Wanita, Sebesar Mana Hargamu?

Saya sebenarnya sangat gemar membawa keluar seluruh isi rumah berjalan-jalan ke pusat bandar. Bukan apa, sebab saya rasa anak-anak sama seperti orang dewasa, mereka perlukawn hiburan juga. Takkanlah setiap hari asyik duduk bermain di dalam rumah sahaja tanpa keluar berjalan-jalan.

Sekurang-kurangnya dengan membawa mereka keluar berjalan, minda mereka akan terbuka melihat realiti sebenar kehidupan yang fana di dunia ini.

wanita kini

Kunjung ke Ibu Kota

Seperti biasa, kami sekeluarga memilih salah satu pusat rekreasi terkemuka yang ada di ibu kota. Memandangkan statusnya yang memang terkenal dan ditambah lagi dengan cuti hujung minggu, maka kehadiran kami di sana turut dikongsi bersama puluhan penduduk kota yang lain terutama golongan remaja yang tentunya membawa seribu satu macam ragam.

Tanyalah apa sahaja yang dipamerkan oleh golongan remaja yang ada di sana, bermula daripada fesyen, gaya hidup sehinggalah kepada tingkah laku mereka, semuanya sama! Hanya berpaksikan barat.

Mungkin ada benarnya pendapat sebilangan besar cendekiawan tanah air bahawa remaja kita sememangnya telah diresapi oleh budaya orang berkulit putih yang masih kekal terus menjajah walaupun sebenarnya kita telah lama merdeka.

Tapi dalam banyak-banyak pertunjukan percuma yang dihidangkan kepada saya, perangai gedik gadis remaja kita yang amat menarik perhatian saya. Bukan berniat memalukan golongan gadis dewasa ini. Saya akui masih ramai lagi anak gadis kita yang masih terjaga adabnya di luar sana.

Tapi realitinya kita tidak dapat menafikan bahawa hampir keseluruhan mereka yang bergelar ‘anak gadis’ yang ada di Malaysia mempunyai perangai yang sama seperti yang telah saya nyatakan di atas.

Mereka bukan sahaja bersosial tanpa mengira batas agama, bahkan saya lihat mereka seperti enggan menghiraukan pandangan masyarakat mengenai tindak-tanduk yang dilakukan oleh mereka sepanjang berada di tempat umum. Itu tempat terbuka, bayangkan bagaimana agaknya aksi ‘anak-anak gadis kita’ di tempat yang terselindung!.

Melihatkan aksi mereka, saya teringatkan kepada laporan akhbar Harian Metro yang telah saya baca mengenai gadis sunti kita yang bergelar mahasiswi semalam. Mengenai kehidupan malam mereka yang sungguh di luar imaginasi berdasarkan status mereka yang bergelar cerdik pandai.

Cuba bayangkan bagaimana dashyatnya kehidupan anak gadis zaman millenium ini, bersosial dan berparti sakan sehinggakan meneguk arak seperti meminum segelas air suam. Di mana hilangnya gadis melayu yang melambangkan kesopanan wanita timur selama ini?

Jangan salahkan sesiapa sekiranya gejala buang bayi tidak berkesudahan sehingga hari ini atau akan datang. Gadis zaman sekarang memang terlalu berani dan ‘advanced’ berbanding zaman datuk dan nenek kita. Zaman di mana anak gadis disimpan kemas di dalam ‘peti’ seperti emas yang tak ternilai harganya.

Saya kadang-kadang terfikir, inikah salah satu tandanya dunia di akhir zaman. Bila wanita semakin hilang perasaan malunya, bila harga diri seorang perempuan boleh digula-gulakan dengan sepotong ayat yang dipanggil ‘ayat-ayat cinta’, dan bila semakin ramai wanita yang berpakaian tetapi sebenarnya telanjang. Wanita sebesar mana hargamu?

Wanita Dan Persamaan Gender: Isu Yang Akan Terus Berpanjangan

CUEPAC 23 Februari lalu mengeluarkan kenyataan media yang disiarkan dalam akhbar Kosmo!, meluahkan kebimbangan wanita menguasai perkhidmatan awam sambil menyatakan contoh pengambilan pegawai kerajaan untuk skim Perkhidmatan Tadbir Dan Diplomatik (PTD) awal tahun ini di mana daripada 328 calon, hanya 30 sahaja lelaki.

Walaupun secara peribadi saya masih meragui kesahihan angka yang disiarkan dalam akhbar tersebut kerana tidak pula disahkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), namun kalau dicongak secara kasar, dalam proses pengambilan tersebut hanya 9.14% sahaja kaum lelaki terpilih, bakinya untuk wanita.

wanita dan lelaki
wanita dan lelaki

Dan pagi tadi saya ada sedikit urusan di sebuah hospital Kerajaan. Sambil menantikan urusan saya selesai saya membaca semua notis pemberitahuan di papan kenyataan di hospital berkenaan dan juga turut juga meneliti struktur organisasi hospital berkenaan, sebaik sahaja selesai meneliti carta tersebut terlintas pula ingatan saya pada kenyataan Setiausaha Agung CUEPAC tersebut.

Berdasarkan carta organisasi yang ada tu, pengarah hospital merupakan seorang wanita, dan dalam lebih kurang 35 orang lebih doktor pakar dan pegawai perubatan mengikut jabatan yang ada di dalam carta tu, saya dapati hanya 3 atau 4 nama sahaja lelaki, yang lain semuanya kaum wanita.

Wah,  pandangan kasarnya kenyataan saudara Ahmad Shah Mohd Zin tu mungkin ada rasional dan justifikasinya. Mana pergi semua lelaki-lelaki kat Malaysia ni?

Saya sedia maklum akan ada pihak yang menyokong perkembangan kedudukan wanita sebegini dan ada pula pihak yang menentang, masing-masing mempunyai hujah, bukti dan rasional masing-masing.

Dan bagi saya juga isu ini boleh diklasifikasikan sebagai ‘Never Ending Story’ kerana selagi masih wujud kaum lelaki dan wanita dalam dunia ni, maka masih wujud jugalah isu kesamaan gender ini. Penyudahnya  hanyalah bila salah satu kaum pupus di bumi ini…bila gamaknya tu?

Namun apa yang pasti dalam kapasiti sebagai pembuat dasar dan keputusan, kedua-dua lelaki dan wanita mempunyai kelebihan dan kekuatan masing-masing. Secara peribadi kalau nak belajar proses kerja yang mengikut ‘standard’, ‘detailed’, kemas, tersusun dan ‘well planned’, mungkin boss wanita mempunyai kelebihan.

Manakala kalau nak belajar dari segi keupayaan kreativiti, ‘problem solving’ yang efektif, keupayaan berdikari boss lelaki pula mempunyai kelebihan.

Dan dari segi mobilitinya pula, melalui pengalaman, anak buah lelaki memang diperlukan khususnya bagi kerja-kerja yang banyak melibatkan ‘on the ground task’ dan melibatkan outstation.

Namun tidak dinafikan zaman sekarang kaum wanita juga mampu bergerak dan ‘mobile’ ke mana sahaja, cumanya banyak pertimbangan yang perlu di ambil kira sebelum meminta staff wanita untuk out station, lebih-lebih lagi bagi yang sudah berkeluarga dan mempunyai anak-anak.

Bagi saya pula lelaki dan wanita sama sahaja, semuanya bergantung kepada pembawakan diri masing-masing. bak kata sesetengah orang, ‘Wisdom does not come with age nor gender’.

Kemaskini

Reaksi Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam yang disiarkan dalam utusan Online berhubung kenyataan CUEPAC:

  1. Saya tak nampak apa yang perlu dibimbangkan sebab pelantikan penjawat wanita dalam perkhidmatan awam berdasarkan merit. Ia tidak ikut sama ada dia lelaki atau wanita. Kalau wanita itu bagus, baguslah…
  2. Sebenarnya, ini (penguasaan wanita dalam sektor awam) bukan isu. Cuba anda tengok, Suruhanjaya Sekuriti diterajui wanita, demikian juga Bank Negara, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Tuhan jadikan lelaki dan wanita. Tuhan tidak kata orang lelaki sahaja yang perlu kuasai sektor awam.

Data JPA

Artikel berkaitan:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *