleh saya dapatkan flexipack slain pejabat pos berdekatan?agen mungkin?
Yg I tau flexipack cuma blh dpt kat pejabat pos. Juga bukan semua cawangan ada jual, cawangan bersaiz kecil selalu tak ada stok.
Salam puan .sy ada menghantar banrang mengunakan pkhdmtn flexipack.cuma sy nk thu .brapa lama masa yang diambil untk brg smpan kpda pnerima .sbb dah 7 hari .brg masih item disptach out lg .ssiapa prnh gnkn pkhdmtn ni untk hnrt ke australia .brpa lama yer agk2 brgnk smpai
maaf nk bertanya,boleh ke saya post duit syiling lama ke luar negara?
Boleh.
Maaf nak tanye,kalau post bubuk minuman kering dengan thai tea ke indonesia boleh x??sebab barangan tu dah kena hantar,dan smpai sekarang sy x boleh check tracking nomber yg dibagi dr m’sia,mihon kepada tuan dan puan boleh bantu sy,tq
Salam..boleh kaa saya nk pos duit kertas lama dgn syiling ke usa ..x smpai 100gram.
Ya. Boleh
Salam. Nak tanya kalau saya nak pos novel mana cara yang paling jimat untuk kos pos ye? Anggaran kasar kalau dalam 3 buah = lebih kurang 1kg. Kalau 6 buah dah lebih kurang 2kg. Harap sangat dapat bantu.
Pakai flexipack yg paling murah berbanding dengan Pos Laju.
Salam,tuan dan puan sy ade kiriman barang dari malaysia ke indonesia melalyi pos m’sia,brang itu berisikan bubuk minuman kering dengan thai tea,semua berat 30kg,barang sdh dikirimkan dari 24hari bln december,setiap sy cek tracking nomber jg x boleh,CP105125447MY ni nomber track nye,mohon kepada puan dan tuan untuk dapat bantu sy,tq
Adakah kertas Wang dpt diselit brsma brg kprluan?
Adakah mknan sgera dpt dikirim? Apa pula nma yg hrus ditulis dlm ruangan itu?
Kalau post Dari Sarawak ke Melbourne Australia berapa Hari sampai?
anggaran 10-15 hari
as salam, perfume boleh ke nak pos ke australia?
Biasa cecair kena banned punya.
penghantaran pos laju ke sabah berapa lama?
2-5 hari
Saya ingin bertanya..bleh bgi step by step tak untuk pghantaran ke usa…FLEXIBLE saiz M..dgn harganya sekali..sbb saya first time nk hntar brg ke USA
USA zone 2. Harga utk Size M (500g) = RM29. Lebih baik htr ngan register yang ada tracking nombor. Register tambah RM4.60. Boleh beli di mana2 kaunter Pos.
Salam tuan, nak tnya, boleh bagi senarai x negara2 yang boleh dihantar brang melalui flexipack international zone 2 ?
Zone 1: Brunei, Singapore, Cambodia, Hong Kong, Laos, Myanmar, Philippines, Thailand, Indonesia, Vietnam
Yang lain semua Zone 2.
Klu nak hantar surat ke luar negara mcm korea berapa ye kos penghantaran ?
selamat petang saya tak pernah hantar hantar barang ke sarawak kalau dari johor ke sarawak berat 30kg berapa ya dan barang tersebut makanan daging kering? boleh bagitahu saya.
Terus pergi tanya di pejabat pos senang sikit.
Kalau sy nak kirim parcel yng berat 50kg. Dari sabah ke peninsular, harga brapa ek?
Mcm mane na hantar barang ke usa?n harga lenghantaran tersebut berapa ?sye nak poss duit syiling lama boleh ke tak?
Kalau saya buat bisnes online. Org dari india nak beli handphone. Boleh pos ke? Berapa bayaran yea
Boleh. Pakai flexipak Zone 2. Kena kira berat. Jika pakai flexipak 250g, harga RM16. Registered tambah RM4.60. Total RM20.60
Salam.. Sy nak hantar 20 Kg barang2 dari Johor ke Turki. Khidmat laju ke lambat tak penting, yg penting itu harga yg rendah. Mana khidmat yg termurah? terima kasih
Pos Malaysia biasa yang paling murah.
Boleh recommend mana yg lebih baik, selamat & cepat antara international air mail @ flexipack kalau nak kirim kad @ barang ke Indonesia?
Jika saya nak berkirim barang ke thaiwan kota..taipe..berapa hari boleh smpay dan kos brangan 2 kg..dia brape..
pos express dah di mansuhkan ke…sbb tempat saya tak ad dah jual….susah nak hantar dokumen
salam. Hai, saya ada pengalaman yang tak berapa baik bila guna flexipack international. Pengalaman pertama guna flexipack international pada 22 March 2018 hantar t-shirt ke USA. Sampai sekarang 25 April 2018, bila check status online masih dalam transit since 28 March. Bila tanya pos Malaysia mereka pun taktahu barang saya sekarang dekat mana. Malangnya, saya juga telah menghantar 10 lagi parcels menggunakan flexipack internantional dan semua nya sangkut pada status transit.
Ya. kadang2 incident boleh berlaku. Bila ini berlaku, biasa saya akan minta maaf dari pembeli dengan menawarkan sama ada hantar barang sekali lagi atau refund balik duit dia. Rugi sikit tak apa, yang penting reputasi kita tidak dibusukkan.
Hello,nak tanya kalau nak guna flexipack untuk kirim bungkusan domestik ,bungkusan saya perlu balut sendiri siap-siap atau flexipack ni ada bekalkan sampul prabayar ?
Flexipack ada bekal sampul prabayar.
hello blh tanya, klau saya nak kirim dosmetic ke indonesia,mcm mana i nak kirim?
Kalau ringan boleh pakai Flexipack. Pos Malaysia atau Pos Laju pun boleh.
Hai. Kalau saya nak pos kuih raya ke Sabah macamana ya? Maksud adakah akan sampai ke sana dalam keadaan yang okey kuih x hancur, berapa lama dan anggaran harga untuk lebih 5kg. tq
Tiada jaminan dari Pos Malaysia barang tak akan hancur. Dari semenanjung ke Sabah biasa ambil 3-5 hari. Kena pergi timbang di pejabat pos dan mereka akan bagitau harga.
Nak kirim laptop boleh ke tak…..?
Lepas tu berapa tarif harga dari Johor Gelang Patah ke Penang Byan Lepas,
Saya x pandai cek harga
Alat electrik tak galakkan utk kirim ngan Pos Laju. Saya biasa pakai courier express seperti GDex atau Citylink.
Hello, nak tanya boleh tak kotak yang bersaiz kotak handfon dimasukkan dalam Poslaju Prepaid Envelope L dan diposkan? ataupun hanya hanya barang nipis je yang boleh dipos melalui sampul prabayar itu?
Pos laju ada prepaid box juga.
Bape hrge klo hntar ke usa?
salam sejahtera,.. kalau hantar makanan kering d australia pakai flexipack berapa kos..
Salam. Tupang tnye kalau pos laju syiling dgn berat 60.00gram ke US berape kena charge ye?
Terima kasih
Jika pakai flexipack RM8, nak register tambah RM4.60. Jika terus pos saja surat ngan stem, RM2.00 utk 20g pertama, dan RM0.80 utk 10g seterusnya. Maka jika 60 gram ialah RM2.00 utk 20g pertama + (RM0.80 x 4) utk 40g seterusnya. Total = RM5.20
26 June item posted over the counter
26 June item dispatched out
26 June Item processed
27 June Consignment dispatch out fro Transit Office
1 July-still waiting for the item:(
Im wondering how long does it take to received an item courier through pos laju? Thank you.
tracking number EP523546861MY
Hai. saya nak tanya. kalau sy nak pos brg ke korea selatan, bukan brg brhrga pn. jewellary tp bukan gold or silver. brapa lama yg d ambil nak smpai korea selatan ye? plus nk tanya, kalau sy just guna envelope and bukan box, boleh x?
Boleh. Tapi ada risiko jika hilang x dpt track langsung. Sampai Korea Selatan boleh ambil masa 15-25 hari.
Hi. Harga Flexipack antarabangsa ni still sma tak skrng?
Ya sama.
Hello.sya nak tanya klau nak hntar jam tangan/gelang ke Philippine nak guna yg mna and bayaran brpa?sya x prnh buat hntrn that’s why sya nak tanya.
pakai flexipack pun boleh. Bayaran ikut keberatan. 150g harga RM8.
kalau nk send brg guna flexipack , duit syiling lama bleh di hantar tak? klau amerika mahal tak?
Boleh pakai. Tak mahal sangat.
nak post basikal ke netherlands boleh ke
Salam, nak tanya, pos brg 2kg ke sabah seeloknya guna yg mana ye
Jika bukan tergesa sangat, pakai pos malaysia dah okay. Lambat sikit sampai tapi murah.
Tumpang tanya tuan/puan…saya nk post barangan lama( antik) ke US…adakah selamat?
Jika nak selamat, perlulah pakai express courier macam Fedex atau DHL.
salam tuan , nak tanya, saya nk pos baju ( 4 helai ) dan saiz nya besar L . brape kos nya semua tuk jimatkn kos ? (first time )
Sy hendak hantar barang ke Australia. Mahu gunakn Flexi box 2kg. Malangnya kotak tu kecik sgt tk muat barang sy. Alternatifnya guna kotak sendiri tapi rasanya harga posnya lain. Betul tak tekaan sy ni.
Ya betul. Boleh anda pergi ke MBE yang berdekatan untuk timbang dan tanya harga. Mereka dapat rekomen mana courier yang paling murah berdasarkan keberatan barang anda.
assalamualaikum nak tanya kalau dari kelantan ke indonesia brapa lama jangka masa barang tu sampai ke indonesia?
Biasanya dalam 7 -14 hari
Assalam, boleh saya tau kalau hantar barang ke sunderland UK berapa hari baru sampai ya?
Tengok apa jenis kourier pakai. Jika flexipack dalam 14-21 hari. Jika Pos Laju lebih kurang 7 hari.
kalau saya nk hantar surat ke korea macam mana ???
assalamualaikum saya nak tanya harga nak pos produk kesihatan ke indonesia berapa ya berat dalam 2kg dan 1kg….terima kasih
ingin bertanya kawan saya berada di india, beliau ingin kirim bugkusan, bolehkah ia di buat melalui pos malaysia?
I ingat India sana tak da Pos Laju. Mereka perlu pakai Pos India utk kirim ke Malaysia.
Kalau pos ke australia mcm mne kira dia..mhl x?
Jika berat 150g, boleh pakai flexipack. RM8.00. Tambah tracking number RM4.60.
Saya nak hantar barang kain & baju ke kinarut Sabah,anggaran berat item 100kg.x Perlu cepat sangat.berapa kos yg Perlu saya bayar?terima kaseh
salam puan, kalau saya nak post produk minuman ke indonesia boleh ker? dan berapa lama brg tu sampai ke indonesia?
terima kasih.
Cecair biasa susah kirim. Banyak kourier pun tak terima. Kena anda tanya sendiri di pejabat pos sama ada mereka terima atau tidak.
salam nak tanya, nak hantar barang ke Canada guna flexipack, zone 2 kan? saiz M : rm29 + rm4.60 = rm33.60.
Dia ada charge harga lain tak lepas dah total rm33.60 or harga yang itu perlu kena byr shja?
dan sy nk hantar 7 envelope bersaiz 7x10inch. dalam ada kertas a5 size and postcard. rasanya muat tak guna kotak XL 2kg? destinasi ke Chile.
maaf, bingung sikit sebab first time nak hantar barang ke luar negara. terima kasih
RM33.60 betul, tak ada charge lain.
2kg boleh muat.
Salam…..puan
Maaf saya ingin bertanya sedikit,kalau nak hantar barang ke korea,pakai kotak yang warna blue tu kan,agak2 berapa lama sampai ke korea?
10 – 15 hari
Kalau post duit lama ke amerika syarikat termasuk dalm ketegori mane ye?
Pakai flexipack dah boleh.
Hello saya ingin post brng ke Korea,sya dah beli flexipack international size XS (150gm) dngn hrge rm8 … adakah sya perlu membayar harga postage juga?
Tak payah. Cuma jika nak register, perlu bayar RM4.60 untuk dapatkan satu tracking nombor supaya dpt jaminan untuk hantaran barangan.
Salam,
Nak tanya FlexiPack International ni ada 2 pilihan tracking
1. Pos Daftar Track-On 2 International (RM4.60)
2. Tracked Label International (RM9.60)
Yang mana satu yang perlu sebenarnya untuk ditambah pada FlexiPack International ni.
Pakai ni dah boleh. 1. Pos Daftar Track-On 2 International (RM4.60)
Saya nak hantar dried food ke sydney, australia. Berat antara 20-30kg, courier apakah yg paling murah utk sy guna. Berapa lama masa utk sampai ke destinasi?
Ya paling murah adalah Pos Malaysia biasa. Purata ambil masa 10-15 hari.
Biasa guna Pos Malaysia je. Air Parcel. 2 minggu sampai la ke Australia. Saya duk di Australia, biasa minta adik poskan barang2, rempah2.
Nak Tanya dekat website cakap tidak boleh hantar silver! kalau saya hanyar jugak Cincin silver menggunakan flexipack akankah parcel saya akan dicancel?
Kalau barang tak mahal, boleh cuba. Saya pun tak pasti. Sebab kadang2 Pos M’sia cakap tak boleh, tapi bila hantar boleh sampai juga.
nak tanya
boleh tak saya nak kirim barang ke hotel di mekah. sy nak kirim serunding untuk emak dimekah yg sedang menunaikan haji.
berapa lama masa diambil ye?
Boleh. Biasa ambil 15-25 hari.
Nak tanya
Klw post ke uk
Flexipack kalau barang lebih 2kg boleh ke? Bagaimana?
& kalau dah guna flexipack nih mmg xde sangkut di kastam ke? @ ada kene isi form kastam declare item ke..ada baca, tapi tak faham & confuse jadi
Harap membantu
Flexipack maksimum cuma 2kg saja. Dlm flexipack sudah ada borang CN23 utk declare kastam. Jadi dah isi tak jadi masalah.
Nak Tanya pos baby car seat 4kg tapi saiz besar Dari kl ke ipoh kalau guna PosLaju mahal tak ?
Saiz besar kena ikut ukuran volume metric. Pergi ke pejabat pos dan mereka akan buat ukuran dan bagitau harga.
Assalamualaikum. Kalau surat dari sarawak dipos ke semenanjung(melaka) berapa lama masa boleh dapat ya? Dan boleh hantar surat guna pos laju tak? terima kasih.
Ya boleh guna pos laju. biasa 2-3 hari boleh sampai.
Saya nak kirim barang k brunei,brpa kos nya?berat brg sekitar 150 g.
Pakai flexipack RM10 utk 150g. Jika nak tracking, tambah RM4.60.
saya nak kirim nestum dalam kuantiti yang banyak, less than 10 bungkus nestum ke jepun. Macam mana nak poskan ye. Kalau boleh nak yang murah.
Flexipack International Zone 2 (XL) maksimun keberatan 2kg, harga RM110. Jika tak dapat muat, anda perlu pack dengan kotak sendiri, lepas tu pergi timbang di pejabat pos, mereka akan beritahu harga.
Hii ,nak tnya , kalau post surat guna stem , mcm mna kita nak tahu barang tu dah sampai???
Setem saja tak dpt tau. Jika nak tau kena register, tambah RM 4.60 dan anda akan dapat satu tracking nombor.
Macam mana cara nk pos brg ke australia
Boleh pakai flexipack international
Salam..nak tanya mcm mana nk hantar barang dari sabah ke perak..berat 14 kg..kotak besar 134cm x 74cm x 22cm..
Jika x perlu cepat, nak yang paling murah blh saja pakai Pos Malaysia Udara biasa.
Kawan saya nak hantar kad penjara.berapa hari penghantaran dgn pos laju atau express? tolong beritahu.dia nak hantar di flat sri penara cheras.rumah dia di sri kembangan.
Pos laju 1 hari dah boleh sampai.
Terima Kasih
Boleh ke kita nak post duit syiling lama ke USA guna poslaju?
Ya, boleh.
Terima kasih
Salam tuan.
Nak tany.
Kalau mcm kita nak pos barang kosmetik Kat Indonesia mcm mna yea.
boleh pakai flexipack
Salam..nak tanya,saya nak hantar makanan kering ke jepun…boleh ke?
Berapa kosnya?
Boleh, jika berat tidak lebih 2kg, boleh pakai flexipak. Boleh rujuk ke Zone 2 untuk harga yang diberikan dalam post ini.
Hi minta maaf saya nak tanya flexipack ni cover ke untuk ke netherlands?
Ya, ada cover seluruh Europah juga.
Hello puan, nak, tnya kos penghantaran ke luar negara seperti Brunei, Indonesia ,etc masih sama or dah Ada perubahan?
Kos yang diberikan dalam post adalah kos yang paling baru dari POS Malaysia.
Salam puan, nk tnya, brp ya anggaran kos penghantaran dan masa yg diambil untk pos parcel 600 gram ke UK? Flexipack international ni ke yg paling murah untk pos ke oversea?
Utk 600 gram, kena beli flexipack 1kg, harga RM88. Nak tracking kena tambah RM4.60.
Selamat Sejahtera.
Saya nak pos surat ke singapura. Bagaimana caranya.
Jika surat biasa yang tidak lebih 20g, boleh beli setem RM2.50 tampal dan pos saja.
kalau hantar makanan ringan kerepek berat dlm 1kg dr jb ke singapore guna flexipack ni brapa lama sampai sana ye
Jangka 7 sampai 14 hari.
Nak hantar barang kosmetik ke thailand berat dalm 20kg brpe kos pos yer..
Perlu pergi pejabat pos buat timbangan dan kakitangan akan bagi tahu harga.
Hello
Sy nk tanya Klu hantar barang negara syria boleh x??
Example:mcm phone
Ini tak pastil. Lebih baik tanya di kaunter pos.
kalau pos barang ka australia selalu bape lama untuk smpai ye
Biasa ambil masa 7-15 hari
assalamualaikum..nak tnya…kalau nak pos basikal ke sabah sarawak guna pos apa ye…dan berapa kos
Boleh pakai pos biasa. Kos lebih baik tanya di pejabat pos.
Assalam trima kasih untuk info. Tp sy ada pertanyaan..macam mana yer untuk postkan lukisan ke luar negara? Tq..
Kalau lukisan mahal, lebih baik pakai express courier seperti Fedex atau DHL, perlindungan dapat dijamin.
Assalamualaikum, makanan dilarang pos tak ke uk? cth cam sambal brahim etc.
atau ada selected makanan saja yg bole?
Pos memang tak bagi penerangan yang jelas tentang makanan. Ada yg boleh ada yg tak boleh, semua tertaruk kepada pihak mereka.
Hi.. Tumpang tanya. Klu nak bawa barang mknn. Contoh mee basah.kicap atau seumpama. Lbih kurang dlm 20kg. Cara apa terbaik. .tq sudi mmbntu.
0193003434
Dari sabah. Ke kuala lumpur
Yang paling jimat adalah pakai Pos Malaysia udara biasa.
BERAPA BERAT MAXIMUM POS LAJU BOLEH HANTAR?
30kg
Encik, kalau nk minta pihak penghantaran hantar balik barang tu keluar negara boleh ke? Dan ia perlu dihantar melalui kapal terbang dan berapa kosnya?
Kena tengok berat barang tu. Jika kurang dari 2kg, pakai flexipak paling murah utk keluar negara.
hai, saya nak guna pos domestik (jalan laut) berat dalam 40kg dari sarawak ke sabah. rasanya2 berapa cas yg akan di kenakan?
Maksimum berat utk post cuma 30kg. Jika 40kg kena bahagi kepd 2 kotak, 20kg per kotak. Kalau pos biasa dari Kuching ke KK, harga anggaran RM35 utk 20kg. Kalau pos laju, harga anggaran RM160 per 20kg.
Salam, macam mana klu post oversea, lebih dari 2kg ye?
Klau x urgent, pakai post malaysia biasa je, paling murah.
salam saya nak tanya, kalau saya nak pos perfume 90ml pada kawan di philipines lepas tak ?
Cecair biasa tak lepas. Nak confirm boleh tanya kat pejabat pos.
Halo sir. Nak tanya. Klau pos duit syiling lama ke luar negara US dilarang ke.? And adakahnya diambil tindakan dari pihak berkuasa?
Jika tak nak bagitau pihak pos, boleh balut dengan baik dan pergi timbang di pejabat pos. Dapatkan stem dan tracking nombor jika perlu dan terus pos saja.
Jika nak bagi tau kakitangan pos, boleh cakap itu duit syiling lama dan bukan duit yang kita pakai sekarang.
Saya nak tanya, kalau saya nk hantar buku ke indonesia, macam mana ya? Ini kali pertama saya hantar barang ke luar negara. Mohon bantuan
Pakai flexipak, jika nak tambah tracking, tambah RM4.60. Semua ni boleh dapat di pejabat Pos.
SOALAN PERTAMA:
Klu sy nk send 1 atau 2 rantai emas ke Australia boleh ke/Pejabat pos terima tak klu kita mmg cakap nk send rantai?
SOALAN KEDUA:
Atau, sy send rantai tu dlm kotak yg sama dgn keychain tp sy tak declare bahawa hantar rantai emas, tp sy akan campurkan dgn bungkusan keychain. Boleh tak?
1. Jika tak nak declare rantai emas, boleh declare sebagai rantai hiasan atau barang kemas (jewelry).
2. Ya, boleh. Tapi jika berlaku kehilangan pakej, maka susah sikit utk tuntut balik dengan pos.
hi nak tnya kalau dah beli flexipek, perlukah membayar kos penghantaran lagi di kaunter pos laju?
Tidak perlu. Cuma perlu bayar RM4.60 jika nak dapat tracking nombor.
Im waiting for my parcel more then 10 to 12 days, no Data for yf000896786, What do you advice me to do.