Zaman Kanak-Kanak

Masa zaman kita kanak-kanak, bagi setengah orang itulah zaman yang paling best dalam hidup, termasuk aku. Masa zaman kanak-kanaklah zaman yang paling tak banyak memikirkan pasal tanggungjawab.

Kalau aku, zaman kanak-kanak dulu adalah zaman yang asyik nak seronok aje. Mana ada fikir pasal nak cari duit , nak kerja ape ke, nak beli rumah kereta ke atau nak masak ape.

Setiap hari adalah menyeronokkan takda hari yang membosankan. Tak macam budak-budak sekarang, sikit-sikit boring, sikit-sikit bosan. Diorang hanya berharapkan astro, PS game atau gadjet-gadjet game.

Untuk bermasyarakat dengan rakan sebaya petang-petang memang jaranglah berlaku. Kalau ada pun setakat jumpa-jumpa depan rumah atau melakukan aktiviti indoor aje.

Antara sebab jadi macam tu kerana ibu bapa yang risau nak lepaskan anak-anak bermain diluar tambahan pulak sekarang ni dengan kes-kes penculikan yang kerap berlaku. Mana ada ibu bapa yang tak risau, aku pun tak berani bagi anak-anak main kat luar pagar.

Sebab itulah anak-anak kita sekarang ni agak kurang active tubuh badannya berbanding dengan kita seusia mereka dulu-dulu.

kanak kanak
kanak kanak

Segi Permainan Kanak-Kanak

Dari segi permainan masa aku kecik-kecik dulu pun memang hardcore. Aktiviti harian sentiasa ada. Tak perlu gadjet ke, astro ke, tambahan pulak masa aku kecik-kecik dulu mana ada tv, elektrik pun takda kat kampong. Malam-malam berpelita aje.Nak kemasjid tak payah pakai lampu suluh atau pelita.

Memang dah set dalam kepala tau aje kaki tu melangkah dan tak pernah la kami terbabas ke parit sebelah jalan. Budak-budak sekarang kene blackout 5 minit pun dah keluh kesah tak menentu.

Permainan yang glamer masa kecik-kecik dulu ialah main kejar-kejar dan polis sentry. Memang kami dulu tak perlu nak berjogging-jogging sebab permainan tu pun dah lebih dasyat dari berjogging.

Biasanya bila masuk pukul 5 ke pukul 6 tu memang kitorang akan berkumpul dihalaman rumah seorang kawan, sebab halaman rumah die luas. Menjerit-jeritlah main dengan seronoknya. Kadang-kadang mengganti main kejar-kejar kitaorang main baling kasut yang macam upin ipin main tu.

Sakit-sakit kena baling dengan selipar pun tetap seronok. Memang zaman aku dulu budak-budak tahan sakit dan berani-berani.

Kadang-kadang nak tunggu pukul 5 tu lama sangat, kitaorang akan keluar dulu pergi lastik burung. Masa tu memang skill melastik aku tinggi dan mamantap. Kalau kitaorang lalu mana berani burung landing atas dahan, kalau ada jugak burung tu memang tak sayang nyawa la. Bila dah dapat jatuhkan burung tu, bukan kami nak bela pun. Bawak balik rumah bagi kucing makan aje hehehe..punye dasyatkan, nak bagi kucing makan pun sampai pergi berburu.

Bila masuk time maghrib, beramai-ramai la kami pergi mengaji. Sesetengahnya bawak lampu suluh, sesetengahny macam aku bawak pelita dan ada jugak yang buat andang dari pelepah kelapa.

Nak beli lampu suluh tak mampu sebab bateri masa tu terasa mahal jugak. Tempoh mengaji tu lama, biasanya start pukul 7.30 sampai pukul 9. Jadi lama tu sebab ramai budak-budak kampong yang mengaji kat rumah wak tu. Kami panggil guru yang mengajar mengaji tu Wak aji, orang berketurunan jawa.

Masa balik tu lah yang ditunggu-tunggu. Habis-habis aje terus la lumba lari siapa sampai rumah dulu. Masa lari tu, orang yang bawak pelita dan andang memang dah tak menyala dah apinya. Tapi laju gak kitaorang lari dalam gelap-gelap tu. Itulah nikmat budak kampong.

Tak ada rasa seram, tak ada rasa takut dan tak ada rasa risau. Kalau terjatuh dan luka, sakit sekejap aje. Esoknya dengan luka-luka tu pergi berlari lagi.

Pas balik dari mengaji, duduk la adik beradik baca buku atau buat kerja sekolah. Sebab memang takda benda lain lagi nak dibuat. Mak aku kalau malam-malam die tak perlu membebel suruh baca buku sebab die tau mesti kami akan ulangkaji atau buat kerja sekolah.

Tetapi berbeza dengan siang, terlalu banyak pulak aktiviti kami di luar rumah. Kadang-kadang start keluar pukul 3 tu sampai dekat-dekat pukul 7 baru balik. Sampai mak aku suruh adik pergi cari suruh aku balik. Sampai rumah ambik seliang dua dari mak aku eheheheā€¦

Tapi tak serik jugak, esoknya buat lagi. Kadang-kadang bila dah dewasa sekarang ni, boleh tergelak sendiri bila teringat perihal semasa kecil dulu-dulu.

Nikmat Dulu dan Sekarang

Nikmat budak-budak dulu lain..nikmat budak-budak sekarang dah lain..aktiviti budak sekarang ni lebih menjurus kepada pembinaan IQ. Itu sebab budak-budak sekarang ni bijak. Budak-budak dulu aktivitinya lebih kepada kekuatan tubuh badan.

Dalam masa yang sama mempunyai skill untuk survive dalam persekitaran hidup susah. Tau macam mana nak ambik ubi kayu, cara nak pilih pucuk paku pakis, tau macam mana nak panjat pokok kelapa, tau macam mana nak kupas kelapa dan macam-macam lagi kebolehan.

Itu belum lagi pengetahuan tentang kehadiran haiwan berhampiran dengan kita. Contohnya bau lumpur, bermakna ada babi hutan yang berhampiran. Kalau bau pandan, bermakna ada musang diluar rumah kita. Kalau ternampak pergerakan daun lalang yang memanjang dan bunyi geseran pada daun lalang kemungkinan ada ular disitu.

Itu lah antara pengetahuan yang biasanya kitaorang tahu. Tapi bila sesekali pergi rumah sepupu aku, nak pasang tv pun tak tau tekan button mana. Apatah lagi nak pasang video movie.

Apapun dunia kini semakin berubah dan maju. Teknologi-teknologi juga sudah masuk kepemikiran-pemikiran penduduk di kampong-kampung berikutan peningkatan taraf hidup dan intelek rakyat. Jadi kecenderungan anak-anak kampong juga sudah seperti anak-anak di bandar dan tidak seperti dulu lagi.

* Agak lama aku tak update sebarang post. Sibuk di sekolah dengan persediaan Majlis Tilawah Al-quran yang akan berlangsung esok. Di sebabkan pengarah pelajaran negeri nak turun memang persediaan kena buat grend-grend la sikit.

Cabaran Memotret Kanak-Kanak

Merakamkan gambar kanak-kanak amat mudah jika dilihat dengan mata kasar, tetapi bukanlah semudah kita membaca ABC. Perlu ada kesabaran yang tinggi untuk mendapatkan moment yang terbaik. Memang ini diakui oleh photografer profesional dan juga amatur.

imej kanak kanak
imej kanak kanak

Salah satu cabaran adalah mood kanak-kanak itu sendiri. Kita tidak boleh paksa mereka mengayakan aksi-aksi tertentu dan juga menyuruh mereka duduk diam seperti orang dewasa. Kanak-kanak akan cepat bosan walaupun disuruh hanya duduk selama beberapa saat. Jadi kena peka pada setiap aksi mereka.

2 minggu yang lepas, saya bersama-sama photo blogger Azman Ishak, merasai pengalaman merakam aksi kanak-kanak. Memandangkan model sebenar(dewasa) tidak dapat hadir pada hari tersebut, saya mencadangkan untuk merakamkan gambar anak-anak kami.

Selepas membuat sedikit kajian berkenaan dengan tips memotret kanak-kanak, kami bersetuju untuk belajar bersama-sama dan merasai cabaran yang sering diperkatakan oleh photografer profesional.

Mungkin ada yang tertanya-tanya tentang jenis lensa yang saya gunakan. Lensa yang saya gunakan adalah Canon 50mm f 1/8. Hanya ini sajalah lensa yang saya ada selain daripada 18-55 mm (kit lens). Saya akan gunakan semaksima mungkin, bila sudah puas,mungkin saya akan mengambil lensa lain, itupun bergantung pada lebihan wang yang ada.

Bidang yang baru ceburi ini hanya sekadar hobi bukan untuk mendapatkan wang buat masa ini. Tetapi, jika ada rezeki lebih dan tawaran yang berbaloi, saya tidak teragak-agak membuat sedikit pelaburan pada masa akan datang. Buat masa ini, saya belajar dan terus belajar merakamkan gambar-gambar terbaik. In sha Allah!

Dibawah adalah hasil yang saya rakamkan tempohari. Sebenarnya saya sendiri masih tidak berpuas hati 100%, masih terdapat kesalahan dari segi teknikal dan juga tona warna. Saya rasa kalau tak ada rumpun daun hijau kat belakang tu rasanya lebih sempurna.

gambar diambik

Jika ada apa-apa komen silakan. Saya budak baru belajar dan akan terus belajar sehingga saya sendiri berpuashati. Ada yang mencadangkan set F2 @ F2.8 sudah memadai supaya tidak menjadikan subjek terlalu fokus. Saya akan cuba shooting sedemikian nanti untuk mengetahui sama ada gambar yang diambil akan jadi lebih baik atau tidak.

Harap teknik saya mungkin akan jadi semakin mantap lepas tu. Tapi memang betul la bila nak ambil gambar kanak-kanak ni memerlukan kesabaran tahap maksimum. Apa yang saya perasan.. Nak jadi photographer berjaya mesti ada kemahiran bersosial dan komunikasi yang baik. Perlu kita berkomunikasi dengan kanak kanak dengan baik dan ini adalah perkara yang penting juga. Takkan nak marah marah budak budak.. Kalau menangis dah susah nak pujuk.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *