Ya Lah Kalau Nak Gaduh Pun

Pagi tadi encik pemerhati ada urusan di salah sebuah kaunter di estet tempat encik pemerhati tinggal, kebetulan lokasi bangunan kaunter tersebut sememangnya merupakan satu tempat hotspot kerana tempat ini mempunyai tempat letak kenderaan yang terhad.

Ini menyebabkan pihak pengurusan bangunan tersebut hanya mengehadkan orang awam yang benar-benar berurusan dengan pihak mereka sahaja yang boleh letak kenderaan di situ. Terdapat juga seorang encik pengawal tanpa senjata yang diupah oleh pihak berkenaan untuk mengawal selia kawasan letak kereta berkenaan.

two ways
two ways

Setiap kenderaan yang memasuki premis bangunan berkenaan akan kena ditanya terlebih dahulu urusan mereka oleh encik pengawal tanpa senjata.

Awal pagi hari itu encik pun ada pergi ke pejabat itu untuk membuat sikit urusan dan berhenti kereta encik di tempatan letak kereta di bangunan itu.

Selepas selesai urusan encik pemerhati dan semasa hendak keluar dari kawasan letak kenderaan tersebut, tiba-tiba encik pemerhati terlihat ada adegan bunga-bunga cinta pergaduhan akan berlaku di lokasi masuk kawasan parking berkenaan.

Apa Yang Berlaku

Encik bertali leher yang baru saja tiba di sini kelihatan agak bengang dengan encik pengawal tanpa senjata yang tidak membenarkan dia untuk meletak kenderaan dia di situ.

“Sana tak boleh parking, sini tak boleh parking, habis kat mana boleh parking ni, saya dah lewat” jerit encik bertali leher. Kelihatan juga encik pengawal tanpa senjata menerangkan sesuatu kepada encik bertali leher, namun dalam keadaan yang agak tegang juga.

Encik pemerhati sekadar memerhati, dah namanya pun pemerhati kan, ingatkan kes tu selesai je kat situ, namun jangkaan encik pemerhati silap, encik bertali leher kemudiannya bergerak ke depan dan memberhentikan kenderaannya di tengah-tengah laluan dan keluar dari kenderaannya untuk meneruskan ‘perbincangan’ dengan encik pengawal tanpa senjata.

Bukan setakat seorang, datang pula penyelia kepada encik pengawal tanpa senjata dalam usahanya ‘menjernihkan’ keadaan yang agak panas dan hangat. Kebetulan pula ‘perbincangan’ diadakan direct under the sun tanpa sebarang peneduh apatah lagi hawa pendingin, apatah lagi kerusi empuk mahupun minuman dan kuih-muih. Namun tidaklah sehangat perkahwinan angkasawan negara.

Kebetulan juga kenderaan encik pemerhati tidak dapat keluar dari premis berkenaan berikutan kenderaan encik bertali leher yang diberhentikan di tengah-tengah laluan keluar. Jadinya encik pemerhati terpaksa meneruskan tugas untuk memerhati apa yang akan jadi seterusnya dengan penuh pemerhatian.

Namun setelah agak bosan dengan menunggu di tempat yang sama buat masa yang agak panjang, encik pemerhati yang ada hal dan misi untuk menyelamatkan dunia dan menjamin keselamatan bumi itu pula selepas itu sudah tidak boleh tahan lagi.

Lagi kenderaan lain pula semakin banyak berderet-deret tunggu giliran untuk keluar dari lokasi berkiut. Dengan langkah machonya encik pemerhati keluar dari kenderaannya. Mengatur langkah dengan kemas laksana pahlawan melayu sejati dengan satu tujuan…….

Terus encik pemerhati pergi ke tengah-tengah laluan keluar masuk yang terhalang oleh kenderaan encik bertali leher tadi dan mengalihkan ‘kon’ yang diletakkan oleh pihak pengurusan premis untuk menghalang kenderaan, dengan mengalihkan kon tersebut dapatlah kenderaan encik pemerhati dan kenderaan-kenderaan pengguna jalan yang lain keluar masuk ke premis bangunan berkenaan tanpa mengganggu sesi ‘perbincangan’ mereka.

Dalam hati encik pemerhati berkata suka hati koranglah nak bergaduh ke nak apa ke tapi sekurang-kurangnya bagi lah peluang untuk orang lain yang tidak berminat untuk terlibat dalam ‘perbincangan’ tersebut keluar dari situasi tu. Ya lah, sungguh betul ni sebab walau nak gaduh pun, janganlah sampai ganggu urusan orang lain. Kena cari makan dan ada lagi banyak urusan yang penting yang perlu buat.

Lagi pun bagi encik pemerhati kecik punya hal, kes parking pun boleh sampai gaduh-gaduh, benda boleh settle kalau kedua-dua pihak boleh berbincang dengan cara baik. Encik pengawal tanpa senjata kena terangkan dengan jelas kenapa kenderaan tanpa urusan tidak dibenarkan parking kat situ, manakala encik bertali leher juga pun boleh guna negotiation skill untuk dapatkan budi bicara encik pengawal tanpa senjata. Lagipun memang banyak ruang kosong dalam kawasan parking yang dikawal tu.

Apakah kerana encik bertali leher hanya menggunakan kenderaan nasional biasa-biasa aje dia tidak dibenarkan masuk, bagaimana kalau encik bertali leher menggunakan kenderaan mewah macam Mercedes, BMW, Bentley, Jaguar dan seangkatan dengannya? Satu persoalan juga tu yang perlu diselesaikan, siapa yang nak jadi encik pemerhati untuk kes selanjutnya?

Sekiranya anda memang seorang yang senang dan mempunyai banyak masa tanpa tahu macam mana untuk menghabiskannya, maka anda bolehlah jadi encik pemerhati dan mungkin anda boleh keluarkan satu cara yang baik untuk menyelesaikan semua pengaduhan ini selepas anda sudah kumpul pengalaman yang banyak.

Baca juga: 10 perkara yang buat anda senyum

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *