Kebanyakan blogger mesti ada pernah mengalami di mana mereka kebuntuan idea dan tidak tahu apa tajuk yang nak tulis untuk blog mereka. Ini merupakan perkara yang banyak biasa berlaku.
Bila kita berada dalam keadaan ini, kita perlu menenangkan minda kita terlebih dahulu. Sebab jika kita paksa sendiri untuk keluarkan sesuatu sedangkan otak kita tidak dapat fungsi. Jadi, jika kita akan gagal menghasilkan sebarang artikel sekiranya kita tertekan.
Anggaplah keadaan ini sebagai satu cabaran, sebagai satu ‘kerja’ yang perlu kita selesaikan. Berikut adalah beberapa idea yang boleh dicuba untuk menjana artikel untuk blog kita.
Antara cara yang boleh dicuba ialah;
1. Mengimbau pengalaman diri sepanjang minggu
Ambil sedikit masa bertenang dengan pen dan kertas di tangan. Saya lebih mengesyorkan pen dan kertas, kerana gadget digital mampu menjadi ‘distraction‘ dalam usaha mendapatkan idea menulis. Cuba imbau kembali aktiviti kita sepanjang minggu,
Senaraikan tiga tempat yang kita telah pergi, tiga aktiviti yang kita telah buat, tiga orang yang kita temui, tiga perkara paling kita suka yang telah terjadi, tida perkara paling kita tidak suka dan tiga benda baharu yang kita pelajari.
Cukup sekadar menyenaraikan sahaja pada peringkat ini. Jangan fikirkan adakah senarai tersebut boleh dijadikan entri atau tidak. Apabila selesai kita akan mempunyai senarai tentang 18 pekara dalam tempoh masa seminggu yang lepas. Tugas kedua kita ialah memotong senarai tersebut.
Potong satu demi satu sehingga tinggal tiga yang paling kita rasakan ‘significant‘ untuk minggu lepas. Tiga yang terakhir inilah idea untuk kita menulis.
Buat kajian dan cuba rangka point yang penting untuk setiap item, buat bagi ketiga-tiga item yang tertinggal dalam senarai itu. Setelah selesai, pilihlah satu untuk ditulis, atau sekiranya bagus, tulis kesemuanya. Kita telah mendapat tiga artikel untuk di tulis. Boleh terbitkannya secara berkala seperti ini.
2. Apabila tidak dapat menulis, kita membaca
Sekiranya blog kita merupakan sesuatu yang mempunyai niche yang khusus, kita tumpukan bacaan terhadap topik yang berkaitan. Sumber bacaan terluas ialah internet, tetapi pada pendapat peribadi saya sumber yang baling bagus ialah bahan bacaan bercetak, seperti surat khabar atau majalah.
Saya lebih gemar majalah. Ini kerana bahan bercetak akan memaparkan banyak artikel berkaitan topik tertentu sahaja, menjadikan bacaan kita lebih fokus. Melainkan kita tahu apa yang henda dicari, internet akan membuatkan kita terus merayau tanpa tujuan.
Membaca blog – blog kawan – kawan juga kadang kala mampu menjana idea. Kita akan sedar apa perkara yang menjadi viral atau trending buat masa itu. Artikel dalam majalah atau buku pula memberikan kita banyak maklumat berguna yang boleh diolah semula dalam bentuk artikel yang sesuai dengan blog kita.
Review terbaru berkaitan gadget digital contohnya, dipaparkan dengan begitu terperinci dalam majalah. Kita, kemudiannya boleh melakukan carian di internet untuk mengetahui pula maklumbalas pengguna sebenar gadget itu. Ini membolehkan kita menulis satu artikel yang ‘hidup’ dengan pro dan kontranya.
3. Unplugged and get out.
Tinggalkan komputer dan internet seketika. Keluar bersama kawan – kawan atau seorang diri ke kawasan berdekatan. Elakkan membeli – belah atau melakukan aktiviti lain, keluar hanya sekadar untuk memerhati.
Mungkin kita boleh duduk di kafe, memerhati gelagat manusia. Merayau di sekitar tempat menarik yang ramai pengunjung. Dengan memerhati sebegini kadang kala idea boleh timbul hasil dari melihat gelagat insan di sekeliling kita.
Sekiranya sekadar memerhati akan membuatkan kita cepat bosan, bolehlah memilih satu aktiviti yang boleh dilakukan yang dapat menenangkan minda, melepaskan tekanan sambil mengharap idea datang bergolek. Mungkin pergi bermain futsal atau bowling, atau menonton wayang. Terpulang kepada peribadi dan kegemaran masing-masing.
4. Flashback menggunakan album gambar
Capai album gambar dan belek setiap gambar. Cabar diri sendiri untuk sebut (bukan sekadar di dalam hati) nama orang yang terdapat dalam gambar-gambar itu, lokasi gambar di ambil dan aktiviti yang kita sedang lakukan. Contohnya “Ini gambar aku bersama …. semasa kami sedang …. di …. pada tahun …”.
Mungkin dengan cara ini idea akan lahir kerana sebenarnya kita sedang mengakses bahagian otak yang menyimpan memori. Mungkin dalam masa yang sama otak kita akan recall kembali idea yang satu masa dahulu pernah terlintas di fikiran kita.
5. Start offline, back to basic
Ini adalah teknik yang paling saya gemari. Menulis, secara manual. Saya pernah mencuba menulis di dalam perisian word atau sebagainya, tapi kesannya tidak sehebat menulis dengan tangan. Sediakan pen dan kertas kotor yang secukupnya, tulis sahaja, conteng sahaja, lukis sahaja apa yang terlintas.
Perlahan lahan kita akan melihat satu hasil yang boleh dicantum-cantumkan menjadi satu artikel yang menarik untuk di kongsi. Contohnya, artikel yang baharu sahaja anda baca ini.