Perdana menteri yang paling baru di Malaysia ialah Anwar Ibrahim. Beliau juga merupakan perdana menteri yang ke-10 selepas menang dalam pilihanraya umum ke-15.
Selepas memulakan tugas beliau di Putrajaya, Anwar mengumumkan kepada semua orang bahawa beliau tidak akan ambil sebarang gaji biarpun satu ringgit semasa beliau bertugas sebagai perdana menteri.
Dengan pengumuman ini, bertuahlah semua rakyat Malaysia sebab kita dapat jimatkan wang sedikit sebanyak yang boleh digunakan untuk membantu rakyat yang miskin yang memang perlukan bantuan kewangan demi kehidupan mereka.
Walaubagaimanapun, adakah korang tahu berapa perbelanjaan untuk kerajaan atas memberikan gaji kepada para menteri semasa kerajaan berada di bawah pentadbiran Najib, Mahathir, Muhidin, dan Ismail Sabri?
Jika korang tidak tahu, bolehlah kita kaji sedikit tentang gaji yang mereka ambil buat masa ini.
Masa Najib Razak Jadi Perdana Menteri ke-6
Semasa Najib jadi perdana menteri, kabinet yang ditumbuhkan oleh beliau mempunyai anggota kabinet yang banyak. Pada kemuncaknya terdapat 68 anggota kabinet, iaitu 35 menteri dan 33 timbalan menteri. Kerajaan pada masa Najib memmerlukan perbelanjaan setinggi sebelas RM11,230,000 juta sebagai gaji yang perlu dibayar kepada semua menteri-menteri.
Masa Mahathir Mohammad Jadi Perdana Menteri ke-7
Bila Pakatan Harapan menang dalam pilihanraya umum ke-14 dan mengambil alih kerajaan pada tahun 2018, perdana menteri pada masa itu adalah Mahathir. Beliau telah menepati perjanjian yang dibuat semasa pilihanraya untuk mengurangkan anggota kabinet. Beliau rajin memperkemaskan kabinet dan pada masa itu anggota kabinet tinggal lima puluh lima orang, iaitu 28 menteri dan 27 timbalan menteri.
Pada masa itu,
- gaji perdana menteri adalah RM22,826.65
gaji timbalan perdana menteri adalah RM18,168.15
gaji menteri adalah RM14,907.20
gaji timbalan menteri adalah RM10,847.65
Perbelanjaan atas gaji untuk para menteri di bawah pentadbiran Mahathir adalah RM8,840,000 untuk setahun. Lepas tu, kerajaan Pakatan Harapan lagi sanggup kurangkan gaji mereka untuk 10 percent. Maka lepas 10 percent diskaun, pembelanjaan untuk setahun diturunkan lagi kepada RM7,960,000 sahaja.
Masa Muyhiddin Yassin Jadi Perdana Menteri ke-8
Lepas Langkah Sheraton, kerajaan Pakatan Harapan telah dihancurkan. Muhyiddin Yassin sudah bangkit jadi perdana menteri yang ke lapan. Pada masa pentadbiran beliau, kabinet mempunyai 74 menteri pula. Antaranya termasuk 4 menteri kanan, 32 menteri, dan 38 Timbalan Menteri.
Dan gaji yang diambil oleh kebanyakan menteri pun sangat tinggi. Kebanyakan daripada mereka mendapat gaji bulanan di antara RM30,000 hingga ke RM80,000. Gaji perdana menteri iaitu Muhyiddin adalah RM104,841.65. Pendapatan mereka adalah lebih tinggi berbanding dengan masa Najib dan Mahathir.
Maka, perbelanjaan atas pengajian bagi kabinet sudah tentu lebih tinggi lagi berbanding dengan masa Najib dan Mahathir.
Masa Ismail Sabri Jadi Perdana Menteri ke-9
Tidak lama kemudian, perdana menteri tukar orang lagi pula, kali ini Ismail Sabri dari Barisan Nasional yang jadi perdana menteri.
Pada masa beliau, anggota kabinet mempunyai 73 orang. Iaitu 4 menteri kanan, 31 menteri, dan 38 Timbalan Menteri. Walaupun gaji yang diperolehi oleh para menteri dalam kabinet tidak jelas diketahui, tetapi boleh tahu bahawa gaji yang diperolehi oleh para menteri lebih kurang sama dengan gaji yang diberikan semasa pentadbiran Muhyiddin yang memang tinggi juga.
Sekarang, Anwar Ibrahim Yang Jadi Perdana Menteri ke-10
Sampai ke tahun 2022, giliran Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri yang ke-10 di Malaysia. Beliau janji akan kurangkan anggota kabinet dan juga akan kurangkan perbelanjaan atas gaji dan elaun untuk para ahli dalam kabinet. Biar kita lihat sama ada janji ini akan dilaksanakan.
Apa yang kita tahu sepanjang masa ini, kerajaan Malaysia memang tidak menyelaraskan sistem perkhidmatan awam dengan berkesan. Mereka membenarkan ahli parlimen atau menteri negeri yang memegang pelbagai jawatan rasmi menerima elaun bulanan sehingga 100,000 ringgit, dan menteri juga boleh menerima ganjaran 1 juta hingga 2 juta ringgit selepas penggantungan.
Dari tahun 2018 sampai 2022, Malaysia telah 4 kali menukar kerajaan, dan terdapat beberapa menteri telah dilantik menjadi menteri sebanyak 3 kali. Agaknya mereka boleh dapat ganjaran untuk 3 kali juga.
Macam ada ahli parti politik yang menyatakan bahawa apabila seseorang menteri digantung jawatan, mereka dapat RM1 juta. Bila naik jawatan, mereka dapat RM1 juta. Selepas mereka letak jawatan, mereka dapat RM1 juta lagi. Bila dipilih jadi menteri, mereka dapat RM1 juta. Bila Parlimen dibubarkan, mereka mendapat RM1 juta ringgit lagi. Maka dengan proses ini, menteri-menteri sudah jadi banyak kayalah. Tapi semua ni yang dibayar oleh duit rakyat.
Bukan ini saja, mereka masih boleh dapat pencen. Ahli Parlimen, senator, ahli parlimen negeri, speaker, timbalan menteri, menteri dan perdana menteri semuanya mempunyai pencen, tetapi pencen ini tidak bersatu.
Jika semua ni dijumlahkan, pencen ahli politik yang memegang pelbagai jawatan rasmi boleh mencecah RM100,000 sebulan.
“Ekonomi Rakyat” pernah mendedahkan bahawa pendapatan ahli politik Malaysia jauh melebihi kebanyakan negara maju, malah ia melebihi 12.4 kali ganda pendapatan gaji tahunan di Malaysia!
Dilaporkan sebelum itu bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia baru-baru ini mendedahkan pendapatan pentadbir kerajaan mempunyai gaji dan elaun yang melampau tinggi. Seperti Annuar Musa yang mendapat pendapatan bulanan RM88,000, malah pendapatan paling rendah di kalangan pegawai mempunyai pendapatan bulanan RM25,700, yang jauh melangkaui julat pendapatan kebanyakan rakyat Malaysia.
Lepas pilihanraya ke-15, dengan wujudnya kerajaan bersama antara Pakatan Harapan dan Barisan Nasional, tidak tahu sama ada gaji para menteri akan turun atau jadi lebih tinggi. Harap kerajaan boleh mempertimbangkan keadaan ekonomi negara yang kurang baik buat masa sekarang, dan memperolehi gaji yang berpatutan yang bukan terlampau tinggi.