Apakah Itu Buli Siber Dan Bagaimana Untuk Menghentikannya

Buli siber ialah penggunaan telefon bimbit, SMS, e-mel, bilik sembang atau laman rangkaian sosial seperti Facebook dan Twitter untuk mengganggu, mengugut atau menakut-nakutkan seseorang. Buli siber sering dilakukan oleh kanak-kanak, yang mempunyai akses lebih awal kepada teknologi ini.

Tetapi sekarang, tidak kira sama ada kanak-kanak, orang dewasa, orang tua, lelaki atau perempuan, kes buli siber memang semakin banyak. Macam Youtube yang anda tonton sekarang ni, kadang kala pun ada pengunjung yang beri komen yang mengganggu dan ada juga yang berniat kurang baik.

Mungkin anda pun pernah jadi buli siber tanpa kesedaran diri. Maka boleh kita bincang sedikit sebanyak tentang apa itu buli siber sebenarnya.

buli siber

Contoh-contoh Buli Siber

Kalau baru-baru ini, anda pergi makan di sebuah restoran, anda rasa harga makanan di restoran tu sangat mahal, makanan langsung tak sedap, sikap pelayan pun tak baik. Jadi anda ambil gambar restoran tu, lepas tu muat naik ke Facebook dan tulis karangan buat aduan tentang macam mana pengalaman buruk yang anda alami dengan makan di restoran tu. Lebih-lebih lagi, anda bersumpah tidak akan pergi makan di restoran tu buat seumur hidup anda.

Atau anda sedang tengok Facebook, lepas tu ternampak satu iklan tentang sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan tertentu atau menjual satu produk yang anda ingat tidak jujur. Maka anda terus beri komen pada iklan tu macam penipu, scam, pembohong.

Atau anda bekerja di sebuah syarikat, lepas tu anda rasa sangat tidak puas hati dengan boss syarikat tu. anda ambil gambar boss dan syarikat yang anda kerja dan pos ke media sosial dan tulis banyak perkara yang buruk tentang syarikat dan boss tu.

Semua ni boleh dianggap buli siber dan anda mungkin boleh disaman oleh pihak tertentu jika mereka pergi buat laporan kepada polis. Atau mereka upah peguam, dan anda akan terima surat dari peguam untuk buat bicara di mahkamah.

Anda ingat ini adalah sesuatu yang tidak siuman, sebab anda mempunyai percakapan bebas dan anda cuma poskan kes yang benar. Tetapi walaupun anda bebas untuk cakap apa-apa yang anda nak, pihak yang diadu oleh anda pun juga mempunyai hak untuk saman anda.

Walaupun niat anda untuk pos hal-hal ni ke media sosial mungkin cuma untuk luahkan rasa tidak puas hati dan dapat sikit sokongan dari orang lain. Atau anda cuma ingin beri amaran kepada semua orang supaya tidak ditipu oleh syarikat yang tidak jujur.

Tetapi anda masih mempunyai risiko untuk menghadapi hakikatnya jika pihak lain rasa anda sudah menjejaskan nama mereka.

Kes Benar Yang Pernah Berlaku

Macam ada satu kes yang dikongsikan oleh seorang peguam di media sosial. Kes ini merupakan seorang netizen buat satu komen saja dalam satu pos di media sosial. Akibatnya dia kena bayar 15,000 ringgit untuk komen yang dia buat itu.

Apa hal sudah terjadi atas komen tu?

Seluruh perkaranya adalah macam ni.

Seorang peguam yang mempunyai nama panggilan “Lawyer Boy” kongsikan kes ini di akaun instagram dia.

Peguam itu cakap, satu hari ada seorang pemuda berumur dua puluh lebih menghubungi dia. Pemuda itu, biar kenal dia sebagai encik A, cakap dia sudah disaman oleh orang lain. Jadi peguam itu suruh encik A bekalkan semua maklumat untuk dia kaji. Lepas kajian, peguam itu mendapati bukan saja encik A yang kena saman, terdapat lagi seorang lain yang juga disaman, biar panggil dia sebagai encik B.

Tidak tahu mengapa, encik B mengelirukan syarikat Malaysia yang sah yang memperkenalkan pekerja untuk bekerja di luar negara dengan berita baru-baru ini di mana banyak orang muda telah ditipu untuk pergi bekerja di Kemboja, tetapi sebenarnya sebagai tebusan dan dijual untuk membuat kerja yang haram di sana. Encik B juga mengkritik syarikat ini kerana menipu orang dari negara sendiri dengan poskan gambar dan teks di media sosial, dan panggil semua orang jangan ditipu oleh syarikat tu.

Pos tu sudah viral dan telah dikongsikan oleh ramai pembaca di internet. Dan pos tu dinampak oleh encik A. Lepas encik A baca pos tu, tanpa semak sama ada pos tu benar atau tidak, dia terus buat komen di bawah dengan percakapan “orang Malaysia khianat orang Malaysia, memang biadap, anda akan mati teruk”

Dengan pos tu jadi hangat di media sosial, syarikat yang difitnah dengan nama sebenarnya sudah marah, dan saman kedua-dua orang ni berfitnah nama syarikat mereka. Dan tuntut 350,000 ringgit sebagai pampasan merosakkan nama mereka.

Jadi baru ada berlakunya encik A minta bantuan kepada peguam Lawyer Boy tu. Syarikat tu telah membawa kes ke mahkamah, dan defendan mesti mengupah seorang peguam untuk membantunya merundingkan penyelesaian atau mewakilinya dalam pembelaan. Kosnya kira-kira 15,000 ringgit.

Encik A rasa amat kagum, dia cakap dia cuma buat satu komen saja, tidak sangka akibatnya begitu serius.

Jadi, dalam kes ini, jangan anda rasa tidak apa dan boleh saja cakap apa-apa di media sosial. Perlu anda tahu anda perlu bertanggungjawab atas apa yang anda cakap di media sosial.

Jika anda tidak kira dengan tindakan anda dan bersedia menerima akibatnya, maka tak jadi masalah. Tapi bila anda terima surat peguam mohon anda minta maaf secara terbuka dan membayar pampasan demi kerosakan nama, jangan anda rasa hairan pula.

Perlu tahu, walaupun komen anda adalah fakta, tetapi bagi kebanyakan orang, selepas menerima surat peguam, mereka tidak akan dapat tidur nyenyak dan akan menghadapi tekanan yang banyak.

Lebih baik sebelum buat apa-apa komen yang negatif, tenangkan diri dulu dengan ambil nafas yang dalam buat beberapa kali, dan fikirkan akibat yang mungkin akan jatuh pada anda sekiranya komen itu jadi viral. Jangan anda cuma nak luahkan rasa tidak puas hati untuk sementara, tetapi dapat hukum yang berat yang akan anda menyesal kemudian.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *