Cara-Cara Memperbaharui Lesen Memandu

Baiklah, kali ni saya ingin nak berkongsi bersama para pembaca tentang sikit pengalaman saya untuk memperbaharui lesen P.

Nak memperbaharui lesen P atau apa-apa lesen memandu sekali pun mudah saja. Apa yang perlu buat adalah anda cuma perlu pergi ke Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) yang berdekatan dengan tempat tinggal anda.

lesen memandu

Untuk pengetahuan anda semua, tempoh masa untuk memperbaharui lesen P adalah selama satu tahun dan lesen CDL adalah selama tiga tahun.

Apa yang perlu ada dengan kita?

Sebelum pergi ke pejabat JPJ, anda perlu pastikan semua barangan dan dokumen yang diperlukan sudah siap sedia dan anda ada bawa bersama anda. Jika tidak, sampai ke pejabat JPJ dan beratur untuk barisan yang panjang dan apabila sampai giliran anda baru tahu ada dokumen yang tidak dibawa bersama, maka anda akan perlu balik bawa semula dan semua masa yang anda ambil disia-siakan saja.

Antara barangan dan dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:

  1. Lesen memandu lama
  2. Kad Pengenalan (IC)
  3. Gambar
  4. Duit yang mencukupi

1. Lesen Memandu Lama

Pastikan anda bawa lesen memandu yang lama, sebab macam mana pegawai JPJ nak tahu sama ada anda nie betul-betul layak nak memperbaharui lesen kalau anda tak bawa lesen tu kan???

2. Kad Pengenalan

Biasa la, apa-apa pun mesti bawak IC kan sebab nak tally kan dengan lesen memandu tu and of course sebab nak pastikan anda-anda nie warga Malaysia atau tidak…

3. Gambar

Kalau nak tangkap gambar, pastikan anda bagi tau orang kat kedai gambar tu yang gambar tu adalah untuk tujuan memperbaharui lesen. Sebab kalau tak silap, ada beza sikit antara gambar passport dengan gambar untuk lesen memandu ni.

Lagi satu, kalau kat JPJ tempat saya, dia hanya guna gambar yang sama dengan gambar IC. Jadi, gambar yang saya bawa tu tidak digunakan pun oleh pihak berkenaan. Tapi ada certain case yang mereka akan minta gambar daripada anda. Kesimpulannya, ambillah gambar dan bawa bersama gambar tu apabila anda pergi ke pejabat JPJ.

4. Duit/Wang – Kalau orang Kelantan, ‘pitih’ la… Pitih tu keno bowok la, kalu dop nok buat lesen gano kea… Haha… Kan dah keluar loghat Kelantan… Anda semua perlu bawa duit yang secukupnya… Ini adalah kadar yang dikenakan:

1 tahun = RM 30 (maksimum 5 tahun)

Jadi jika anda buat 5 tahun, maka wang yang diperlukan adalah RM30 x 5 = RM150

JPJ Logo
JPJ Logo

Macam mana nak perbaharui lesen?

  1. Pergi ke JPJ berdekatan dengan anda.
  2. Tanya orang kat situ kat mana tempat untuk memperbaharui lesen.
  3. Kemudian, amik nombor giliran.. Pastikan pergi awal kalau tak nak tunggu lama-lama.
  4. Serahkan lesen memandu lama beserta kad pengenalan kepada pegawai di kaunter.
  5. Buat pembayaran di kaunter yang sama.
  6. Tunggu untuk pengesahan pembaharuan lesen.
  7. Siap. Pegawai akan panggil nama anda untuk mengambil lesen yang sudah siap.
Di sini saya sertakan sekali maklumat tambahan yang mungkin anda semua nak tahu.
1. Waktu perkhidmatan
2. JPJ Mengikut Negeri

Sumber rujukan:
Laman Sesawang Rasmi JPJ

Untuk maklumat anda, sekarang anda sudah boleh memperbaharui lesen memandu anda tanpa perlu pergi ke pejabat JPJ. Anda sekarang boleh renew lesen secara online.

Boleh rujuk ke artikel ini jika anda ingin tahu macam mana caranya untuk memperbaharu lesen memandu anda secara online. Ini akan jimatkan banyak masa terutamanya bagi orang yang sibuk dan perlu kerja.

Renew Lesen Memandu di Pejabat Pos

Jika anda tidak ingin pergi renew lesen di pejabat JPJ sebab ia amat jauh dari tempat tinggal anda, boleh juga anda pergi renew di pejabat pos yang berdekatan dengan rumah ana.

Apabila sampai ke pejabat pos, anda boleh tengok mana kaunter yang buat urusan renew lesen, dan tekan butang untuk ambil nombor giliran anda.

Bila sampai nombor anda, boleh anda terus ke kaunter tersebut. Apa yang diperlukan adalah anda kena serahkan lesen memandu yang sudah tamat tempoh bersama dengan MyKad anda.

Ini saja dan kakitangan di pejabat pos itu akan memproseskan dengan segera. Dalam masa beberapa minit, anda sudah akan dapat lesen memandu yang baru.

Berapa Harga Untuk Memperbaharui Lesen Memandu Di Pejabat Pos Malaysia

Jika anda memperbaharuinya selama lima (5) tahun, kos bayaran yang dikenakan adalah RM150.

Memandangkan anda melakukan renew lesen di pejabat pos, terdapat caj perkhidmatan tambahan sebanyak RM2. Dan dengan caj SST, jumlah penuh adalah RM152.10.

Jika anda pergi ke pejabat pos pada hari yang tidak ada orang yang ramai, anda mungkin cuma mengambil masa kurang dari sepuluh minit untuk memperbaharui lesen memandu anda.

2 Comments on “Cara-Cara Memperbaharui Lesen Memandu”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *