Saya masih dalam mood cuti sebenarnya, tapi hati saya ini meronta-meronta ingin nak update blog, dengan memandangkan ranking alexa untuk blog saya yang semakin hari semakin baik. Ini menandakan target untuk capai bawah 1000 akan tercapai menjelang tahun baru.
Dalam beberapa minggu ni saya terus memantau pergerakan alexa ranking, namun ianya bukan satu ukuran yang menandakan blog ini sangat popular, jauh panggang dari api. Hanya sekadar inginkan yang terbaik dan menunjukan keseriusan dalam dunia blogging.
Mengayam Ketupat
Awal pagi-pagi lagi sudah saya dengar orang sedang “mengayam ketupat”. Walaupun kesibukan kerana nak bereskan kerja pejabat yang tertangguh, namun telinga ni dapat menangkap sedikit sebanyak perbualan geng ketupat.
Biasalah bila dah lama cuti geng ketupat akan sentiasa ada cerita terbaru untuk dibualkan. Tajuk utama geng ketupat hari ni adalah pasal adik ipar yang menumpang di rumah mereka.
Bila dengar luahan geng ketupat tentang adik iparnya menumpang di rumah mereka, saya rasa macam sedih pula. Adik iparnya baru sampai dari kampung, bekerja sebagai pembantuh air di sebuah gerai makan. Bukan nak kutuk atau menghina, gaji pembancuh air memang bukan tinggi sangat. Memandangkan budak tu baru nak stabil, tak pasal-pasal jadi kemarahan si kakak ipar.
Mereka Orang Kaya
Setahu aku ahli geng ketupat ni bukan orang susah, suami dia mempunyai perniagaan sendiri yang menjana gaji beribu-ribu setiap bulan. Apalah salah kalau adik ipar nak menumpang lama sikit sebelum dapat kerja yang lebih stabil, lagipun dia bukan orang lain tapi adik suami sendiri.
Dari perbualan yang saya terdengar daripada mereka, terdapat beberapa perkara yang dibangkitkan oleh mereka tentang mengapa dia tak suka adik ipar untuk menumpang di rumah.
1. Soal kain baju, si kakak ipar merungut adik ipar ni tidak lipat kain baju sendiri.
2. Soal makan, si kakak ipar itu kata dia banyak penat menyediakan makanan untuk adik ipar.
3. Soal tidak selesa, jika adik ipar berada di dalam rumah, dia rasa seperti tak berapa bebas dan tidak mempunyai privasi yang mencukupi.
4. Soal bayaran api air, si kakak ipar ni merungut si adik ipar tak tolong nak setelkan duit api dan air, bila dapat gaji cuma buat senyap saja.
5. Perkara lain, seperti, minum air dalam peti sejuk, bila sudah habis minum tidak tambah air pun. Lepas duduk kat sofa tak betulkan semula, selipar sepah-sepah kat luar dan bermacam-macam lagi perkara remeh.
Melihat situasi di atas, ada juga kebenarannya mengapa si kakak ipar marah-marah. Si adik buat dek bila bab bayaran. Si adik pun satu, kalau dah menumpang ringan-ringanlah tangan tolong apa yang patut.
Ada satu perkara yang buat aku pelik, benarkah orang perempuan tak suka ada orang yang menumpang di rumah mereka buat sementara waktu? Inilah yang menjadi muskil hingga ke hari ni sebab aku pun pernah menumpang di rumah saudara saya sedikit masa lalu. Pernah kena sindir dengan makcik suruh cepat cari rumah lain sedangkan aku hanya menumpang seminggu dua!
Lain orang lain hatinya…. agaknyalah!
Saya rasa mereka ada pendapat sendiri bila mereka cakap macam tu. Agaknya, kalau cakap dengan suami, nanti suami kata tak suka kat adik dia pulak. Maklumlah, buat kerja rumah dari pagi sampai malam, mesti ada rasa penat.
Bila penat, mulalah bising lebih-lebih lagi ada tetamu yang buat lebih kurang. Jadi, saya rasa perlulah ahli sekeluarga duduk dan berbincang dengan elok-elok supaya semua kerumitan boleh dikurangkan ke taraf yang minimum.
Bagi mereka yang tumpang di rumah orang lain, perlulah mereka mempertimbangkan perasaan tuan rumah juga. Jika tumpang di rumah orang lain untuk masa yang lama, kadang-kadang tuan rumah pun rasa tak selesa, biarpun saudara kita sendiri.
Ada juga yang tidak suka sebab jarang tolong buat kerja rumah seperti sapu lantai, cuci pinggang, cuci baju dan kerja remeh yang lain. Jadi jika kita tumpang di rumah orang lain, kita harus mengambil inisiatif untuk membuat kerja-kerja rumah ini.
Tapi semua tu bergantung kepada tuan rumah juga. Sebab ada yang tak kisah di mana anda nak tinggal berapa lama pun suka hati anda.
Saya rasa lebih baik berterus terang jelah. Saya sendiri tak berapa suka bila orang menumpang lama-lama di rumah, kalau jenis memahami cara tuan rumah tak apa lah. Bagi aku paling penting rumah mesti dalam keadaan teratur, aku keluar macam tu, balik pun macam tu jugak.
Tapi, kalau jenis yang diceritakan tu, aku rasa tak lama la ngan aku. Bila menumpang, kena hormati privacy orang lain.
Artikel berkaitan:
Takaful melindungi rumah anda