Kita mula entry dengan definasi aset-aset adalah sesuatu yang membawa kita pulangan. Liabiliti adalah sesuatu yang kita tanggung yang meluakkan dengan duit kita.
Kereta merupakan satu aset kepada kebanyakan orang kerana dengan kereta kita pergi kerja dan bila kita pergi kerja kita dapat jana duit.
Pada masa yang sama kereta yang kita pandu itu adalah liabiliti, kerana banyak wang yang perlu digunakan untuk terus menggunakan kereta tu.
Tujuan posting kali ni adalah aku ingin bercerita tentang apa yang perlu dibayar untuk terus menggunakan sebuah kereta. Mari kita sama-sama tengok list di bawah. Aku beri contoh dengan kereta yang aku guna, iaitu kereta Perodua Myvi.
-
- Down payment – 10%, sudah kena bayar pada masa beli kereta itu. Bayaran adalah dalam RM4k lebih.
- Installment bulanan – RM550 setiap bulan. Bayaran habis adalah sampai 8 tahun.
- Lesen memandu – Kalau tak ada lesen tak boleh pandu kereta. Kalau kena blok dan kena saman, maka perlu habiskan lebih banyak wang lagi. Lesen kenalah aku renew setiap tahun, setahun adalah RM30.
- Tol – Di tempat KL, kalau naik kereta dan masuk highway memang pasti akan kena bayar tol.
- Minyak kereta – Kalau pakai dengan jimat cermat, seminggu perlu isi petrol sebanyak RM40, maka sebulan perlu belanja RM160.
- Basuh dan vacum kereta – Sebulan sekali, sekali RM8.
- Roadtax – Setiap tahun kena bayar RM100+.
- Insuran – Lebih kurang RM1000 setahun. Jika tak nak beli insurans maka tak dapat renew road tax.
- Servis kereta – Maintenance, tukar minyak hitam, gasket, dan macam-macam lagi. Servis perlu dibuat setiap 3 bulan. Purata pembelanjaan atas servis adalah kira-kira RM250, setahun sudah RM1,000.
- Risiko rosak, accident dan windscreen pecah – Pernah windscreen kereta saya pecah dan hantar pergi tukar. Terbang terus RM500 sbab aku tidak beli insurans yang melindungi windscreen.
- Tukar tayar setiap 4 tahun atau setiap mileage 80,000 km – Satu tayar RM150, 4 tayar sudah kena RM600.
- Gatai-gatai konon banyak duit dan tukar sport rim, tambah turbo, spoiler (bukan aku) – RM limitless
Dengan senarai yang diberikan di atas, boleh anda tahu bahawa terdapat banyak duit yang perlu habiskan untuk kita terus memakai sebuah kereta. Yang aku pakai tu baru Perodua Myvi. Boleh anda bayangkan bagi mereka yang pakai kereta besar dan saiz enjin besar.
Memang lagi tinggi kos yang perlu mereka habiskan untuk kereta mereka.
Maka pengajaran yang boleh anda dapati adalah:
KALAU TERINGIN BELI KERETA MAHAL, FIKIRKAN JUGAK LIABILITY YANG TINGGI!
Bukan apa, karang nak bayar kereta sampai bagi nafkah batin untuk kat isteri pun tak guna juga. Baju anak sudah nak rebut pun tak ada duit untuk beli baru dan suruh mereka pakai lagi baju lama tu.
Kalau anda tengok majalah autocar ataupun majalah autotrader, anda akan tengok kereta-kereta mewah seperti BMW atau Mercedes ni yang banyak nak dijual. Padahal kereta sedan biasa (macam Myvi, Honda City, Honda Vios) lagi banyak terjual berbanding dengan Mercedes dan BMW.
Sini merupakan teori aku:
- Pemilik kereta itu nak upgrade lagi masyuk dan lagi power punya kereta, 25%
- Pemilik kereta yang sudah menyesal beli kereta dan tak larat nak tanggung (termasuk MLM wannabe), 75%
Memang betul, sebab kereta pada dasarnya ialah liabiliti sebab nilainya akan menjadi semakin turun dari tahun ke tahun. Kalau anda memang perlukan kereta maka lebih baik pergi beli kereta yang murah sebab anda belinya adalah untuk keperluan.
Kereta yang besar cuma sesuai bagi mereka yang sudah berjaya dan mempunyai banyak duit untuk pakai. Mereka mampu untuk bayar semua perbelanjaan tanpa perlu risau tentang duit.
Di masyarakat ini, memang ada orang yang pakai kereta dan jadikan ia satu beban. Juga ada orang yang pakai kereta untuk jadikan aset.
Contoh asset adalah pemandu teksi atau grab. Mereka pakai kereta untuk cari makan dan dapat rezeki. Maka bolehlah mereka milik kereta tanpa perlu risaukan terlalu banyak hal.
Contoh kereta jadi satu beban untuk seseorang adalah seorang pekerja technician yang mempunyai gaji bulan cuma RM2,500, tetapi pakai kereta Mazda pula. Maka dia perlu biayai kereta ini setiap bulan dengan gaji yang sikit. Cukuplah jadi beban baginya.
Kita perlu selalu ingatkan diri bahawa beli kereta adalah untuk dipakai dan untuk menjadikannya satu kenderaan yang boleh tolong kita jana rezeki seperti kita pandu kereta pergi kerja dan jana duit. Kereta bukan satu benda untuk kita berlagak.
Sekiranya anda ingin beli kereta mewah yang perlu anda buat pinjaman kereta dari bank lebih daripada RM100K, maka adalah lebih baik untuk anda ambil duit ini untuk buat pelaburan ke tempat lain yang boleh menjanakan keuntungan kepada anda. Ini adalah cara pakai wang yang lebih bijak.