Lepak di Animal Park, Bukit Tinggi Resort

Bukit Tinggi Resort atau juga dikenali Berjaya Hills adalah satu tempat percutian cuti-cuti Malaysia yang menarik. Jika anda semua mahukan suasana tenang dan damai. Resort ini adalah amat dicanangkan oleh saya. Terletak di laluan Highways Karak. Keindahan alam flora dan cuaca dingin sememang mendamaikan sesiapa sahaja yang singgah melancong di Berjaya Hills ini.

Bukit Tinggi Resort ini sudah menjadi tempat persinggahan wajib bagi saya sekeluarga sekiranya pulang ke kampung halaman. Antara tempat yang wajib saya singgah di resort ini adalah Animal Park.

Animal Park - Bukit Tinggi

Animal Park – Bukit Tinggi

Apa yang bestnya, anak-anak saya amat suka untuk bermain dan memberi makan arnab dan rusa yang terdapat di Animal Park ini. Untuk maklumat anda yang saya diberitahu oleh penjaga park itu, kalau ingin nak beri makan kepada rusa, adalah rekomen untuk anda pergi pada masa petang apabila semua rusa bangun dan bertenaga untuk jalan sana sini dalam taman.

Bersebelah dengan Kelab Golf menambahkan lagi kedamaian suasana tambahan pula masa yang terluang ditambah dengan menikmati kopi segar. Pasti stress minggu sibuk yang dialami akan reda.

Bayaran masuk sebanyak RM 3 sekepala dikenakan untuk setiap orang. Harga barang yang dijual di kedai yang terdapat di Animal Park ini agak mahal juga. Pastikan bawa bekalan sendiri bagi mengurangkan kos pembelanjaan.

Cara ke Bukit Tinggi Resort

Hanya mempunyai satu jalan sahaja untuk ke Bukit Tinggi Resort ini, dengan melalui highways Karak. Keluar ikut Exit 805. Jika daripada Kuala Lumpur hanya memakan masa kurang 1 jam ( jika tidak sesak ).

Jika ke sini untuk bermalam atau menginap di hotel seperti Colmar Tropicale, saya cadangkan booking lebih awal bagi mengelakkan tidak dapat bilik. Kebanyakan pelancong yang sampai di sini telah booking terlebih dahulu.

Hotel Colmar Tropicale

Hotel Colmar Tropicale

Tidak kiralah, walaupun anda datang dari Kuala Lumpur sekali pun. Sebab saya sudah mengalami sendiri, cubaan untuk booking bilik secara rawak tidak berjaya terutama semasa cuti sekolah.

Apa yang mengecewakan sedikit adalah dalam waterpark tiada swimming pool, tapi nasib baik terdapat kolam renang di hotel. Kalau nak mandi sungai hentian Lentang tu ada sungai cetek untuk mandi manda bagi kanak-kanak dan orang dewasa juga.

Memang best bercuti di Bukit Tinggi Resort untuk sepanjang siang kat sana, pasti anda rasa amat seronok sekali. Dari gambar yang ditunjukkan, boleh cakap macam-macam ada di tempat itu. Saya memang sudah merancang untuk usulkan kat ayah aku dan sekeluarga kunjung ke Bukit Tinggi untuk family day secara tidak langsung buat satu kali lagi.

Jika anda datang dari Kuantan, maka anda mungkin perlu ambil masa lebih kurang dua jam untuk sampai ke bukit. Bagi sesiapa yang belum pernah singgah di bukit ini lagi, bolehlah anda rancangkan untuk pergi ke sana. Anda akan rasa berbaloi untuk rancangan cuti ini.

Leave a Reply

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh