Web Analytics
Bio Essence Rose Gold Water

Bio Essence Rose Gold Water Bagus Tak?

Bio Essence Rose Gold Water adalah satu produk cecair yang disedari dengan ekstrak dari bunga mawar Jepun yang unik, nama bunga itu adalah Eijitsu.

Ia dapat membantu menghilangkan ketekatan kulit dengan penghidratan yang sangat diperlukan oleh badan kita. Di samping itu, ia juga dapat menapis liang supaya kulit terasa petal-lembut dan lembap selalu.

Bio Essence Rose Gold Water

Produk ini merupakan antara satu produk yang mempunyai khasiat dan prestasi yang tinggi. Ia mempunyai tahap pelembab yang sangat tinggi juga. Fungsi yang ada pada toner ini boleh menggantikan serum dan harganya bukan mahal sangat pertimbangkan ia boleh dipakai dengan masa yang agak lama.

Energy Complex Untuk Produk Ini

Toner ini mengandungi cecair Bioenergy yang merupakan tambahan beberapa elemen mikro badan yang boleh menjadikan keseluruhan kulit badan kita nampak lebih sihat.

Kandungan (ingredients)

  • Niacinamide
  • Allontoin
  • Ceramide
  • Citric acid(aha)
  • Tocopherol (anti penuaan)
  • Palmitoyl tripeptide-5
  • Caprooyl tetrapeptide-3 (rawat garis halus, kedutan, pengukuhan kulit)

Rintangan Fizikal Badan Kita

Sekarang hampir semua orang pun adalah pakai telefon pintar pada badan mereka. Kita tahu telefon pintar mempunyai radiation yang agak kuat yang boleh mengacau kulit badan kita jadi malap. Dengan pakai toner ini, ia dapat mencegahkan kulit kita dari jadi malap.

Selain daripada itu, ia juga anti ultra violet. Dengan sapu toner ini pada kulit kita, ia memberikan satu lapisan perlindungan terhadap ultra violet.

Bila anda dapat berikan air yang cukup untuk kulit kita, dan pada masa yang sama berikan perlindungan yang diperlukan oleh kulit kita, maka kulit kita akan kelihatan selalu muda dan fleksibel.

Boleh anda baca juga tentang 10 cara untuk hilangkan jerawat dengan cepat.

Kebaikan dan Kelebihan Bio Essence Rose Gold Water

Ultra hidrat

Kelembapan dapat dikekalkan dengan baik di dalam kulit selama berjam-jam untuk memastikan ia terhidrasi dengan baik untuk kulit wajah yang lembut dan muda.

Kurangkan pore pada kulit

Mengetatkan liang kulit, mengawal kelembapan dan sebum seimbang untuk kulit yang halus dan licin.

Melambatkan pembentukan garis halus

Disemai dengan Bio Gold sebagai anti-oksidan yang kuat untuk melambatkan pembentukan garis halus.

Anti oksidan

Pengoksidaan adalah tindak balas kimia yang dapat menghasilkan radikal bebas, sehingga menyebabkan tindak balas rantai yang boleh merosakkan sel-sel organisma. Anti oksidan seperti thiols atau asid askorbik (vitamin C) boleh menghalang tindak balas rantaian ini sebab ia dapat kurangkan pengumpulan radikal bebas dalam badan.

Pengalaman Dan Testimoni Saya Sendiri

Saya sudah pakainya hampir satu tahun. Pada permulaan 2 bulan ia amat berkesan untuk kecilkan pori-pori kulit saya. Lepas pakai untuk 6 bulan, ia menghilangkan masalah jerawat pasir di dahi. Sekarang jerawat pun sudah jarang muncul di muka saya. Saya rasa amat bagus untuk pakai Bio Essence untuk mengatasi masalah kulit saya.

Saya suka sangat dengan produk ini sebab ia cepat menyerap dan dapat mengekalkan kelembapan kulit pada muka saya. Ia adalah amat sesuai untuk skin yang mempunyai oily skin seperti kulit saya.

Bila saya mula pakainya, saya rasa ia adalah lekat sikit tapi banyak cepat diserap ke dalam kulit saya. Lepas beberapa minit saja saya boleh rasa kulit saya macam dapat hidrat dengan baik.

Cara guna Bio Essence Rose Gold Water

Sekiranya anda berminat dengan produk ini tetapi tidak tahu macam mana untuk pakainya, boleh anda rujuk ke langkah-langkah yang diberikan. Sebenarnya agak mudah saja.

  1. Titiskan beberapa titisan air itu atas telapak tangan.
  2. Gosoknya dengan kedua-dua tangan. Pakai haba pada tangan untuk memanaskannya.
  3. Lepas tu boleh tekan dengan perlahan-lahan atas muka anda.
  4. Anda akan merasai airnya akan mencair dan diserap ke dalam kulit.

Baca juga: Cara elakkan kulit jadi kusam dan cegah jerawat

Leave a Comment