Kiriman Domestik & Antarabangsa: XpresDrop, Pos Laju, Flexipack Pos Malaysia

Adakah anda seorang pengguna pos? Memamng terdapat pelbagai servis pos yang dibekalkan oleh Pos Malaysia.

Dengan banyak servis yang dibekalkan, ramai yang rasa keliru dan tidak tahu apa jenis servis yang patut mereka ambil.

Jika ambil salah servis, mungkin anda akan kena bayar dengan bayaran yang tinggi. Jadi, untuk bantu anda tahu tentang semua jenis servis pos yang disediakan oleh Pos Malaysia, saya senaraikan semua servis ini di bawah dengan tujuan untuk bantu tahu perbezaan antara mereka.

Pos Udara Biasa Dah Tiada

Dulu pos udara biasa merupakan cara yang cepat, mudah dan jimatkan wang untuk hantar barangan ke Sabah dan Sarawak.

Dulu masih boleh pakai untuk parcel yang berat dengan hantar melalui pos udara biasa. Biasanya ambil 7-14 hari untuk sampai ke Sabah dan Sarawak. Tetapi minggu lepas bila pergi ke pejabat pos untuk hantar, diberitahu bahawa servis ini sudah ditamatkan. Alasan yang diberikan adalah servis itu sudah mengalami kerugian selama 10 tahun.  Service yang tinggal ialah pos biasa lautan yang ambil masa 2-3 bulan untuk sampai. Memang gila, siapa nak tunggu 2-3 bulan untuk terima barangan mereka.

Jadi Pos Malaysia tidak mahu tawarkan servis ini lagi. Yang tinggal cuma Pos Laju udara, tapi cajnya 4 sampai 5 kali ganda lebih mahal dari pos udara biasa.

Pos Ekspres – XpresDrop

Sebelum itu dinamakan Pos Ekspres, tapi sekarang sudah tukar nama ke XpresDrop. Ia adalah cara yang menjimatkan, lebih mudah dan praktikal untuk menghantar dokumen atau barangan kecil sehingga 250g di seluruh Malaysia. Ia disediakan dalam sampul dan paket khusus sendiri untuk menghantar dokumen atau barangan ringan.

xpresdrop

Pos Laju

Secara umum, terdapat tiga jenis servis kurier yang disediakan oleh Pos Malaysia . Iaitu Mail, Parcel dan Pos Laju. Setiap daripada mereka mempunyai kadar caj yang berbeza bergantung pada keperluan pelanggan.

Ia agak senang je untuk mengira kadar Pos Laju. Jika anda tidak tahu cajnya, boleh anda rujuk kepada jadual di bawah untuk mengetahui kadar Pos Laju yang dikenakan ikut keberatan barangan kiriman.

pos laju rate

caj pos ikut berat

Jika anda tidak pasti berapa caj yang perlu anda bayar, boleh juga anda rujuk ke laman Pos Laju dengan pautan yang disediakan di bawah untuk buat kiraan.

https://ezisend.poslaju.com.my/volumetric

Prabayar

Jika anda malas untuk membungkus sendiri, anda boleh memilih Sampul Prabayar. Ia amat mudah, terdapat gelembung plastik setiap sampul surat prabayar dan dibalut dengan suatu meterai. Anda cuma perlu masukkan barangan kiriman ke dalam sampul , memeteraikannya dan kirim.

Harga Sampul Prabayar adalah seperti berikut:

pos coverage

pos laju prabayar orange

pos laju prabayar blue 2022

Jika anda mempunyai barang-barang yang lebih besar atau lebih berat, boleh pilih Kotak Prabayar (setakat ini saya tidak pernah menggunakan Box Prepaid). Untuk maklumat yang lebih lanjut, boleh rujuk ke laman Pos Laju Prabayar.

Jadi, anda boleh membungkus sendiri, atau memilih Sampul Prabayar dan menjimatkan masa.

Bagi saya, ia bergantung kepada keberatan barangan dan juga lokasi (sama ada di Semenanjung Malaysia atau menghantar ke Sabah / Sarawak).

Jika anda bungkus sendiri dan hantar pos laju, memang kos anda akan lebih rendah berbanding dengan menggunakan sampul surat prabayar. Tetapi ingat, dengan bungkus diri, anda perlu membeli sampul atau kotak pembungkus, pembalut gelembung (air bubble wrap), gunting, sellotapes dan lain-lain. Semua ni juga perlu masuk dalam kos anda.

Berikut adalah cara saya membuat keputusan:

Kebanyakan masa, saya akan menghantar barangan ringan yang keberatannya kurang daripada 500gm ke Semenanjung Malaysia dengan menggunakan sampul surat prabayar. Ia selesaikan semua kerja rumit dengan tambahan kos yang rendah sahaja.

Walau bagaimanapun, jika item itu lebih daripada 500 gram, saya mungkin akan membungkus sendiri. Sebab saya boleh jimat dengan wang yang lebih banyak terutamanya jika hantar ke Sabah dan Sarawak!

Apabila saya memilih untuk pek sendiri, ia bergantung kepada sama ada saya mempunyai masa untuk membungkus, dan sama ada saya mempunyai sampul surat plastik dan pembalut gelembung.

Jika anda terima sampul plastik daripada syarikat courier sama ada GDex, FeDex, City Link, Skynet dan lain-lain, jangan buang sampul plastik tu. Anda boleh menggunakan semula plastik untuk membungkus barang-barang anda dan menghantar melalui PosLaju.

Flexipack

Satu pilihan yang lebih murah untuk menghantar bungkusan adalah menggunakan Flexipack. Flexipack memberikan anda fleksibiliti untuk hantar barang dalam kotak atau dalam paket. Dulu Flexipack ada membekalkan perkhidmatan untuk domestik dan antarabangsa, tetapi sekarang macam cuma tinggal antarabangsa saja.

5 langkah flexi domestic

Tidak seperti Pos Laju, Flexipack tidak memerlukan tandatangan daripada penerima, dan tempoh penghantaran adalah sedikit lambat daripada Pos Laju. Ia sepatutnya seperti kiriman surat biasa, dengan nombor pengesanan.

Oleh itu, jika anda menghantar barangan dengan menggunakan Flexipack, pastikan dia faham dengan kelemahan Flexipack, selain daripada harga yang lebih murah berbanding dengan Pos Laju.

Namun begitu, berdasarkan pengalaman saya, kadang-kadang tempoh penghantarannya boleh secepat Pos Laju, jika penerima berada dalam kawasan yang sama atau negeri yang sama.

barangan larang flexi domestic

flexipack domestik

Satu lagi Kelemahan tentang Flexipack adalah ia tidak ada perkhidmatan penghantaran kali kedua. Saya rasa ini adalah munasabah kerana Flexipack bukanlah pengganti kepada perkhidmatan kurier seperti Pos Laju.

Tetapi jangan risau, kerana Flexipack boleh dikesan. Jika parcel itu tidak jaya hantar kerana tiada orang di rumah, bungkusan itu akan disimpan di pejabat pos tempatan.

Penerima cuma perlu pergi ke pejabat pos tempatan dan memberikan nombor tracking kepada kerani pos. Anda juga boleh mengesannya di laman web Pos Malaysia untuk mengetahui dengan tepat di mana parcel itu berada.

Pada ketahuan saya, ia adalah seperti gabungan antara Pos Daftar dan Pos Ekpress.

Kelajuan penghantaran adalah seperti Pos Daftar (bukan penghantaran ekpress / penghantaran keesokan hari). Ia membekalkan nombor pengesanan (tracking number) tetapi tidak memberi sebarang rekod atau bukti penghantaran seperti Pos Ekspress (Pos Daftar memberi anda dengan bukti penghantaran).

Hantaran Bungkusan Antrabangsa

Terdapat 2 zone yang ada perkhidmatan flexipack. Zonenya adalah seperti gambah di bawah.

flexipack zone1 zone 2

Flexipack antarabangsa telah tukar pucuknya seperti gambar ini pada tahun 2022. Lebih baik rasanya sebab ruang utk isi alamat banyak luas sekarang, senang untuk isi.

flexipack-2022

Pelbagai keberatan yang boleh dimuat dalam flexipack ada disediakan. Boleh anda rujuk ke jadual seperti di bawah.

zone 1 different flexipack

zone 2 different flexipack

Kos pos dengan udara ke luar negara adalah kebimbangan utama untuk semua orang yang menjual barang ke luar negara. Keramaian orang tidak berani untuk menjual barangan mereka ke negara-negara lain sebab apabila mereka dapat kos hantaran, mereka amat terkejut sekali.

Tetapi, dengan perkenalan Flexipack Antarabangsa dari Pos Malaysia, kebimbangan keramaian orang sekarang dapat diselesaikan. Berat maksimum untuk kiriman barang adalah 2kg dan caj penghantaran ke Amerika Syarikat adalah RM110. Harga ni adalah murah berbanding dengan hantaran FedEx atau DHL.

Jika anda pakai Flexipack International Prepaid Envelope, pastikan anda tambah bayaran untuk nombor pengesanan (RR Register Form) untuk mengesan pakej anda online. Ini merupakan satu cara yang paling murah untuk menghantar barangan ke luar negara.

Saya menggunakannya dengan masa yang agak panjang dan tidak pernah mengalami sebarangan kehilangan pakej (kerana saya ada RR nombor pengesanan).

Bayaran Untuk Nombor Pengesanan Kiriman Antarabangsa

Jumlah RM4,60, iaitu caj pendaftaran (RM1.60) dan caj perkhidmatan (RM3.00) akan dikenakan untuk penghantaran barang pos berdaftar ke destinasi asing. Nombor pengesanan (tracking number) akan diberikan untuk mengesan barangan kiriman anda.

Contoh Pembayaran:

Jika anda ingin hantar barang ke Amerika Syarikat dan keberatan barang itu tidak lebih daripada 150g. Maka:

Zone: 2
Size: XS
Weight: 150g
Package: Envelope
Dimension: 250 x 150
Harga: RM40.00
Nombor Pengesanan (Tracking Number): RM4.60
Jumlah caj: RM44.60

Kalau nak beli FlexiPack International dalam kuantiti yang besar, boleh beli di Poslaju Shop.

langkah flexi-pack

barangan larang

 

Artikel berkaitan:

307 Comments on “Kiriman Domestik & Antarabangsa: XpresDrop, Pos Laju, Flexipack Pos Malaysia”

      1. Salam, tumpang tanya kalau nak pos barang makanan basah (cth: rebung) dari Semenanjung ke Sabah/S’wak boleh ke?

  1. Terima kasih puan atas info yg sera lengkap,terbaikkk!! Ingin tahu ttg penghantaran antarabangsa. Pembelian tracking number seperti yg dinyatakan puan harus di buat selepas parcel siap atau kite boleh beli awal awal dgn kuantiti yg banyak. Lagi satu puan,slps parcel siap kena dihantar ke kaunter atau masuk ke pos box pejabat pos shj..maaf keliru..

    1. tracking number blh beli awal dgn kuantiti yg u nak. Slps parcel siap, mesti hantar ke kaunter sbb mereka kena chop atas tracking number utk jaminan Pos M’sia dah terima tracking tu.

  2. Salam Puan,

    Terima kasih atas perkongsian info di atas. Sangat dihargai!
    Soalan saya, untuk penggunaan flexipack dalam Malaysia, bagaimana nak “drop off” barang yang dah di bungkus dengan kotak flexipack tersebut ?
    Perlu di bawa ke counter atau boleh di masukkan di mana2 post box ?

    Terima kasih sekali lagi 🙂

    1. Tak nampak ade post box utk flexipack. I selalu pergi hantar ke kaunter walaupun ade parcel yg tidak pakai tracking nombor demi kenalpasti parcel I dah diterima oleh pihak pos. Masuk ke post box I rasa x senang hati yg mungkin mengalami kehilangan. 🙂

  3. Salam puan ,sy kurang faham dgn flexipack sampul ke luar negara. Jika saya tidak mbyr kos tracking number(Rm4.60) adakah brngan trsbut lngsung tifak bileh dikesan penghntar(sender)

  4. Salam. Maaf nak tanya.

    Kalau saya nak hantar kad ucapan biasa ke luar negara, bagaimana ya prosesnya?

    Ada setem yg tertentu yg boleh sy gunakan ke?

    Sy nak guna pos yg biasa punya je, yg pling murah.

    Boleh terangkan secara terperinci step by step yg saya perlu lakukan?

    Terima kasih ;'(

    1. Jika cuma kad dalam sampul surat, maka blh beli setem dan tampal atas sampul dan kirim saja.

      Skrg Pos office ade 2 jenis setem juga walaupun nilai setem sama. Setem yang dikirim ke luar negara dan setem yg dipakai dalam negara harga tidak sama disebabkan GST. Pos office akan tanya apabila anda beli setem di kaunter.

      Ke luar negara ada beberapa zon, jadi lihat apa zon yang anda kirim.

      Contohnya Europe dan US, 20g pertama adalah RM2, setiap 10g seterusnya adalah RM0.80. Jika berat adalah 60g, maka RM2 (20g pertama) + RM0.80 x 4(40g seterusnya), jadi jumlah setem kena tampal adalah RM5.20

      Australia dan New Zealan pula, 20g pertama adalah RM1.40, setiap 10g seterusnya adalah RM0.60. Jika berat adalah 60g, maka RM1.40 (20g pertama) + RM0.60 x 4(40g seterusnya), jadi jumlah setem kena tampal adalah RM3.80

  5. salam puan jika saya ingin mengepos barangan selain dari surat, sebagai contoh saya ingin mengepos produk mkanan mlysia adakah flexipack boleh digunakan..terima kasih puan

    1. Kbykan makanan dilarang utk membuat kiriman. Jadi adalah baik anda tanya ngan Pos M’sia sama ada makanan anda blh lepas utk dikirim atau tidak.

  6. Salam…
    Saya pos souvenior ke Spain menggunakan Flexipack berserta tracking number pada 3 Mac 2017, lepas barang keluar dari Malaysia, saya terus tak dapat track parcel dah.
    Ni tracking number tersebut: RR137213854MY
    Tiada update selepas 6 Mac 2017. Saya tanya receiver hari ni (18 Mac 2017) masih belum terima barang.
    Persoalannya, berapa hari selalunya barang akan sampai ke penerima kalau pakai Flexipack ni? 14 hari bekerja?
    Tolong bantu. Saya pergi pejabat pos, akak di kaunter cakap memang tak dapat track bila dah keluar Malaysia. Kalau gitu buat apa saya bayar tracking number kalau tak boleh track sehingga delivered? Aduiiiii
    Terima kasih!

    1. Kadang2 penghantaran tidak dapat dijangkakan sebab terdapat banyak keadaan boleh berlaku. Macam ada negara yang mempunyai banjir, hujan lebat, pekerja strike pun boleh melambatkan penghantaran. Jangkaan ke Spain biasanya ambil masa 15-30 hari buat purata. Tapi ini memang jangkaan saja. Negara yang boleh dijangka dengan lebih tepat adalah negara maju seperti USA, UK, Australia yang mempunyai banyak courier setiap hari. Negara lain yg kurang popular, biasa tiada banyak courier jadi hantaran pun tidak tentu.

      Anda boleh pakai link ini untuk trace parcel anda: https://www.aftership.com/en/courier/malaysia-post-posdaftar

      Tapi tracking ini cuma boleh trace sampai barangan sebelum keluar dari KLIA, selepas hantar ke negara lain, ia bergantung kepada Pos negara masing2. Ada negara yang mempunyai website yang boleh terus trace, tapi kebanyakan tidak dapat trace. Macam hantar ke USA, selepas keluar dari negara kita, masih boleh trace dengan laman USPS mereka.

      I ada pakai u punya tracking check dengan laman aftership, ia ternyata item delivered. Maka penerima sepatut dah terima parcel yang anda hantar. Boleh anda semak dengan dia satu kali lagi.

      1. maaf bertya..lets say i have a friend from spain..and dia nk post to me a gift from spain..boleh ke dia pakai service dri pos laju ni?..

      1. Utk pnghantaran barangan pos ke USA,kita prlu ke pejabat Poslaju ke kalau nk gna prkhidmatan flexipack?
        Atau mmg ad pejabatnya sendiri?

  7. Mungkin soalan saya offtopic tapi harap tuan/puan dapat bantu. Saya beli barang kat Jepun guna SAL reg 2 hari lepas tapi kawan saya beritahu ia akan diuruskan oleh Pos Malaysia dan tandatangan tak diperlukan. Adakah posmen hantar hand by hand atau letak depan rumah/mailbox sebab saya tinggal di rumah flat dan kecurian selalu berlaku

  8. Assalam sy nak tnya. Brape hari utk barang smpai ke west afrika ya ? Berat brg dlm 4kg nak guna pkhidmatan pos mane yer yg cepat n murah? Mohoj bg pencerahan . Tq

    1. Kami tak pernah hantar ngan Pos Malaysia ke Africa. Jika barang tu boleh dibahagi kepada 2 kotak jadi 2kg sekotak, maka blh jugak pakai Flexipack yg maximum weight sampai ke 2kg saja. Flexipack ambik 20-30 days to reach Africa.

      Kami biasa pakai Fedex. ngan keberatan 4kg charges lbh krg RM360.

  9. Saya ingin pos barang ke singapura..harga sudah di beri
    bagi berat barang tersebut…
    Contoh 500gram-rm68.00
    Adakah itu harga bersih…. .
    Atau ada tambahan duit lagi.
    Pos pakai pos laju.

  10. Assalamualaikum. Saya nak tanya

    Kalau nak pos baju ke indonesia mengunakan flexipack, contohnya kalau sehelai,

    Saya perlu beli flexipack yang warna pink tu sahaja kan?

    Adakah dia sama macam sampul parcel pos malaysia yang warna merah dan biru tu? Atau pihak pos still akan timbang barang yang kita akan pos tersebut.

    Dan kalau pihak tuan boleh bagi details harga perlu bayar kalau nak pos ke indonesia dan singapore, saya sangat menghargai.

    Saya dah baca tapi xberapa faham jumlah yang perlu bayar untuk pos baju ke singapore dan indonesia.

    1. Harga flexipack dah fix ikut keberatan. ade 150g, 250g sampai ke 2kg. Jadi tgk keberatan parcel anda dan blh beli flexipack yg berkenaan.

  11. Kalau dari malaysia nak hantar rantai ke Indonesia mengunakan flexipack international berape harga nya mahal ?

  12. Assalamualaikum, tumpang tanya . Kalau nak hantar pack food (kering) ke USA guna flexipack international boleh ke ? dan bagaimana nak check list f&b yang dilarang masuk tu?

  13. Salam, kalau nak pos packed food (kering) bawah 500g ke usa dibenarkan ke guna flex? Macam mana nak tahu jenis makanan yg dibenarkan masuk?

  14. Assalam nk tnya. Kalo saya nk pos barang ke usa ,biskut raya,jamu,tonik tuan haji(liquid), collagen kinohimitsu (liquid) boleh ke? Wassup saya plz 01110040962

  15. Salam. Saya hantar barang kat Texas, US menggunakan kotak flexi pack pada 20April 2017. Sampai sekarang (12 Mei, kawan saya tak dapat lagi parcel. Saya dah cek tracking RR159678554MY yang saya beli & last update, ” item dispatched out ISC New York NY(USPS)”. Saya risau parcel saya hilang atau macam mana?

    1. Memang tracking Malaysia cuma blh trace sebelum keluar dari Malaysia. Selepas keluar, maka perlu destinasi punya pos baru dpt trace. Blh bagi tracking ngan kawan anda dan panggil dia semak ngan USPS berdekatan tempat duduk dia. Mungkin USPS blh trace di mana parcel tu.

  16. boleh hantar ke denmark ke ye. saya xbuat pesanan tapi hantar pada saya . lux style memang menipu. kalau x pulangkan akan ade orang ketiga ugut saya. boleh ke hantar ke sana ye. brpe kos hantaran

  17. Hi sorry kalau I ada miss baca. kalau I nak hantar ke US kira macam mana?

    Flexipack S = RM8

    lepas tu postage RM78 ke? I cuba cari kat Pos website tapi information macam mengelirukan, Mohon pencerahan.

  18. Tumpang tanya. Saya ingin pos barang ke Cheshire, UK. Kalau guna flexipack, saya perlu gunakan stem atau mintak saja sampul surat itu utk post? Boleh tolong terangkan dgn lebih detail stepnya? Sebab ni first time, saya nak post ke luar negara.

    1. Flexipak itu pra-bayar. x perlu stem. Cuma pergi ke pejabat pos dan cakap nak flexipak, mereka akan tanya zon 1 atau 2. UK adalah Zon 2. Kemudian keberatan item yg anda nak kirim. Lain berat lain harga. Cth barangan yg kirim jika 150g, maka beli flexipack cuma RM8, tambah register RM4.60. Total RM12.60. Kakitangan akan chop atas kertas register tu dan bagi receipt. Tracknig number terletak dalam kertas register.

  19. Assalammualaikum. Macam mana ye nak check tracking number jika pos menggunakan domestic? Boleh tak bagi link untuk check tracking number ?

  20. Hi. Jikalau hendak hantar pakej 2kg flexipek ke singapura, maka bayarannya adalah RM50? Dalam masa berapa hari boleh sampai? Terima kasih.

  21. Kalau sapa2 nak try alternative lain. Saya suggest pakai Viabox. Antara forwarder yg terbaik sekarang ni.

  22. salam. tumpang tanya, pos ekspress boleh digunakan untuk pos ke sabah/sarawak juga ke? kadar yang sama dikenakan ye? thanks…

  23. Salam, nak tanya..
    Domestic local (semenanjung) 1 kg RM4.50 ada skli tracking number ke? ke kena beli pos daftar yg rm4.60 tu?

  24. Jika hendak pos ke USA.
    Anggaran berat 2kg-3kg

    Berapa anggaran harga poslaju dan tempoh menggunakan poslaju?
    Jika guna flexipack harga kurang dari RM100 tetapi berapa lama tempoh penghantarannya tu

    Terima kasih

    1. Kami x pakai Pos Laju utk htr barangan ke luar negara sbb harga amat mahal. Fedex dan Aramex lagi murah berbanding ngan Pos Laju. Flexipack ke USA biasa ambik masa 7 – 15 hari.

      1. Assalamualaikum, tumpang Tanya. Saya nak buat pembayaran tunai melalui pos ke luar negara(UK). Dalam sampul hanya berisi cash dan sekeping nota sahaja. Anggaran berat mungkin tak melebihi 20g. Kalau boleh, boleh tak senarai kan harga jumlah keseluruhan (tak termasuk tracking).

  25. Nak tanya, nak hantar parcel ke west africa berat x sampai 500g…..apakah courier yang termurah dan terbaik dan berapakah chargenya?

  26. Hi…just nk tau…sy nk anta brg ke UK (1 kotak sebesar kotak air mineral kecik tu)…agk2 bape kosnya yer…dlm kotak tu ada ikn bilis,sambal kering n semua barangan kering utk sedara sy yg stay kt UK…ni 1st time sy nk anta tp sy x tau…pening pale dibuatnya..

  27. Sya nak antaq 3 botol jus ichantique yg berat 1 btl ialah 260gm ke Melbourne Australia. Berapakah cost nya.
    Boleh kah minuman kesihatan di hantar kesana. Botol itu didlm kotak masing2.

  28. Sya nak tanya penghantaran flexipack ke tawau sabah ambil masa berapa lama ye? Kerana kawan saya ada hantar barang kat saya menggunakan perkhidmatan flexipack bila saya check di pejabat belum diterima lagi.peghantaran tu dari kl pada rabu minggu lalu dah seminggu tapi sya blum terima lagi

  29. Assalamualaikum, saya nak tanya berapa kos untuk menghantar sekeping poskad ke Nottingham, UK? Poskad tu perlu dimasukkan ke dalam Tong Pos Merah tu kan? Berapa lama masa yang diambil untuk sampai kepada penerima? TQ

  30. hai, sya ingin bertanya. Apabila seseorang menghantar barangan dri luar negara, adakah penerimanya perlu membayar gst?

  31. Salam ,tumpang tanya ,kalau nak pos barang ke south korea guna flexipack boleh ke ,?.klu barang 1kg brp angaran caj,tq

  32. Assalamualaikum,sy nak tanya berapa kos untuk penghantaran barang seperti baju2 kasut ke pekanbaru indonesia,dlm anggaran 10kg dan berapa hari sampainya.adakah pihak pejabat pos ada sediakan kotak sekali..sebelumnya terima kasih atas pencerahan

  33. Salam,

    Selamat pagi….Saya nk tanya perkhidmatan penghantaran apakah yang sesuai untuk mengurangkan kos penghantaran dari semenanjung malaysia ke sabah sarawak?Penghantaran dalam kuantiti yang byk.Faktor masa tidak menjadi masalah…

  34. nak tanya.. kalau saya hantar teddy bear besar..mcm mana cara nak packing? harus pakai kotak atau plastik sahaja sudah boleh? kalau pakai kotak.. boleh guna kotak yg telah di gunakan.. mcm kotak tv ke? mmg wajib ye ada plastik bubble?

  35. Saya ingin menghatar produk kecantikan sejenis cecair ke LUX INTERNATIONAL Sale APS, Denmark. Berapakah harga bayaran yang dikenakan terhadap barangan seberat 2kg dan dimanakah saya perlu hantar barangan tersebut kepada anda sekiranya saya berada di melaka

  36. saya dapat kiriman dari suami yang menggunakan khidmat courier tapi org tu suh saya bayar RM1900 betul ke ni atau scam

  37. assalamualaikum…macam mana klau sy nk pos basikal ke luar negara spt ke U.S.? ada cara yg cepat x?

  38. Nak tanya. Kalau pos laju ada ke yang tak melalui kaunter. Maksudnya bungkus sendiri, timbang semua then drop dekat peti pos laju ke?

  39. Harga sampul prabayar tersebut dah termasuk caj pengeposan atau ada kos tambahan lain yg perlu dibayar?
    Dan kalau nak beli sampul prabayar secara bnyk ada apa2 syarat ke?

  40. Terima Kasih atas perkosingan maklumat anda.

    Boleh saya tahu dari Sabah ke Singapore jika hantar 4 kgs barang guna registered mail, mahu bayar berapa ??
    Berapa hari boleh sampai ?

    Kalau guna Flexipack untuk 4 kgs, saya perlu 2 x 2kgs Flexipack dan bayaran ialah 54.60 x 2 = 109.20

  41. Em.. kalau nak hantar barang tak lebih 200g ke usa berapa ye agak2 ? Nak guna khidmat flexipack ni mmg kena pegi ke any branch pos malaysia ke?

  42. May i know the pos domestic rate from peninsular malaysia to sarawak?

    Please let me know 1kg, 2kg and 6kg. Thanks.

  43. as salam..nak tya dikit..betul ke harga pengantaran barang postage ke brunei melambung naik harga dia..kwn kata sarawak ke brunei RM 170,..johor baru ke brunei sampai RM 70…dulu johor baru ke brunei hanya RM 20 sj mgunakan khimat flexpack…tolong beri penjelasan

  44. Assalamualaikum..saya tidak pernah mengepos barang yang besar dan berat.sebelum ni pkai sampul sahaja..kalau nak hantar barang panjang.dan agak besar..harga poslaju tersebut adakah termasuk dengan harga kotak sekali??tolong tuan.tak tahu ni..boleh ke pakai kotak sendiri??

  45. Nak tanya… Kirim kosmetic ke indonesia melalui faxipack boleh ke…??? Atau ada penambahan kalau tak boleh kat mana sya boleh buat pengiriman…?? Maksodnya melalui perkhidmatan apa yg boleh..??

  46. Saya nak tahu kenapa sya cek dekat tracking brg sya still kat indonesia ye x de pergerakan langsung bermula 17/11 sehingga sekarang. kiriman dipos pada 16/11
    No barcode : EE178788455ID

  47. Salam. Saya nak tanya, kalau nak pos pakaian dalam berat 1-2kg ke US, yang mana lebih murah dan selamat? Flexipack atau Poslaju International?

    Tq

  48. Salam nak tanya, rate harga kalau pos dari malaysia ke jakarta, indonesia berapa costing/harga?
    Item keychain dan sticker

    Terima kasih

  49. Nak tanya, kalau guna International air mail untuk hantar kad (Trading card game pokemon) ke luar negara, international air mail ni ada sediakan khidmat tracking number yang RM4.60 tu?

    International Air mail perlu timbang dan letak setem kan?

    1. Air mail letak setem dan kirim saja. Jika barang bukan mahal sangat, tak payah beli tracking number, cuma letak dalam peti pos malaysia dah ok.

  50. Haii saya hendak tanya..jika saya hendak pos barang yang agak besar ke. Australia berat atau dimansen 25kg keatas berapa kos dan penghantaran ape yang sya perlu guna

    1. Jika tak rush, boleh pakai Pos M’sia saja. Jika nak cepat sampai, Yang I tahu Aramex mempunyai rate yg lebih murah berbanding ngan lain syarikat courier.

  51. Salam nak tanya baru2 ni saya ada beli barang dari Bali seller dari sana pos guna EMS dan saya sudan pun bayar harga postage. Harga postage sahaja RM1.5k dan sy dah pun byr. Menurut seller tu harga itu dah termasuk tax bila smpi Malaysia +door to door service. Tp smlm dpt call dari Pos Malaysia Berhad diorg suruh sy collect di KLIA dan settlekn dgn kastam. Boleh bagi pandangan tak macamana nak settlekan mmg kena collect sndri ke.

    1. Kami courier ke negara lain akan taruh remark bahawa barangan kami tidak termasuk kastam duty dan sebarangan tax. Sbb semua negara mempunyai kastam duty dan macam2 tax yang berlainan. Ini perlu penduduk tempatan baru boleh tau. Jadi Bali seller anda tak jelas ngan tax negara kita. Anda perlu bayar apa yg dikenakan oleh kastam.

  52. Salam..info yg sgt brmanfaat utk sy yg tengah survey kadar pos utk jual brg niaga sy dr melaka ke spore.. terima kasih byk2 kongsi ilmu, moga Allah pmudahkn urusan tuan sptmana tuan pmudahkn urusan survey sy.. Aamiin..

  53. Salam. saya dah guna flexipack ni beberapa kali dan barang selamat sampai ke destinasi.. tetapi tidak semua pejabat pos ade stok flexipack. di mana boleh saya dapatkan flexipack slain pejabat pos berdekatan?agen mungkin?

  54. Salam puan .sy ada menghantar banrang mengunakan pkhdmtn flexipack.cuma sy nk thu .brapa lama masa yang diambil untk brg smpan kpda pnerima .sbb dah 7 hari .brg masih item disptach out lg .ssiapa prnh gnkn pkhdmtn ni untk hnrt ke australia .brpa lama yer agk2 brgnk smpai

      1. Maaf nak tanye,kalau post bubuk minuman kering dengan thai tea ke indonesia boleh x??sebab barangan tu dah kena hantar,dan smpai sekarang sy x boleh check tracking nomber yg dibagi dr m’sia,mihon kepada tuan dan puan boleh bantu sy,tq

  55. Salam. Nak tanya kalau saya nak pos novel mana cara yang paling jimat untuk kos pos ye? Anggaran kasar kalau dalam 3 buah = lebih kurang 1kg. Kalau 6 buah dah lebih kurang 2kg. Harap sangat dapat bantu.

  56. Salam,tuan dan puan sy ade kiriman barang dari malaysia ke indonesia melalyi pos m’sia,brang itu berisikan bubuk minuman kering dengan thai tea,semua berat 30kg,barang sdh dikirimkan dari 24hari bln december,setiap sy cek tracking nomber jg x boleh,CP105125447MY ni nomber track nye,mohon kepada puan dan tuan untuk dapat bantu sy,tq

  57. Adakah kertas Wang dpt diselit brsma brg kprluan?

    Adakah mknan sgera dpt dikirim? Apa pula nma yg hrus ditulis dlm ruangan itu?

  58. Saya ingin bertanya..bleh bgi step by step tak untuk pghantaran ke usa…FLEXIBLE saiz M..dgn harganya sekali..sbb saya first time nk hntar brg ke USA

    1. USA zone 2. Harga utk Size M (500g) = RM29. Lebih baik htr ngan register yang ada tracking nombor. Register tambah RM4.60. Boleh beli di mana2 kaunter Pos.

  59. Salam tuan, nak tnya, boleh bagi senarai x negara2 yang boleh dihantar brang melalui flexipack international zone 2 ?

  60. selamat petang saya tak pernah hantar hantar barang ke sarawak kalau dari johor ke sarawak berat 30kg berapa ya dan barang tersebut makanan daging kering? boleh bagitahu saya.

  61. Mcm mane na hantar barang ke usa?n harga lenghantaran tersebut berapa ?sye nak poss duit syiling lama boleh ke tak?

  62. Salam.. Sy nak hantar 20 Kg barang2 dari Johor ke Turki. Khidmat laju ke lambat tak penting, yg penting itu harga yg rendah. Mana khidmat yg termurah? terima kasih

  63. Boleh recommend mana yg lebih baik, selamat & cepat antara international air mail @ flexipack kalau nak kirim kad @ barang ke Indonesia?

  64. Jika saya nak berkirim barang ke thaiwan kota..taipe..berapa hari boleh smpay dan kos brangan 2 kg..dia brape..

  65. salam. Hai, saya ada pengalaman yang tak berapa baik bila guna flexipack international. Pengalaman pertama guna flexipack international pada 22 March 2018 hantar t-shirt ke USA. Sampai sekarang 25 April 2018, bila check status online masih dalam transit since 28 March. Bila tanya pos Malaysia mereka pun taktahu barang saya sekarang dekat mana. Malangnya, saya juga telah menghantar 10 lagi parcels menggunakan flexipack internantional dan semua nya sangkut pada status transit.

    1. Ya. kadang2 incident boleh berlaku. Bila ini berlaku, biasa saya akan minta maaf dari pembeli dengan menawarkan sama ada hantar barang sekali lagi atau refund balik duit dia. Rugi sikit tak apa, yang penting reputasi kita tidak dibusukkan.

  66. Hello,nak tanya kalau nak guna flexipack untuk kirim bungkusan domestik ,bungkusan saya perlu balut sendiri siap-siap atau flexipack ni ada bekalkan sampul prabayar ?

  67. Hai. Kalau saya nak pos kuih raya ke Sabah macamana ya? Maksud adakah akan sampai ke sana dalam keadaan yang okey kuih x hancur, berapa lama dan anggaran harga untuk lebih 5kg. tq

    1. Tiada jaminan dari Pos Malaysia barang tak akan hancur. Dari semenanjung ke Sabah biasa ambil 3-5 hari. Kena pergi timbang di pejabat pos dan mereka akan bagitau harga.

  68. Nak kirim laptop boleh ke tak…..?
    Lepas tu berapa tarif harga dari Johor Gelang Patah ke Penang Byan Lepas,
    Saya x pandai cek harga

  69. Hello, nak tanya boleh tak kotak yang bersaiz kotak handfon dimasukkan dalam Poslaju Prepaid Envelope L dan diposkan? ataupun hanya hanya barang nipis je yang boleh dipos melalui sampul prabayar itu?

  70. Salam. Tupang tnye kalau pos laju syiling dgn berat 60.00gram ke US berape kena charge ye?

    Terima kasih

    1. Jika pakai flexipack RM8, nak register tambah RM4.60. Jika terus pos saja surat ngan stem, RM2.00 utk 20g pertama, dan RM0.80 utk 10g seterusnya. Maka jika 60 gram ialah RM2.00 utk 20g pertama + (RM0.80 x 4) utk 40g seterusnya. Total = RM5.20

  71. 26 June item posted over the counter
    26 June item dispatched out
    26 June Item processed
    27 June Consignment dispatch out fro Transit Office
    1 July-still waiting for the item:(

    Im wondering how long does it take to received an item courier through pos laju? Thank you.

    tracking number EP523546861MY

  72. Hai. saya nak tanya. kalau sy nak pos brg ke korea selatan, bukan brg brhrga pn. jewellary tp bukan gold or silver. brapa lama yg d ambil nak smpai korea selatan ye? plus nk tanya, kalau sy just guna envelope and bukan box, boleh x?

  73. Hello.sya nak tanya klau nak hntar jam tangan/gelang ke Philippine nak guna yg mna and bayaran brpa?sya x prnh buat hntrn that’s why sya nak tanya.

  74. salam tuan , nak tanya, saya nk pos baju ( 4 helai ) dan saiz nya besar L . brape kos nya semua tuk jimatkn kos ? (first time )

  75. Sy hendak hantar barang ke Australia. Mahu gunakn Flexi box 2kg. Malangnya kotak tu kecik sgt tk muat barang sy. Alternatifnya guna kotak sendiri tapi rasanya harga posnya lain. Betul tak tekaan sy ni.

    1. Ya betul. Boleh anda pergi ke MBE yang berdekatan untuk timbang dan tanya harga. Mereka dapat rekomen mana courier yang paling murah berdasarkan keberatan barang anda.

  76. assalamualaikum nak tanya kalau dari kelantan ke indonesia brapa lama jangka masa barang tu sampai ke indonesia?

  77. assalamualaikum saya nak tanya harga nak pos produk kesihatan ke indonesia berapa ya berat dalam 2kg dan 1kg….terima kasih

  78. ingin bertanya kawan saya berada di india, beliau ingin kirim bugkusan, bolehkah ia di buat melalui pos malaysia?

  79. Saya nak hantar barang kain & baju ke kinarut Sabah,anggaran berat item 100kg.x Perlu cepat sangat.berapa kos yg Perlu saya bayar?terima kaseh

  80. salam puan, kalau saya nak post produk minuman ke indonesia boleh ker? dan berapa lama brg tu sampai ke indonesia?
    terima kasih.

  81. salam nak tanya, nak hantar barang ke Canada guna flexipack, zone 2 kan? saiz M : rm29 + rm4.60 = rm33.60.

    Dia ada charge harga lain tak lepas dah total rm33.60 or harga yang itu perlu kena byr shja?

    dan sy nk hantar 7 envelope bersaiz 7x10inch. dalam ada kertas a5 size and postcard. rasanya muat tak guna kotak XL 2kg? destinasi ke Chile.

    maaf, bingung sikit sebab first time nak hantar barang ke luar negara. terima kasih

  82. Salam…..puan
    Maaf saya ingin bertanya sedikit,kalau nak hantar barang ke korea,pakai kotak yang warna blue tu kan,agak2 berapa lama sampai ke korea?

  83. Hello saya ingin post brng ke Korea,sya dah beli flexipack international size XS (150gm) dngn hrge rm8 … adakah sya perlu membayar harga postage juga?

  84. Salam,

    Nak tanya FlexiPack International ni ada 2 pilihan tracking

    1. Pos Daftar Track-On 2 International (RM4.60)
    2. Tracked Label International (RM9.60)

    Yang mana satu yang perlu sebenarnya untuk ditambah pada FlexiPack International ni.

  85. Saya nak hantar dried food ke sydney, australia. Berat antara 20-30kg, courier apakah yg paling murah utk sy guna. Berapa lama masa utk sampai ke destinasi?

  86. Biasa guna Pos Malaysia je. Air Parcel. 2 minggu sampai la ke Australia. Saya duk di Australia, biasa minta adik poskan barang2, rempah2.

  87. Nak Tanya dekat website cakap tidak boleh hantar silver! kalau saya hanyar jugak Cincin silver menggunakan flexipack akankah parcel saya akan dicancel?

    1. Kalau barang tak mahal, boleh cuba. Saya pun tak pasti. Sebab kadang2 Pos M’sia cakap tak boleh, tapi bila hantar boleh sampai juga.

  88. nak tanya

    boleh tak saya nak kirim barang ke hotel di mekah. sy nak kirim serunding untuk emak dimekah yg sedang menunaikan haji.

    berapa lama masa diambil ye?

  89. Nak tanya

    Klw post ke uk

    Flexipack kalau barang lebih 2kg boleh ke? Bagaimana?

    & kalau dah guna flexipack nih mmg xde sangkut di kastam ke? @ ada kene isi form kastam declare item ke..ada baca, tapi tak faham & confuse jadi

    Harap membantu

  90. Assalamualaikum. Kalau surat dari sarawak dipos ke semenanjung(melaka) berapa lama masa boleh dapat ya? Dan boleh hantar surat guna pos laju tak? terima kasih.

  91. saya nak kirim nestum dalam kuantiti yang banyak, less than 10 bungkus nestum ke jepun. Macam mana nak poskan ye. Kalau boleh nak yang murah.

    1. Flexipack International Zone 2 (XL) maksimun keberatan 2kg, harga RM110. Jika tak dapat muat, anda perlu pack dengan kotak sendiri, lepas tu pergi timbang di pejabat pos, mereka akan beritahu harga.

  92. Salam..nak tanya mcm mana nk hantar barang dari sabah ke perak..berat 14 kg..kotak besar 134cm x 74cm x 22cm..

  93. Kawan saya nak hantar kad penjara.berapa hari penghantaran dgn pos laju atau express? tolong beritahu.dia nak hantar di flat sri penara cheras.rumah dia di sri kembangan.

    1. Boleh, jika berat tidak lebih 2kg, boleh pakai flexipak. Boleh rujuk ke Zone 2 untuk harga yang diberikan dalam post ini.

  94. Hello puan, nak, tnya kos penghantaran ke luar negara seperti Brunei, Indonesia ,etc masih sama or dah Ada perubahan?

  95. Salam puan, nk tnya, brp ya anggaran kos penghantaran dan masa yg diambil untk pos parcel 600 gram ke UK? Flexipack international ni ke yg paling murah untk pos ke oversea?

  96. kalau hantar makanan ringan kerepek berat dlm 1kg dr jb ke singapore guna flexipack ni brapa lama sampai sana ye

    1. Pos memang tak bagi penerangan yang jelas tentang makanan. Ada yg boleh ada yg tak boleh, semua tertaruk kepada pihak mereka.

  97. Hi.. Tumpang tanya. Klu nak bawa barang mknn. Contoh mee basah.kicap atau seumpama. Lbih kurang dlm 20kg. Cara apa terbaik. .tq sudi mmbntu.
    0193003434
    Dari sabah. Ke kuala lumpur

  98. Encik, kalau nk minta pihak penghantaran hantar balik barang tu keluar negara boleh ke? Dan ia perlu dihantar melalui kapal terbang dan berapa kosnya?

  99. hai, saya nak guna pos domestik (jalan laut) berat dalam 40kg dari sarawak ke sabah. rasanya2 berapa cas yg akan di kenakan?

    1. Maksimum berat utk post cuma 30kg. Jika 40kg kena bahagi kepd 2 kotak, 20kg per kotak. Kalau pos biasa dari Kuching ke KK, harga anggaran RM35 utk 20kg. Kalau pos laju, harga anggaran RM160 per 20kg.

  100. Halo sir. Nak tanya. Klau pos duit syiling lama ke luar negara US dilarang ke.? And adakahnya diambil tindakan dari pihak berkuasa?

    1. Jika tak nak bagitau pihak pos, boleh balut dengan baik dan pergi timbang di pejabat pos. Dapatkan stem dan tracking nombor jika perlu dan terus pos saja.
      Jika nak bagi tau kakitangan pos, boleh cakap itu duit syiling lama dan bukan duit yang kita pakai sekarang.

  101. Saya nak tanya, kalau saya nk hantar buku ke indonesia, macam mana ya? Ini kali pertama saya hantar barang ke luar negara. Mohon bantuan

  102. SOALAN PERTAMA:
    Klu sy nk send 1 atau 2 rantai emas ke Australia boleh ke/Pejabat pos terima tak klu kita mmg cakap nk send rantai?

    SOALAN KEDUA:
    Atau, sy send rantai tu dlm kotak yg sama dgn keychain tp sy tak declare bahawa hantar rantai emas, tp sy akan campurkan dgn bungkusan keychain. Boleh tak?

    1. 1. Jika tak nak declare rantai emas, boleh declare sebagai rantai hiasan atau barang kemas (jewelry).
      2. Ya, boleh. Tapi jika berlaku kehilangan pakej, maka susah sikit utk tuntut balik dengan pos.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *