5 Asas Untuk Menjadi Seorang Blogger Yang Berjaya

Ramai yang berminat menjadi blogger kerana ingin menjana pendapatan. Tambahan pula ada blogger yang sentiasa mewar-warkan perolehan pendapatan mereka melalui blog yang sedia ada dan media sosial yang lain. Kesan daripada pengaruh blogger ini tergerak kepada kita untuk menjadi blogger sebagai kerjaya kedua untuk menjana pendapatan.

Hakikatnya bukan semua blogger boleh menjana pendapatan jika belum tahu caranya. Banyak ilmu dan kemahiran perlu dipelajari. Ada 5 asas utama untuk menjadi blogger yang berjaya.

blogger berjaya
blogger berjaya

1. Kemahiran menulis

Menulis merupakan kemahiran asas dalam kerjaya blogger. Tak akan blog kita hanya digunakan untuk dimuat naikkan gambar sahaja. Paling minimum pun ada tajuk dan penjelasan tentang gambar. Jadi mau tidak mau kemahiran penulis harus dikuasai dengan baik. Saya percaya semua orang menulis kerana kat sekolah rendah dahulu kita sudah menguasai 3M. (Membaca, Menulis dan Mengira).

2. Tabiat membaca

Membaca adalah satu keperluan untuk berjaya baik sebagai blogger maupun sesiapa sahaja. Dengan pembacaan yang luas kita mempunyai banyak idea dan maklumat yang boleh dikongsikan dalam blog. Ada blog yang padat dengan maklumat dan ilmu.

Sudah tentu banyak lagi blog yang hanya menulis tentang pendapat dan pandangan berkaitan isu semasa, aktiviti peribadi dan sebagainya. Hanya dengan pembacaan yang luas kita berupaya untuk menzahirkan banyak idea yang bagus.

3. Minat yang mendalam

Perkara yang kita lakukan kerana minat lebih bertahan lama berbanding jenis ikut-ikutan. Kita minat mendalami dunia berblogging. Minat mempelajari teknik dan kemahiran SEO. Bahkan minat untuk belajar tanpa berhenti.

Kesudahannya kita akan menjadi pakar dan lebih memahami berbanding orang lain yang sekadar suka-suka. Namun saya cukup percaya bahawa minat boleh dibentuk perlahan-lahan. Pendedahan dan motivasi perlulah berterussan supaya minat itu sentiasa bercambah.

4. Sanggup berkorban masa

Berkorban menurut takrifan blogger ialah kesanggupan untuk melupakan keselesaan rutin harian kita. Sebagai seorang blogger berkorban masa adalah menjadi keutamaan. Masa yang kita guna untuk menonton TV, bersembang kosong dengan jiran dan mengelamun bersendirian harus diketepikan. Tak keterlaluan juga masa bersama keluarga dan anak-anak. Meskipun tindakan ini tidak boleh diamalkan selalu. Keluarga mesti diutamakan walau apapun keadaan. Berpada-pada juga kalau nak berkorban.

5. Jadilah diri sendiri

Blog adalah melambangkan diri sendiri. Dengan blog juga kita sebagai blogger dikenali di serata dunia. Oleh itu untuk berjaya kita perlu ada jenama dan stail tersendiri dalam membina blog. Biarpun mengambil masa kerana blogger itu sendiri seorang insan yang hebat.

Kita boleh menulis, kuat membaca, minat belajar dan sanggup berkorban. Biarlah blog itu membentuk jati diri yang dan karisma tersendiri. Tiada alasan untuk kita menjadi sama seperti orang lain dalam dunia blogger. Kehidupan itu sendiri adalah satu keajaiban apatah lagi tentang blog.

Catatan:

Blogger adalah manusia biasa yang terpilih untuk menjadi insan luarbiasa. Hargai diri sendiri dengan sentiasa bersyukur. Ingat bahawa kejayaan bukan satu noktah tetapi satu perjalanan di dunia untuk ke akhirat.

Saya fikir dulu, blogging sangatlah mudah dan tidak membutuhkan banyak waktu mengingat banyak orang menggunakan blogging sebagai part-time work namun setelah ditekuni ternyata tidak seperti itu dan bahkan waktu untuk blogging sekarang ini lebih banyak dibandingkan waktu untuk bekerja secara online.

Jadi blogger biasa saja sudah banyak berkorban masa/waktu apalagi bila jadi blogger berjaya pasti harus lebih banyak waktu yang digunakan untuk learn, try & error dan action.

Tambahan yang di perlukan adalah istiqamah (berterusan) dan beretika. Semoga anda menjadi blogger yang berjaya dan diberkati.

Menulis Blog Demi Kepuasan Diri

Blog adalah platform elektronik yang boleh diakses secara terbuka oleh para pembaca. Sesiapa sahaja boleh memiliki blog sama ada secara percuma maupun berbayar. Blog yang dibina menggunakan cara percuma adalah terbaik untuk belajar mengenali blog. Kita boleh membuat blog sebanyak mungkin yang kita mahukan tanpa perlu belanja sebarang wang atas guna servis percuma ni.

tulis blog
tulis blog

Dulu orang tulis dairi guna buku. Sekarang dairy ditulis dalam blog , semua orang baca. Banyak yang menulis perkongsian ilmu – moga bertambah pahala akhirat. Saya menulis journal kehidupan untuk tatapan anak-anak bila saya dah tiada nanti.

Tapi Betulkah Percuma Adalah Baik?

Sebenarnya ia bukan suatu masalah besar. Pengisian blog itu sendiri yang menjadi cabaran sebenar sebagai seorang blogger. Ada blog yang berakhir dengan com atau my yang sudah tentu ia berbayar.

Namun dari segi mempunyai kualiti entri yang masih rendah berbanding blog yang percuma. Jadi berbayar atau percuma bukan penentu kepada kualiti suatu blog.

Namun saya berpendapat ramai yang berminat menjadi blogger kerana suka berkongsikan ilmu dan info. Mereka dikurniakan bakat menulis yang hebat. Walaupun bakat menulis satu kelebihan sahaja. Setiap orang boleh menulis dengan baik jika belajar dan berusaha meningkatkan kemahiran setiap hari. Perlu ditekankan blog adalah tempat berlatih menulis.

Mereka yang suka berkongsi cerita dan menulis adalah blogger yang berpotensi besar untuk berjaya. Mereka tidak berhenti menulis meskipun tiada pendapatan dari blog mereka walhal sudah banyak pelaburan wang ringgit. Begitulah blogger yang menulis untuk kepuasan diri.

Dari segi menulis blog, ia bermula dengan minat, kalau dapat jana duit itu kiralah bonus bagi blogger. Boleh anda terserempak dengan blog yang mempunyai beratus-ratus komen tapi tidak pun pasang iklan apa-apa di blog mereka. Itulah tujuannya sebab mereka hanya ingin berkongsi maklumat dan pengalaman mereka bersama pembaca saja.

Blogger Yang Amat Minat Untuk Menulis

Blogger jenis ini mempunyai blog kerana minat menulis. Sama juga dengan kisah orang diluar sana yang sanggup berhabisan duit untuk ubahsuai kereta. Ada yang berbelanja ratusan ringgit untuk aktiviti memancing di laut. Tak kurang juga yang ada hobi menonton wayang. Pendek kata mereka sanggup memperuntukan sedikit wang untuk mencari kepuasan masing-masing.

Catatan:

Blogger dan penulisan blog bukanlah kerja sia-sia sekiranya tidak dibayar wang ringgit. Anda sebenar memberi lebih nilai kepada orang lain melalui blog tulisan kita. Mereka yang pergi mengunjung ke blog kita untuk mencari maklumat untuk menyelesaikan masalah mereka. Lihatlah sebagai blogger yang berperanan sebagai orang budiman demi membantu insan lain yang memerlukan.

Menulis blog dengan keikhlasan akan membawa kita ke mercu kejayaan. Blog boleh mempertingkat jenama. Sudah pasti ada pihak yang terbuka mata untuk bekerjasama dengan kita. Jadi tulislah blog dengan hati nurani. Luahkan apa yang terbuku di hati dan kongsikan kebaikan untuk manfaat bersama.

Bagi saya, dari dulu sampai sekarang masih lagi berlatih menulis supaya lebih baik walaupun kadang-kadang macam hampeh.

Pada pandangan saya, blog percuma atau berbayar tu sebenarnya hak individu. Apa salahnya guna yang tak berbayar. Yang penting adalah isi dan penulisannya. Jadi, buat dan tulis mengikut kepuasan hati kita, jangan peduli dengan orang lain.

Baca juga: 6 Ciri-Ciri Blogger Poyo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *